
Suami kahwin senyap – senyap dengan perempuan w4rga asing yang juga tiada IC, bekerja di kedai Pakistan. Terlanjur lagi dan akhirnya dia dan perempuan tu lari balik Filipina sebab nak kahwin sana. Aku sedang mengandung anak ke-4…
#Foto sekadar hiasan / AI. Cerita aku bertahan hidup selama 17 tahun dengan lelaki yang tidak menghargai aku. Kiranya aku bertemu jodoh dengan orang w4rga asing yang pada awalnya dia cakap dia dalam urusan – urusan dokumen. Dia pada awal perkenalan sampai ke alam merisik, pertunangan dan akhir alam perkahwinan pada tahun 2007.
Sekarang kami dikurniakan anak 5 orang. Sepanjang dalam perkahwinan kami, aku selalu makan hati, dia yang hobinya suka main perempuan, suka tipu aku. Siang malam, nafkah hanya cukup untuk makan saja, beli beras, ikan. Anak pertama lahir pada tahun 2008, dia nampak okay jer.
Anak kedua lahir pada tahun 2009. MaIangnya anak kami disahkan ada k4nser d4rah. Boleh dik4takan hampir 3 tahun saya dan anak menetap di hospitaI untuk rawatan anak. Dia hanya datang jenguk pada masa melawat. Dalam masa yang sama, paling s4kit, dia main perempuan w4rga asing yang juga tukang cuci piring di tempat dia lepak dengan kawan – kawan dia minum petang.
Sampai perempuan tu mengandung, padahal aku juga mengandung anak ke-3 pada masa itu. Kerana dia suami pilihan aku, aku bertahan walaupun hampir bercerai. Tapi dia menolak dan minta maaf, berjanji rak akan ulang lagi, mahu berubah.
D3rita aku hilang sekejap walaupun aku takut dalam bayang – bayang kehidupan aku. Aku tutup rapat – rapat apa yang dia buat kat aku. Sampai ke satu saat, dia buat hal lagi. Dia kahwin senyap – senyap dengan perempuan w4rga asing yang juga tiada IC, bekerja di kedai Pakistan.
Sampai terlanjur, dan akhirnya dia dan perempuan tu lari balik Filipina sebab nak kahwin sana. Kebetulan juga mertua saya, ibu suami saya, s4kit kuat di sana. Hati isteri mana yang tak risau bila tahu lakinya hilang, tak balik – balik. Ingatkan kena tangkap ke atau kemaIangan, sekali lari dengan perempuan simpanan.
Ya Allah… bila dapat khabar dia kahwin di sana, sedangkan aku juga mengandung anak ke-4. Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. Ya Allah, dugaan apa lagi ini? Singkat cerita, dia minta maaf sekali lagi, takkan ulang lagi, berjanji akan ceraikan perempuan itu.
Tapi semua tu bohong. Walaupun hati ini tak pernah yakin, demi anak – anak yang masih kecil, aku kuatkan semangat saja. Hidup dalam rumah tangga yang kurang sihat membuatkan aku berubah total, menjadikan aku isteri yang pemarah, tiada kepercayaan setiap apa yang dia cakap, selalu merasa s4kit hati.
Sampai ke hari ini, umur aku sudah 37 tahun. Aku disahkan ada k3ncing manis. Tapi masa ini aku dah boleh hidup berdikari sendiri, ada usaha sendiri yang boleh tampung aku dan anak – anak tanpa tunggu duit nafkah dari dia. Walaupun sudah m4ti rasa, masih tetap bersama demi anak – anak.
Tapi dia ada satu sifat baru, yang suka tuduh – tuduh, bawa aku berlaku curang. Alahiiii… penat betul – betul. Siang malam dia akan cari kesalahan aku, tuduh aku jumpa lelaki lah. Tapi masih bertahan sebab aku masih nampak dia di rumah, walaupun dia tak bekerja, tak sudah main perempuan.
Mungkin dia rasa tergugat sebab dia tak berduit, takut dengan bayang – bayang sendiri sebab dia dulu curang, banyak main perempuan. Pada akhirnya aku hamil lagi anak ke-6. Mula okay jer, dia happy, mahu ada baby lagi. Tapi itu sifat sementara dia saja.
Akhirnya dia cari cara untuk tuduh aku selingkuh. Dia cakap aku mengandung bukan anaknya. Hari – hari dia was – was anak ini bukan anaknya. Hati isteri mana yang tak sedih? Siang malam dia akan cari salah, cungkil siapa lelaki dengan aku.
Sampai aku masuk w4rded seminggu, dia boleh tanya aku keluar malam di sana dengan siapa. Ya Allah… aku ke kIinik, dia cakap kenapa kerap pergi kIinik? Aku kan ada k3ncing manis. Mengandung wajar lah kena pergi kerap. Bila bawa dia pergi kIinik, boleh plak dia meng4muk!
Kenapa doktor – doktor di sini lambat, tak pandai, doktor asyik rehat lah, bagi alasan sejuk lah, tak tahan ekon. Tapi tuduh kita jalan – jalan dengan lelaki. Singkat cerita, kehidupan aku masa ini dalam dilema, tekanan, memikirkan masalah kami yang tak habis – habis.
Singkat cerita, aku demi masa depan anak – anak aku, demi kesihatan badan aku yang tak pernah aku fikir, aku halau dia keluar dari rumah aku supaya dia boleh berfikir di luar sana bahawa selama ini aku bertahan hidup, menghargai dia walaupun dia tiada apa – apa.
Belum genap 3 bulan dia keluar rumah. Tahun ini anak – anak beraya tanpa seorang abah, aku beraya tanpa seseorang suami. Yang paling sedih aku dengar baru – baru ini yang perempuan yang dia cakap mahu buang tu dah bersalin anak ke-5 diorang, padahal sudah dia lafaz cerai talak 3.
Kenapa boleh dia beranak dulu dari aku? Ya Allah, jauhnya dia hanyut. Semoga diampunkan segala d0sanya. Betul lah apa yang orang cakap, lelaki kalau sudah hobinya selingkuh, sampai tua dia akan selingkuh. Ubatnya cuma s4kit, m4ti, cacat…
Doakan saya bersalin selamat pada bulan ini. Berbahagialah di sana bersama perempuan tu. Semoga dia boleh beza buruk dan baik. Kalau nak cerita pun tak akan habis cerita aku. Maafkan aku kalau ada yang tersalah tulis atau kurang faham.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.