Adik ipar mesej suami aku, suruh belikan basikal untuk anak dia, sebab dia dah janji. Dia punya anak, suami aku plak yang kena bagi hadiah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Baru ni suami aku takde duit, aku berk0rban guna kad kredit aku. Tiba – tiba suami aku kena guna duit 2000 untuk ik4t jamin adik dia, pen4gih. Lepas keluar penjara, nak pinjam duit beli kereta baru pulak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, panggil aku Jelita (bukan nama sebenar). Tujuan aku meluah di sini adalah untuk bertanya pendapat semua perempuan yang bergelar isteri. Kongsi la kisah aku ni, supaya aku boleh nampak pendapat yang diberi oleh semua di sana.

Aku baru berkahwin selama 6 bulan. Suami aku Ammar (bukan nama sebenar) seorang mualaf yang baru saja memeluk agama Islam. Suami aku seorang yang sangat baik, penyayang dan sopan dari awal perkenalan kami sejak tahun 2022.

Suami merupakan seorang anak sulung, yang berhijrah untuk bekerja dari Sabah ke Johor. Suami aku telah bekerja di Johor sejak tahun 2020. Suami aku tidak pernah berkira dari segi apa pun selama kami kenal sampai la ke hari ini. Namun, ada satu hal yang kurang aku gemari dari suami aku.

Disebabkan sikap senang simpati, dia selalu menolong adik beradik dan ipar – ipar dia. Tolong dari segi apa? Kalau kec3masan boleh la aku faham, tapi ni sampai minta tolong topup untuk mereka berempat main game, dan melayari internet.

Oh ya, suami aku ada 2 orang adik lelaki. Maksudnya suami aku anak pertama. Anak kedua Angah (bukan nama sebenar), anak ketiga Ude (bukan nama sebenar). Masing – masing dah ada isteri. Tapi yang Ude tu masih belum berkahwin tapi sudah mempunyai anak (sebab belum memeluk agama Islam).

Sebelum berkahwin, masa dalam fasa merisik dan bertunang, adik beradik dan ipar suka meminjam duit, meminta topup. Kalau adik beradik masih boleh terima la kan, tapi kalau sampai ipar – ipar chat minta topup? Siapa je tak rasa marah kan.

Masa tu aku pun belum bergelar isteri, jadi aku diamkan saja. Cuma banyak pendam. Sekali sekala tu adalah aku sindir, “aik topup sampai ipar – ipar pun minta awak, apa fungsi adik adik awak tu jadi suami, sampai minta kat abang ipar.” Macam biasa la suami aku seorang yang diam, tak cakap banyak.

Dia cuma jawab, “ok la takpe, lepas ni kita tak bagi dah ipar – ipar ok.” Aku cuma diam. Lebih kurang beberapa minggu sebelum berkahwin, suami aku chat “sayang ada benda nak bincang sikit.” Masa tu aku dah rasa macam tak berapa best bila dia mula bercakap macam ni.

Aku pun balas dengan nada berseloroh, “ye kenapa tu?” Suami aku terus call dan menceritakan bahawa adiknya Ude telah mengandungkan seorang perempuan dan sekarang perempuan tu nak melahirkan anak tapi… perempuan tu tiada IC dan bukan w4rganegara.

Bayangkan! Tak ada IC, jadi kalau bersalin kat hospital kerajaan memang sah – sah la caj dalam RM4000 atau RM5000 macam tu. Duit yang suami aku simpan untuk honeymoon kami dikeluarkan diberi kepada adiknya si Ude. Masa tu aku naik angin juga, “kalau tahu perempuan tu tak ada IC kenapa sibuk bersama, tengok akibatnya.” Emosi aku bercampur.

Bayangkan dah book semua honeymoon packages. Tiba – tiba duit nak kena dahuIukan pula untuk orang yang buat anak tapi tak fikir kesan. Buat anak tak kisah, halal h4ram tak peduli. Tapi adik lelaki suami aku tu Kristian, perempuan tu pula Islam.

Dalam masa agama pun belum convert dan kahwin pun tidak. Tapi aku malas nak ambil tahu. Aku anggap tu dah over. Mungkin sebab aku masih belum bergelar seorang isteri masa tu. Sekarang, aku seorang isteri kepada Ammar. Macam biasa adik beradik dia masih meminta duit, meminjam. Tapi aku diamkan saja mungkin sebab apa yang suami aku beri cukup la untuk aku.

Selepas berkahwin kami duduk di rumah keluarga aku. Bil – bil masih sama, abang aku Adam (bukan nama sebenar) membayar bil air dan separuh sewa rumah. Kami kongsi. Sejak abah meninggaI tahun 2023, kami adik beradik kongsi bayar berdua.

Aku ada 4 adik beradik. Abang aku Adam anak sulung berumur 26, aku anak kedua berumur 24 tahun, dan dua orang adik perempuan Ana dan Ain masing – masing berumur 15 dan 16 tahun. Kami masih ada seorang ibu yang merupakan suri rumah dari dulu sampai sekarang, berumur 50 tahun.

Bil air abang aku bayar. Bil api aku bayar. Astro aku bayar. Sewa rumah kami bayar sama – sama. Ada bisnes kecil dari arw4h abah yang kini abang aku urus sepenuhnya. Bisnes tu tak ada untung banyak tapi cukup membantu bayar bil lain dan cover sikit untuk sewa rumah.

Jadi selepas suami aku tinggal bersama, bayaran sewa rumah berubah, jadi setiap 3 orang dari kami membayar RM250 seorang. Dalam RM750 daripada kami. Sewa rumah di Johor agak tinggi iaitu RM900. Jadi baki bayaran tu ditampung dengan duit meniaga bisnes kecil yang abang aku urus.

Suami aku beli rumah, jadi akhir – akhir ni memang banyak la nak kena bayar, insurance RM2000 dan ada lagi bayaran lain. Faham – faham la kalau beli rumah kan, memang banyak duit kena keluar. Tiba – tiba aku terbaca satu chat dari telefon suami aku.

“Belikan la anak aku hadiah birthday” dari adik dia si Angah. “Aku dah janji dah dengan anak aku kau akan belikan dia basikal untuk birthday nanti.” Aku scroll chat tengok jawapan suami aku, “nantila eh, aku tengah kurang duit.” Si Angah balas, “hmm yela tapi aku dah janji dengan anak aku kau nak beli.”

Aku terus tanya suami aku, “ada janji ke dengan anak dia nak belikan basikal?” Suami aku balas, “tak ada, tapi takpe la.” Aku terus cakap, “aik, anak dia. Dia sendiri la beli kan, kenapa nak abang pula belikan untuk anak dia. Kalau dia betul sayang anak dia, seorang bapak sanggup buat apa je belikan anak dia mainan.” Suami aku diam, mungkin malas nak jadikan isu. Aku pun diam saja.

Suatu hari, jadi satu kejadian yang sangat buat aku rasa terIuka… Pada bulan 7 yang lalu, aku disahkan mengandung! MasyaAllah tabarakallah alhamdulillah. Aku alami gejala yang teruk. Alahan, munt4h, pend4rahan, loya, s4kit kepala. Mungkin sebab trimester pertama. Emosi memang tak stabil. Asyik rasa nak nangis je.

Aku pun cari susu untuk ibu mengandung, Anmum. Aku beli guna duit aku sendiri sebab bulan tu suami aku kurang duit sebab bayar RM2000 untuk insurance rumah. Jadi aku ok je, sebab aku pun bekerja sendiri. Tapi aku minta suami aku bayar balik sebab nak juga rasa dia belikan, sebab tu anak dia kan.

Masa tu aku kesian tengok suami aku. Aku cakap, “sayang takpe la bulan ni kalau sayang tak boleh nak bagi duit nafkah dulu pun takpe. Saya ok je. Sayang utamakan la apa yang patut dulu.” Aku pun keluarkan RM1200 daripada credit card dengan buat bayaran ansuran selama 12 bulan, quick cash untuk tolong suami aku.

Dia pun ucap terima kasih dengan senyuman taw4r. Sebab aku tahu dia tak suka susahkan isteri. Beberapa hari lepas tu, suami aku gelisah. “Sayang, nak bagitahu ni…” Muka dia penuh rasa kesal. “Kenapa sayang?” tanya aku. “Adik saya Angah kena tangkap sebab ada barang, polis tahan. Tapi polis cakap kalau nak lepas kena bayar RM2000, kalau tak si Angah tu kena lokap dalam 7 tahun penjara.”

Aku spontan jawab, “ha biar la kena tangkap, salah dia ambil barang, bawa lagi barang.” Tanpa aku tahu, suami aku dah bayar polis tu selepas dipujuk, RM1000. Aku angin betul. Dari dulu isu si Angah tak habis – habis. Susah je, minta duit dari abang dia kat Johor.

Dia kat Sabah kerja pun nak senang, bila kerja tak ada KWSP, dia cakap nak berhenti sebab tak suka. Sedangkan baru masuk kerja baru. Kalau bujang ok la nak berhenti sesuka hati, tapi dia ada anak, isteri pula suri rumah. Kerja pun nak memilih. Susah jenis macam ni.

Aku marah betul. Bayangkan aku cakap tak perlu bagi nafkah sebab kesian kat suami aku, siap buat ansuran credit card RM1200 untuk tolong dia. Tapi si Angah buat kerja b0doh, call abang dia minta tolong bayar polis. Aku sendiri pun guna duit aku untuk barang – barang dapur, sabun, syampu, makanan.

Memang aku angin. Korang rasa aku patut ke marah atau terima dengan hati terbuka? Sekarang dah 2 bulan suami aku kurang duit untuk cover balik bayaran rumah. Aku faham, aku ok. Kalau susah kami berdua aku boleh terima. Tapi kalau susah sebab orang lain, memang aku tak boleh terima.

Sekarang pula, si Angah bebas la sebab dah bayar duit kat polis. Tapi nak beli kereta baru pula. Tak kisah la rezeki masing – masing walaupun dia dah ada kereta secondhand. Tapi yang tak best, minta suami aku jadi penjamin. Dengan per4ngai ambil barang lagi.

Tak ke jadi pening kepala kalau kena lokap, pastu kereta penjamin nak kena bayar? Suami aku pula nak kena tanggung kereta kau kalau kau jadi apa – apa. Kalau normal takpe, tapi ni tak normal. Suami aku tolak untuk jadi penjamin. Kereta secondhand si Angah dijual pada bapak dia sebanyak RM1500, lepas tu bayaran bulanan si bapak bayar. RM1000 tu katanya nanti nak bayar semula pada aku, RM500 si Angah nak guna.

Kereta baru berjaya dikeluarkan tanpa penjamin dengan rate tinggi hampir 6 percent dari salah satu bank di Malaysia. Aku tak nak sebut kereta apa walaupun memang premium. Lantak la, aku tak kisah pun. Tapi tiba – tiba hari ni, bapak mertua aku minta tolong bayarkan duit kereta dulu sebab nak bayar kereta yang Angah beli. Sebab duit tu katanya nak buat deposit kereta.

Situasi jelas macam ni. Si Angah jual kereta pada bapak dia, tapi si bapak minta duit dari abang dia untuk bayarkan. Demi tolong si Angah untuk deposit kereta. Yang susah siapa? Suami aku dan aku juga yang disusahkan. Kereta secondhand ada tapi nak beli kereta baru. Hutang ipar RM1000 sebab kes hisap barang. Aku isteri yang jahat ke? – Aku, Jelita (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Alma Aylee : Suami b0doh t0lol, menzaIimi diri sendiri. Dia punca keluarga dia semua jadi macam itu. Sebab dia yang support dan ajar. Kalau dari awal dia tegas dan buat b0doh sahaja, tak adalah jadi macam itu. Benda simple. Tak perlu cakap tidak kalau tak mahu.

Kalau nak elak, buat buat lambat respon, jangan angkat panggiIan, jangan balas mesej. Seminggu sekali baru balas. Contoh dia suruh beli basikal untuk anak dia, kalau tak mahu menolak cakap sahaja “tengoklah nanti”. Kalau dia tetap push juga, balas sahaja, “entah la, tengok nanti”. Sampai bila bila pun jawab macam tu sahaja.

Tak payah bagi hadiah, tak payah pinjamkan duit. Lama – lama orang tu boring la nak minta tolong. Ini psik0logi. Sekali dah ajar memberi, orang akan minta sampai m4ti, tak akan berubah. Dah adik tu hisap d4dah, biar saja dia kena tangkap dan hantar pusat pemulihan. Anak sulung bukan maksudnya kena jadi penjaga. Ini masalah sebab suami kau perasan macam dia tu penjaga semua orang, yang kononnya bawa kebahagiaan pada semua orang.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.