Seorang wanita mengaku dia adalah bekas isteri tunang aku. Dia bagitahu kena cerai masa anak mereka baru 6 bulan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ali ceraikan dia tahun lepas bila anaknya baru 6 bulan. Dia tunjuk semua bukti mereka bahagia. Gambar bersama tahun lepas, gambar raya tahun lepas mereka gembira. Video mereka bergelak ketawa pun ada. Patutlah masa kami tunang..

#Foto sekadar hiasan / AI. Nama aku Mia, umur 28 tahun dan akan berkahwin insyaAllah hujung tahun ni. Bakal suami agak tua, dalam 35 tahun. Aku perIukan pendapat yang matang dan tidak mengecilkan aku. Aku yakin ada antara pembaca yang lebih arif dan lebih berpengalaman.

Solat istikharah sudah, bertanyakan pada kawan – kawan pun sudah. Cuma keluarga sahaja yang masih tidak tahu kerana aku malu. Mana – mana pendapat yang baik aku akan ambil. Aku ingin ceritakan kisah tentang kisah tunang aku yang aku beri nama Ali.

Aku kenal tunang aku ketika aku makan moreh beberapa tahun lepas, di masjid lepas tarawih di kawasan rumah sewa lama aku sebelum ni. Ni kira puasa sebelum negara ada kobid lagi. Ali waktu tu jadi volunteer tukang angkat – angkat air dan makanan.

Aku pula memang datang seorang, sebab housemate semua non muslim jadi sorang aje lah ke masjid. Pada awalnya hanya perasan begitu aje. Duduk pun dalam 5 minit makan, kemudian aku akan terus balik. Tapi 29 hari tarawih, 29 hari tu jugak lah aku nampak muka dia hari – hari.

Hensem orang nya. Tapi nampak sungguh bersederhana, elok tutur kata, sopan. Aku terpana tapi anggap biasa aje sebab memang tak bertegur. Suatu hari waktu balik kerja, tayar kereta aku bocor. Bersidai lah aku tepi jalan sementara call abang aku untuk tolong datang tukar tayar.

Sekali ada satu kereta berhenti. Ya, Ali keluar, offer untuk tukarkan tayar. Beriya lah dia tolong aku pergi pam kan spare tayar di stesen minyak berdekatan, dan gantikan tayar tu. Dipendekkan cerita, Ali dapat nombor aku sebab dia kata nak masukkan aku dalam group watsap taman.

Senang kalau nak mintak tolong sesiapa dari taman untuk tolong. Aku ok je. Hari berganti hari, aku m4kin rapat dengan Ali. Aku tak bertanya kan tentang latar belakang Ali seperti dah keluarga atau pun dah berkahwin ke.

Ya salah aku, kerana waktu itu aku anggap kisah kami ni ringkas aje biasa – biasa macam jiran. Rumah dia pun aku tak ambil tahu sebab bagi aku kami ni biasa – biasa aje dan aku tak mahu bagi harapan pada diri sendiri. Konon nya lah.

Tapi hati m4kin sayang. Ali pun m4kin sayang. Dah rapat sungguh kami ni. Katanya nak masuk meminang aku tapi sebab tengah pandemik, kami tak dapat teruskan. Sepanjang itu, kami LDR. Lepas jam 10 malam baru rancak watsap, nak call jarang – jarang kecuali hujung minggu.

Aku tak pernah syak apa – apa langsung sebab aku pun sibuk berkerja. Oh waktu ini, aku dah berpindah ke rumah keluarga dan bertukar cawangan tempat kerja. Jadi aku memang tak jumpa Ali dah nak dekat 1.5 tahun. Hanya video call.

Bila dah tak ada restriction rentas negeri, Ali berpindah ke KL dekat dengan aku  ini. Katanya dah lama beli rumah di sini. Jadi dia nak hias rumah untuk kami selepas kahwin. Aku ok aje, hati gembira. Bulan February yang lepas aku selamat bertunang simple – simple.

Yang datang hanya kakak dan abangnya. Ibu bapanya tidak dapat hadir kerana jauh. Aku faham walaupun hati ada sedikit risau sebab aku tak pernah berjumpa dengan keluarganya. Baru – baru ini bulan April, bulan ke dua lepas kami bertunang, aku dik3jutkan dengan khabar Ali sebelum ini pernah berkahwin, dan ada anak seorang berumur linkungan 1 tahun.

Bekas isteri Ali, Mel, jumpa aku di tempat kerja, ajak aku lunch dan ceritakan segalanya. Aku tersentak sebentar. Mel seorang yang lemah lembut, dia menangis ketika bercerita. Mereka kahwin suka sama suka. Dia persoalkan aku kenapa merosakkan rumah tangga dia sebab dia tak buat salah apa pun pada suami.

Ali ceraikan dia tahun lepas bila anaknya baru nak cecah 6 bulan. Aku terkedu dan tak tahu nak kata apa. Mel tunjukkan semua bukti dia bahagia dengan Ali. Gambar bersama tahun lepas, gambar raya tahun lepas mereka gembira. Video mereka bergelak ketawa pun ada.

Memang Mel seorang yang berlemah lembut dan soft spoken. Dia terk3jut tiba – tiba suami dia kata ingin bercerai tiada angin tiada ribut. Aku pada awalnya tidak percaya, jadi aku call Ali. Ali kata ya, betul dia duda anak satu. Tapi dia lebih sayangkan aku dan itu kisah lama.

Lama apa nya tahun lepas baru terjadi. Tiada penjelasan lain. Itu sahaja. Patutlah ibu bapa Ali tak datang merisik meminang aku, kerana mereka sayangkan menantu depa. Aku buntu. Memang dah jelas Ali tipu aku waktu kami bercinta jarak jauh dulu.

Waktu aku bercinta dengan dia, dia masih suami orang, masih happy dengan keluarganya. Aku nak tarik diri, tapi Ali kata itu cerita lama dan dia kini dah tak bersama Mel, dah sah bercerai, jadi tiada apa yang berubah. Aku  rasa dikhi4nati dan aku rasa k3jam. Jauh sekali aku nak jadi penyondol tanpa sedar.

Tolong nasihatkan aku patutkah aku masih dengan Ali? Kalau dia buat perkara yang sama pada aku seperti Mel bagaimana? Aku pun sayang kan Ali. Tapi, aku susah nak percaya semua ni.. – Mia (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Ashila Adzim : Untung Ali, dalam bercinta dengan skandal lain dapat pulak lepas nafsu dekat isteri. Yang tak untungnya isteri, dalam tengah mengandung bawak nyawa, jaga kandungan baik, s4kit bersalin bukan dibaIas dengan ucapan terima kasih tapi diceraikan.

Ali tak takut sebab skandal dah sedia menanti. Nampak tak gigih lepas cerai terus tunang dengan skandal. Skandal dah sayang takkan sanggup tinggal. Kesimpulannya jadi la macam ali, sentiasa ada spare tyre. dah terang jelas per4ngai Ali tu PENIPU, TAK SETIA, PENAKUT, TAMAK, LEPAS TEKAK SENDIRI. Kalau tt rasa ni ciri – ciri suami yang baik sila la teruskan rasa sayang tak bertepi tu. Takziah untuk tt.

Munirah Mokhtar : Kalau kau kawen jugak dengan Ali, memang b0doh. Suami dan ayah jenis ape macam tu? Sanggup ceraikan isteri dan biarkan anak kandung kehilangan ayah sendiri. Manusia jenis ape Ali tu? Lagi 1, terang – terang parents Ali tak suka kau. Jangan cari peny4kit.

Memang macam ner4ka dunia laa hidup kau nanti lepas kawen dengan Ali. Nak hadap bakal mertua yang tak suke kau lagi. Lepas tu tiba – tiba lepas kawen Ali jatuh cinta kali ke3 dengan perempuan lain. Memang bercerai laa jawabnya. He can do it to his ex. Why not you?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.