
Suami sampai bertaklik jatuh talak kalau aku jumpa perempuan tu. Dia punca aku keguguran anak yang aku tunggu selama ni. Sejak tu aku siasat sendiri. Akhirnya aku dapat jawapan yang mereka dah berkahwin tanpa pengetahuan aku dan Suraya dah hamil tunggu masa untuk bersalin.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong hide profile aku. Aku cuma nak kongsi masalah aku. Walaupun dah nampak jalan penamat, tapi aku harap dapat kata – kata semangat untuk aku teruskan perjalanan aku nanti. Aku dan suami pernah bercerai tahun lepas angkara orang ketiga.
Aku panggil perempuan tu Suraya sahaja. Aku kemurungan dan sedih teramat sangat sebab selama lapan tahun aku berkahwin tak pernah berg4duh teruk sebab orang lain. Aku tak ada anak lagi dengan suami, tapi dah macam – macam usaha kami buat. Belum ada rezeki.
Suraya ni anak d4ra tua. Tua beberapa tahun daripada aku. Pada mulanya suami kesian pada dia sebab selalu cerita masalah dia dengan teman lelakinya yang bermasalah. Sampai suatu hari suami beritahu nak kahwin dengan Suraya sebab kesian dah tua tak ada orang nak.
Aku meng4muk dan rasa kecewa sebab suami dah berubah dan ketepikan hidup aku. Setiap hari tak balik rumah, keluar lewat malam dan balik subuh. Aku dah rasa terabai sebab suami tengah giIakan Suraya. Aku tahu suami tak mampu. Tapi alasan dia untuk dapatkan anak.
Aku berkeras untuk tak izinkan dan aku beritahu seandainya aku betul tak boleh hamil dan doktor pun beritahu aku memang tak boleh hamil, aku izinkan dia untuk berkahwin dengan Suraya. Dalam tempoh masa tu, macam – macam Suraya beritahu aku. Dia ugvt aku takkan berpisah dengan suami. Kalau tak, suami aku takkan layan aku baik macam dulu.
Aku memang benci perempuan tu sebab dah rosakkan hubungan aku dengan suami sampai suami bertaklik jatuh talak kalau aku jumpa perempuan tu. Dengan izin Allah juga aku terjumpa Suraya di tempat kerja suami dan talak dah jatuh ke atas aku.
Suami menyesal dan kami rujuk balik sebab suami janji akan lupakan Suraya dan tak sanggup kehilangan aku. Sepanjang hubungan suami dengan Suraya, suami banyak berubah. Suami mer0kok dan selalu maki hamun aku dengan kata – kata yang meny4kiti hati. Suami juga pernah naik tangan pada aku.
Aku maafkan suami bila dia nak berubah dan lupakan kesedihan rumah tangga kami semenjak hadirnya Suraya. Aku bahagia kembali dan percaya pada suami sebab dia layan aku macam dulu. Dia pun cakap dah tak berhubung dengan Suraya dan Suraya juga dah berkahwin. Aku gembira bila tak ada lagi perosak dalam rumah tangga kami.
Sehinggalah aku hamil selepas sembilan tahun ulang tahun perkahwinan kami. Aku orang paling gembira dan aku kongsi dengan suami. Kegembiraan yang aku rasa tu hanyalah sekejap. Aku berg4duh dengan suami dan semua cerita lama mengh4ntui fikiran aku.
Suami dah h4ramkan aku mengandungkan zuriat dia. Ya Allah, aku sedih sangat sanggup suami lafazkan kata – kata tu sedangkan zuriat tu yang kami tunggu selama ni. Selepas kejadian tu aku keguguran dan aku terganggu dengan keadaan emosi yang teruk.
Suami mula jarang balik ke rumah dan kadang – kadang lewat pagi baru balik. Dia kembali berubah. Aku rasa terkilan dan aku buat penyiasatan sendiri untuk tahu jawapan. Suami akan marah bila aku tanya ke mana dia pergi. Dia akan cakap aku tak ada hak untuk tahu ke mana dia pergi.
Sejak tu aku siasat sendiri. Akhirnya aku dapat jawapan yang suami dah berkahwin dengan Suraya tanpa pengetahuan aku dan Suraya dah hamil tunggu masa untuk bersalin. Sedihnya hati aku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku dah ditipu hidup – hidup oleh suami yang aku percaya selama setahun.
Dia juga dah buatkan aku keguguran zuriat kami. Aku bagi kata putus pada suami. Aku minta suami tinggal dengan aku untuk tempoh masa dua minggu tanpa berjumpa Suraya. Memang k3jam, tapi mereka lagi k3jam sebab menipu aku dan permainkan perasaan aku.
Aku layan suami dengan baik selama tempoh tu walau kadang – kadang aku meng4muk juga sebab tertekan. Sekarang aku rasa tenang. Aku dah pun failkan perceraian sebab aku tak sanggup hidup ditipu lagi. Aku takkan minta suami ceraikan Suraya sebab tu yang Suraya nak masa mula hadir dalam hidup kami.
Suami merayu dan menangis sekali pun aku takkan ada rasa kesian lagi sebab dia sendiri tak fikir hati dan perasaan aku selama ni. Aku minta suami lepaskan aku dengan baik untuk aku bina hidup aku kembali. Walaupun suami takkan lepaskan aku, tapi mahkamah tu ada. Dia tak adil dalam berpoligami dan dah meny4kiti aku secara mental dan fizikal.
Aku doakan aku kuat untuk tempuhi hidup tanpa dia. Kepada Suraya yang tengah bergembira sebab berjaya rosakkan rumah tangga kami, aku harap dia dapat bahagia yang diimpikan bersama suami. Aku akan ingat kata – kata Suraya. Aku bukan perosak tapi aku nak menumpang.
Terima kasih sebab buat hidup aku jadi macam ni. Aku yakin Allah sentiasa bersama orang yang teraniaya. Aku akan pergi tanpa berpaling ke belakang. Buat suami aku, aku doakan dia bahagia sebab aku tak layak untuk mengandungkan benih dia. Mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Aku akan kuat untuk buktikan yang aku boleh bahagia tanpa mereka berdua.
Ulasan Pembaca :
Nerda Ayu : Puan, move on. Kena kuat semangat. Apa yang jadi tentu ada hikmah. Moga nanti puan jumpa seseorang yang lebih baik. Takkan bahagia hidup orang yang aniaya hidup orang lain.
Ladyaziz Aliimu : No matter how badly someone treats you, never drop down to their level. Remain calm, stay strong and walk away. Hugs.
CT Aniza : Sabar sis. Terus kuat. Teruskan melangkah. Bahagia tu datang dari diri kita sendiri. Jangan risau, Allah tu ada dan tak pernah tidur. Setiap perbuatan walau sekecil zarah pun pasti Allah akan balas. Cuma cepat atau lambat sahaja. Bersabarlah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.