
Haruskah aku beri peluang terakhir? Haruskah aku rampas dia semula? aku tak rela bermadu. Bekas suami dah cakap dia sanggup lepaskan isteri dia demi aku dan anak – anak…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku buntu dengan masalah ni, keliru dengan perasaan sendiri. Aku tak pasti apa yang harus aku lakukan sekarang. Aku sebenarnya tak tahu apa yang terbaik untuk masa depan aku dan anak – anak.
Haruskah aku merampas semula dari perampas dan bagi dia peluang terakhir? Atau aku kena belajar lepaskan terus? 10 tahun lepas aku kenal dia, yang kini jadi bekas suami aku. Masa tu kami sama macam remaja lain, dilamun asyik cinta, rasa macam dunia ni kami yang punya.
Selepas aku tamat belajar, kami pun mendirikan rumah tangga dengan penuh harapan. Tapi sayangnya, mahligai yang aku bina hanya bertahan 3 tahun lebih. Alhamdulillah dalam tempoh singkat tu, aku sempat dikurniakan sepasang anak yang comel. Mereka jadi kekuatan aku sampai hari ni.
Asam garam rumah tangga, kadang – kadang bahagia, kadang – kadang penuh ujian. Aku sanggup hidup susah dengan dia, aku k0rbankan segalanya untuk bantu ekonomi keluarga. Aku ingat bila kita sama – sama susah, dia akan hargai aku sampai bila – bila. Tapi tak…
Dalam tempoh perkahwinan tu, dia berubah. Semuanya bermula bila dia dapat kerja yang lebih baik. Aku rasa macam halimunan, macam tak wujud. Dia mula abaikan aku dan anak – anak. Rupa – rupanya, perubahan tu sebab dia ada perempuan lain.
Hati aku luluh bila dapat tahu. Lebih s4kit bila aku diceraikan masa anak masih bayi lagi. Aku terp4ksa telan kenyataan tu walaupun hati aku masih sayang. Aku terp4ksa terima jadi janda hanya sebab dia mengandungkan perempuan tu.
Beberapa bulan lepas bercerai, dia kahwin dengan perempuan tu. Sekarang mereka dah ada dua orang anak. Sejak itu, aku banyak elak jumpa dia. Segala urusan tentang anak, dia hanya berhubung dengan keluarga aku. Kalau dia datang rumah, aku lari berkurung dalam bilik.
Aku lebih rela sembunyi daripada nampak bayang dia, sebab hati aku masih s4kit. Aku bertindak macam tu sebab aku masih cinta dia, walaupun aku cuba nafikan. Aku cuba padamkan rasa sayang tu. Aku cuba berkawan dengan orang lain, tapi hati aku tak boleh terima.
Bila aku dah mula tenang dan selesa dengan anak – anak, tiba – tiba dia muncul balik. Beberapa bulan lepas, anak aku jatuh s4kit. Aku terp4ksa berhubung terus dengan dia. Dari situlah dia mula ambil peluang untuk mengayat aku semula. Dia mula ambil berat, mula mesej bertanya khabar. Aku akui, aku kalah dengan perasaan sendiri.
Aku pernah ikut dia keluar bersama dengan anak – anak. Aku fikir biarlah anak – anak merasa ada keluarga lengkap walaupun untuk seketika. Anak sulung memang selalu dia ambil masa cuti, tapi anak bongsu langsung tak mahu ikut bapa dia. Aku faham kenapa, sebab anak bongsu rapat sangat dengan aku.
Beberapa kali juga kami keluar bersama tanpa pengetahuan isterinya. Aku tahu aku salah, tapi aku kalah dengan hati sendiri. Layanan dia, cara dia ambil hati aku… semuanya seakan membalut Iuka lama. Aku mula rasa macam dulu. Tapi dalam masa yang sama, aku tak rela bermadu.
Aku tahu dia takkan mampu berlaku adil. Dia sendiri dah cakap dia sanggup lepaskan isteri dia demi aku dan anak – anak. Katanya, dia sedar silap dan nak tebus semuanya. Aku jadi m4kin keliru. Haruskah aku beri peluang terakhir? Haruskah aku rampas dia semula?
Aku cintakan dia, dan aku bahagia bila tengok anak – anak gembira ada ayah mereka. Tapi… bagaimana dengan nasib perempuan tu? K3jamkah aku kalau aku terima dia semula? Kadang – kadang aku terbayang kalau betul dia lepaskan isterinya, adakah dia akan benar – benar berubah? Atau dia akan ulang semula perkara yang sama?
Aku teringat masa kami baru kahwin dulu. Dia pernah berjanji takkan Iukakan aku, tapi janji tu h4ncur macam debu. Pernah juga aku mimpi buruk – mimpi aku jadi isteri kedua, hidup penuh drama dengan isteri pertama. Kami bertekak, berg4duh, sampai anak – anak jadi m4ngsa.
Aku terjaga dengan hati berdebar, basah dengan peluh. Mimpi tu buat aku m4kin takut nak buat keputusan. Satu malam, anak sulung aku tiba – tiba tanya, “Mama, boleh tak papa balik rumah ni semula?” Aku terkedu, tak mampu jawab. Aku hanya senyum sambil peIuk dia erat – erat. Dalam hati aku menangis.
Aku tahu, mungkin anak – anak nampak aku gembira bila bersama papa mereka. Tapi dalam hati aku, ada Iuka yang masih belum sembuh. Aku cuba kuatkan diri, cuba fikir dengan w4ras. Sekarang aku masih berdiri di persimpangan. Aku sayang dia, aku cintakan dia.
Tapi aku juga takut Iuka lama berd4rah semula. Aku bahagia tengok anak – anak senyum, tapi aku juga takut keputusan aku nanti mengh4ncurkan hati perempuan lain. Aku cuma harap Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku dan anak – anak. – Aku, Stella (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
محمد ارشد بين جاميل : : Saya melihat masalah penulis ni dengan penuh empati. Penulis sedang melihat hal ini daripada sudut pandang yang menyalahkan perempuan itu sebagai perampas, bukannya bekas suami sebagai punca utama. Bila sudut pandang ini diubah, barulah nampak siapa sebenarnya yang jahat dalam hal ini. Belajarlah untuk memaafkan dan teruskan hidup.
Sameerah Rahman : Dalam situasi macam ni selalunya yang jadi m4ngsa adalah anak – anak. Lebih baik jarakkan semula hubungan anak dengan bekas suami. Biasakan anak – anak dengan ketiadaannya. Jangan terima dia kembali hanya atas alasan anak – anak. Ingat semula kecurangan dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.