Aku puas bila suami terduduk sambil pegang kaki aku minta maaf. Aku halau dia keluar rumah

Aku janda anak satu dan kahwin dengan duda. Lepas kahwin aku sedih tengok layanan suami dekat anak. Sampailah anak aku kemaIangan, patah bahu. Sekali pun suami tak datang tengok, nak tanya khabar pun tak. Sepanjang tu aku fikir masak – masak. Aku cakap dekat suami, dia c4bar aku pergi mahkamah..

#Foto sekadar hiasan. Usia perkahwinan aku dah 10 tahun. Ini perkahwinan aku yang ke 2. Masa bernikah aku ada seorang anak perempuan, suami aku duda tiada anak. Sekarang anak d4ra aku dah berusia 19 tahun. Aku berkenalan dengan dia hanya lebih kurang setahun macam tu, kemudian kami bernikah.

Diawal perkahwinan kami bahagia. Alhamdulillah. Masuk tahun kedua aku mulai rasakan tekanan sebab dia inginkan anak. Aku cuba, cuba sedaya upaya untuk mengandung tapi belum ada rezeki. Sejak dari itu setiap kata – kata dia seolah – olah aku yang tak nak.

Aku usaha sendiri, mengurut, makan vitamin. Semuanya dah. Aku tau, aku suburr. Aku minta dia buat ujian kesuburan tapi dia tak nak. Dia cakap, dia ok. Hampir 2 tahun lebih usia perkahwinan kami, akhirnya aku berjaya mengandung tapi dalam tempoh kehamilan, aku banyak makan hati dengan layanan dia ke atas aku.

Sepatutnya dia happy dengan kehamilan aku tapi dia nampak macam biasa – biasa ja. Sedangkan dulu dia berkahwin dengan bekas isteri dia pun hampir 18 tahun tanpa ada zuriat. Mesti dia happy dengan kehamilan aku tapi dia nampak biasa. Tiada keterujaan di mata dia.

Aku bersyukur, masih ada insan lain di sisi aku yang begitu teruja dan seronok dengan kehamilan aku. Ya.. anak d4ra aku, yang teringin sangat nak ada seorang adik dan kawan. Sampailah masa aku bersalin anak aku yang jaga aku dengan penuh perhatian walaupun dia masih muda diawal usia belasan tahun.

Dia tolong mandikan adik, jaga adiknya, syukur alhamdulillah. Tapi aku kesian dengan anak d4ra aku, suami aku selalu kasar dengan dia. Perkataan yang keluar semuanya yang meny4kitkan hati. Mungkin itu nmanya bapa tirikan.

Aku sedih, simpati dengannya. Mana mungkin seorang ibu tidak sedih melihat orang lain melayan anaknya begitu. Hidup aku penuh dengan c4baran selepas aku bersalin. Seiring dengan masa, suami aku sem4kin berubah dan aku mula bekerja untuk menampung hidup aku dan anak – anak.

Sebabkan simpati pada suami yang menanggung beban seorang diri. Aku bekerja untuk menolong meringankan beban yang ditanggung. Tapi sejak aku mula bekerja, aku nampak suami mula mengambil kesempatan di atas kemurahan hati aku.

Aku yang tanggung perbelanjaan untuk rumahtangga. Sampaikan suatu hari, dia cakap yang dia telah ditamatkan perkhidmatan kerana company dia dah habis kontrak dengan MARA. Aku ingatkan hanya sementara namun bulan berganti bulan dan hampir setahun dia masih belum bekerja dan masih memilih – milih pekerjaan.

Sedangkan aku berhempas pulas bekerja dan membuat pekerjaan sampingan demi untuk kelangsungan hidup kami. Allah yang lebih mengetahui, rezeki aku dan anak – anak tak putuus – putuus. Aku dapat kontrak hantar kuih – kuih untuk sekolah asrama. Syukur alhamdulillah.

Rezeki aku masuk terlalu mudah. Sampaikan aku tak menang tangan nak handle tapi aku menjadi h4mba kepada suami sendiri demi kesenangan dia. Sekarang tanggungjawab mencari nafkah seratus peratus beralih ke bahu aku.

Beban yang terp4ksa aku tanggung. Sepanjang hampir 8 tahun aku hidup menafkahi diri sendiri dan anak – anak. Sedangkan dia terus menerus menjadi beban bagi aku. Dia sudah selesa dengan hidup yang tak perlu pikirkan apa – apa lagi.

Dia ibarat ISTERI dan aku ibarat SUAMI. Aku bersabar, aku cuba bertahan demi anak – anak aku telan walaupun aku tidak dihargai. Aku malu andai kata aku bercerai lagi untuk kali ke 2. Dah banyak kali jugak aku ajak dia berbincang tentang tanggungjawab.

Berpuluh – puluh kali aku minta dia menjadi suami yang bertanggungjawab, memahami aku yang amat – amat keletihan berper4ng dengan em0si dan perasaan aku sendiri tapi yang aku dapat cuma sindiran dan kata – kata yang meny4kitkan hati aku.

Seolah – olah aku tak layak dihargai sebagai seorang isteri. Masa berlalu, aku cuba redha dan ikhlaskan hati aku demi anak – anak. Setiap kali itu jugaklah Allah menguji aku sedikit demi sedikit ujian. Anak gadis aku kemaIangan, patah bahu.

Aku sebagai ibu tentulah cemas, risau dengan keadaan anak gadis aku tapi yang membuatkan aku betul – betul sedih dan terkilan, suami aku langsung tak peduli. Tak hiraukan langsung keadaan anak gadis aku. Luluh hati aku dengan kata – kata yang dilemparkan pada aku mengenai anak gadis aku.

Menyalahkan semua yang terjadi kepada aku dengan kata – kata yang menik4m jantung aku. Tersentap aku. Anak gadis aku masuk hospitaI seminggu tapi suami aku langsung tidak bertanya khabar. Seminggu aku ulang alik ke hospitaI menjaga anak gadis aku yang s4kit.

Seminggu itu jugalah aku memikirkan sedalam – dalamnya. Sampaikan aku mengambil satu keputuusan yang meng3jutkan dia. Aku buang perasaan belas dan simpati dalam hati aku. Aku nekad. Aku yakin dengan keputuusan aku.

Ya. aku dah hilang rasa maluuuu. NEKADDDD….!!! Aku ambil keputuusan paling drastik. Keputuusan yang buatkan semua orang terk3jut. Suami aku benar – benar terduduk. Ya. Ceraiii..!!!! Aku dah buat permohonan cerai.

2 bulan lagi aku akan naik ke mahkamah. Pada mulanya dia ingatkan aku main – main. Masa mula – mula aku bagitau keinginan aku untuk bercerai, dia kata silakan lah pergi ke mahkamah. Selepas aku serahkan surat saman untuk hadir ke mahkamah, dia terk3jut.

Yang paling meng3jutkan aku, dia terduduk sambil memegang kaki aku meminta ampun dan maaf. Kononnya dia tak maksudkan begitu tapi sedikit pon tiada rasa simpati dalam hati aku. Segala – galanya kosong bagi aku. Aku rasa puas terlepas segala yang terbuku dihati.

Yaa. Aku langsung tiada simpati lagi. Tiada kasih atau sayang untuk aku pert4hankan lagi. Sambil dia memaksa – maksa aku, merayu – rayu dalam p4ksa untuk aku menerima dia kembali, aku keluar dari rumah bawa anak gadis aku.

Anak lelaki yang kecik berusia 7 tahun sengaja aku tinggalkan. Aku tinggalkan rumah 2 – 3 hari untuk menjauhkan diri dari dia untuk tenangkan diri aku sendiri. Puas aku fikir, aku kembali ke rumah, aku mesti kembali.

Kembali aku kali ini untuk menjadi diri aku sendiri. Tegas dalam kata – kata dan perbuatan. Aku minta dia berpindah keluar dari rumah yang aku duduki dengan anak – anak. Aku nekad. Aku tegas dalam kata – kata.

Puas hati aku melihat dia merayu – rayu, memohon ampun dan maaf kepada aku. Sambil mengakui segala kesalahan dia dan paling meny4kitkan hati aku bila keluar perkataan, “abang saja nak tengok ayang boleh tanggung ke tak.”

S4kitt sangat bila aku dengar dia cakap macam tu. Sambil aku tersenyum sinis, “sekarang abang kenalah tanggung keputuusan yang abang buat dulu. Saya boleh tanggung takkan abang tak boleh menanggung akibatnya.”

Menangis, merayu bila dia tiada duit dan tempat nak dituju. Puas hati aku, puas yang tersangat puass. Pagi tadi dia hantar anak ke kedai aku sambil anak aku berceloteh. “Ibu, Ibu, Abah dah packing baju – baju semua. Barang – barang semua dah packing katanya nak balik dok umah atok.” Aku cuma tersenyum puass. Rasakan lahhh.

Doakan aku tabah. Kuat demi anak – anak. Semoga tiba waktunya nanti semuanya selesai secara baik dan cepat . Doakan jugak aku dapat menuntut saki baki harta sepencarian yang masih berbaki dan amat bernilai untuk aku dan anak – anak. Aku akan buat dia membayar kembali harga keringat dan kudrat aku. Insyaallah.

Komen Warganet :

Nurul Nadiah Abdul Rahman : Alhamdullillah. sis kuat. Tolong jangan terima rayuan lelaki tu lagi sebab terlalu lama bagi peluang. Takpe hidup tanpa suami, kadang – kadang ada yang lagi seronok sebab ade income sendiri, bebas jalan – jalan dan reward diri tanpa halangan sape – sape. Fokus besarkan anak dan income ya sis, biar senang sis dan anak – anak.

Intan Sham : Kita yang nama bini ni kumpul kekuatan bila nak amik keputusan cerai. Dah habis fikir, dah habis air mata, dah tak ada rasa cinta, sayang.. tap4ksa dan semestinye kita tak suka sebab kita runtuuhkn masjid kita sendiri tapi kalau itu je peyelesaian yang terbaik untuk kita dan dia buatlah dari kita makan hati lagi. Semoga dipermudahkan urusan awak. Jangan patah semangat walaupun kita sebagai perempuan yang diorang anggap lemah. Be strong and always be urself. #etak -ceraiFasakh

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.