7thn kahwin aku masih terbayang kekasih lama, aku nekad terus terang kat isteri

7 tahun kahwin dan ada 2 orang anak, tapi aku tak pernah rasa tergiIa – giIa dekat isteri macam mana aku tergiIa – giIakan bekas kekasih aku. Aku rasa bersalah jadi aku nekad berterus terang dengan isteri dan dia menangis lari balik kampung. Waktu isteri tak ada, aku tak rindu pun tapi tiba – tiba dia balik rumah..

#Foto sekadar hiasan. Reb0und girl ni bermaksud, perempuan yang kita rapat hanya sebab kita terIuka akibat perpisahan. Kita hanya rapat dengan dia hanya sekadar untuk pulihkan Iuka akibat perpisahan dan kekecewaan. Selalunya reb0und girl ni bukanlah solusi jangka panjang dan kadang kala menjadi t0ksik apabila habis madu, sepah dibuang.

Ya, aku kahwin dengan reb0und girl selepas kecewa putvs dengan kekasih lama. Alhamdulillah, kami dah kahwin 7 tahun dan sudah ada 2 orang anak. Seorang masih kecil baru nak berjalan, sorang lagi petah berkata – kata dan sudah ke Taska.

Cerita aku, aku boleh mulakan dari zaman sekolah lagi. Aku minat sangat dengan rakan sekelas aku di tingkatan 3. Aku takut sangat nak c0nfess dekat dia dan cuma berkawan rapat. Waktu tu handphone masih mahal dan telefon rumah sahaja yang ada.

Jadi bayangkan lah, waktu zaman sekolah dulu takut giIa kalau telefon rumah dia tiba – tiba ayah dia yang angkat. Kalau ayah dia yang angkat, ayah dia akan soal macam – macam. Nama siapa, ayah nama siapa, duduk mana, kelas mana, sampai keputvsan peperiksaan pun ayah dia tanya.

Tapi crush aku cakap, mana – mana lelaki yang call rumah tu memang selalu ayah dia tanya begitu. Ada lelaki call kakak dia pun ayah dia akan tanya benda sama. Kalau selalu sangat call rumah tu, ayah dia akan tegur selalu sangat telefon anak d4ra orang ni kenapa?

Waktu tu zaman PMR lagi, PT3 tak wujud. Lepas keputvsan PMR keluar. Aku bercadang untuk ke SBP atau MRSM. Jadi, aku nekad untuk confess waktu ambil keputvsan PMR. Tetapi hati aku kecewa apabila dapat tahu yang dia telah couple dengan orang lain.

Punya la semangat aku beli hadiah kotak yang berisi bunga kesukaan dia dan loket murah. Aku siap sisipkan surat confession aku lagi dalam tu. Terus aku tak jadi bagi hadiah tu dan bakar surat tu. Bunga aku bakar, loket aku simpan.

Tapi hilang entah ke mana sekarang ni. Aku bakar bukan apa. Kalau kant0i dengan ayah aku nanti dia bacakan surat tu dekat adik beradik aku. Lepas tu, mesti kena perIi pasal surat tu. Aku kemudiannya masuk U. Waktu tu zaman Friendster.

Tiba – tiba crush aku masa sekolah dulu add aku. Serius aku terlupa tentang dia. Hampir 2 tahun kami tak berhubung sebab hangat bercinta dengan awek di sekolah asrama penuh. Terus kamu bertukar no telefon. Dia pun single waktu tu. Aku pun single.

Waktu zaman aku dulu, maxis ada promosi apa entah. RM2 – 3 ringgit, boleh bergayut dari pukuI 12 sampai 6 pagi. Kitorang kononnya call study la pada mulanya. Lepas tu lama – lama asyik bergayut dan akhirnya kami berjumpa semula seperti dulu.

Setelah kami rapat sangat, aku mula jatuh cinta dengan dia seperti dulu. Dia masih baik seperti dulu dan selalu gelakkan lawak b0doh aku. Aku confess pada dia. Aku cerita segalanya dari zaman tingkatan 3 sampailah sekarang. Tetapi aku kena friendzone.

Sebab dia tak anggap aku lebih dari kawan rapat. Aku dapat tahu nama aku pun dia save as BFF dekat hp dia. GiIa sedih kena reject. Tetapi dia tetap call aku dan sms aku. Aku pulak tak sanggup nak biarkan. Walau kami rapat, keluar makan berdua.

Tengok wayang berdua. Semua benda berdua. Dia tetap tak jatuh cinta dengan aku. Macam – macam aku buat. Bagi bunga, belanja makan, dan macam – macam lagi. Tiap kali aku c0nfess kali ke dua ke tiga ke empat, dia tetap friendzone aku.

Dia akhirnya dapat masuk U dan betapa gembiranya aku bila kami sama – sama U. Aku pula dah ada kereta walaupun baru tahun ke dua degree. Kereta lama abang aku sebenarnya. Aku ambil kereta tu bila abang aku beli kereta baru.

Lagi galaklah kami berjumpa dan h4ngout berdua. Suatu hari tu, crush aku cuba kenenkan aku dengan kawan dia. Dia kata kami sesuai. Aku pada mulanya malas nak layan. Sebab aku suka crush aku. Tetapi kawan dia tu rajin pulak mesej aku.

Tapi aku tak layan sangat. Kadang – kadang bila jumpa crush aku, kawan dia tu kirim bekal makanan dia masak. Crush aku tu siap gembira dan sengaja tease aku dengan kiriman dia tu. Bukan sekali dua, banyak kali. Jadi, setelah fikir panjang.

Aku pun bagiIah peluang dekat dia. Aku ni pun bukannya hensem sangat nak demand – demand. Waktu crush aku hujung tahun ke dua, dan aku pula hujung tahun ke 3, aku mula couple dangan kawan dia tu. Jujur sebenarnya kawan dia tu lagi cantik dari crush aku.

Tetapi crush aku tu lain, maybe sebab aku minat dia dari sekolah lagi. Boleh katakan, sebab crush aku tak pernah nak terima aku, aku mula buka hati aku pada orang lain. Jadi, aku mula keluar dengan dia berdua. Tengok wayang bersama dan jalan – jalan ke klcc dan lain – lain lagi.

Lama – lama kami couple, aku mula sayangkan dia. Jujur, aku tak pernah sayang awek aku segiIa ini dengan ex aku mahupun crush aku. Tetapi aku ni bf yang teruk. Sebab kejadian aku putvs dulu disebabkan bekas kekasih aku ada lelaki lain, aku jadi paran0id.

Aku terlalu sayangkan dia sampai aku aku tak sedar aku k0ngkong dia. Aku selalu cek telefon dia dan sampai satu tahap, aku cek bil telefon secara online sebab nak cek dia selalu call atau sms dengan siapa. Tetapi aku tak adalah sampai tak bagi dia berkawan dengan lelaki lain.

Cuma tak boleh kalau ada lelaki lain cuba nak rapat dengan dia. Aku f0bia dan s4kit ditinggalkan dahulu. Akhirnya dia tak tahan dengan aku sebab terlalu meng0ngkong. Dia mintak putvs. Aku macam orang giIa taIak bila kena tinggal.

Sedih sebab aku ditinggalkan sekali lagi. Aku merayu dan sampai datang ke rumah sewa dia untuk mintak dia keluar. Aku berhenti ganggu dia. Aku tak call dia atau sms dia. Setelah lama kelamaan. Aku perasan yang dia mula ceria. Dah selalu karang panjang – panjang di fb.

Tulis aktiviti percutian dan celotehan hati dia. Tetapi aku masih giIa taIak. Aku masih sayang dia, tetapi aku tak nak s4kiti dia lagi. Aku cuma perhati dalam diam. Aku sedih sebenarnya. Bila ex aku kahwin, gambar diorang kahwin penuh timeline aku.

Sebab mutual friend kami ramai. Jadi kawan dia dan kawan aku yang pergi kenduri dia akan upload gambar pergi majlis kahwin dia. Aku m4kin sedih dan tumpukan kerja sahaja. Lagi – lagi aku kena handle banyak projek company.

Pada suatu hari, orang yang aku kenal waktu U dulu tiba – tiba tegur aku di fb. Dia tegur sebab ada soalan. Aku tengok fb dia, wah. GiIa muslimah. Baik sangat orangnya. Dari mula – mula jawab soalan, kami berbual bernda lain dan tanya tentang peribadi masing – masing.

Aku saja berborak dengan dia sebab nak kurangkan rasa hati yang s4kit. Walaupun sebenarnya bila aku s4kit hati, aku sebenarnya enj0y. Aku tak tahu kenapa. Bila berbual dengan dia, sekurangnya aku lupakan kesedihan aku.

Aku akan selalu mesej dia dulu. Walau dia anak ustaz, tetapi dia biasa – biasa sahaja dan tak terlalu perwatakan alim. Tudung dia pula tak singkat tetapi tak terlalu labuh macam budak sekolah agama. Dia tak adalah cantik sangat. Tetapi muka manis dan sedap dipandang.

Alah, aku ni pun bukanlah hensem sangat pun sebenarnya. Muka biasa – biasa je lah. Dia jadi reb0und girl aku untuk lupakan ex aku. Tiap kali aku teringat dan s4kit tentang ex aku, aku mesej dia. Dan suatu hari dia mula terima call aku.

Lama – lama kami bergayut selalu. Tetapi bila aku call waktu malam, dia tak angkat. Dia kata tak manis dengar suara perempuan waktu malam. Aku macam kena sambar petir doh. Terasa betul yang jahiInya aku. Jadi kami selalu chatting instead of call.

Apabila selalu berbual dengan dia, aku perasan yang dia seperti suka dekat aku. Tetapi aku takutlah sekiranya aku ni bertepuk sebeIah tangan. Jadi aku anggap je yang aku ni perasan atau syok sendiri. But, entah macam mana entah.

Aku saja je cakap dekat dia. “Kalau orang yang tak alim macam saya ni masuk meminang awak. Awak terima ke?”. Dia kata, “kalau nak tahu saya terima ke tak. Jumpalah ayah saya dulu”. “Malam tu jugak aku mintak no ayah dia”. Tetapi aku tak buat apa – apa dengan nombor tu. Aku takut. Hahahaha. Pengecut.

Esok malamnya dia tanya. “Minta no ayah saya tu, dah contact ke?”. Aku kononnya nak macho, aku saja cakap yang. “Ehh. Mana boleh tergopoh – gapah. Rilek. Kalau ada j0doh, tak lari mana”. Padahal pengecut. Aku saja tulis j0doh tu sebab nak bagi hint dekat dia.

Tetapi dia respon cuma “ok”. Serius aku keliru dengan respon dia. Hujung minggu tu, aku saja call ayah dia setelah rehearsal berkali – kali. Ayah dia rupanya baik giIa bila berborak dengan aku. Lemah lembut dan really father figure. Aku cakap yang aku ni kawan anak dia.

Dan kalau pak cik sudi, boleh kita berjumpa? Terus ayah dia suruh datang rumah. Bila datang rumah. Aku seronok berbual dengan ayah dia. Tapi masalah betul perbualan kami bila minat ayah dia satu pun tak kena dengan minat aku.

Lain zaman la kan. Haha. Ingatkan nak buat modal borak. Jadi, aku rasa yang perbualan kami not go well. Lepas dah jumpa tu aku bagitahu dia, “Dah. Saya dah jumpa ayah awak”. Dia reply okay je. Aku dah mula cuak. Ada benda berlaku ke?

Ayah dia tak suka aku ke? Lepas tu aku cakaplah dekat dia, “Saya dah jumpa ayah awak ni. Awak nak ke terima saya?”. Dia baIas simple je. “Saya suka lelaki yang berani jumpa ayah saya”. Terus aku tahu la yang dia tu terima aku.

Jujur, aku sebenarnya taklah giIakan sangat dia ni seperti aku tergiIa – giIakan dua ex aku dan ex-crush aku dulu. Tetapi aku rasa ada hikmah aku tak terlalu giIakan dia. Aku jadi waras dan sentiasa berhati – hati untuk tak s4kitkan dia.

Aku jaga batas – batas dan elakkan hal yang tak patut. Aku jadi tak buta sebabkan cinta. Aku sedar keadaan sekeliling dan tak terlalu beriya seperti dulu. Aku mula k0rek duit simpanan sana sini dan mula kumpul duit untuk kahwin.

Jujur yang sebenarnya aku masih teringat kesedihan dengan ex aku. Kadang – kadang kesedihan tu datang secara tiba – tiba. Aku tak minta ianya datang. Tetapi bila aku fikir yang aku ni dah ada perempuan lain. Aku fikir yang aku dah tak boleh ada perasaan tu lagi.

Jadi, aku terp4ksa block semua sociaI media ex aku. Dari insta sampailah twitter. Aku harap dia faham. Seperti permulaan cerita, kami akhirnya berkahwin selama 7 tahun dan ada dua anak. Aku tak de la nak cakap aku ni suami paling mithali dan terbaik.

Sebab aku ni ada jugak benda yang tak betul aku buat. Ada je kelemahan aku. Lagipun banyak lelaki lain yang lagi baik dari aku. Aku selalu aku tanya dia, dia bahagia tak dengan aku? Dia mesti kata dia bahagia. Aku ikut tips orang untuk rajinkan tolong hal rumah tangga.

Aku selalu masak untuk dia, aku basuh pinggan satu family, kemas rumah, sidai kain, basuh ber4k anak, jaga anak, dan berbagai lagi kerja rumah. Tetapi aku selalu skip Iipat baju (sebab aku tak suka lipat baju. Haha). Jujur, aku buat semua tu bukan sebab cinta.

Aku buat sebab tanggungjawab. Suami harus itu, harus ini. Tetapi sejujurnya, aku buat semua tu sebab aku tak nak dia rasa s4kit hati. Aku rasa tanggungjawab aku sebagai suami adalah untuk pastikan dia tak s4kit hati dengan aku, walaupun kadang – kadang aku terbuat juga.

Ya lah kan. Lidah mana tak tergigit. Bila kami berg4duh, aku sentiasa pastikan akulah yang pertama mintak maaf pada dia. Aku sentiasa cuba pastikan aku tak s4kitkan dia, sebab aku tahu betapa s4kitnya bila dis4kiti. Aku tak nak s4kiti dia seperti aku tak sengaja s4kitkan ex aku.

Tipulah kalau aku nak cakap yang aku dah lupakan ex aku tu sekarang ni. Tak, sampai sekarang ni, aku kadang – kadang terbayang muka ex aku ketika mengelamun. Kadang – kadang pernah masuk mimpi aku. Aku rasa bersalah sebenarnya.

Tetapi aku rahsiakan semua ini sebab aku tak nak isteri aku s4kit hati. Aku tahu dia akan s4kit hati dengan confession aku. Aku ingat pesan ayah aku. “Tanggungjawab akan dapat pastikan dapur sentiasa berasap, bukan cinta”. Sebelum aku kahwin haritupun, ayah asyik pesan tentang tanggungjawab – tanggungjawab – tanggungjawab.

Jadi, aku rasa cinta tak penting dalam rumah tangga. Yang penting adalah aku tak abaikan tanggungjawab aku dan pastikan isteri aku bahagia. Aku selalu belikan dia bunga, coklat, dan dua tahun sekali aku belikan dia barang kemas yang mahal – mahal.

Aku belikan dia cincin, gelang, dan rantai emas. Aku buat semua tu sebab aku nak dia gembira je. Jujur, aku banyak kali cuba untuk merasai tergiIa – giIakan isteri aku seperti mana aku pernah tergiIakan ex – ex aku. Kalau orang lain bini balik kampung, yang suami tu rasa sunyi dan rindukan isteri.

Aku tak. Aku rilek je layan movie sorang – sorang atau keluar lepak dengan kawan – kawan. Tetapi aku tetap call dia hari – hari bila aku outstation atau berjauhan. Sebab aku tahu dia rindukan aku dan aku tak nak dia s4kit hati aku tak call dia.

Entah macam mana, sebab tak nak rasa bersalah. Setelah tujuh tahun aku pendam untuk cerita semua ini. Aku ceritakan jugak hal ni pada isteri aku. Aku explain segalanya. Mulanya dia tak dapat terima kenyataan. Dia marah sebab aku masih ingatkan ex aku.

Jujur, aku nampak hati dia h4ncur sangat. Tetapi aku cool je dengan respon marah dia tu. Dia menangis teruk sangat. Biasanya kalau dia nangis, aku just peIuk dia sebab dia suka menangis dalam peIukan aku. Tapi kali ni dia tak nak.

Aku teringat, dulu Kalau dulu ex aku marah atau menangis. Aku mesti akan jadi susah hati dan macam – macam aku buat untuk dia maafkan aku dan tak marahkan aku. Tapi aku tak rasa perasaan itu. Aku cuma rasa bersalah sebab aku ters4kitkan hati dia.

Tapi aku rilek je. Aku teruskan sahaja buat kerja rumah dan layan anak – anak. Aku nak biarkan dia tenang dan ubati sendiri. Aku sebenarnya tak sangka yang hati dia akan h4ncur sebegini. Aku memang saja pilih hari cuti panjang untuk cerita semua ini.

Sebab aku tahu dia akan br3akdown macam ni. Biar aku ada di rumah untuk tengok anak – anak. Esoknya satu hari tu dia tak keluar bilik. Aku masak dan hantar makanan dalam bilik. Dia tak bercakap pun bila aku masuk dan hantar makanan.

Dia tak makan banyak, makan sikit je. Aku tahu, mesti hati dia h4ncur. Aku pula rasa bersalah. Aku dah jadi lelaki tak guna semula. Aku s4kitkan hati orang yang sayang aku. Esoknya hari ahad, dia minta izin balik rumah parent. Tak tahu bila nak balik sini.

Mungkin sampai habis cuti katanya. Aku tak bagi dia bawak anak – anak. Aku suruh dia balik sorang – sorang, biar aku jaga anak – anak. Aku bagi dia duit minyak dan duit tol. Mula dia tak bagi, tetapi aku p4ksa jugak, akhirnya dia mengalah.

Dia balik sorang – sorang ke kampung keluarga dia pagi tu. Aku pun bawak anak – anak aku pergi jalan. Aku tahu nak mengorat balik isteri aku ni macam mana. 7 tahun aku dengan dia. Tahulah aku nak handle dia macam mana.

Kuncinya adalah anak – anaklah. Aku saja spam gambar kegembiraan anak aku main swimming pool, makan askrim, tengok burung, makan makanan yang sedap – sedap, jalan – jalan ke mall. Isteri aku seen je. Aku siap bawak anak – anak aku tengok wayang GSC Play+ yang khas untuk kanak – kanak.

Aku mesej dia petang tu, kalau awak tak balik hari esok atau masa terdekat tak apa. Saya faham. Take your time. Anak – anak tak perlu risau, saya jaga. Trust me. Tapi malam tu lepas aku tidurkan anak – anak, aku terdengar bunyi pintu terbuka.

Terus aku pergi ke ke pintu sambil tengok dia menangis. Aku peIuk dia dan biarkan dia menangis. Dia mintak maaf dan cakap dia cintakan aku separuh m4ti. Kenapa aku tak cintakan dia? Aku tanya dia balik. “Am I a good husband?”

Dia kata ya. “Am I a good father?” Dia kata ya. “Mungkin, tu la cara abang mencintai sekarang ni. Bukanlah tergiIa – giIa seperti dulu. Ya, Abang tak boleh lupakan ex-abang ada sebab dia adalah p4rut dalam hati Abang. P4rut hasil dari Iuka yang terlalu besar dan sejujurnya Abang tak sangka boleh diubati.

Tetapi sayang berjaya ubati Iuka hati abang ni, Iuka ni sembuh dan jadi p4rut sebab sayang yang mengubatinya.”. Chewah, ayat drama. Tapi macam tu la aku cakap dekat dia. Dia terus menangis dan aku peIuk dia erat. Maybe dia tersentuh yang aku samakan ex aku dengan p4rut dan dia adalah bid4dari yang mengubat Iuka hati aku.

Sejak haritu, kami m4kin rapat dengan isteri aku. Aku lega yang aku dah tak perlu berselindung apa – apa lagi. Tetapi aku sedar yang dia selalu cek hp aku. Aku tak kisah. Dari dulu memang dia tahu password aku. Password aku tarikh Anniversary kami kahwin.

Saja aku pilih password tu supaya aku tak lupa tarikh anniversary. Power tak aku? Haha. Tapi aku tak salahkan dia atau marahkan dia selalu cek hp aku, sebab aku pernah jadi seperti dia. Aku pernah paran0id. Aku pernah risau meIampau.

Untuk tenangkan dia. Aku tunjuk setiap media social termasuk whatsapp, aku bl0ck ex aku. Dalam lebih kurang dua tiga bulan, dia mula percayakan aku balik. Dia dah tak godek hp aku sangat walaupun sebenarnya aku tak kisah.

Password laptop, tablet, hp, semua sama. Anytime dia boleh bukak dan godek. Aku tak nak h4ncurkan kepercayaan dia pada aku. Jujur, aku taklah giIakan isteri aku sama seperti aku tergiIa – giIakan ex dan crush aku dulu. Tetapi aku rasa kegiIaan itu tak penting.

Ya, mungikin dulu dia reb0und girl aku. Yang sekadar untuk ubati kesedihan dan keIukaan. Tetapi sekarang ni aku lebih pentingkan tanggungjawab dan aku tak mahu dia s4kit seperti aku s4kit satu masa dahulu. Aku sentiasa pastikan aku buat kerja rumah dan teruskan bagi hadiah dekat isteri seperti bunga dan lain – lain.

Cuma kali ni aku tambah lagi, aku tempah restoran mewah sebab nak candle light dinner dengan dia. Dia kata aku buang tebiat, tetapi aku nampak dia tersentuh usaha aku untuk buat dia bahagia. Suatu hari dia tanya aku. “Kalau sayang dah tak ada, abang akan rindukan sayang?”

Aku jawab entah. Tetapi aku cerita yang waktu dia tinggalkan aku seharian tempoh hari. Aku tak rasa sedih atau seperti orang giIa taIak seperti ex-ex aku aku tinggalkan aku. Aku juga tak rasa giIa merindu seperti aku giIa merindu dengan ex-ex aku sebab tak jumpa lama kerana cuti sekolah atau citu sem.

Aku nampak muka dia berubah jadi masam. Tetapi aku terus terang dekat dia. Waktu dia tak ada tu, aku rasa rumah jadi kurang seri. Ada sesuatu yang sangat besar hilang dalam kehidupan seharian. Aku cerita lagi, waktu aku berjalan – jalan dan berseronok dengan anak – anak.

Aku cuma fikirkan tentang hati dia yang ters4kiti sebab aku. Dan, aku mula fikir 1001 jalan untuk pastikan dia dah tak s4kit jika dia tak rec0ver sendiri. Jujur, aku dah fikirkan yang aku juga akan sanggup menipu agar dia tak s4kit lagi.

Entah macam mana, haritu. Saat itu. Aku rasa bersalah yang teramat bila dia s4kit sebab aku. Aku cerita semuanya dekat dia. Aku cakap lagi. Mungkin, itu cara abang merindui dan mencintai seseorang sekarang ini. Bukan lagi dengan cara tergiIa – giIa seperti dulu.

Dia peIuk aku erat – erat sambil menangis dengar jawapan aku. Dia kata dia sayangkan aku separuh m4ti. Terima kasih sebab cintakan dia walaupun dengan cara berbeza. Itu dah cukup bagi dia. Aku berjanji yang aku takkan tinggalkan dia dan anak – anak demi perempuan lain.

Sebab aku tahu macam mana s4kitnya ditinggalkan, aku takkan biarkan dia s4kit benda yang sama. Biarlah aku saja yang merasai kes4kitan ini. Aku sekarang ni faham sangat makna pesanan ayah aku. Ya, tanggungjawab lebih penting dari cinta.

Cinta kadang – kadang buat kau buta untuk bertanggungjawab dan menjadi buta untuk menjadi waras. Aku masih ingat kata ayah aku, “Tanggungjawab akan dapat pastikan dapur sentiasa berasap, bukan cinta”. – Suami yang tak tergiIa – giIakan isteri. (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Peah Peah : Unik kisahnya. Aku baca sampai habis. Yes I m proud of myself. Tanggungjawab is all that matters dalam cerita ini. Tanggungjawab buatkan cinta dan kasih sayang dlm sesebuah perkahwinan itu kukuh. Jagalah hatinya dia ibu kepada anak – anak anda sekarang. Memang akan ada masa yang gembira dan sedih. Dan itu adalah hakik4t kehidupan. Semoga kalian bahagia dalam melayari bahtera rumahtangga.

Fiza Fathul : Kalau cinta separuh m4ti pun, tak jalankan tanggungjawab dengan baik tak guna jugak. Seorang yang bertanggungjawab itu terang – terang amanah. Amanah dengan j0doh, rezeki dan peranan yang Allah kurniakan.

Kualiti yang tak semua orang ada. You did a good job! Walaupun tak tergiIa – giIakan isteri, you did all what it takes to make her and kids happy. I think that’s love. Not by words, by action. Semoga sampai ke syurga Allah. Ameen.

Ana Ruhaina : Sebak baca. Tapi percayalah, jika si isteri yang dijemput Ilahi dahulu, confessor akan rasa kehilangan yang sangat besar. Apapun tahniah confessor. Punya jiwa yang besar mencintai isteri walaupun caranya tak seperti diharap seorang wanita. Moga rumahtangga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.