Sikit – sikit aur4t aku dedah. Tak pakai handsock dah. Takde stokin tak apa. Sekarang aku kerap free hair. Tak pakai tudung pun tak rasa apa – apa. S3ksi pun aku tak kisah. Aku dah pernah bertaubat. Banyak kali. Tapi aku tetap kalah dengan nafsu sendiri. Cuba bagi pendapat kepada aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku harap orang tak judge aku lebih – lebih bila aku kongsikan aib aku ni. Aku baru habis belajar. Baru dapat kerja kat luar negeri, tapi nampak gaya aku kena berhenti kerja dan minta kerja baru.
Macam susah untuk aku dapat position kat sini. Setiap hari lepas balik dari kerja aku rasa depr3ssion sangat. Kepala aku s4kit sangat. D4da aku selalu kena tepuk. Sesak dan banyak lagi lah. Sebenarnya s4kit aku ni dah lama. Dari masih kat universiti.
Tapi apa yang aku nak kongsi ni, bukan tentang kerja aku. Tapi tentang Aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang baik. Tapi aku gagal jaga diri aku sendiri. Maru4h aku. Aku sejenis yang senang berkawan dengan lelaki dan perempuan. Sebab aku pun lasak. Tapi itu dulu.
Sekarang aku banyak diam. Aku tak suka kongsi apa – apa tentang hidup aku kat orang lain. Status aku yang dulu penuh, sekarang kosong. Dah tak nampak dah gambar aku kat mana – mana. Takde sesiapa boleh tahu hidup aku sekarang, kecuali kalau diorang call atau wasap aku.
Itu pun kalau diorang ada nombor hp aku yang aku baru tukar lagi ni. haha.. Aku ada kisah silam aku yang mana dari situ aku mula takut dengan semua benda. Dan sejak dari tu aku jadi m4kin teruk. Dulu aku selalu video call dengan bekas teman lelaki.
Kami kalau jumpa tak pernah bersentuh pun tapi m4kin lama hubungan kami, kami terIanjur semasa video call. Bukan sekali. Tapi berkali – kali. Itulah hebatnya godaan sy4itan durjana, depan – depan kami boleh kuat tahan godaan tapi bila dalam telefon kami tewas dengan nafsu.
Aku dah lama putvs dengan bekas kekasih. Tapi kalau dia jumpa nombor baru aku, mulalah permintaan pelik – pelik dia. Sebab itulah aku dah tukar nombor berkali – kali. Social Media lama aku semua aku dah deactivate, dengan harapan dia tak dapat cari aku lagi. Aku tak nak ulang. Aku nak cuba berubah.
Alhamdulillah aku jadi sem4kin baik lepas beberapa bulan. Aku join bermacam – macam aktiviti islamic. Aku sempat berniqab dua bulan. Dua bulan je? Kenapa kejap je? Sebenarnya aku tak ingat berapa bulan aku pakai tutup aur4t sempurna.
Ayah aku pernah marah aku. Aku ni tak baik. Kurang ajar. Tapi pakai macam ni. Macam aku ni permainkan agama plak. Awal – awal memang aku anggap tu c4baran aku pakai macam ni. Memang ramai akan benci. Tapi aku jujur.
Aku memang tak baik. Tapi aku cuba jadi lebih baik. M4kin lama m4kin aku rasa aku tak layak pakai macam ni. Aku jijik. Aku derh4ka dengan mak ayah aku. Aku jadi seseorang yang aku tak pernah kenal selepas tu. Sikit – sikit aur4t aku dedah. Tak pakai handsock dah. Takde stokin tak apa.
Sekarang aku kerap free hair. Tak pakai tudung pun tak rasa apa – apa. S3ksi pun aku tak kisah. Ikut korang lah nak kata aku apa. Aku pun tak kenal aku dah. Aku ada berkenalan dengan orang luar negara. Dia baik sangat dengan aku.
Tak kedekut, tak pernah naik tangan kat aku, tak baran. Tapi satu je masalah aku. Lepas dah 2 bulan kenal. Aku buat silap lagi, silap yang dulu aku pernah taubat tak nak ulangi. Dah banyak kali kami tidur sekali. Ye salah aku.
Aku tak salahkan dia. Sekarang ni aku risau je kalau tiba – tiba aku pregnant. Aku pernah ajak dia kahwin. Banyak kali. Tapi dia tak ready physicaIIy and mentaIIy. Aku dah pernah bertaubat. Banyak kali. Tapi aku tetap kalah dengan nafsu sendiri.
Cuba bagi pendapat kepada aku. Macam mana aku dan dia nak mudah dapat restu family kami? By the way masa sekolah dulu abang aku pernah panggil aku PEREMPUAN MURAHAN sebab aku berkawan dengan lelaki. Hahaha cuma berkawan je tau.
Sampai sekarang aku rasa aku murah sampaikan aku betul – betul jadi murah.. Rasa taknak hidup dah je, penat asyik buat d0sa. – Nini (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Aziemah Joibi : Dulu pernah terbaca cerita pasal seorang peI*c*r yang sempat bertaubat, alhamdulillah. Orang sana sini keji dia, cakap dia macam – macam. Orang tak tau sekeji – keji pekerjaan dia, dia tetap tak tinggal solat, dia tetap cuba untuk baca Al Quran.
Sampai lah satu masa tu, dia tiba – tiba berhenti dari pekerjaan dia, beberapa bulan orang tak nampak dia. Akhirnya, dia dijumpai di dalam bilik dia m4ti dalam keadaan bertelekung sambil peIuk Al Quran. Allahu..
Jangan risau, setiap d0sa kita insyaAllah pasti akan diampuni dengan taubat nasuha kecuali d0sa sesama manusia. Setiap kali rasa diri kotor selepas berz1na, bertaubatlah pada masa itu juga. Itu tanda Allah masih sayang dengan kita, masih mahu kita merayu – rayu, meminta minta keampunan dariNya.
Tapi tolong, tolong sayangi diri ya. Sayangi nyawa ya, masih banyak perkara baik menunggu kamu di hadapan. Bila rasa nak bvnvh diri, jangan bersendirian, buat sesuatu untuk ceriakan diri balik. Fikir perkara – perkara yang buat kamu happy. Masih ada seseorang yang menyayangi kamu dalam diam. Sayangi diri ya, letak tangan di d4da dan tepuk, bagitau dekat diri sendiri, aku sayang kamu.
Lokk Amry : Hidup ini sementara dik.. andai tak sempat taubat.. malaik4t m4ut datang menjemput MACAM mana kita nak jawap. Kalau hidup nak bernafsu nafsi je dik.. samalah kita ni MACAM hewan yang takde akal fikiran. Kita ni manusia banyak tanggungjawab.. banyak buat silap tapi Allah tidak pernah menutup pintu taubat UNTUK kita. Berusahalah.. berubahlah ke cara berkawan yang lebih baik.
Ummu Umi : Berubah demi diri dan Allah ya sis. Kita ni akan jadi mahal kerana diri Kita sendiri yang letakkan nilai itu iaitu dengan menjaga kehormatan diri kita sendiri. Orang boleh cakap apa saja, h1na, herdik, kifarah akan ada untuk mereka. Tapi Kita?
Jangan kerana kata – kata mereka, kita pula yang ikut hanyut kerana dilabel sebegitu. Kerana yang merasai s4kitnya itu Kita, d0sa jugak kita yang tanggung. Sayang dan hormat diri sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.