Tak sangka bercinta dengan suami orang. Isteri dia datang hamun aku depan boss dan pelanggan. Isteru dia call minta aku ganti rugi nafkah 10k

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku ni kategori anak d4ra tua. Aku buat keputusan cari jodoh dekat lama sosiaI. Hubungan kami hanya dalam telefon. Aku tak sangka dia dah kahwin. Rupanya anak dah 5. Paling maIang, isteri dia cuba psik0 dan skem aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua. Aku tulis cerita ini berdasarkan pengalaman teruk yang aku lalui dan masih berlarutan sampai sekarang. Aku seorang anak d4ra tua, berusia 35 tahun. Hujung tahun ni umur aku akan meningkat kepada 36 tahun. Aku masih bujang, yatim piatu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kehidupan aku memang banyak c4baran, penuh dengan dugaan yang tak pernah aku jangka.

Aku mulakan cerita. Punca utama kenapa aku jadi anak d4ra tua ini sebenarnya datang daripada tekanan ibu tiri aku. Dia selalu banding – bandingkan aku dengan orang lain, h1na aku, dan tanam rasa rendah diri dalam diri aku. Dari situlah aku jadi kurang yakin dengan diri sendiri.

Kadang – kadang aku buat keputusan b0doh hanya sebab nak buktikan aku juga layak disayangi. Antara keputusan paling silap yang aku pernah buat ialah cuba cari jodoh di laman sosiaI. Aku cuba macam – macam, dari Facebook, Instagram, Tiktok, dating application dan beberapa lagi platform.

Satu hari, datang seorang lelaki berusia 40 tahun. Dia ajak aku berkawan, lama – lama bercinta. Aku yang naif ketika itu layankan sahaja. Kami bercinta hampir setahun, tapi secara jarak jauh. Dia tinggal di Bentong, Pahang manakala aku di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hubungan kami hanya berg4ntung pada videocall dan chatting, itu pun tidak kerap sebab masing – masing sibuk dengan kerja. Sampailah pada suatu hari, dunia aku runtuh sekelip mata. Isteri lelaki itu tiba – tiba menyer4ng aku di tempat kerja.

Aku langsung tidak tahu macam mana dia dapat maklumat tentang aku, sedangkan lelaki itu sendiri tidak pernah tahu dengan tepat di mana aku bekerja. Isterinya datang dengan penuh drama, ugvt aku, maIukan aku depan pengurusan syarik4t (masa itu kebetulan ada audit), pelanggan dan juga staf bawah aku.

Masa itu aku memang terk3jut, rasa macam dunia berputar. Aku hanya mampu menangis. Walaupun aku bukan bersalah, aku tetap minta maaf dan janji takkan hubungi suaminya lagi. Mujur aku masih simpan rekod lama yang jelas menunjukkan lelaki itu mengaku bujang dengan aku.

Beberapa hari kemudian, aku dapat panggiIan telefon. Kali ini isterinya pula yang ugvt aku supaya serahkan wang sebanyak RM10 ribu untuk menyara anak – anaknya yang masih kecil. Katanya itu nafkah yang aku perlu tanggung sebab suaminya berlaku curang dengan aku.

Logik ke? Kita yang tak salah, tiba – tiba nak kena bayar. Mestilah aku tak setuju. Dari situ aku mula tahu yang isteri dia sebenarnya menetap di Kelantan, ada lima orang anak, dan masih duduk dengan keluarga sendiri sebab hubungan mereka jarak jauh.

Masalahnya tidak berhenti di situ. Dia sem4kin melampau bila berani ganggu rakan – rakan aku pula. Kawan – kawan aku jadi serba salah, ada yang marah aku sebab kena libat sama dalam masalah ini. Hanya seorang kawan yang masih setia menyokong aku.

Paling aku s4kit hati bila dia ugvt nak sebarkan fitnah di media sosiaI kononnya aku per4mpas rumah tangga dia. Aku dah tak tahan, jadi aku buat laporan polis. Lepas laporan tu, dia diam sekejap. Aku fikir keadaan dah reda. Tapi langit tidak selalunya cerah.

Beberapa minggu selepas itu, aku mula diganggu dengan mimpi – mimpi pelik. Aku selalu mimpi ular, benda – benda hitam, dan aku mula jatuh s4kit. Badan lesu, munt4h d4rah. Aku mula syak ada sesuatu tak kena. Bila aku berubat, rupanya memang ada unsur sih1r.

Pada mulanya aku susah nak percaya isteri itu boleh buat sejauh ini, tapi bila aku jumpa beberapa perawat, semuanya bagi hint yang sama, perempuan pantai timur. Dari situ aku dapat agak siapa dalangnya. Akibat daripada gangguan itu, aku terp4ksa berhenti kerja.

Bayangkan, daripada seorang yang berdikari, ada pendapatan tetap, tiba – tiba hidup aku jadi kosong. Aku berubat ke sana ke mari. Ada masa aku pergi jumpa ustaz, ada masa aku cuba rawatan alternatif. Pernah sekali aku pergi berubat di sebuah kampung di Melaka, sampai tengah malam baru selesai.

Badan aku panas semacam, perawat tu kata ada benda yang “menumpang”. Aku hanya mampu menangis. Selain s4kit, aku juga diuji dengan kesunyian. Bila aku s4kit, aku mula rasa kehilangan mak ayah. Kalau mereka ada, mesti aku lebih kuat.

Tapi nak buat macam mana, aku yatim piatu. Hanya ada simpanan wang sahaja yang boleh aku guna untuk bertahan. Alhamdulillah, simpanan aku agak banyak sebab dulu aku jenis berjimat. Itu pun kalau tak ada, mungkin aku dah habis terjer4t.

Bila aku fikir balik, semua ini berpunca daripada keputusan aku yang terlalu mudah percaya pada orang. Aku rindukan kehidupan lama aku. Aku rindu bangun pagi pergi kerja, bergurau dengan staf, ada duit sendiri. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Aku masih teruskan rawatan, masih cuba kuat.

Ada satu kejadian yang aku takkan lupa. Satu malam, aku tengah baring, tiba – tiba aku rasa macam ada orang menolak aku dari katil. Aku jatuh ke lantai. Bila aku buka mata, tak ada siapa pun. Badan aku menggigil, aku terus capai surah Yasin dan baca sekuat hati.

Selepas itu aku terus menangis sampai tertidur. Kejadian macam ini buat aku lebih yakin yang aku memang jadi m4ngsa sih1r. Doakan aku ya. Aku cuma nak kembali sihat, nak rasa bahagia semula. Kalau inilah pengakhiran aku, aku redha. Aku percaya setiap ujian ada hikmah. Mungkin aku perlu lalu semua ini untuk jadi lebih kuat. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku ini. – Hani (bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.