Rumah aku besar tapi sempit, kotor penuh dengan barang lama. Mak ayah pengotor, baru ni ada hati nak buat rumah terbuka. Aku malu..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bayangkan eh, karpet masa umur aku 1 tahun sampai sekarang dah 28 tahun, still ada dalam bilik tu bergulung. Aku rasa kalau kibas karpet besar tu, confirm jerebu 1 negeri. Raya ni mak ayah aku macam nak buat open house..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Apa yang aku nak luahkan ni, adalah rumah family aku, bukan hal rumahtangga sebab aku tak kahwin pun lagi. Rumah family aku rumah teres setingkat dan dah renovate depan belakang semaksima mungkin.

Orang selalu cakap, “Wah, bestnya rumah kau luas, panjang, adik beradik pun 2 orang je, mesti lawa kan rumah kau!” Benda tu tak seperti yang dipuji. Rumah aku walaupun panjang, tapi penuh dengan perabot. Bapak aku selagi ada ruang, selagi tu dia letak perabot.

Kalau beli perabot baru nak ganti, contoh macam meja makan, meja makan lama dia tak buang. Dia akan letak dekat dapur habuan letak barang – barang dapur pula. Jadi ruang rumah dah kecil, lagi sem4kin mengecil. Patutnya rumah dah luas macam ni, ruang tamu tu aku dah boleh pusing – pusing macam Cinderella, tapi tak.

Kekemasan memang out. Antara 3 bilik, semua tak sesuai untuk tetamu pinjam. Bayangkanlah kalau jenis perabot yang sem4kin bertambah, ada je benda yang tak sepatutnya ada situ tapi ada. Bayangkan eh, karpet masa umur aku 1 tahun sampai sekarang dah 28 tahun, still ada dalam bilik tu bergulung.

Aku rasa kalau kibas karpet besar tu, confirm jerebu 1 negeri. Bapak aku cakap, “Alah, nanti ada kenduri boleh bukak pasang.” Selama aku 28 tahun, tak ada kenduri pun yang dibuat kat rumah aku. Aku yakin kalau ada kenduri pun, karpet tu mesti dia tak akan ingat.

Then, family aku jenis tak mengemas sangat. Bukan jenis yang menyapu tiap hari, mop sehari sekali atau dua hari sekali, silap – silap sapu je seminggu sekali. Lantai selagi takda tumpah apa – apa memang takkan mop walaupun dah nampak sikit peta Malaysia.

Aku bukan tak tolong, dah tolong tapi end up jadi balik. Macam sebelum ni aku kemas – kemas dapur sikit, lepas mak aku masak dan semua dah habis makan, aku basuh sinki, kemas rak pinggan, lap dapur bagi kering. End up petang tu jadi balik.

Tapi kalau gi jalan – jalan jauh macam sewa homestay, family aku reti kemas. Tak tinggalkan sepah – sepah, memang orang tak akan expect yang family aku rumah sendiri macam kena ribut. Barang yang kejap kat sini, kejap kat sana. Aku bukan citer tentang ketip kuku, haha.

Penyapu rumah suka hati dia je nak ada kat mana – mana. Bukan penyapu je, apa – apa barang kat rumah ni macam gitu, sampai time mencari memang aku fed up giIa – giIa, nak marah kat orang tua berd0sa, so cakaplah kuat, “Haa, ni memang rumah orang lain pun sebab tu tak jumpa apa yang nak cari.”

Family aku ada bela kucing. Jadi aku rasa korang tahu kot kalau rumah jenis bela kucing ni bau dia macam mana. Lagi – lagi kalau kurang jaga kebersihan. Raya baru – baru ni mak ayah aku macam nak buat small open house, suruh panggil kawan – kawan aku sebab dia tahu aku ramai kawan dekat sini.

Sini jiran – jiran kurang sebab kebanyakan menyewa, jadi bila time cuti ke atau hari – hari raya ni memang kosong, so sebab tu family kurang kenalan jiran. Aku memang segan nak panggil kawan aku kalau condition rumah gini. So aku bagitahu kata kawan aku semua takda sini, balik kampung dorang.

Sekarang aku dah hidup merantau. Rumah aku sewa, tapi bilik yang lain aku sewakan murah – murah dekat orang lain, jadi kurang beban sikit. Dekat sini aku bebas susun atur rumah aku. Walaupun kecil, tapi tengok nampak luas sebab aku tak suka perabot banyak – banyak.

Housemate aku pun Alhamdulillah dapat jenis yang jaga rumah, so dorang ada common sense. Aku happy bila balik rumah sewa aku, rasa tenang sangat – sangat. Bilik aku tempat aku paling selamat, selesa, wangi untuk tidur. Rumah tu anytime sapa sergah pun aku takda hal.

Bila balik rumah family, memang aku murung terus. Aku balik sebab orang tua aku je. Ada siapa – siapa ada family macam ni? Macam mana korang hadap atau atasi masalah macam ni? Tolong share dengan aku. Aku rasa benda ni berlarutan sampai bila-bila. – Husaini (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nieyda Abdullah : Kebiasaannya, orang yang macam ni suka menyimpan barang – barang lama, tak berkemas. Kalau bela kucing, memang bertambah lah bau dan semaknya. Anak – anak kena main peranan, pandailah buang apa yang patut, kemas dan bersihkan semula rumah. Kucing bukan punca rumah bersepah dan busuk ya, sebab dia binatang memang tak ada akal. Tapi kalau bela dengan betul, makan jaga ber4k semua diajar dekat mana, rumah takkan berbau dan bersih saja.

Salina Gunawi : Jangan salahkan kucing sebab yang pengotor tu selalunya manusia. Saya ada 23 ekor kucing sekarang yang asalnya gelandangan dan semua dalam bilik khas dan makan makanan premium. Dapur mestilah kecah sebab memasak tapi bila selesai saya bersihkan balik seperti asal.

Saya bila beli contohnya sofa, saya minta adik yang hantar sofa baru tu buangkan yang lama dan beri upah untuk buang. Sama juga dengan barangan elektrik seperti fridge dan washing machine. Semua tu sikap dan syukurlah TT tak inherit sikap hoarder tu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.