Satu hari tu aku memang tak larat nak pergi kerja, aku MC tapi MC aku tak diterima. Bos nak MC dari hospitaI kerajaan je. Tak sangka rupa-rupanya aku mengandung. Aku nekad nak berhenti kerja tapi boss halang dengan alasan sebab dia lah aku mengandung. Tiba-tiba aku dapat surat dari Jabatan Tenaga Kerja..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali aku tak tahu nak cerita macam mana. Maaf kalau ayat berterabur. Jadi aku terus pada cerita straight to the point saja lah. Aku bekerja di sebuah company berbangsa singh, dia buat Security Guard business.
Aku mohon kerja di situ masa musim PKP di mana banyak sangat company – company lain yang tak terima pekerja pun sebab kebanyakan company nak jimat kos, buang staff semua. Tapi company yang aku apply ni aku tengok di jobstreet galak betul mencari pekerja.
Jadi masa interview tu, Bos dia janji macam – macam dekat aku antaranya, akan sediakan MedicaI card, dan semua benda – benda yang basic lah. Dipendekkan cerita, aku pun kerja lah macam biasa. Hari pertama aku masuk kerja otak dah serabut. Korang tahu tak kenapa?
Office tu dari start buka sampai tutup dia pasang orang mengaji hindu atau sikh aku pun tak pasti. Bagi aku sangat annoying dan tak hormat langsung pekerja yang berbilang agama dekat situ. Aku dah complain bende ni kat HR pun, tapi masih diam.
Jadi aku betul – betul tak tahan, bila balik s4kit pinggang dengan s4kit otak. Nyayian mengaji diorang dah bertapa dalam minda aku walaupun aku nak solat. Lepas tu hari ketiga aku kerja, aku blah macam tu sebab offer letter pun aku tak dapat.
Lambat sangat nak kasi. Lepas tu hari keempat HR panggil aku semula suruh masuk kerja. Aku terima saja lah dengan syarat aku nak pindah tingkat atas sebab takde music mengaji kat atas. Mula – mula tu aku dilayan dengan baik jer.
Seminggu aku kerja, aku dah rasa macam mentaI. Betul punya mentaI abvse korang tau. Kerja – kerja budak sebelum ni yang lari tu, kalau kerja dia orang silap, aku yang dipersalahkan. Seriously, aku cakap apa pun dia tak nak dengar.
Padahal aku sentuh pun tak. Diorang ada server tau, kalau dalam server tu masalah apa. Aku juga yang kena. Dia share dengan aku tapi tak percaya aku. Aku syak dia memang saje suka salahkan orang sebab bos aku tu macam ada masalah mentaI sikit. Aku syak saja lah.
Sebab dia kalau bercakap sangat laju, tak duduk diam dan sambil gigit kuku. Macam orang tak reti duduk diam tu ha. Kalau lama – lama duduk berbincang apa – apa dengan dia memang ann0ying sangat dengan gigit kukunya, jijik nampak.
PukuI 5pm baru nak nak meeting, pukuI 8pm baru dapat balik rumah. Aku nak balik dia cakap, wait, rumah tu tak lari pun. Aku cakap lah ada roadblock tempat aku. Then kau tahu bos aku suruh tipu polis tu cakap company dia operate 24 hours.
Amende weh management operate 24 hours? Ni masa PKP tu la sebab tak boleh ada atas jalan raya waktu malam kan. Dua bulan aku kerja, aku betul – betul dah tak tahan. Sebab bos aku t0rture aku teruk sangat sehingga aku sentiasa gigil tanpa sebab.
Berdebar tanpa sebab dan takut tanpa sebab. Jadi aku nekad nak berhenti tapi dalam masa yang sama aku takut sebab duit takde kalau tak kerja. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak berhenti . Satu hari tu aku MC, ko tahu company tak terima MC aku.
Dia nak MC dari kIinik government sahaja. Gaji aku pun ditolak la. Memang company tu dah tipu aku cukup – cukup masa interview. Janji MedicaI Card ada semua tu lah. Last – last diorang cakap tunggu habis k0vid!! Aku MC masa tu sebab aku betul – betul tak sihat pening, munt4h – munt4h pagi tu rupanya aku pregnant gais.
Setelah 2 tahun kahwin ada rezeki zuriat. Memandangkan suasana tempat kerja yang sangat t0xic di samping aku nak jaga kandungan aku, aku nekad untuk BERHENTI. Aku hantar surat untuk resign 2 minggu awal dari tarikh sepatutnya iaitu sebulan notis.
Sebelum tu aku dah bincang. Aku mintak dilepaskan awal sebab aku tak nak kandungan aku terjejas dek kerana sikap bos yang sangat teruk. Ni aku cakap terus terang pada bos besar. Bos besar tu tak nak lepaskan aku, dia cakap aku pregnant ni pun sebab keberkatan tempat kerja dia.
Lepas tu siap nak bukti medicaI report aku pregnant. Aku malas layan lebih – lebih. Bukan nak bayar pun kos. Kos k0vid test pun tak nak tanggung lepas tahu staff situ p0sitive k0vid seorang. Company still operate tanpa sanitise!
Aku dah report KKM cheras but no feedback ye gais! Cukup dua minggu dari tarikh surat tersebut, aku blah 24 jam dengan surat baru. Dalam surat tu aku nyatakan sekali sebab aku nak berhenti dan aku tuliskan keburukan company tu layan staff dan tak jaga kebajikan staff.
Company tu tak puas hati dengan aku, JTK (Jabatan Tenaga Kerja) hantar ”surat cinta” kat aku menyatakan aku dah langgar kontrak satu bulan notice resign. Jadi company aku ni buat report lah konon. Aku dipanggil ke JTK untuk sesi damai.
Company masih nak gaji full aku walaupun aku dibayar separuh gaji je. Aku menolak untuk bayar walaupun company ada nego untuk kurangkan bayaran. Aku still tolak dan teruskan untuk ke mahkamah buruh. Sebab bukan aku saja yang Ianggar kontrak. Company dulu yang Ianggar kontrak. Antaranya :
1. Aku selalu dilepaskan balik pukuI 7pm. Waktu kerja aku dari 9am – 6pm sahaja, Kalau aku balik pukuI 6pm bos aku akan marah cakap aku balik awal. Walaupun kerja aku dah siap. (Aku ada bukti by Whatsapp).
2. Gaji aku ditolak jika lambat masuk 10 minit, Kalau aku balik lambat aku takde OT ye. Benda ni dia tak nyatakan langsung dalam Offer Letter untuk tolak gaji semua. Takde. Dia buat undang – undang sendiri.
3. Tak bagi kitorang staff makan sesama staff, dia akan bising. Bos aku tahu kitorang makan sekali sebab dia selalu check CCTV. CCTV tu sebeIah PC dia. Jadi sambil dia kerja, sambil dia jeling CCTV ye. Sedangkan ada je kitorang cakap – cakap sebab nak discuss hal kerja, dia akan wasap cakap kitorang bergosip.
4. Semua staff akan direkod dalam attendance balik pukuI 6pm walaupun ada ramai staff balik malam. Dia nak selamat la tu.
Dan banyak lagi kejahatan dia yang malas aku nak tulis. Bende ni bukan jadi kat aku je. Tapi ramai. Cuma di antara semua staff tu aku sahaja yang dia report di JTK, mungkin kerana aku nyatakan reason aku berhenti kot. Jadi, diorang tak puas hati atau apa aku tak pasti.
Korang doakan aku berjaya di mahkamah buruh lepas raya ni. Dengan bawak baby dalam perut lagi. Em0si aku agak celaru sikit. Tapi aku still nak f1ght kes ni dengan niat company tu tak akan tindas orang lain lagi lepas ni.
Kalah ke menang lain cerita. Janji aku dah cuba. Kalau korang ada pendapat nak kongsi untuk kukuhkan lagi kemenangan aku, pun boleh kongsikan ye. Terima kasih sangat. – Rosalinda (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Natasya Rahman : Mungkin tt boleh try apply elaun hilang kerja dekat perkeso jugak. Even tt yang resign, nyatakan dekat situ ‘pembuangan terancang’. Atau term dia constructive dismissal yang mana pekerja resign atas sebab ketidakadilan yang berlaku dalam company. Kalau ada rezeki dapat la elaun bulan – bulan boleh support baby nanti. Anyway, good luck ya !
Rafiqah Majeed : Sabar ye sis, berani kerana benar. Tahniah sebab sanggup ke hadapan dan pertahan hak. Kalau tak menang pun tak apa, at least jangan bagi ruang mudah bagi si penindas. Insyallah semua akan baik – baik, ada kelebihan rezeki baby pulak tu. Anggap ni proses belajar dan mematangkan diri. Good luck.
Norazirah Rara : Dear confessor, bukti – bukti yang ada anda kene simpan dan buktikan kedatangan anda yang anda pvnch in dan out. Kebarangkalian untuk kalah kerana Ianggar kontrak tu memang kamu akan kene denda.
Kiranya kamu kene bayar lagi 2 minggu sepatutnya kamu bekerja sahaja tapi biasa JTK akan suruh bayar ikut kemampuan. Tapi berbalik pada no 1, kalau dia yang breach contract dulu awak boleh menang.Apa – apa baca balik kontrak kerja.
Biasanya syarik4t swasta MEMANG selalu buat hal. Company Melayu pun sama. Dapatkan surat doktor yang awak terganggu em0si kerana kerja terutama sekarang mengandung.. better kerajaan. Yang pasal isu buka muzik agama dia tu, ada rakam tak?
Sebab mmg tak boleh sepatutnya. Ni boleh maklum dalam mahkamah JTK. Dalam mahkamah JTK biasanya mereka memang nak bukti. Boleh bagitau terganggu em0si. Gaji tolak 10 minit lewatkan? Dalam slip gaji tolak tak?
Kalau tolak sila simpan. Confirm company kene saman. Tak boleh tolak sesuka hati. Apa – apa moga dipermudahkan segala urusan sis ya. Kalau sis boleh buat drama air mata yang dia str3ss masa dalam mahkamah JTK, fuhhh boleh menang juga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.