Dia cakap duit tunai hilang Rm70 dan minyak wangi hilang 7 botol. Masa tu aku macam tak mungkin la hilang. Dia kata dia dah tengok cctv dekat complex punya dan aku yang curi semua tu. Tapi bila aku nak tengok dorang tak bagi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca setia ruangan ini. Pertama sekali terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku disiarkan. Sebab dah banyak kali aku cuba hantar harap kali ni di terima la.. Okay aku Acu ni gelaran anak – anak buah aku bagi la.
Tapi kat sini bukan nak confess pasal anak buah aku. Aku berusia 25 tahun. Taraf pendidikan aku sekadar SPM sahaja. Aku bukan taknak sambung belajar tapi aku ada tanggungjawab yang perlu dijaga iaitu mak yang tercinta.
Sebab tu amanah arw4h ayah aku suruh jagakan permaisuri hati dia bila dia sudah tiada nanti. Lepas dia cakap macam tu sebulan kemudian ayah menghembuskan nafas terakhir dia, masa tu aku berada di tingkatan 4. Result SPM aku bukannya gagal, banyak jugak A nya tapi aku fikir kan mak aku, kalau aku nak sambung study siapa nak jaga mak aku.
Kakak dan abang aku semua dah berkahwin dan bekerja di Kuala Lumpur. Panjang sangatkan intro nya. Cerita dia tentang kisah aku yang tak berapa sedih tapi aku nak juga kongsi sebab pada aku ia nya sangat sedih. Aku seorang yang berbadan besar.
Biasa badan besar ni susah nak cari kerja kan? Lagi – lagi sekadar SPM sahaja. Rupa? Alhamdulilah ada la rupa Pakistan sikit sebab mak aku mix cina belanda. Arw4h ayah melayu. Okay 7 tahun lepas masa lepas SPM aku mula kan hidup berdikari aku pergi cari kerja yang berdekatan dengan rumah aku.
Tempat kerja aku yang pertama sebuah butik pakaian bayi okay gaji ditawar kan rm600 masa tu dah cukup besar untuk aku. Yela tak ada hutang apa apa sekadar bagi duit bulanan pada mak dan belanja barang dapur. Tapi sayang aku kerja sehari lepas tu hari kedua kedai tu tutup tak bukak aku call bos aku dia tak nak angkat jadi aku buat keputvsan untuk cari kerja.
Alhamdulilah dapat la kerja dekat kedai tudung pulak. Gaji Rm600 jugak aku kerja dalam tiga bulan, bos aku ni dia sayang aku sebab aku la satu satunya staff dia yang tak pernah pinjam duit dia dan kalau beli barang tak pernah hutang.
Tapi biasa la manusia mana pernah senang tengok orang buat baik pada kita kan. Jadi salah seorang staff ni cari g4duh dengan aku. Dia cakap aku macam – macam. Aku diamkan tapi akhirnya aku str3ss. Aku berhenti kerja, bos aku masa tu kecewa sangat banyak kali dia pujuk aku.
Katanya sejak aku ada kedai dia m4kin ramai customer sales hari – hari tinggi. Dan dia selalu belikan aku makanan dan duit lebih katanya upah untuk sebab sales tinggi. Mungkin dari situ staff yang lain tak puas hati. Jadi aku berhenti dan bagi peluang dekat staff tu untuk berbakti lebih sikit. Hehehe.
Lepas aku berhenti kat situ aku dapat kerja kedai minyak wangi kedai dia kecik je hanya kiosk tepi kaki lima tu. Dia ada dua kiosk la sebeIah – sebeIah je. Satu kiosk jual minyak wangi lagi satu kiosk jual handbag. Macam mana aku dapat kerja kat situ kawan aku yang cakap situ ada kerja kosong.
Katanya bos dia baik selalu ajak staff dia pergi travel. Jadi aku dengan harapan tinggi cuba mintak Alhamdulilah rezeki dapat kat situ. Basic gaji cuma Rm600 belum campur komisyen kalau aku jual barang – barang kat kedai dia tu.
Mula – mula dia orang ni layan aku baik giIa nak m4ti. Tapi ada b4ngkai yang busuk terselit dalam hati dia orang sekeluarga. Okay setiap hari keluarga bos aku ni memang akan datang kat kedai tu, datang bawak makanan bagi kita orang makan la.
Kat situ yang kerja ada 4 orang sorang tu sepupu bos, sorang lagi adik bos, sorang lagi kawan sepupu bos tu dan aku. Aku budak yang maIang kerja dekat kedai puaka. Aku ni kerja kat situ banyak jual barang tapi langsung aku tak boleh bukak cash memo dan tulis nama aku.
Semua barang yang terjual diletakkan atas nama sepupu bos. Bila bos datang aku kena marah sebab tak pandai tarik customer. Aku lembap. Aku masa tu hanya senyum dan diam. Angguk setiap apa yang dia cakap. Macam budak b0doh masa tu.
Dulu kan famous tudung sarung tu jadinya aku si budak gemuk berusaha tak nak nampak gemuk pakai tudung tu pin kanan kiri tak nak nampak dia kembang. Tahu apa makhluk durjana ni buat dia bukak pin tudung aku dia kembang kan tudung aku dia cakap macam ni la baru nampak kurus dan cantik. Aku diamkan je masa tu. Betapa b0dohnya aku dulu.
Satu hari tu dia orang ni plan la nak pergi bercuti ke Krabi tak silap aku selama seminggu. Sebelum pergi bercuti tu diorang kira stock dulu la, aku ni cuma pekerja biasa, aku layan customer je. Dorang bertiga ni yang kira stock tu.
Masa diorang pergi bercuti tinggal aku dengan seorang lagi staff tu. Kitorang kerja macam biasa. Sekali diorang balik bercuti dia orang panggil aku cakap ada barang hilang. Aku cakap tak mungkin la hilang sebab apa yang customer beli aku akan rekod pada buku jualan.
Dia cakap duit tunai hilang Rm70 dan minyak wangi hilang 7 botol. Masa tu aku macam tak mungkin la hilang. Dia kata dia dah tengok cctv dekat complex punya dan aku yang curi semua tu. Aku cakap kalau betul aku nak tengok cctv tu kau tahu dia cakap apa, “kau sanggup ke nak tengok kau curi barang? Kau nak mak kau malu tengok kau mencuri?
Aku cakap kat adik dia yang aku tak pakai pon minyak wangi roll on ni, minyak wangi aku semua ada brand dan bukan cikai sebab abang aku selalu outstation kat oversea dan dia tahu adik bongsu dia memang suka kumpul perfume.
Dia orang gelak je aku cakap. Paling aku rasa ceIaka sangat bos aku cakap macam ni, “kau tu dah la anak yatim mencuri pulak tu. Kau tak kesian ke dekat mak kau? Bagi mak kau makan duit tak halal!” pehhh ayat dia aku akan ingat sampai m4ti.
Aku call mak aku suruh dia datang kat tempat kerja aku, mak aku pon datang dengan abang ipar aku untuk ambil aku. Malam tu mak cakap nak tengok mana bukti cctv yang aku ni curi barang, dia hanya diam dan tak kemukakan sebarang bukti.
Dia cuma cakap kat mak aku, “sekarang ni anak makcik nak kerja lagi ke tak.” Mak cakap tak payah kerja dengan orang macam kau ni. Masa ni bos aku tu dah blah dulu sebab aku cakap mak aku nak datang jumpa dia. Masa mak aku nak tengok cctv tu, adik bos ni kata rakaman cctv tu ada pada kakak dia je.
Dia orang ni satu family kalau sembang pokok pon boleh tumbang tau. Dia cakap rumah dia bungalow 2 tingkat ada cctv ada polis khas yang bos aku bayar untuk keselamatan rumah dia. Aku macam wooww kat bandar kecik macam ni ada ke rumah macam tu aku hanya mengiakan sahaja la.
Masa kejadian tu berlaku hari khamis malam jumaat, aku balik rumah kena marah dengan mak aku. Aku sumpah depan mak aku yang aku tak curi pun. Dan malam tu aku hilang sabar aku sumpah depan mak, akak dan abang ipar aku masa ni akak aku baru bersalin dalam hari sebab tu mak aku datang ambil aku.
Aku cakap depan dia orang aku sumpah bos aku tu dan family dengan keturunan dia hidup merana. Mak aku terk3jut kenapa aku cakap macam tu. Aku cakap aku tak boleh terima dia h1na mak dan ayah aku. Esoknya aku pergi mintak gaji aku.
Janjinya nak bagi rm600 kan sebulan aku pun dengan harapan dapat la gaji penuh sampai sana cuma dapat rm109 lepastu tolak barang yang kononya aku curi tinggallah rm19 je sepanjang sebulan aku kerja kat situ. Tapi takpe baki gaji tu aku tak pernah halal kan.
Lepas aku berhenti kat tempat puaka tu aku mintak kerja lain, alhamdulilah dapat kerja kedai baju pulak okay kerja sini sebab aku sorang je pekerjanya. Lepastu bos aku ni pulak suka beza – beza kan aku dengan pekerja kedai sebeIah, aku diam je la.
Sampai satu tahap aku berhenti sebab dia suruh aku jaga kedai lepastu jaga anak dia dua orang pulak. Dengan bayaran gaji Rm500 suruh aku buat semua tu. Anak dia kalau baik takpe ini Masya Allah. Faham – faham jela. Masa tu sehari je dia bawak anak dia.
Aku tengah layan customer anak dia tiba – tiba lari keluar kedai nasib anak dia baik masa tu sebab lori kontena tu sempat brek kalau tak. Hmmm. Aku berhenti masa tu sebab aku tak nak la kerja jaga anak orang pastu jaga kedai pulak. Aku cari kerja lagi baik sikit la.
Aku kerja dekat sebuah pasaraya sebagai juruwang. Gaji standard la masa tu Rm600. Alhamdulilah sampai sekarang dah tujuh tahun aku berkhidmat kat sini dan ada pangkat la dari cashier sekarang dah alhamdulilah. Tapi hidup aku sebelum senang banyak sangat dugaan yang aku lalui.
Masa aku baru kerja jadi cashier tu aku jalan kaki, memang sebelum tu pon pergi kerja jalan kaki je sebab aku ni tak pandai bawak motor. Mak aku pun belikan sebuah basikal. Gembira rasanya masa tu sekali basikal tu tayar dia meIetup.
Nak tau kenapa? Aku pergi beli beras 10kg sekali perjalanan nak balik aku dengar bunyi meIetup aku macam ehh bunyi apa tu alaa tak ada apa la jalan je. Sekali kat traffic light baru aku perasan tayar tu dah pecah patut la berat. Aku ingat berat sebab beras rupanya tayar dah pecah. Hahaha.
Aku pon tolak la basikal tu sampai rumah. Mak aku tanya kenapa tolak basikal aku jawab tayar pecah mak. Mak aku tak gelak tapi dia nangis sebab tengok aku balik berpeluh demi beli beras dengan tayar pecah. Aku cakap kat mak aku lepas ni mak jangan risau kita tak kan hidup susah lagi. Mak doakan acu dapat beli motor atau kereta untuk kesenangan kita.
Bukan adik beradik aku tak nak tolong tapi aku lagi suka hidup berdikari tak nak susahkan dia orang. Lepas dah kerja kat pasaraya tu aku dapat la beli motor Ego sebiji. Masa belajar lesen motor tu pun aku kena tipu jugak habis duit aku bayar tapi belajar tak jugak.
Bila nak belajar katanya dia busy. Aku cari orang lain untuk ajar aku lesen. Alhamdulilah pakcik ni baik sangat – sangat ajar aku pun ikhlas. Lepastu aku kumpul duit beli la viva dan alhamdulilah sekarang mampu pakai mpv.
Sebelum nak dapat semua tu hidup susah jugak. Macam – macam aku lalui aku ni ada peny4kit kr0nik kalau nak pergi check up tu aku akan naik bas dan pergi ke hospitaI sebab belum ada apa – apa kend3raan masa tu. Tapi tak apa semua tu akan aku simpan jadi kenangan paling indah dalam hidup aku.
Tempat kerja aku sekarang alhamdulilah banyak kemudahan yang disediakan. Aku cuma nak pesan dekat korang semua walaupun hidup terlalu banyak dugaan kau tempuh la dugaan tu dengan hati yang tenang dan redha la dengan jalan hidup kita jangan sesekali kau mengalah.
Kalau kau jatuh ingat masih ada lagi Allah yang akan tolong. Yang penting solat jangan tinggal tu tiang agama. Korang ingatkan aku pernah sumpah bos puaka tu kan aku tak sangka pulak macam betul apa aku cakap tu. Bisnes dia lingkup sebab tak mampu bayar sewa, suami dia kahwin lain.
Ingat rumah dia ye bungalow tu? Itu hanya mimpi untuk dia sebab rumah dia cuma kos rendah dan dia hanya SEWA sahaja rumah tu sekarang dia hidup pindah randah. Macam mana aku tahu tu semua salah sorang staff aku pernah kerja kat situ dan dia pun kena benda yang sama macam aku kena.
Aku rasa berd0sa bila ingat balik aku sumpah dia. Tapi aku harap dia akan sedar dengan perbuatan dia. Tapi untuk maafkan orang yang dah khi4nati aku mungkin tidak sama sekali. Okay la panjang sangat ni. Doakan aku akan dapat terus berbakti pada mak aku tercinta.
Sekarang ni dalam proses nak beli rumah pulak. Kejayaan aku sekarang ni berkat dari doa seorang ibu. Jodoh? Nanti la belum masa nya lagi nak fikir semua tu aku nak capai matlamat aku dulu. Korang doakan bisnes kecil kecilan aku berjaya ye. Korang ingat tau jangan lupa Allah . – Acu
Komen W4rganet :
Azliana Khairuddin : Confessor ni seorang yang sangat tabah. Tak pernah kenal erti putvs asa tapi part tayar basikal meIetup sebab bawak beras tu rasa kelakar pulak. Nampak kamu ikhlas dengan ibu kamu.. Alhamdulillah.
Nordiha Radzuwan : Ayah saya pernah kena dengan bekas bos dia dulu tapi kami redha. Sampai la satu hari tu kami terjmpa dia di hospitaI, anak dia eksiden teruk, dia kena buang kerja, bisnes dia lingkup. Rasa nak nangis tengok. Hanya Allah sahaja yang tau perjalanan, nasib seseorang itu… Tiada d3ndam.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.