
Waktu ini cepat – cepat aku r4mpas anak aku dari tangan ibu mertua, matanya aku tutup dan sengaja aku baca ayat qursi kuat – kuat. Keluarga mertua semua memang langsung tidak percaya benda ini semua, mereka perli aku katanya itu semua tahyul..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku tinggal di sebuah rumah pangsa di Selangor. Kawasan tempat tinggal aku memang agak popular dengan kisah mistik sebab kawasan ni baru nak membangun. Jiran sekeliling memang selalu kata ada nenek kebayan di kawasan rumah kami.
Tapi suami aku tidak benarkan aku dengar atau percaya pada kisah jiran tetangga sebab pada dia semua tu halusinasi. Walaupun begitu, ayah aku seorang perawat perubatan islam, jadi aku dah biasa dengan kisah ghaib.
Pernah beberapa kali masa ayah aku sedang ubat orang dirasuk, aku nampak benda putih terbang keluar dari ubun – ubun kepala m4ngsa. Bila berbeza pendapat macamni memang akan jadi masalah jugak sebab suami dan keluarga dia tak pernah nak percaya pantang larang dan ilmu ghaib.
Kisah pertama terjadi semasa usia anak aku 8 bulan, kami keluar sampai lewat malam bersama keluarga belah suami. Semasa melalui hutan, anak aku tiba – tiba menangis. Waktu ini ibu mertua aku pegang anak aku tempat duduk di belakang.
Anak aku meronta – ronta menangis dan tolak badannya ke arah aku. Tapi mak mertua aku seboleh – boleh tak nak beri anak aku duduk dengan aku. Katanya jangan manjakan anak, aku toleh ke belakang, aku nampak wajah anak aku ketakutan.
Waktu ini cepat – cepat aku r4mpas anak aku dari tangan ibu mertua, matanya aku tutup dan sengaja aku baca ayat qursi kuat – kuat. Tangisan anak aku sem4kin perlahan dan akhirnya dia tenang. Apabila sampai di rumah, aku baca ayat qursi dan niat dalam hati kalau ada yang ikut dia tak boleh ikut aku masuk.
Keluarga mertua semua memang langsung tidak percaya benda ini semua, mereka perli aku katanya itu semua tahyul. Malam itu anak aku tidak boleh lelapkan mata, menjerit – jerit dia menangis. Keadaan dia seperti diganggu sesuatu.
Aku tahu sebab aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jadi aku ambil air sembahyang aku azan di telinga anak aku, aku bacakan ayat qursi 7 kali dan tiup kepadanya. Alhamdulillah anak aku tidur nyenyak. Suami? katanya anak aku tidak boleh tidur sebab s4kit perut kembung.
Kadang – kadang aku rasa suami aku ni b0doh. Aku tidak boleh berkongsi apa – apa kisah langsung dengannya sebab dia tidak pernah mahu percaya. Setelah dua hari di kampung, kami pulang ke rumah kami semula. Sampai di perkarangan rumah jam 2 pagi, apabila masuk sahaja ke dalam rumah aku dapat rasakan sesuatu tidak kena dengan rumah kami.
Tetapi aku tidak boleh ceritakan kepada sesiapa hanya pendam di dalam hati. Keesokan harinya suami pergi kerja macam biasa, tetapi petang itu suami telefon dan mengatakan dia pulang lewat. Kebiasaan jika suami pulang lewat aku akan tunggu dia pulang di ruang tamu sambil menonton TV.
Tapi kali ini aku duduk di dalam bilik membuka Facebook menggunakan laptop manakala anak aku duduk di luar menonton kartun kegemarannya. Sedang asyik aku melayan Facebook tiba – tiba anak aku menjerit dan berlari ke arah bilik.
Aku bergegas keluar dan aku lihat siaran TV ditukar ke siaran lain. Wajah aku sudah mula berkerut sebab remote aku letak pada meja makan. Siapa yang tukar? Disebabkan aku malas hendak memanjangkan hal ini, aku ambil remote dan tukar semula siaran dan duduk di sebeIah anak aku menonton TV bersamanya.
Tepat jam 1 pagi suami pulang ke rumah, disebabkan terlalu letih suami aku terus tidur di sebeIah anak. Malam itu aku bermimpi didatangi oleh seorang perempuan merayu minta aku susukan anaknya kerana anaknya sudah nazak sudah lama tidak disusukan. Kata wanita itu dia orang susah.
Aku susukan anak itu sebab terlalu kesian melihat kedhaifan ibu tersebut. Tahukah kalian apa maksud mimpi menyusukan bayi? Ya! S4ka!! Semenjak mimpi tersebut badan aku menjadi terlalu lesu, kami suami isteri selalu berg4duh.
Kadang kala perg4duhan kami itu tanpa punca, kemanisan di dalam perkahwinan kami hilang. Perkara ini berlanjutan sehingga 3 bulan dan dalam waktu itu jugak aku selalu rasa ada pergerakan di dalam perut aku. Pergerakan seperti ada bayi di dalam perut.
Aku beritahu suami mengenai hal ini, selepas pulang dari kerja suami belikan aku pregnancy test 10 keping dibelinya. Keesokkan paginya dua dari PT aku guna secara serentak. Keputusan negative. Tak apalah belum rezeki, aku malas untuk memikirkan hal ini.
Jadi aku biarkan sahaja. Malam itu aku bermimpi didatangi seorang lelaki tua, aku kenal lelaki itu. Dia adalah atokku. “kau mengandung, jaga kandungan kau elok – elok”
“mana ada tok, Ifa tak mengandung lah”
“percaya kata aku kau mengandung, kau rasa setiap pergerakan anak kau kan? Jaga dia jangan sampai ada yang ambil.”
Katanya itu buat aku tersentak dan terjaga dari tidur, jantung aku berdegup sangat laju. Badan aku menggigil, aku jadi sangat takut terus aku pegang perut aku dan aku tekan – tekan beberapa kali. Tiada tindak baIas. Lantas aku capai PT dan buat ujian air kencing untuk memastikan kehamilan. NEGATIVE
“mimpi rupanya” Semenjak malam itu aku selalu bermimpi mengenai keadaan rumah aku dan ada penghuni lain yang tinggal di situ iaitu seekor ular hitam sangat besar. Dia baik dengan suami aku dan anak tetapi ular tersebut sangat membenci aku.
Setiap hari aku bermimpi ular tersebut cuma untuk mengejar dan mematuk aku namun belum sempat dipatuk aku pasti akan terjaga. Sehinggalah satu malam yang sangat hening, suami memberitahu dia pulang lewat jadi aku duduk di meja makan sampai makan keropok, sewaktu sedang asyik mengunyah aku nampak cawan aku tiba – tiba melambung ke atas seperti dibaling ke atas dan jatuh ke lantai sangat kuat.
Lantas aku berlari masuk ke bilik dan tidur di sebeIah anak. Seperti malam sebelumnya ular itu datang lagi ke dalam mimpi aku, kali ini dia sangat ganas badan aku lemah, aku biarkan diri aku dipatuk beberapakali sehingga berlaku pend4rahan.
Keesokkan harinya aku datang haid selepas 4 bulan tidak datang. Hari ketiga pinggang aku terasa sangat s4kit, aku rasa seperti ingin bersalin. Aku tidak boleh bergerak langsung kerana sangat s4kit, aku hubungi suami dan memaklumkan hal ini kepadanya. Dua kali aku munt4h kerana terlalu s4kit.
Anak aku di ruang tamu menjerit – jerit menangis merangkak ke arah aku yang berada di atas katil. Aku nekad untuk lakukan sesuatu, suami dalam perjalanan pulang dalam mengambil masa sejam untuk sampai ke rumah. Aku tahu ada sesuatu yang besar ingin keluar tetapi tersangkut, jadi aku cangkung dan cuba untuk tarik apa yang tersangkut dari bawah. Rupanya uri!
Selepas mengeluarkan uri sendiri aku cuci uri tersebut dan letakkan ke dalam plastik. Pregnancy test berbaki satu keping lagi, aku ambil dan lakukan ujian kehamilan. POSITIF! Akhirnya suami aku pulang, aku dibawa ke hospitaI kec3masan, berkali – kali doc mencari janin tetapi tiada.
Doc bertanya untuk kepastian adakah aku yakin tiada lagi cebisan yang keluar. Suami bawa aku pulang ke kampung keluarga aku, aku ceritakan segalanya di depan muka suami dan keluarga aku. Waktu ini aku nampak kekesalan pada wajah suami kerana tidak pernah mempercayai aku.
Sebulan aku berpantang dan berubat. Alhamdulillah selepas kejadian tersebut suami lebih peka mengenai setiap yang aku ceritakan padanya lebih – lebih lagi hal mistik.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.