
Suami lepas mandi dia masuk bilik tutup pintu konon nak pakai baju. Aku tahu ada benda tak kena. Aku intai dari tingkap dapur. Malam tu aku biar suami tidur dulu dengan anak – anak. Allah tunjukkan kebenaran pada saya, tahu apa yang saya jumpa?
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalammualaikum semua. Aku dan suami ter’cerai’. Kami bercerai akibat suami melebih – lebih dalam urusan duit di dalam akaun saya. Tau sebab kes apa?? Hanya gara – gara minta, setiap kali nak ambik duit dari akaun bank saya, sila minta izin.
Meskipun tu duit dia sekalipun, tapi belajar jadi orang beradab, tup – tup dapat lagi alasan, “masa kau bukak fone aku ada mintak izin aku ke?? Well, wanita selalu betul. Kalau mintak izin, dia nak bagi kebenaran ke?? Pastu sibuk bising – bising nak ambil anak – anak..
Hah, ambik laa mengkomer! Jaga anak pun tak reti, mandikan boleh bilang jari je, pakaikan pampers kat anak pun senget benget. Lagi nak tuntut nak ambik anak. Dah, nak sangat ambik! Boleh pasni aku pergi cari kerja. Benda yang tak boleh dibuat sejak kawin.
Benda tak pernah nak sebulu tapi takpe laa, anggap jodoh setakat ni. Padahal banyak kali dah mintak pergi jumpa kaunselor, h4ram nak dengar. Apetah lagi bercakap soal mintak izin nak ambik duit dari akaun bini.. Ehh, alih – alih jadikan tu subjek jatuh taIak.
Aku dah lama sabar, peduli apa aku jatuh taIak pun. Ya, kami g4duh besar. Dari rumah lama sampai pindah ke rumah baru. Dia janji, nak berubah, tak nak bawak dah per4ngai lama. Saya buat keras hati. Bila dia nak bersama sebab kes nak rujuk balik, saya buat b0doh, tapi hati ibu, hati isteri jauh dari sudut hati, saya cuba bagi lagi peluang akhir pada dia.
Sebab saya tahu s4kitnya hidup berpisah dengan pasangan. Jika one day ditakdirkan berjumpa jodoh lain, penat nak ulang kisah cinta baru. Dengan keadaan kami dah ada anak – anak yang sedang membesar. Saya tak mahu mereka menjadi m4ngsa keadaan.
Tapi hari ni, ternyata peluang tu hanyalah angin lalu pada dia. Mulanya lepas kes tu saya suarakan, saya tak suka dia guna suka – suka akaun akaun bank saya, kali ni dia gunakan muslihat kad bank dia hilang. Jadi dia pinjam dulu kad bank saya buat sementara sebab nak cucuk duit dalam akaun dia untuk belanja hidup buat bulan ni.
Lepas tu esok dia akan gantikan balik dari akaun MAE dia sebab duit tu semua ada dalam MAE dan ada waktu – waktu untuk access keluar dari online transfer. Bila dia dapat tahu i-sinar saya masuk, memang dia ada minta izin gunakan sikit untuk bayar hutang.
Tapi hari ni, dia pulak buat – buat dompet dia tercicir di mana – mana. Katanya mahu blok kad saya jadi access online banking saya akan jadi tak valid sebab kad dah direport hilang dan diblock. Tapi dia hanya buat thru online banking jugak.
Setahu saya, kalau nak block kad bank, mesti thru call sebab mereka akan m4tikan segala access kad tu dari system bank. Mungkin dia fikir saya ni cukup b0doh untuk ditipu lagi. Saya dah tau, mesti ada benda yang tak kena.
Untungnya rumah baru ni tingkap bilik bujang ada bersebeIahan di bahagian dapur, jadi saya ambik peluang intai masa dia ada di dalam bilik. Waktu tu anak – anak leka bermain dan dia pun kelihatan tengah sibuk mencari – cari barang sambil tu tutup pintu.
Sebab lepas mandikan kononnya nak tukar baju. Kalau sebelum ni, dia berkurung di bilik bujang saya tak dapat tengok apa dia buat, sebab rumah kami ditingkat 1. Tapi sekarang rumah kami di tingkat bawah dan susun atur rumah ni lebih luas berbanding rumah lama, jadi itu membuka peluang untuk saya pun belajar jadi licik seperti dia.
Malam tu saya p4ksa suami tidur dengan saya dan anak – anak disebabkan beberapa hari jugak dia kurang tidur dan tidur – tidur ayam, dan pagi semalam sempat dia collapse, jadi apa lagi alasan dia boleh bagi. Nak tahan mata tak boleh sebab tekanan d4rah dia tengah rendah sekarang ni.
Jadi saya cepat – cepat suruh anak – anak tidur. Allah tunjukkan kebenaran pada saya, ternyata sewaktu saya intai di celahan tingkap dapur tu, memang sah, itulah dompet yang dinyatakan pernah tercicir petang tadi. Tahu apa yang saya jumpa?
Saya jumpa kad bank dia yang dik4takan hilang tu. Saya selongkar lagi beg dia, adalah beberapa note duit dan di celahan note – note duit itu terselit lagi sekeping kad bank. Dan ya, itulah kad bank saya yang belum sempat dia pulangkan kembali kepada saya.
Saya berhasrat, nak bagi balik penangan penipuan dia untuk ditelan semula. Sewaktu kejadian ‘kehilangan’ tu saya ada postkan pada group penduduk berdekatan, untuk maklumkan sekiranya berjumpa, silalah wasap atau pm saya.
Jadi plannya esok nak buat – buat kononnya ada orang PM saya jumpa dompet tu dan nak pulangkan balik pada dia. Saya nak tengok sikit reaksi dia macam mana. Saya ambik no.kad bank saya, saya cuba access dan tukar balik password no dan saya cuba access balik balance yang ada di dalam akaun tersebut.. Ternyata hasilnya mengecewakan.
Kepercayaan terakhir saya dih4ncur leburkan macam tu je. Memang saya akui, saya kerja waktu bujang dulu sekejap je. Jadi i-sinar saya takdelah beriban – riban macam orang dah kerja lama. Tapi bagaimana sekalipun saya berhak merasa hasil titik peluh saya.
Dahlah waktu dapat i-lestari saya tak sempat merasa apa – apa. Tup – tup duit i-sinar 1 sen pun saya tak berani nak belanjakan dan takde mood nak shopping. Dah kalau duk saja – saja adalah cubaan dia ‘pau’ saya. Mula – mula saya ok, oklah sebab dia minta izin.
Tapi jadi s4kit hati pulak sebab m4kin lama m4kin banyak. Saya tak sangka, sangkaan saya kali ni memang ternyata betul. Habis lesap duit titik peluh saya sebelum ni. Saya dah takde semangat dah nak pikir pasal duit. Saya pikir ke tak ke, dia tetap cop saya materialistik, sedangkan itu duit saya.
Kalau sebelum-sebelum ni yang menjadikan saya rasa dipermainkan sebab kononnya dia bagi saya duit nafkah. Tapi diambik balik dari akaun bank saya tanpa pengetahuan saya. Saya pun tak tahu macam mana dia buat tukar password online banking saya walaupun tanpa TAC.
Sedangkan fone saya dah letak macam – macam password dan saya pun dah buang access fingerprint dia dari phone saya. Saya sekarang sedang berfikir – fikir, apa perlu saya lakukan. Nak pandang muka dia pun dah takde rasa sayang atau cinta.
Bukan pasal duit sangat sebenarnya.. Tapi peluang akhir dan kepercayaan saya dih4ncurkan macam tu je. Nak kata dia j4hil agama, bapak dia sendiri akui, dia bab – baba agama agak ok. Duk di pondok pun beberapa tahunlah jugak tapi saya rasa m4kin tak kenal pulak siapa bersama dengan saya sekarang ni.