
Aku dapat aduan dari pengasuh yang anak aku tak mahu menyusu botol langsung. Aku buang semua stok susu takut tercemar. Anak kami mula s4kit dengan kerap dan hilang berat. Menangis siang malam. Sehinggalah anak aku demam panas..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai pembaca semua. Pertamanya, terima kasih kepada Admin sebab up cerita aku, juga terima kasih kepada pembaca sebab sudi baca. Selepas sekian lama menjadi silent reader, harini terbuka hati aku nak kongsi sebuah cerita yang masih mengh4ntui aku hingga sekarang.
Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lepas ketika aku dan suami baru membina keluarga. Dengan izin Allah, kami dikurniakan seorang anak yang comel pada awal perkahwinan. Anak kami sangat montel, macam makhluk tayar Michelin, sedangkan kami laki bini kurus melidi sahaja.
Setiap hari sebelum kerja, aku bekalkan beberapa stok susu badan kepada pengasuh dan memang anak minum habis. Menginjak 6 bulan, aku mula memperkenalkan solid food kepada anak. Suatu hari, aku dapat aduan dari pengasuh yang anak aku tak mahu menyusu botol langsung.
Aku anggap ia normal, mungkin nak tumbuh gigi dan aku pun tak risau sangat sebab dia masih nak menyusu badan dan makan. Hanya tolak botol. Jadi aku minta pengasuh beri guna sudu dulu. Kami cek anak kami setiap hari bimbang kemungkinan dia did3ra tapi akhirnya kami tolak kemungkinan tersebut sebab tiada unsur pend3raan dan pengasuh pun berusaha bantu.
Hari berganti hari, tiada kemajuan. Stok susu yang dibekalkan kepada pengasuh tak habis dalam kuantiti yang banyak (jarang berlaku). Air masak pun kurang minum walaupun jadual makan masih normal. Bimbang stok susu sedia ada sudah tercemar, aku ambil keputvsan buang stok – stok susu sedia ada, dan ganti dengan stok baru.
Memang sedih, sebab tu adalah stok susu 2-3 bulan banyaknya. Masih tiada kemajuan. Kemudian kami ikhtiar perkenalkan susu formula. Yang murah dan yang mahal, yang soy based dan biasa, semua kami cuba. Tukar botol murah hingga beratus – ratus pun sudah.
Bawa ke pakar – pakar berlainan, tiada sebarang masalah dikesan. Kami buntu. Anak kami mula s4kit dengan kerap dan hilang berat. Menangis siang malam. Aku mula ambil cuti kerap, stop hantar pada pengasuh untuk sementara dan jaga sendiri.
Sampai satu tahap kami terp4ksa tebalkan muka beberapa kali minta keluarga datang untuk ambil alih, sekiranya kami memang betul – betul tak dapat cuti. Tak tergamak nak hantar kampung sebab anak hanya nak susu badan direct.
Simpanan wang kami m4kin merosot dengan kritikaI sebab ikhtiar itu ini tanpa putvs. MentaI kami memang k0yak, nangis jangan cerita berapa banyak kali. Hingga terdetik dalam hati aku agaknya dah sampai seru untuk aku berhenti kerja.
Kemuncaknya apabila keluarga aku datang ke rumah kami pada suatu hari untuk bantu ketika anak kami demam panas. Abah aku mencadangkan untuk minta bantuan dengan seorang kenalannya, Ustaz A. Aku dan suami skeptikal, tapi hanya mampu mengiyakan sebab kami pun dah buntu. Bukanlah tak percaya, cuma kurang yakin.
Malam tu abah hubungi Ustaz A dan beliau minta ambilkan beberapa gambar sekitar rumah kami. Abah ambil gambar berhati – hati tanpa dedahkan ruang – ruang privasi. Tak berapa lama kemudian, Ustaz respon pada satu sudut gambar rak kasut.
“Ada makhluk menumpang pada kasut ni” “(ustaz tandakan arrow), ambil dan buang ke tempat jauh”. Ya, guys, makhluk tu menumpang di kasut sukan Adibas aku. Aku, suami, mak, abah, adik saling berpandangan. Rasa macam biar betul ustaz ni main – main ke, dah kenapa nak duduk kat kasut tapi dalam masa yang sama bulu roma masing – masing tegak.
Nothing to lose, tanpa berlengah suami, abah dan adik aku ambil kasut tersebut, bungkus elok – elok dan pandu keluar untuk buang ke tempat yang jauh. Aku dan mak aku dah standby susu botol untuk beri pada anak aku.
Sebaik sahaja ketiga – tiga mereka pandu keluar, aku suakan botol kepada anak aku dan teka gais, anak aku MENANGKAP!! Aku dengan mak aku tergamam. Kalau tak selama ni dia elak, nangis dan tepis. Kali ni anak aku minum susu macam kebulur.
Habis satu botol, aku tambah lagi sebab tak cukup. Masa ni aku sebak tak terkata la ya Allah. Gugur rasa berat kat bahu, jiwa dan minda. Aku terus inform suami aku. Balik tu aku tengok muka dia pun macam nak nangis.
Anak kami kembali seperti normal dan kami pun dah kurang risau kat tempat kerja. Aku dan suami memang sangat berterima kasih kat keluarga dan Ustaz A. Ustaz kata mungkin waktu aku beriadah aku ada terpijak sesuatu, wallahualam.
Terima kasih ya Allah hadirkan orang – orang yang membantu di saat kami hampir putvs asa. Walaupun keadaan dah ok, kadang – kadang aku termenung sendiri. Sejauh mana akal aku cuba mencari logik, memang tak tercapai akal.
Jokes aside, tinggi benar selera makhluk tersebut, kenapa la tak duduk kat kasut Asabi aku je. Tapi tak apa lah. Aku pun dah selamat gantikan dengan Adibas baru. Anak aku pun dah membuntal semula. Tahun berganti tahun, sampai sekarang aku masih terbayang peristiwa tu.
Apapun, semua yang berlaku adalah atas izin-Nya dan tiada yang terkecuali daripada pengetahuan-Nya. Kita hanya makhluk lemah yang sentiasa perlu meminta pertolongan-Nya. – Ibu Adibas (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Nur Hidayah : Teringat pulak bapak saya beberapa tahun dulu. Tiba – tiba kaki patah tak boleh jalan lembik langsung macam orang patah kaki. Scan jumpa doc pakar kata normal semua takde masalah. Then doc sendiri sarankan pergi jumpa orang yang pandai – pandai.
Masa tu tawakal pergi berubat dekat sabak bernam. Masa datang tu awal pagi lepas subuh, ustaz tu mula dalam 8.30. banyak masa lagi, makan pagi pun dah kami pun pergi la kawasan pantai area situ. Kat sabak kan ade laut.
Masa tengah syok dok tepi pantai, saya dengan adik dekat tepi air. Bapak saya dalam kereta tak bole gerak kan. Tiba – tiba ade sorang akak ni tegur saya ‘siapa dalam kereta tu. Saya jawab bapak saya. Akak tu cakap ohh, kesian akak tengok.
Patah kakinya tu kena berubat cepat. Saya cakap la ohh tengah tunggu turn jap lagi nombor giliran lama lagi, sekali akak tu offer berubat dekat family dia. Area situ jugak. Agaknya memang kuasa Allah. Alhamdulillah bapak saya terus ok boleh jalan lepas berubat kt situ.
Rupanya bapak aku terpijak kaki anak ‘j1n’ tu masa bapak aku panjat pokok manggis kat kampung. Patutlah sejak balik dari kampung bapak aku terus s4kit. Kaki anak dia patah. Dia buat kaki bapak aku patah biar rasa s4kit tak boleh jalan katanya.
Donna Karen : Benda dah diingatkan. Dari zaman nenek moyang dulu. Tapi ye lah zaman konon – konon moden ni, semua benda ikut akal je. Apa nampak depan mata, kalau tak nampak kolot, karut. Dalam quran ada sebut tentang makhluk – makhluk ghaib ni. Memang dunia ni dicipta bukan untuk manusia sahaja.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.