Sebelum berkahwin dengan suami, saya mempunyai anak luar nikah. Suami saya pernah pukuI anak saya sehingga dia masuk penjara. Dia cakap anak saya ni hati busuk padahal baru umur 8 tahun sebab dia kata dia boleh tengok masa depan budak tu. Saya cuba mencari kesalahan dan silap saya, mungkin saya tidak cukup muhasabah diri dan tak layak bergeIar ibu…
#Foto sekadar hiasan. Salam min, saya nak kongsi satu cerita. Hidelah profile saya ye untuk mengelakkan perseIisihan faham bagi yang hidup ataupun m4ti. Berdasarkan kisah benar seorang wanita yang saya kenal di bawah ini penulisan dia.
Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang umurnya tidak jauh beza dari saya. Saya juga mempunyai seorang anak luar nikah sebelum berkahwin dengan dia. Suami saya pernah pukuI anak saya sehingga dia masuk penjara. Saya ada anak dua orang dengan suami saya ini. Saya telah memaafkan kesilapannya yang lalu dan kembali bersama seperti biasa.
Dia juga pernah pukuI saya apabila saya buat silap dan tidak membuat seperti yang dikehendakinya. Saya selalu bersabar walaupun dic4ci, dim4ki, dih1na. saya tak tahu kenapa saya boleh tahan dengan semua tu. Saya pernah lari rumah dan balik ke rumah orang tua saya tapi dia datang dan pujuk saya. Saya terima. Saya kembali lagi bersama. Saya juga pernah lari dan cuba untuk menuntut fasakh atas perbuatan dia dan cuba untuk hidup sendiri tapi masih lagi saya tidak mampu berdiri di luar sana. Saya kembali lagi atas pujukan dia.
Bab nafkah dia tak pernah cuai, memang nafkah mencukupi. Saya dipukuI sebab saya buat perangai katanya. Contohnya, saya lambat masak, saya masak tak betul, apabila anak lambat ngaji, anak lambat tidur, tak ikut jadual yang dia buat dan ada banyak lagi sebenarnya. Dia akan kata saya cari pasal padahal saya tak berniat pun begitu bertambah lagi dengan keadaan saya sarat mengandung. Kadang – kadang saya aIami keletihan sesangat sampai terlepas waktu – waktu jadual tu terIajak tidur.
Saya selalu kena pukuI kalau hal berkaitan anak sulung saya tu dia kata anak saya ni hati busuk padahal anak saya ini baru 8 tahun. Dia kata dia boleh tengok masa depan budak tu. Hebatkan suami saya. Dia selalu suruh kami solat tapi dia sendiri tak solat, sembahyang jumaat pun kadang – kadang sengaja tak pergi. Saya pun tak tahu apa masalah dia kalau saya menjawab benda betul dia tak boleh terima salah dia.
Kalau saya tak jawab dia marah pulak, apa perlu saya buat. Dia kata saya pentingkan diri sendiri. Mungkin betul juga, mungkin saya tak nampak di mana silap saya. Saya tak pernah menyenangkan hati dia katanya. Saya dah cuba sehabis baik saya. Saya tak tahu macam mana nak senangkan dia lagi, semua yang dia suruh saya buat. Cuma kadang – kadang saya terlupa nak buat.
Saya ni memang pelupa, lepastu pekak sikit mungkin sebab selalu kena Iempang kat telinga kot tak tahu lah. Dia suka bandingkan saya dengan perempuan – perempuan yang dia pernah kenal. Saya juga digeIar b4bi, sebab dia kata perangai saya macam b4bi kalau ada barang rosak di rumah, dia akan kutuk satu keturunan saya penjahan4m katanya. Kulit sofa terk0pak sikit sahaja dan langsung tidak memudar4tkan sofa tu pun akan menjadi isu sampai ke esok.
TiIIe pecah dia kata disengajakan kenapa la saya nak pecahkan tile tu macam tak ade kerja kan. Saya banyak kali cakap dengan dia, kalau saya ni memang tak pernah menyenangkan hati. menyusahkan kenapa tak ceraikan sahaja saya secara baik. pulangkan saya. Saya kata.
Dia akan kata saya kurang ajar kalau saya berkata begitu. dia kata “kau patut bersyukur kalau bukan sebab anak aku, dah lama aku campak korang entah ke mana. Biar kau hidup meremp4t,” dia kata. Saya memang orang susah, tapi kenapa dia nak kahwin dengan saya dulu. Saya dah cuba untuk jadi yang terbaik. Saya nak bekerja dia tak bagi sebab dia kata tak ada orang jaga anak. Gaji dia memang cukup menampung kehidupan kami. Lepas tu dia suka bandingkan saya dengan wanita yang bekerja. Dia kata lagi baik dari saya sebab mampu buat semua selain kerja, jaga anak dan apa semua tu.
Saya minta nak kerja dia tak bagi pula, ntah kat mana silap saya. Rumah sentiasa berkemas, cuma kadang – kadang ana k- anak bermain sepah dengan mainan dorang itupun saya suruh kemas cepat – cepat. Kalau dia tidur sorang pun tidak boleh buat bising, kalau anak sulung saya buat bising teruk kena Iempang tapi kalau anak dia yang buat bising, saya yang kena Iempang sebab tak jaga katanya. Masalahnya budak – budak tak nak dengar bila saya suruh diam je.
Dorang macam tak tahan duk diam je sebab nak bermain kena la bercakap kan. Kalau saya lambat masak dan bukan ikut masa yang dia suruh tu, dia akan suruh buang semua lauk yang saya masak tu dan jangan makan sampai esok pagi. Kesian kat anak – anak ikut berlapar.
Saya cuba mencari kesalahan dan silap saya, mungkin saya tidak cukup muhasabah diri dan tak layak bergeIar ibu. Dia kata kalau tak dapat jadi ibu jangan jadi ibu. Macam mana tu? Saya selalu dipanggil b4bi, b4ngang , bod0h sampai kadang – kadang anak saya yang kecik selalu ikut perkataan yang tidak bagus tu. Tapi suami saya ni rajin dengar ceramah agama, tapi tak solat. Dia rasa dia selalu betul dan dia kata saya ni selalu rasa diri baik. Saya tak pernah rasa macam tu betul.
Saya hari – hari mencari kesaIahan diri saya, saya siap suruh dia kahwin lagi satu kalau dia nak, saya tak kisah. Kot – kot dia berjumpa dengan orang yang menyenangkan hati dia. Dia juga kaki main ps4 sampai kadang – kadang 3 hari tak mandi. Dia suka duduk dalam bilik study lama – lama dan saya tahu apa dia buat, dia puaskan nafsu sendiri. Saya tahu sebab saya selalu check history yang dia search kat google. Saya juga selalu jumpa tissue dengan kesan tompokan.
Mungkin saya ni kurang baik untuk dia, saya pernah bermakeup kat rumah, pakai cantik – cantik tapi dia tak pandang pun. Dia kata buang tabiat, muka macam hantu pakai makeup dia kata. Kalau saya pakai nipis – nipis pun sama gak. Nak kata dia g4y tak juga sebab saya tengok history tu dia tengok laki pompuan. Kat mana silap saya kat sini? Hati saya ni cepat lembut. Saya marah kejap je lepas tu saya lupa. Saya tak belajar tinggi pun. Sampai PMR je.
Mungkin saya bukan perempuan idaman dia. Saya asalnya bukan Islam sebelum berkahwin dengan dia. Keluarga saya terima baik saya masuk Islam, saya dulu hanya satu je niat agar dia boleh bimbing saya ke jalan yang betul. Saya pandai solat, pandai ngaji semua tu sebab dia yang ajar dulu tapi kenapa dia perlahan – lahan tinggalkan semua tu. Saya perlukan nasihat dan kata semangat. Mungkin tips yang berguna. Sekian sahaja dari saya.
Komen Warganet :
Puan Ellyn : Sedihnya, inilah lelaki patut ingat, walau marah macam mana pun tolonglah kawal em0si, jaga kata – kata. Sebab yang mendengar tak akan pernah lupa! Jangan rasa diri ketua keluarga semua ko yang berkuasa. Bod0h lebih baik jangan kahwin! Pot4ng je anu tu bagi anjing makan!
Buat saudari, biarlah ape dia nak cakap, awak fokus kat diri awak, jaga penampilan luar dan dalam. Sentiasa berpakaian kemas ala – ala s3ksi. Apa yang dia cakap dekat awak, kalau dia marah ke apa hanya diam dan buat kerja awak je. Cuba berIagak sikit sambil g0da suami sikit. Kadang – kadang laki ni tak sedar diri, mentang – mentang perempuan ni insan lemah, tu yang dia boleh buat suka hati, dia jadi muak, macam – macam salah kita yang dia nampak. Kalau dia masih macam tu juga lebih baik awak beIah je.. Biar je jantan macam tu elok pupus dari muka bumi ni.
Safirah Shafiyyah : Nasihat saya, tinggalkan je dia. Awak pergi makhamah, tuntut cerai. Buat apa hidup diperh4mbakan sahaja. Kerja, besarkan anak – anak. Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan anak – anak jer. Kalau dia pujuk, keraskan hati. Jangan cair lagi.