
Malam tu, polis datang rumah. Rupanya pak mertua aku betul buat laporan. Anak – anak aku terus menangis tengok polis. Aku bagitahu dekat polis, isteri aku naik tangan dulu sebab nak r4mpas HP, dia nak buang semua bukti. Anak sulung aku cakap, “Ayah jangan masuk jail, please.”
#Foto sekadar hiasan. Part 2 >> Lepas aku balik dari kursus, aku terjumpa video dan gambar isteri aku ‘bersama’ dengan lelaki lain. Aku terus halau isteri aku, halang ambik anak – anak. Lepas kejadian abang dia datang hentak pintu tu, aku ingat semuanya dah reda. Rupanya m4kin teruk.
Esoknya, aku dapat mesej panjang berjela daripada keluarga dia dalam group WhatsApp keluarga mertua. Mereka hentam aku kiri kanan. Tuduh aku halau isteri tanpa sebab, tuduh aku kaki pukuI, tuduh aku sekat isteri jumpa anak, tuduh aku ada perempuan lain masa pergi kursus. Aku baca pun tangan aku menggeletar.
Yang paling tak boleh terima, bini aku siap send gambar lebam dekat lengan dia. Padahal itu lebam lama masa dia jatuh dekat kilang. Tapi dia guna benda tu untuk fitnah aku. Katanya itu kesan aku “meng4muk tak tentu hala”. Aku rasa macam nak meIetup.
Masa tu aku terfikir, sampai macam ni sekali dia sanggup burukkan aku semata – mata nak selamatkan diri. Tapi aku masih tak tunjuk bukti. Sebab aku fikir pasal anak – anak. Kalau keluarga dia tahu kebenaran, kecil kemungkinan isteri aku boleh pulih atau kembali jadi mak kepada anak – anak. Aku buntu sungguh.
Lepas Maghrib malam tu, ada satu lagi konflik besar. Polis datang rumah. Ya, polis betul – betul datang. Rupanya pak mertua aku betul buat laporan. Polis datang dengan nada lembut, suruh aku beri kerjasama. Anak – anak aku terus menangis tengok polis.
Anak sulung aku cakap, “Ayah jangan masuk jail, please.” Masa tu aku rasa d4da aku macam diramas. Aku bukan apa – apa pun, aku cuma nak lindungi anak aku. Polis tanya pasal kejadian t4mpar tu. Aku mengaku aku memang t4mpar dia sekali sebab dia naik tangan dulu.
Itu pun sebab dia cuba rampas telefon masa aku tengah tengok bukti video dia dengan laki orang tu. Tapi polis cakap laporan kena ikut prosedur. Dia cakap mungkin kena ambil keterangan nanti. Aku angguk sahaja. Aku tak Iawan. Selepas polis balik, anak – anak terus peIuk aku ramai – ramai.
Aku tak pernah rasa serapat itu dengan mereka. Mereka takut aku hilang. Malam tu aku tidur depan pintu, takut kalau bini aku atau keluarga dia datang buat kecoh lagi. Keesokan paginya, konflik m4kin melarat. Mak mertua aku pula call sambil menangis.
Dia kata aku dah rosakkan rumah tangga anak dia. Dia kata kalau aku ceraikan bini aku, anak dia mungkin tak stabil, mungkin buat benda bukan – bukan. Mak mertua aku siap ugvt nak datang ser4ng rumah aku kalau aku terus sekat hubungan mak dan anak.
Aku cuma jawab, “Mak, saya tak sekat apa – apa. Anak mak yang buat semua ni. Tolong tanya dia kenapa.” Dia terus letak. Petang pula, aku terima panggiIan dari sekolah anak sulung. Guru kaunseling cakap anak aku tak fokus, tak makan, murung.
Bila cikgu tanya kenapa, dia jawab, “Mak tinggalkan kami sebab ayah halau.” Bila aku dengar, aku rasa macam s4kit sangat dekat d4da ni. Aku tak tahu nak marah atau nak menangis. Anak aku yang tak salah, terp4ksa tanggung semua benda ni.
Malam tu aku nekad. Aku pergi rumah mak mertua dengan niat nak bincang elok – elok. Aku tak bawa anak anak sebab takut keadaan jadi tegang. Masa sampai, semua keluarga dia dah berkumpul. Abang ipar, kakak ipar, sepupu dia, semua pandang aku macam aku musvh negara.
Bini aku duduk menangis dekat tengah ruang tamu. Drama betul. Bila aku masuk, terus abang ipar bangun tegur aku dengan nada tinggi. “Kau pukuI adik aku sebab apa?!” Aku jawab perlahan, “Kau tanya dia sendiri kenapa.” Semua diam. Bini aku tunduk. Dia tak berani jawab.
Aku buka suara lagi. “Aku tak nak buka aib. Tapi jangan p4ksa aku. Kalau kau orang nak tahu sangat kenapa aku halau dia, aku boleh tunjuk sekarang.” Masa tu suasana terus senyap macam kubvr. Semua tengok bini aku. Dia terus cakap, “Abang, saya sayang abang. Jangan buka benda tu. Saya silap. Saya dah insaf.” Nada dia perlahan, mata penuh air.
Abang ipar aku beng4ng. “Apa dia buat? Cakap!” Aku dekat situ pun betul – betul rasa serba salah. Nak tunjuk bukti, aku fikir pasal anak. Tak tunjuk, aku difitnah lagi. Badan aku menggeletar. Akhirnya aku cakap, “Aku bagi masa. Tapi jangan sentuh aku atau anak – anak. Jangan fitnah aku lagi. Aku penat.”
Aku terus keluar sebab aku rasa kalau aku duduk lagi lima minit, aku meIetup. Masa aku sampai rumah, anak bongsu aku tunggu dekat pintu sambil tidur tertonggeng. Dia tunggu aku balik. Aku angkat dia, peIuk kuat – kuat. Masa tu aku sedar, apa pun jadi, perjuaangan aku cuma untuk mereka. Aku masih buntu. Tapi konflik tak berhenti. Esoknya, dapat pula surat dari pejabat agama. Isteri aku failkan permohonan hak penjagaan sementara. Aku rasa dunia betul – betul nak hempap aku sekarang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.