Aku dah cakap taknak anak tapi suami sengaja mengandungkan aku. Sekarang suami yang naik berkasar anak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Korang yang nak anak, tak perlu kecam aku. Tu korang punya ujian. Ujian aku, anak. Ujian korang, takde anak. Yang aku beng4ng, suami aku ni tak habis – habis salahkan aku pasal anak. Anak meng4muk tak bagi henfon, salahkan aku. Padahal dia yang ajar anak main HP..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua. Ya aku mengaku aku isteri derh4ka. Tapi aku tak kisah pun. Aku penat. Penat dengan suami aku. Kadang – kadang rasa menyesal kahwin. Aku dah siapkan pun dokumen cerai. Cuma tak pergi sebab pikir anak. Aku seorang yang tak bersosiaI.

Aku berkahwin dengan harapan boleh travel dengan suami sebab aku tak ramai kawan dan mak aku tak bagi pergi jauh – jauh. Jadi aku ambil keputvsan kahwin dengan seorang lelaki yang aku dah kenal selama setahun. (Atas restu family.)

Sebelum kahwin dia setuju dengan perjanjian aku, iaitu, bagi aku masa 4 tahun untuk aku habiskan study, travel dengan dia baru lah nak ada anak. Kiranya aku nak masa bersosiaI la. Dan, aku tak bersedia langsung nak ada anak.

Bahkan aku tak suka budak – budak. Umur aku 23 tahun. Lepas kahwin, dia tak hormat keputvsan aku. Dia terus mengandungkan aku. Dan aku mengandung lepas 3 bulan kahwin. Boleh je usaha tak bagi mengandung, pakai k0ndom atau apa. Tapi tak.

Memang dia dah kira siap waktu subur aku dan cari aku. Memang dia nak anak lah kiranya. Masa aku tahu aku mengandung, aku betul – betul sedih. Aku nak gugurkan. Tapi aku tahu tu d0sa. Berapa kali juga cuba ced3rakan diri malah lebih teruk dari tu, korang faham faham la ye.

Tapi tak jadilah aku takut juga masuk ner4ka. Maklum lah isteri derh4ka. Kemudian lahir lah anak aku. Masa dalam pantang berapa kali juga aku nak buat benda tak elok pada anak aku tu. Sebab aku str3ss. Pernah aku buat macam – macam yang aku tak sanggup nak ingat balik.

Nasib baik lah aku w4ras balik sebelum anak aku tak bernyawa betul – betul. Korang yang nak anak, tak perlu kecam aku. Tu korang punya ujian. Ujian aku, anak. Ujian korang, takde anak. Kau ada apa yang orang nak, orang ada apa yang kau nak.

Yang aku beng4ng, suami aku ni tak habis – habis salahkan aku atas perilaku anak. Contohnya, anak meng4muk tak bagi henfon, salahkan aku. Padahal yang bagi anak main henfon tu dia sendiri. Yang aku terkesan sampai buat confession ni, sebab dia marah aku anak tidur lambat.

Aku balik kerja, kemas rumah, dia senang – senang je bagi arahan suruh tidurkan anak. Lepastu dia marah aku biarkan anak tidur lambat padahal baru satu malam tu aku tak tidurkan anak. Sebelum ni tidur anak okay je.

Semualah. Mesti salahkan aku. Tak perlu kot asyik nak marah, nak komplen semua benda. Aku dah rasa macam duduk dengan mertua tau tak. Dia cakap dia nak me time. Dia suruh aku faham. Nak aku faham macam mana?

Aku dah faham dari awal kahwin lagi yang memang aku taknak anak. Dia yang tak faham diri sendiri. Lepastu anak buat hal, pukuI sampai berbekas anak tu. Aku pulak yang dulu benci anak sendiri jadi kesian dengan budak tu.

Banyak kitorang berg4duh sebab anak. Sebab dia kata aku tak jaga anak. Dah tu, kalau aku jaga anak, assignment aku siapa nak buat? Rumah siapa nak kemas? Dah la aku kena p4ksa kerja. Duit pengasuh aku jugak yang bayar. S4kit hati aku. Aku menyesal lah kahwin. Menyesal.

Sayang jangan cakaplah. Mula aku mengandung aku dah benci laki aku. Sampai sekarang rasa menyampah. Lagi satu, dia tak pernah nak dengar cakap aku. Pastu menyusahkan aku. Contoh macam kereta aku, aku dah pesan alang – alang bawak ke bengkel tu tukar lah timing belt.

Dia buat kayu taknak tukar timing belt. Bukan mintak duit dia pun. Dah tu aku tengah drive timing belt putvs. Tak pasal keluar hampir 3k untuk kereta. Kawan dia kalau bagi cadangan laju je dengar. Kalau aku, isteri dia, macam kayu je. Str3sslah dapat suami macamni. Boleh return and refund tak?

Sambungan.. Hi, aku dah baca komen korang yang kecam aku. Aku tak kisah pun. Tapi ada jugak yang faham apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. Terima kasih buat yang memahami. Buat pengetahuan semua, lepas beranak tu aku mer0yan. Aku menjerit, menangis macam orang giIa.

Sampai laki aku bawak jumpa ustaz. Aku dengar suara suruh aku buat semua benda yang aku buat dekat anak aku tu. Tapi bila dah terbuat tu banyak kali aku tersedar dan selamatkan. Aku pantang sorang je. Mak aku tak nak jaga aku dalam pantang.

Ada aku terbaca suruh bagi anak aku dekat mak aku. Haha. Mak aku lagi teruk. Aku dulu macam – macam kena dengan mak aku. Aku datang dari keluarga bermasalah, pecah beIah. Mak aku yang bela aku. Aku kahwin bukan sebab nak lari dari “kongkongan” je.

Sebab nak lari dari d3raan fizikaI, mentaI. Lari dari mak aku yang p4ksa aku habiskan duit simpanan aku untuk dia enjoy dengan jantan. Aku dah kerja, simpanan aku banyak je. Aku sambung study part time. Sebab dari operator kilang aku nak juga duduk ofis jadi kerani. Takkan sampai tua nak jadi operator.

Aku hanya nak ada teman. Yang boleh teman aku lalui segala benda yang aku kena hadap. Laki aku masa mula kenal, baik sangat. Aku tertarik dengan dia sebab dia baik. Selama aku hidup aku kena buli je. Jarang ada orang baik dengan aku.

Sebab tu aku kahwin dengan dia. Sebab dia baik, aku percaya dekat dia. Kenapa tak pakai implanon ke depo ke apa? Sebab aku percaya buta – buta dekat laki aku. Aku salahkan dia sebab dah beranak yang ni boleh pula dia tahan 2 tahun tak lepas dalam.

Kenapa masa awal kahwin dia tak boleh buat? Aku tak pernah salahkan anak aku. Mula – mula je aku benci anak aku tu. Dah lama tu sayang jugak. Korang ingat aku ni raksasa ke tak sayang anak. Aku fikir banyak kali nak cerai sebab aku sendiri datang dari br0ken family.

Aku tak nak anak aku senasib dengan aku. Anak aku lelaki. Aku tak nak dia nanti takde father figure. Laki aku naik tangan dekat anak tu, kau ingat aku tak m4ki? Sebab tu aku mengaku aku ni bini derh4ka. Kerja aku m4ki laki aku je kalau dia pukuI anak aku tu.

Aku tau je aku pun ada salah. Cuma aku beng4ng dengan laki aku tu. Kenapa tak bagi orang anak tu? Kau ingat laki aku nak bagi? Takda maknanya dia nak bagi anak dia kat orang. Kalau tak lama dah bagi dekat siapa – siapa yang nak.

Masa aku benci tu lagi. Ni dah sayang aku pun tak nak bagi. Aku tengah cuba jadi ibu yang baik untuk anak aku. Cuma aku ni, isteri derh4ka dekat laki aku. – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Muhammad Adam Faliq : Terima kasih TT share part kedua. TT mer0yan, menjerit, menangis lepas beranak tu simptom post-p4rtum depr3ssion. Pendapat saya, puan dan suami dua – dua tak bersedia ada anak lagi. Puan sebab ada masalah depr3ssion dan pernah ada tr4uma did3ra oleh ibu sendiri.

Suami pula sebab ada anger management issue. Nasihat saya, puan dan suami 2-2 pergi terapi dan dapatkan bantuan. Selagi tak selesaikan masalah korang, anak akan sentiasa mer4na. Jika suami puan enggan pergi terapi untuk dapatkan bantuan untuk manage anger issue dia, puan solatlah istikharah sebelum cerai.

Lepas itu, saya nasihatkan puan pergi buat laporan di balai polis dan mengadu di pejabat agama gara – gara suami physical abuuse anak sendiri. Ambil gambar dan tunjuk bukti. Jangan biarkan anak terus did3ra oleh suami sendiri. Semoga puan dan anak dipermudahkan urusan.

Nur Liyana Mohd Rasid : Kesiannye tt ni tengah str3ss sangat.. Tapi dikecam pulak.. Ni beberapa cadangan saya. 1. Childhood tr4uma – buang jauh – jauh ingatan tu. Memang susah tapi awak cuba sibukkan diri dari mengingat.

Jauhkan dari mak @ kurang hubungi mak. Kalau ade rasa – rasa mudah tr1gger contoh lepas baca status mak kat sosiaI media, awak unfollow / mute je supaya tak terbaca. Follow orang yang selalu share perkara positif je. Jumpe mak tu bile perlu sahaja.

2. Anak – belajar, belajar dan belajar lagi pasal ilmu parenting. Follow orang – orang yang rajin Share ilmu parenting seperti Taufiq Razif dan sorang alamak lupe nama dia (nanti saya edit kalau jumpe). Awak ni ade tr4uma childhood dan tak ready nak ade anak tetibe mengandung dan beranak.

Takde yang ajar, takde yang bagi support moral. Takpe belum terlambat. Orang yang ade 5 anak pon masih kene belajar belajar dan belajar lagi ok. Sama – sama kita tambah ilmu kita dari semasa ke semasa.

3. Suami – suami ni memang ade sifat menjengkelkan. Ya memang dia baik sebab takde buat perkara buruk seperti hisap d4dah, main perempuan, berjvdi tapi ade lagi sikap – sikap yang kita sebagai orang perempuan kene buat 2 perkara ni :-

i) cakap, gado, cakap, gado dan gado sampai dia hadam

ii) ade yang kene pejam mata / redho sebab buluh memang da susah nak lentur.

Macam soal merancang keluarga, kalau memud4ratkan anak (percubaan membvnvh anak) boleh merancang tanpa izin suami.

4. Pergi ke kIinik kesihatan berhampiran cakap nak jalani ujian mentaI. Follow semua doc arahkn moga awak sihat untuk jaga si comel tu aamin.

5. Bahagia tu kita cipta sendiri. Awak kata nk travel, nak enjoy dan lain – lain. Perkara pertama awak pasang perancang keluarga. Nantikan baby awak da besar sikit awak travel berdua dengan dia pon da best tau. Percaya la cakap saya.

Mula – mula bawak anak me time makan kek kegemaran awak. Bawak dia shopping. Pergi dekat – dekat dulu sebab nak kenal ragam anak macam mana. Lama – lama anak la bff awak tu. Serius saya cakap ni, kalau awak pandai tackle anak memang anak la akan jadi teman awak ke mana – mana.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.