Abang dah beriya nak buat k3jutan bila tahu Kak Ira mengandung tapi Kak Ira gugur. Selepas tu 3 kali Kak Ira mengandung pun gugur jugak. Hinggalah satu hari, Kak Ira kemaIangan, ada serpihan yang tertusuk masuk perut. Waktu tu Kak Ira cakap dengan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai, aku Yin. Bukan Coach Yin. Aku nak cerita sikitlah pasal kisah abang yang paling rapat dengan aku ni. Sedikit pengenalan. Abang aku ni sangatlah peramah, perahsia dan dia mempunyai rupa paras yang elok.
Umur 28 tahun dan bekerja di HospitaI. Aku tak pernah tengok dia bercinta, sebab dia ni lambat sikit hal – hal hati dan perasaan ni dan tak reti nak mulakan hubungan. Haa senang cerita, sampaikan, aku ingat angah ni g.4y, hehe.
Mana tak nya, bila cerita pasal kahwin. Dia cakap dia macam tak minat nak kahwin. Tapi ada laa 1 hari tu, angah kenalkan dekat family sorang perempuan. Sebaya, anak yatim piatu. Dia anak sulung dari 2 orang beradik. Hitam manis, cantik, lembut, sesuai dengan angah.
Jadi dipendekkan cerita, 6 bulan perkenalan mereka, terus angah ajak kahwin. Isteri angah kerja sebagai chef. Oh ya, nama dia Ira. Perkahwinan yang aku nantikan, happy sangat tengok angah kawin. A to Z, angah plan semua.
Angah buat k3jutan masa majlis kahwin, angah siap nyanyikan lagu untuk kak Ira. Okey, baru aku tahu, angah seorang yang r0mantik rupanya. Lepas kahwin, angah tinggal dekat rumah dia. Bulan ketiga perkahwinan, alhamdulillah kak Ira disahkan mengandung.
Angah happy sangat – sangat. Angah tanya pendapat aku, macam mana nak buat k3jutan dekat kak Ira. Sebagai tanda penghargaan. Ya, angah banyak buat k3jutan untuk kak Ira. Bukan hanya bila anniversary, birthday je. Tapi boleh dik4takan angah kerap bagi hadiah.
Mungkin sebab tu lah angah dimurahkan rezeki. Semua yang dirancang tak semuanya di izinkan, diusia 6 bulan kandungan, kak Ira keguguran. Sebab terjatuh dalam toilet. Angah dengan tenang, dia cakap takpe. Bukan kuasa kita.
Masa tempoh berp4ntang, angah ambil cuti. Tapi tak lama laa seminggu je, semua angah yang buatkan. Ibu hanya bagi tunjuk ajar sahaja. Lepas dari keguguran tu, kejadian sama berulang. 3 kali kak Ira keguguran, doktor cakap rahim tak kuat.
Kesian aku tengok kak Ira, masa aku sembang dengan dia, dia cakap, “Akak tak fikir diri akak, akak fikir angah je dik.” Aku cakap, angah tak kisah pun kak. Akak jangan fikir macam tu. Tahun ketiga perkahwinan. Angah masih belum ada rezeki zuriat.
Tapi angah tak pernah mendesak, dan tak curang. Aku kagum tengok dua orang ni, sebab sentiasa positif dan saling support. Ada satu hari tu, Masa kak Ira balik dari kerja, kak Ira eksiden, teruk jugak. Doktor cakap, ada serpihan tertusvk dekat perut.
Jadi kena 0perate. Dan alhamdulillah, 0peration berjaya. Esoknya, kak Ira dah sedar. kak ira pegang tangan angah, kak Ira cakap “kalau awak nak cari anak angkat, cari lah. Sebab Ira tak mampu nak bagi anak”. Demmm, masa ni aku nangis teresak – esak.
Dalam keadaan lemah, baru lepas sedar. Masih lemah lagi, kak Ira masih fikir pasal anak. Aku nampak angah kesat air mata dia. Tak mampu nak kuar kata – kata. Masuk hari keempat kak Ira dekat hospitaI, tiba – tiba keadaan kak Ira jadi lemah.
Semua drop. Doktor intubate. Doktor buat scan, doktor cakap ada jangkitan kuman. Dan nak 0perate kali kedua untuk buang n4nah. Tapi 50 – 50. Masa ni aku tengok Angah dah tak terurus, makan entah kemana, baju pun tak terurus, sebab tak balik rumah.
Masa ni, ayah aku dah pesan. Redhakan semua nya, bersedia dengan apa saja kemungkinan. Doktor cakap, boleh balik dulu sementara doktor buat c0nsent letter. Jadi, angah suruh aku and parents balik. Aku pun balik lah. Sepanjang perjalanan aku tak henti baca yasin.
Belum sampai separuh perjalanan. Angah call aku. “Adik kat mana ?” “Kat Avon HQ” “Patah balik sekarang, kak Ira. Kak Ira dah lemah sangat, doktor suruh berkumpul.” Sampai dekat hospitaI, angah cakap doktor dah cabut semua bantuan.
Sebab kalau teruskan pasang, ianya hanya menambah siksa kak Ira. Dan kami hanya mampu menangis, sambil membacakan yassin, membisikkan kalimah syahadah. 20. 17. 12. 9. 5. Angah peIuk ayah, tak mampu nak ungkap apa – apa.
Hanya tangisan yang bergema. Angah uruskan semuanya, sayangnya dia pada kak Ira. Walau pelbagai dugaan yang dia lalui, tapi tak pernah tinggalkan kak Ira. Setahun sudah berlalu, cinta suci angah yang buat aku kagum. Tak sangka Angah yang aku kenal, begitu tabah orangnya.
Pernah aku tanya, angah tak ada niat nak kawin lain ke? Dan angah cakap, “Belum boleh lupakan kak Ira dik, angah takut angah tak jumpa perempuan sebaik kak Ira.” Ya jujur, memang antara ramai kakak ipar, kak Ira adalah yang paling baik.
Bukan aku nak bandingkan, aku okey je dengan semua kakak ipar. Tapi kak Ira seorang yang sangat positif, tak pernah cerita keburukan angah aku. Dan kak Ira juga sangat prihatin dengan ibu ayah aku, mungkin sebab dia anak yatim piatu.
Kepada lelaki, kalau belum mempunyai zuriat. Jangan lah kita tinggalkan isteri, jangan semudah itu kau gunakan sebagai alasan untuk kau cari perempuan lain. Semua perkahwinan akan ada badai, tapi kita sama – sama laa lalui dengan pasangan.
Itulah kisah Cinta Mati Angah, cinta pertama angah. Ketika ini, hati angah masih belum terbuka untuk menerima mana – mana perempuan sekarang. Setiap minggu angah masih setia pergi ke kubvr arw4h kak Ira. Semoga angah kekal kuat, dan dan dilembutkan hatinya.
Tak semestinya bila dia jumpa pengganti, cinta dan sayangnya terhadap arw4h Kak Ira akan lenyap. Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan angah saya terus kuat menjalani kehidupannya. Assalamualaikum. – Yin
Komen Warganet :
Hayati Sun Mi : Ya ALLAH, Sedihnya baca kisah Angah, cinta m4ti Angah. Tapi Angah beruntung sebab rezeki dapat pasangan yang saling menyayangi dan memahami, adalah salah satu cabang rezeki yang patut disyukuri.
Rika Fadhilla : Saya faham apa perasaan itu. Setelah 3 tahun kehilangan pun, belum tentu lagi akan kembali jiwanya. Rasa rindu pada orang yang telah tiada memang s4kit. Semoga Angah terus kuat. In sha Allah, ramai di sini turut mendoakan yang terbaik.
Wanie Khadir : Masih ada ramai lagi lelaki yang setia dan bertahan untuk yang tersayang. Semoga allah pertemukan Angah dan isteri solehah dan sama macam kak ira. Amin in sha allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.