
Walaupun mak ayah dah m4kin tua, dua ekor jantan tu masih buat tak peduli. Rumah sekarang? Berkerak. Tandas? Berlendir. Dapur? Berminyak. Lantai? Berhabuk. Perempuan je ke kena kejar pahala? Lelaki buat apa??
#Foto sekadar hiasan / AI. Kepada mak ayah yang hanya tekankan kerja rumah pada anak perempuan, ini khas untuk kamu. Aku anak kedua daripada tiga beradik, satu – satunya anak perempuan. Abang dan adik bongsu aku, dua – duanya lelaki.
Dari kecil, mak ayah tak pernah ajar atau minta abang adik tolong buat kerja rumah. Masa tu masih muda, tak terasa sangat. Semua mak ayah uruskan. Dipendekka cerita 25 tahun kemudian, di sinilah “d3rita” sebenar bermula. Abang dan adik aku masing – masing dah berumur 30-an dan 26 tahun, masih tak peduli langsung pasal urusan rumah.
Barang dapur, basuh baju, sapu sampah, semua masih mak yang buat. Aku? Bekerja jauh, balik sebulan sekali je. Rumah sekarang? Berkerak. Tandas? Berlendir. Dapur? Berminyak. Lantai? Berhabuk. Mak ayah dah berusia lewat 60-an. Kudrat dah tak sekuat dulu.
Mana nak harap mereka kemas rumah macam zaman muda dulu? Must4hil. Tapi sebab dua lelaki dalam rumah tu langsung tak boleh diharap, keadaan rumah terus menjijikkan, rasa nak munt4h. Walaupun mak ayah dah m4kin tua, dua ekor jantan tu masih buat tak peduli. Nak raya pun, mak ayah yang keluar sendiri beli barang keperluan.
Aku cuma dapat cuti sehari sebelum raya. Langsir, sarung sofa semua mak ayah dah siap awal, sebab mereka jenis tak suka tangguh. Setiap kali aku balik, kerja aku? Sental tandas. Mop lantai. Sapu rumah. Dari ruang tamu sampai ke dapur. Luar dan dalam.
Aku balik sebab nak luang masa dengan mak ayah tapi akhirnya s4kit – s4kit badan sebab seorang diri bersihkan rumah. Rumah bukan kecil. Aku sorang yang kerjakan. Aku mengungkit? Ya. Sebab aku dah penat dan s4kit hati. Sejak kecil, hanya anak perempuan yang ada rasa tanggungjawab untuk uruskan kebersihan rumah. Tapi lelaki?
Hidup senang lenang. Bangun, pergi kerja, balik, makan, tidur, main game. Ulang hari – hari. Kalau semudah itu jadi lelaki, aku pun nak ada telur dua biji dalam seluar. Berdasarkan pemerhatian aku, bukan keluarga aku je macam ni. Keluarga makcik pakcik aku pun sama. Anak lelaki dimanjakan melampau – lampau.
Anak tingkatan 1 balik raya, terperuk main game. Makan pun maknya yang cedok, letak depan muka. Anak tu sihat walafiat, bukan OKU pun. Makcik yang sorang lagi, anak lelaki lima orang, perempuan dua orang. Anak lelaki dah umur 18 – 20 tahun tapi mak jugak yang kemaskan baju dalam beg bila nak balik raya.
Anak campak baju atas lantai, mak jugak yang kena fikir apa tertinggal, kena ingatkan satu – satu. Mak kamu bukan h4mbalah. Aku kesian tengok makcik aku kena hadap semua tu. Bila aku tengok situasi macam ni, aku cuma mampu cakap dalam hati,
“Goodluck menuju hari tua yang meletihkan. Kamu akan jadi bibik kepada anak – anak kamu sendiri.” Sekarang mungkin kamu tak rasa. Tapi tunggulah 20 – 30 tahun dari sekarang. Sikap terlalu manjakan anak lelaki tu akan makan diri. Bila tak dididik dari kecil, jangan harap anak lelaki nak sedar tanggungjawab sendiri bila dah dewasa.
Kalau ada kesed4ran sendiri, alhamdulillah. Tapi ramai yang pemalas dan pentingkan diri. Aku dah terlalu lama simpan rasa ni. Sampai satu tahap, aku cuma mampu berdoa: “Ya Allah, akan aku bawa rasa marahku ini di hadapan-Mu kelak. Hanya Engkau yang mampu membaIas perbuatan adik beradik lelaki yang ‘mengani4ya’ kakak, adik perempuan mereka.”
Kenapa aku kata ani4ya? Sebab bertahun – tahun mereka buat tak tahu, buat pekak, buat buta, biarkan perempuan dalam rumah buat semua. Sedangkan kudrat lelaki lebih kuat. Sepatutnya sama – sama bantu. Jangan ingat bila kami akur buat semua kerja, kami tak simpan kecil hati. Kami penat. Kami muak. Kami marah.
Kerja rumah memang nampak senang. Tapi bila hari – hari orang yang sama kena buat, lama – lama ikhlas tu hilang. Jangan sembang pasal pahala. Orang perempuan je ke kena kejar pahala? Lelaki buat apa? Gentel telur? Memasak senang? Tapi kalau semua benda orang yang sama buat – pergi pasar, masak, hidang, basuh pinggan, lap dapur – kau ingat orang tu robot?
Aku buat bukan sebab ikhlas semata. Aku buat sebab aku tak sanggup tengok mak ayah terbeban sebab per4ngai pemalas kau. Jadi aku rayu, kepada yang masih ada anak kecil, didiklah anak dari sekarang. Bukan sebab nak kerah tenaga perintah itu dan ini, tapi biar mereka belajar tanggungjawab.
Lepas makan, basuh pinggan. Rumah sepah, kemas. Bukan semua nak tunggu mak ayah buat. Kalau tak nak d3rita masa tua, ajar dari sekarang. Jangan sampai jadi macam mak ayah aku. Dah terlambat nak didik, melainkan anak tu sendiri ada kesed4ran. Luahan ni ikhlas dari aku, Seorang anak dan adik perempuan yang dah terlalu penat dengan semuanya. AKU BUKAN H4MBA. – Mitra (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Siti Bear : I feel you. Sekarang saya jadi mak. Anak lelaki saya dari darjah 1 dah kene kerah buat kerja rumah. Sekarang diorang darjah 5. Kain baju dari basuh, keringkan dalam dryer, lipat, sidai dan gosok diorang buat sendiri. Lepas makan diorang basuh pinggan, lap meja. Hujung minggu diorang yang cuci jamban semua. Berhenti merajakan anak lelaki sebab satu masa nanti, diorang akan menyusahkan anak perempuan orang lain pulak.
Habib Ahmad : Padahal semua tu tanggungjawab lelaki, isteri tolong sebab ehsan sahaja. Sediakan tempat tinggal yang bersih tanggungjawab lelaki, tapi tu la ada budaya dan adat yang menjijikkan. Alhamdulillah saya dari kecik dulu dah belajar buat semua, cuma bertukang ja tak mahir.
Norzizah Abdul Rahman : Pemalasnya seorang lelaki nih sampaikan sebiji cawan yang dia guna tak boleh basuh. Sikap nak jadi ‘raja’ dalam rumah. Memerintah jer tahu. Hidup mereka bangun tido makan, pegang handphone lepas tu tido. Tapi yang berd0sa perempuan jugak. Memang tak nafikan kita dah tahap penat meluat.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.