Segala benda tak cukup, dapat pulak bapak yang tau derma sp3rma je. Dah la dia jarang balik, balik cuma untuk buat ibu aku mengandung je, maka keluar la kami beramai – ramai macam anak ayam. Lepas tu dah dapat adik sulung, dia kahwin lain dapat lagi 9 orang anak!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih diucapkan kepada admin kalau admin siarkan confession ni. Aku tengah mengandung anak kedua sekarang ni dan InsyaaAllah kalau diizinkan pertengahan bulan depan ni keluarlah putera kami yang kedua.
Okay sedikit pengenalan tentang diri aku, berumur awal 30an, bekerjaya dan memiliki seorang putera berumur 3 tahun. Dan ya, waktu dapat tau mengandung anak kedua, si sulong sudah pun masuk usia 3 tahun. Kalau nak ikutkan semua orang kata, just a perfect time untuk bagi ‘kawan’ dekat si sulong.
Tapi, walaupun si sulong dah besar, sungguh aku tak bersedia nak mengandung anak kedua waktu tu. Bila suami aku tau dia memang happy la, tapi terus bertukar sedih bila dia tengok aku kemurungan. Aku punya kemurungan tu bukan main – main, sampai kan aku menangis siang malam sambil cakap dengan suami aku tak nak anak ni!!
Suami cuma mampu tenangkan aku, suruh aku mengucap dan nasihat. Ye la, apepun lagi dia boleh buat kan? Orang kata terlajak perahu boleh diundur. Hmmm.. Untuk pengetahuan pembaca semua sebelum aku dikecam, background family aku, adik beradik ramai (8 orang), membesar dalam br0ken family, segala benda tak cukup, dapat pulak bapak yang tau derma sp3rma je (untuk pengetahuan ibu dan ayah aku bercerai ketika kami masih kecil).
Penyebabnya ayah aku kahwin lain senyap – senyap selepas ibu aku lahirkan adik bongsu. Syabbas daddy, syabbas!! Dah la dia jarang balik, balik pun cuma untuk buat ibu aku mengandung je so keluar la kami beramai – ramai macam anak ayam.
Aku tak salahkan ibu, ye la masa zaman 70 – 80an ni pengetahuan tentang merancang tu agak limited. Lagipun ibu tak berpendidikan tinggi, so apa yg dia tau kena taat dengan suami. Suami balik kena layan selayaknya. Oh, lupa nak bagitahu.
Anak – anak sebeIah isteri baru pun boleh tahan ramainya, ada la dalam 9 orang dan hidup diorang pun kucar kacir, sebijik macam zaman kami membesar dulu. Sebab tu aku kata ayah aku ni pandai derma sp3rma je, anak – anak dia yang ramai ni memang dia tak peduli. Setiap anak tu ada rezeki masing – masing katanya. .aduhhh.
Okay, berbalik kepada cerita pasal aku, masa trimester pertama mengandung ni, aku diberi ujian, mungkin lebih kepada kifarah agaknya sebab tak bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi ni, aku menjalani operation untuk buang appendiks.
Lepas operation, dapat Hyperemesis Gravidarum pulak (Alahan munt4h – munt4h yg sangat teruk sampaikan kau dengar orang cakap pasal nama makanan pun kau boleh munt4h). Bayangkan, Iuka bekas operation belum baik, kau munt4h hampir 30 kali sehari. masa tu aku bertambah – tambah benci dengan anak dalam kandungan ni (Ya Allah,ampunkan aku. )
Dengan suami aku sekali la aku benci masa tu. Bila kandungan membesar pulak dengan kaki cramp, berat naik, jalan terkedek – kedek, follow up check up lagi. Aku check up dekat KK sebab lebih detail, tapi aku tak boleh follow schedule diorang yang nak aku datang 2 minggu sekali sebab HB aku agak low.
Sudahnya aku pergi dekat klinik swasta, sebulan sekali je kena datang. Dalam masa yg sama HB aku terus okay.Alhamdulillah. Tapi pengalaman mengandung kali ni buatkan aku sangat – sangat serik nak mengandung lagi lepas ni.
Tak tahulah bahagian bersalin nanti pulak macam mana. Tapi tiap kali suami urutkan kaki aku yang cramp ni, aku merayu dekat dia janganlah mintak nak tambah anak lagi. Aku tahu tahap kekuatan aku dekat mana, sungguh aku tak mampu nak beranak ramai – ramai.
Ada masa si sulong t4ntrum sikit aku dah naik d4rah. Berdasarkan pengalaman aku membesar dengan serba kekurangan lebih – lebih lagi kasih sayang, aku rasa betapa tak adilnya aku marah si sulong cuma kerana dia t4ntrum.
Maksudnya, memang per4ngai dia bersesuaian dengan umur dia sekarang kot, tapi sebab badan aku penat, aku tak boleh sabar. Dan yang peliknya, entah kenapa aku macam tak bersedia nak bahagikan sayang dan cinta aku pada si sulong ni pada adiknya nanti.
Normal ke semua ni? Aku takut aku terpilih kasih nanti. Ya Allah sungguh – sungguh aku takut. Jadi bila aku suarakan pada suami yang aku aku nak ‘tutup kilang’ lepas bersalin anak kedua ni, dia macam tak happy. Dia kata paling sikit nak 4 orang.
Dalam hati aku ada rasa marah, sebab aku rasa dia sendiri tengok aku punya pregnancy journey kali ni teruk, langsung tak rasa kesian ke kat aku ni? Suami aku memang la banyak membantu uruskan anak, kerja rumah pun dia tolong buat, tapi ada masa dia leka main game dekat phone, sump4h aku rasa macam nak pij4k je dia.
Sudahnya aku ambil keputusan lepas je anak kedua ni keluar aku nak pasang implanon. Lantak lah, aku rasa kami ni macam tak layak nak ada ramai – ramai. Cukup la ada 2 orang ni nanti. Semoga Allah sihatkan tubuh badan kami dan anak – anak kami sehingga ke akhir hayat.
Jadi takdelah orang duk mengata itulah kau tak nak beranak ramai – ramai bila s4kit anak tak boleh jaga sebab masing – masing sibuk. Bukan ke ada orang yang anggap anak – anak ni sebagai pelaburan? Dah tua nanti berharap sangat anak yang akan sara dan jaga kita sampai ajaI tiba.
Aku tak boleh hadam mak bapak yg berfikiran macam ni. Kau yang sedap – sedap berdua sampai budak tu lahir, boleh pulak kau mintak diorang baIas segala penat lelah kau besarkan diorang. Haaa. ada la pembaca kecam aku ni nanti! Huhu.
Sebelum anak lahir la kena fikir semua consequences ada ramai anak, kalau budak tu dah lahir nak fikir apenya? Hadap je la kot sampai nak besar. Lagipun mereka yang ada anak ramai, mungkin ada support system yang cukup dalam membesarkan anak – anak yang ramai, tapi aku lebih faham keadaan diri aku sendiri.
Kita juga tak tahu apa yg akan terjadi pada masa akan datang, mungkin suami akan lebih concern bersama – sama mendidik anak – anak. Sudahnya dari rasa ikhlas nak penuhi impian dia untuk anak – anak yang mengusung jen4zah dia suatu hari nanti bertukar menjadikan seorang isteri yang hilang taatnya.
Saya ada terbaca satu komen ni yang menegaskan, dalam berumahtangga, yang dikejar adalah ibadah, bukan bilangan anak. Ramai yang tak bersedia sebenarnya nak beranak ramai – ramai, cuma mereka tak meluahkan di sini ataupun mereka memang dah redha dengan ketetapan anak itu rezeki, jangan dipertikaikan.
Akhir kata, tepuk d4da tanyalah hati. Sesungguhnya mendidik anak yang berkualiti itu lebih baik dari mementingkan kuantiti. Wassalam. – Mrs A
Komen W4rganet :
ربيعة عدانن : Begini pulak kisah wanita yang sihat rahimnya, mudah lekat. Lain pula cerita dengan kami yang tidak sihat organ rahim. Dengan end0metri0sis stage 4, ketumbuhan cyst, tak boleh salah makan, sedang orang lain makan apa sahaja takde masalah nak mengandung, tunggu zuriat bertahun – tahun.. doktor selamba cakap peratus nak hamil neutral 30% sahaja.
Begitulah hidup, tidak dinamakan kehidupan jika tiada ujian. Setiap orang akan diuji dengan bermacam jenis ujian. Tugas kita sabar dan sabar dan sabar dan berikhtiar cari penyelesaian. Untuk anda – anda semua wanita yang mudah untuk mengandung.. semoga bertabah dan sabar mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu.
Moga anak – anak anda semua dididik dengan penuh kasih sayang, cukup ilmu agama dan bermanfaat buat agama dan negara. Untuk yang senasib dengan saya, yang menunggu zuriat bertahun tahun.. punyai perjalanan yang sangat sukar untuk menjadi seorang ibu.. semoga kalian sabar.. Nama pon ujian..
Nurul Syuhadah Mohamad : Sebenarnya bab tambah anak ni kena ikut kemampuan isteri bukan kemampuan suami. Ada suami cakap dia mampu sara anak ramai sebab income stabil, ada semuanya tapi yang mengandung, beranak tu isteri.
Sebab tu kena ikut kemampuan isteri. Apa – apa pun perlu bincang dengan pasangan masing – masing bab ni. Kesian jugak kalau isteri mengandung dalam keadaan tak bersedia. Boleh effect diri sendiri dan baby.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.