
Orang kata kalau nak pergi mana – mana, mesti wajib minta izin suami. Tapi sebab dah biasa berdikari dulu, part ni susah saya nak buang. Bila saya nak main game atau nak konsert semua tak boleh. Saya ada mintak izin kadang – kadang nak pergi konsert sorang – sorang..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi guys, cuma nak luah, saya dah berkahwin, tak sampai setahun lagi. Sebagai seorang perempuan yang biasa berdikari (sulung), banyak benda yang saya nak buat dalam hidup ni, jujur saya cakap kahwin bukanlah dalam wishlist saya yang teratas.
Saya memang jenis yang open (cara berfikir ye, bukan yang s3xual way or drinking stuff like that) sebab dulu memang dah biasa hidup dekat bandar dan suami agak traditional sebab dia pun dari kampung. So cara kita orang hidup pun lain – lain. Cara pemikiran pun agak lain.
Anggaplah saya Twitter dan dia Facebook haha. So, family saya agak strict, jadi tak semua benda yang saya minat, boleh dapat. Maybe sebab tu saya always dahagakan kebebasan. Saya minat naik bike (sport bike, n4ked bike, cafe racer) tapi tu pun lepas kahwin baru dapat beli dengan duit sendiri.
Nak tunggu parent punya decision, hermm lambat lagi. Suami pun time tu macam tak izinkan sebab risau safety saya untuk ulang alik ke tempat kerja. Tapi after dah cakap tu, dapat juga izin. So, saya juga minat main game (pc pakai duit sendiri) and pergi konsert.
Dulu masa sekolah, masa kecik, tak berduit and takde privilage, time bekerja dah ada duit sendiri baru nak merasa. Game and konsert ni tempat yang saya rasa freedom sementara untuk saya. Lain orang lain cara dia. Saya dulu pernah g4duh dengan suami masa phase bertunang, sebab dia tak izinkan saya pergi konsert (btw, konsert tu free je).
Time tu saya pun tengah str3ss study, so apa laaa salahnya saya pergi nak release tension. Dia risau saya berhimpit – himpit dengan lelaki lain. Dia pergi merempit saya bagi je, dan kadang – kadang dia merempit tak bagitahu saya pun.
Tapi bila saya turn saya nak main game atau nak konsert semua tak boleh. Jujur benda tu kadang – kadang buat saya rimas. Saya ada cakap, lepas kahwin susah nak buat semua ni (main game ataupun keluar mana – mana), yup lepas kahwin memang game pun jarang.
Saya dengan suami dulu kawan, orang kata relationship tu kira matang lah, kalau ada g4duh, memang terus discuss. Takde pulak putvs couple putvs couple. Dan saya berkahwin betul – betul sebulan after tamat belajar. Saya dah berkawan dengan suami agak lama dalam 4 tahun, dia pun taknak tunggu lagi lama.
Saya nampak kesungguhan dia nak mendirikan rumah tangga tu, cuma saya yang kurang sikit sebab time tu masih belajar. Saya ada bagitahu suami dulu sebelum kahwin, saya kalau boleh nak hidup saya stable dulu baru saya kahwin, student biasalah memang agak terkontang – kanting dalam masalah kewangan ni.
Saya kata kalau dia tak nak tunggu, saya izinkan cari perempuan lain. Tapi dia nak tunggu juga tapi tak nak lama sangat. Sebab kawan – kawan dia ramai dah kahwin, jadi dia risau part tu. Kalau saya, saya tak kisah kahwin umur berapa, asalkan hidup saya stable.
Masa saya kahwin tu, rasa nak menyesal tu ada laa rasa sikit, sebab saya rasa, kahwin ni benda yang terik4t. Tapi nak lari terik4t dari family, saya gagahkan kahwin juga. Saya cuba terima and redha dengan perkahwinan tu.
Sekarang pun bahagia jaa, tapi kahwin mesti ada manis dan pahit. Dah kahwin ni biasalah, manusia tak sempurna. Ada yang saya rasa dia kurang, dan saya pun ada kurang juga. Rumah pun dia belikan, nafkah pun tak pernah lupa.
Ajak konsert – Saya selalu ajak dia pergi konsert kalau dia free atau tak bekerja. Artis yang dia minat dia memang pergi, tapi kalau part artis dia kurang gemar tapi saya minat, susah sikit nak pergi. Minat lain – lain. Orang kata kalau nak pergi mana – mana, mesti wajib minta izin suami.
Tapi sebab dah biasa berdikari dulu, part ni susah saya nak buang. Saya ada mintak izin kadang – kadang nak pergi konsert sorang, sebab dia sibuk bekerja. Dia tak izinkan. Dia merajuk sebab saya kata nak pergi jugak. Tapi saya tak pergi pun.
Benda macam ni buat saya terkilan tapi tak boleh nak buat apa. Saya memang kaki pendam. Kadang – kadang dia nak ride or convoi rempit dia, saya bagi ja tapi kadang – kadang tengok jugak tahap “kerempitan” ride tu. Jujur saya tak suka orang merempit ni, nampak kurang kat mata saya.
Tapi tu laa haha dah tak suka, lagi Allah jodohkan dengan orang macam tu, saya redhaaaaa. Jadi sekarang saya rasa hidup ni kadang – kadang tak adil jadi perempuan. Saya tahu perempuan patut patuh dengan suami. Tapiiiii, tak tahu nak cakap macam mana lagi.
Saya cuba laa positif. Saya makan hati ni benda kecik – kecik ja, tapi bila dah telan dari sebelum kahwin, tak ke full kan. Suami pun mesti lah ada makan hati juga. Suami mana yang nak isteri durhaka haha. So kalau ada sesiapa yang rasa ada nak bagi sedikit tips ataupun nasihat, saya terima dan cuba hadam . Saya tahu saya pun salah, tapi saya hanya nak meluah. Thank you guys baca luahan panjang – panjang ni. – Dee (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Yuslinda Yusop : Agak nya TT tak puas enjoy kehidupan muda dia before kahwin, tu pasal expect bila dah berkahwin kebebasan ni boleh sama je seperti sebelum nya. Cuba reflect balik tujuan berkahwin ni, memang zaman sekarang tak sama macam dulu, dulu isteri – isteri memang menurut kata 100%, tapi tujuan berkahwin tu tetap lah sama, mencari keredhaan Allah bersama pasangan.
Kalau pasangan tak setuju apa kita nak buat tanya detail kenapa tak setuju, berterus terang berbincang baik – baik, hormat pada pasangan kena ada, 5 tahun pertama perkahwinan betul lah fasa kita nak hadam segala baik buruk dalam perkahwinan, good luck TT benda kecil je ni, kalau dah ada anak esok silap – silap dah tak minat nak buat apa yang selama ni kita minat sangat.
Hafiz Ismail : Ketika bujang saya hanya fokus kepada bekalan untuk m4ti yang tak tahu bila. Bekalan untuk ke hari tua dan bekalan untuk ke alam rumahtangga. Bekalan untuk bertemu hari m4ti berusaha untuk pastikan ketika menjual waktu dalam hidup pembelinya adalah pahala dan bukannya d0sa.
Bekalan untuk ke hari tua saya fokus kepada membina aset semasa dan aset jangka masa panjang. Bila dah ada aset jangka masa panjang saya pastikan ia dapat dijana aliran tunai untuk saya. Contohnya selepas saya miliki rumah pertama pada usia 28 tahun.
Hanya satu bilik sahaja saya gunakan. Lagi 2 bilik saya beri sewa. Bekalan untuk ke alam rumahtangga saya bekalkan dengan banyak ilmu seperti parenting, s3ksualiti, pengurusan em0si kanak – kanak,pengurusan em0si lelaki, pengurusan em0si wanita dan tingkatkan ilmu memasak.
Kemudian setiap ilmu yang saya pelajari ini saya praktikkan dulu dekat adik beradik saya, anak saud4ra saya dan orang tua. Juga saya jadikan apa yang saya usahakan ini sebagai KPI untuk melihat sejauh mana kemampuan saya untuk membina keluarga bahagia sebelum berumahtangga.
Bila saya masuk ke alam rumahtangga saya hanya ikut apa yang telah saya usahakan ketika bujang. Tiada perkara baru bila masuk alam rumahtangga. Masa bujang setiap kebaikan orang tua, adik beradik dan anak saud4ra disyukuri.
Manakala setiap keburukan mereka pula saya bersabar, bertanggungjawab dan dijadikan ladang pahala. Bila masuk dalam rumahtangga itu juga yang diusahakan terhadap isteri, anak dan mentua. Lepas kahwin saya ajak isteri bersama – sama mengayuh ke hari tua dan dalam masa yang sama pastikan ketika menjual waktu dalam hidup pembelinya adalah pahala dan bukannya d0sa. Kerana jika malaik4t m4ut yang bertandang kita sudah bersedia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.