Keluarga tinggalkan aku, tunang pun baru je putvskan hubungan sebab tak nak ada keturunan k4nser

news.allmhidotcom warning

Aku cemburu tengok orang lain. Kaya, cantik, beriman. Bestnya jadi diorang. Hidup di dunia bahagia, beriman lagi. Aku baru putvs dengan tunang aku sebab dia tak boleh terima aku s4kit k4nser. Dia cakap tak nak ada keturunan k4nser. Family aku tinggalkan aku tak nak jaga aku.

#Foto sekadar hiasan. Aku 23 tahun. Muda lagi dan telah disahkan menghidap s4kit k4nser. Rasa bagaikan runtvh langit bila aku dapat tahu. Rupanya selama ini selalu demam, s4kit – s4kit badan, berat badan turun dan tak selera makan adalah tanda tanda awal sesuatu yang besar bakal mengubah hidup aku.

Pada awalnya aku rasa, ‘oh inilah peluang aku nak masuk syurga.” Aku belajar redha. Aku ingin berdamai dengan takdir walaupun dalam hati aku berasak – asak soalan, “kenapa aku?”

Tapi aku Iawankan dan selalu pujuk hati bahawa tak semua persoalan perlu ada jawapan. Tapi rupanya perjalanan ke syurga itu bukanlah semudah itu buat aku.

Lama kelamaan, dengan s4kit yang aku tanggung setiap hari, pend3ritaan aku yang bukan kepaIang, aku tak tahu kenapa hati aku sangat member0ntak.

Sampai ke satu tahap aku pernah terfikir nak tamatkan riwayat aku untuk hentikan segala kes4kitan yang aku rasa dan aIami. Dia macam dah tak ada cara lain s4kit ini tamat melainkan hanya dengan kem4tian.

Aku minta maaf tapi aku kerap terfikir di mana adilnya Allah? Allah beri aku dengan s4kit yang bukan kepaIang, yang tak tertanggung, tapi kalau aku buat perkara tu aku masuk ner4ka. Aku mend3rita di dunia dan akhir4t.

Sedangkan masa aku sihat dulu aku tak pernah tinggal tahajud. Kenapa Allah perlu uji aku dengan cara begini hanya untuk buatkan aku lebih jauh dari Dia?

Aku m4kin kerap persoalkan Dia sekarang Allahu.. aku betul – betul tak faham dengan takdir. Jiwa aku member0ntak inginkan jawapan. Akhir – akhir ni pun ramai pes4kit k4nser yang bunvh diri sebab tak tahan dengan kes4kitan yang ditanggung.

Aku seolah – olah dapat memahami kenapa dia buat benda tu walaupun ramai yang mengecam. S4kit. S4kit sangat. Ada ke sesiapa di sini boleh jawab, kenapa Allah terus – terusan uji aku sampai aku nak bunvh diri tapi bila aku bunvh diri aku masuk ner4ka? Apa point dekat sini.

Alangkah bagusnya kalau aku sihat seperti sediakala, dapat beribadat, hati aku tenang. Aku mahukan kesihatan dan ketenangan aku semula. Aku cemburu tengok orang lain. Kaya, cantik, beriman. Bestnya jadi dorang. Hidup di dunia bahagia, beriman lagi.

Jangan cakap pada aku “rezeki setiap orang tak sama.” Sebab aku nak tahu kenapa tak sama? Kenapa aku dihidupkan hanya untuk mend3rita di dunia dan akhir4t? S4kitnya untuk berdamai dengan takdir. S4kit fizikaI, s4kit mentaI.

Aku baru putvs dengan tunang aku sebab dia tak boleh terima aku s4kit k4nser. Dia cakap tak nak ada keturunan k4nser. Family aku tinggalkan aku tak nak jaga aku.

Jangan cakap aku kurang iman. Aku dulu masa sihat macam korang juga. Belajar kenal Allah, ibadat tak tinggal, tutup aur4t sempurna. Lepas aku s4kit je semua jadi macam ni.

Aku selalu berdoa pada Allah dikurangkan pend3ritaan aku, tapi esoknya s4kit aku m4kin bertambah, aku jadi putvs asa nak berdoa. Aku juga ada persoalan, kalau betul Allah takkan uji melebihi kemampuan, mengapakah ada orang yang bunvh diri sebab tak tahan dengan pend3ritaan dunia yang seolah – olah tak ada penghujung?

Aku nak buat tapi aku tak ada keberanian. Aku masih ada iman walaupun cuma secebis, aku takut masuk ner4ka walaupun aku terus tertanya – tanya pada Allah. Cumanya aku hanya boleh katakan andai ajaI aku tiba nanti, aku pasti tersenyum sebab sekurang – kurangnya pend3ritaan aku di dunia sudah berakhir…

Aku memang bawah rawatan psikoIogi lepas s4kit ni. EscitaIopram hanya membantu dalam 3 bulan pertama je, lepastu aku reIapse, Dr tinggikan dose, kesan sampingan pulak bertambah. Ia nampak macam tak akan berakhir. Korang tolong nasihati aku supaya sekurang kurangnya hati aku tenang. Terima kasih semua. Aku doakan masuk syurga… – D (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ex Sulaimanian : Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikuI. Saya doakan confessor akan mendapat ketabahan, kesabaran, dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan dan dikurniakan syurga tertinggi. Banyakkan berdoa dan sibukkan diri dengan mencari solution dan alternative untuk kes4kitan dan peny4kit tt, bersosiaI, join support group, belajar benda – benda baharu. Tt anggaplah ini sebagai jihad di mana habuannya adalah syurga abadi. Yang pastinya sem4kin hebat dan tinggi darjat seseorang itu, sem4kin hebatlah ujian yang diberi.. Semoga tt beroleh kemenangan dalam perju4ngan ini.

Mashitah Yusoff : Saya pon pes4kit k4nser. 8 tahun dah saya bertahan. Dari muka yang cantik sempurna sampailah berubah 360 darjah. Permulaan saya kena k4nser umur 19 tahun. Time STPM. Tapi saya teruskan juga belajar smpai degree. Tapi sayang 1 tahun nak habis degree saya terp4ksa berenti sebab k4nser saya dah merebak dan bIeeding. Terp4ksa jalani kim0 radio. Dari gemuk jadi kurus kering. Memang putvs asa separuh jalan, kenapa akulah yang diuji.

Kenapa bukan orang lain. Tapi lama kelamaan dah jadi lali. S4kit ni dah sebati dalam diri. Tak payahlah difikirkan s4kit. Teruskanla baki hidup yang masih ada dengan gembira. Saya bersyukur dan beruntung sebab masih ada mak ayah keluarga yang selalu support saya jaga saya. Sampai sekarang ulang alik hospitaI. Kalau saya menangis pon bukan disebabkan k4nser. Tapi disebabkan mak ayah saya yang sanggup k0rban untuk saya. Berdoala minta Allah terangkan hati mak ayah awak. Cubala redho dengan dugaan ni. InshaAllah rezeki Allah tu sangat luar dan kita pon tak dapat jangkakan rezekinya. Kita bersyukur doa Allah pasti makbulkan. Aamiin InshaAllah

Ttdi Runner : Moga Tuhan angkatkan segala s4kit tt dan diberi kesembuhan dunia akhir4t, berat mata memandang berat lagi bahu yamg memikuI, hanya TT sahaja tahu s4kit dan pedihnya beban yang ditanggung. Aku tak pasti k4nser tt dah tahap mana tapi aku nak kongsi pengalaman kawan aku. Kedua – dua ibu ayah dia diuji k4nser selang beberapa bulan, mula – mula mak dia kemudian ayah, mak k4nser payu dar4, ayah k4nser pr0state, tahap 3 kedua duanya, rawatan yg dibuat lebih untuk panjangkan sisa hidup yang ada walaupun doktor tak beri berapa lama boleh hidup ke apa.

Kawan aku dan adik beradik dia terus ubah cara makan tiada gula dan garam, no red meat, ikan dan ayam organic sahaja, sayur – sayur pun organic, makanan di masak secara rebus dan panggang atau mentah sahaja untuk sayur – sayuran. Roti kuih muih tinggal langsung tak makan. Memang lebihkan sayur dan minum air yang cukup. Rawatan chem0 dan ubat – ubat yang diberi masih diamalkan tak tinggal. Beberapa bulan kemudian, doktor yang merawat mula sedar sel k4nser m4kin berkurangan dan kemudian kedua – duanya disahkan bebas c4ncer.

Kawan aku maklumkan doktor ada minta mereka datang untuk buat talks di hospitaI tapi sebab keadaan umur dan baru bebas k4nser, ibu aya kawan saya menolak sebab mereka agak letih dan hanya nak berehat di usia – usia begini dan cuma maklumkan kepada doktor apa yang mereka amalkan. Moga beri manfaat pada tt dan sesiapa yang baca.

Jaja Aimin : ‘Aku cemburu tengok orang lain. Kaya, cantik, beriman. Bestnya dorang. Hidup di dunia bahagia, beriman lagi.’ Samalah dik, akak pun rasa bertuahnya manusia macam ni tapi setiap dari kita akan diuji oleh Allah. Bunvh diri tu mudah tetap kita akan meninggaIkn kesan kepada orang sekeIiling mungkin akan ada yang menyalahkan dirinya sampai akhir hayat. Sesungguhnya macam abah akak, disahkan k4nser hati disaat usia sudah senja.. Abah akak sudah menjalani lebih dari 10x kim0terapi, sikitpun dia tak mengeluh malah abah akak tingkatkan amal ibadat dia.. Allahu. Hidup didunia ni hanya sementara, yang kekal di alam 1 lagi dik. Moga terus kuat. Teruskan berju4ng !

Pelangi Semalam : Nak bagi nasihat memang senang. Nak suruh sabar memang senang. Iyelah tak menanggungkan. Tapi kami sangat bersimpati. Ahli keluarga saya seramai 6 orang penghidap pelbagai jenis k4nser. Peny4kit keturunan. 4 orang dah meninggaI dunia. Yang masih tinggal ni hidup penuh suspen. Saya pun sedang berpant4ng. Dah mc setahun lebih atas pelbagai sebab. Nak kira down, memang down sangat.

Siang malam ingat m4ti. Sensitif bukan main. Kira nak menangis je. Tapi nak buat macam mana? Suka, ke tidak, kena lalui juga. Jalan ke syurga amat payah berbanding jalan ke ner4ka. Positifkan diri. Saya selalu fikir, Allah sayang, sebab tu Allah uji. Banyakkan solat taubat. Al quran ubat yang paling Mujarab untuk tenangkan jiwa. Jadilah sahabat alquran. Jauhi juga orang yang negatif.

Apa kata anda?