Lepas aku balik dari kursus, aku terjumpa video dan gambar isteri aku ‘bersama’ dengan lelaki lain. Aku terus halau isteri aku, halang ambik anak-anak

Hari ni pak mertua asyik call aku, dia tanya kenapa haIau anak dia. Apa salah anak dia? Pak mertua siap nak buat laporan polis dekat aku atas alasan keganasan rumah tangga. Abang ipar aku datang buat video, konon aku halang anak – anak jumpa mak dorang. Perlu ke aku tunjuk je gambar dan video ni pada ayah dia?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Min. Aku perIukan pendapat sebab dah buntu tak tahu nak buat apa dengan situasi yang berlaku sekarang. Aku baru g4duh dengan bini aku. Aku halau bini aku dari rumah ni dan anak – anak aku ambil dan jangan harap dia dapat jumpa aku dan anak – anak.

Baru – baru ni aku ada kursus 3 minggu jadi anak – anak aku tinggalkan dekat rumah mak sebab bini aku kerja, masa balik kursus, kant0i bini aku simpan scandaI kat tempat kerja siap tidur dengan laki orang. Aku jumpa banyak gambar dan video – video mereka dalam HP yang bini sembunyikan.

Bila dah kant0i dia merayu melutut. Aku suruh dia berhenti keje dia tak nak. Aku bukan jenis yang tak bagi nafkah dekat bini. Belanja barang – barang semua aku beli. Dia bebas ambil duit aku berapa pun yang dia nak. Tapi dia masih tak reti bersyukur.

Aku nak ceraikan dia min. Tapi anak – anak aku merayu rindu mak dorang, siap anak – anak cop aku ayah jahat sebab halau mak diorang. Aku tak nak buka a1b mak dorang. Aku sanggup biar aku je nampak jahat. Keluarga dia semua ingat aku yang jahat tapi aku sabar je.

Ya aku memang jahat tapi tak lah sampai nak curang. Aku bukan lelaki yang sempurna tapi aku tak pernah sentuh perempuan lain selain dia. Apa lagi yang dia nak? Kalau dia nak bahagia dengan suami orang pergiIah tapi anak – anak semua aku ambil, biar aku yang jaga.

Dan aku tak akan maafkan dia. Aku tak nak dengan perempuan bekas orang. Hari ni pak mertua asyik call aku, dia tanya kenapa halau anak dia. Apa salah anak dia. Aku suruh ayah dia tanya dengan anak dia sendiri. Ayah dia siap nak buat report sebab aku halau dan bagi penamp4r pada anak dia.

Sekarang ni aku fikir, perlu ke aku tunjuk je gambar dan video ni pada ayah dia? Aku dah penat letih nak hadap semua benda ni. Dia nak tunjuk pada family dia yang kononnya aku jahat. Aku tamp4r dan pukuI dia. Tapi kelakuan dia satu pun dia tak cerita. Aku buntu. Dah berapa hari aku tak boleh fokus. Mana lagi anak – anak rindu kat mak dia. Ya Allah buntunya aku.

Beberapa hari ni aku langsung tak boleh fokus. Badan aku ada, tapi kepala aku entah hilang ke mana. Anak – anak pula tiap malam menangis rindu mak mereka. Aku pernah terjaga tengah malam sebab anak bongsu aku mimpi buruk. Dia peluk aku sambil cakap “Ayah jangan tinggalkan kami macam mak.” Masa tu aku rasa macam dunia nak runtuh.

Semalam keadaan jadi lagi kritikal. Bini aku datang rumah dengan abang dia. Mereka hentak pintu, minta aku keluarkan anak anak. Abang dia siap ambil video nak tunjuk kononnya aku sekat hubungan anak dengan mak. Nasib jiran sebelah datang bantu tenangkan keadaan. Kalau tak, entah apa jadi. Aku pun manusia, aku pun ada had.

Sekarang aku cuma nak tahu, perlu ke aku buka semua bukti dan biar keluarga dia tahu per4ngai sebenar dia? Atau aku terus diam dan tanggung semua salah? Aku buntu Min. Terlalu buntu. Aku cuma takut keputusan aku nanti akan buat anak – anak tersiksa. Perkongsian aku ni kalau dibaca orang luar mungkin nampak aku ni lelaki tak guna. Tapi aku cuma seorang ayah yang cuba pertahankan anak anak, walaupun hati sendiri dah h4ncur.

Komen netizen :

Zamri Ghasali Zamri : Hantar kat makamah.. semua hak penjagaan dapat kat h4ng tapi sebelum tu buat report polis. Biar laki orang tu masuk lokap sebab mengh4ncurkan rumah tangga hang. Biar pulak dia berdepan dengan bini dia pulak dan mak bapak dia. Sekarang hang dah malu, biar dia merasa pulak malu atas perbuatan dia. Lepas tu cari ibu baru, banyak tu ibu – ibu di luar sana..

Che Mazenah Che Omar : Rimas sangat bila ramai suka jadi hero la penyeamat la rela dis4kiti sanggup simpan rahsia. Bagai . Berterus terang bersemuka dengan keluarga kedua beah pihak apa yang sebenarnya berlaku tunjuk bukti, Tak payah nak sembunyi – sembunyi . Bab anak – anak tiada Iarangan nak bertemu ibu bapa, mereka dan jadi m4ngsa keadaan, dan mereka tak salah pun dalam hal ni.

Ar Jemi : Ko nak masuk lokap ke atau nak ceritakan hal yang sebenar tt.? Bagi aku bincang elok – elok dengan mertua bagi bukti pastu bawa kes ke mahkamah kalau rasa nak cerai.. Kalau rasa masih sayang bincang elok – elok dengan wife.

Kalau dia setuju dengan  kehendak ko alhamdulillah.. Kalau dia tak setuju.. Pandai – pandai la jumpa kat mahkamah.. Untuk anak – anak plak.. Terpulang la bila dewasa baru nak bagitau ke macam mana.. Yang penting bukti tu simpan betul – betul.. Apa pun dorang berhak tau kebenaran.. Jangan sampai dorang benci ko plak nanti.

Sal Ishak : Bukti dah ada kan, yang pergi simpan buat apa. Tunjuk la pada ayah dia bagi dia senyap. Sebelum tunjuk tu salin dulu, kot phone tu dihemp4snya dan diramp4s atau hantar je kat phone dia. Dia nak hantar kat orang lain pulak antak dia la. Anak dia pandai la dia simpan kalau dia rasa malu..

Coretan Asmara : Sebagai lelaki, bertenang dahulu dan pergi rumah famili dia dan terangkan perkara yang sebenar. Apa yg telah berlaku, seeloknya ko yang hantar dia balik. Macam mana ko ambil macam tu ko pulangkan. Ko berterus terang dengan bukti yang ada, biar semua pihak faham akan situasi sebenar.

Ini ko haIau dan penamp4r, tentulah ayah bini ko marah dengan ko. Ko buat anak mereka macam tu, pergiIah ke rumah mertua dan berterus terang. Tentang anak – anak ko kena tanya nak tinggal dengan ko atau ibu mereka. Jika mahu hak ko, pi mahkamah dan tuntut dengan bukti yang ada, wallahualam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :