Aku janda anak 2, suami baru dan keluarga dia tak suka anak aku. Mereka suka tengok aku r0tan, marah anak. Kak ipar mengadu

Anak – anak saya akan dijeling oleh keluarga mertua bila hendak ambil lauk di atas meja. Suami pula m4ki hamun anak – anak saya, selalu menyebut mereka seperti ‘t0yol’, ‘peIesit’, ‘tak berguna seperti bekas suami saya’.. Satu hari..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya harap ada yang sudi memberi nasihat dan pandangan terhadap masalah yang membelenggu hidup saya. Begini, saya berusia 42 tahun dan mempunyai anak berusia 7 tahun dan 10 tahun (hasil dari perkahwinan yang dahulu). Saya telah berkahwin baru selama 4 tahun.

Sebelum berkahwin, abang ipar dan bapa mertua tidak merestui hubungan kami, tetapi kerana suami tetap dengan pendirian ingin berkahwin dengan saya, mereka akhirnya redha. Selepas berkahwin, saya banyak membantu hal kerja rumah dan mereka mulai menyukai saya serta boleh menerima saya sebagai menantu.

Masalah saya muncul apabila mereka tidak suka dengan anak – anak saya. Pantang ada kesilapan kecil, anak – anak saya akan terus dimarahi, kadang – kadang dit4mpar pada lengan dan mulut. Anak – anak saya akan bercerita beberapa hari kemudian.

Apabila suami mengadu apa – apa tentang anak, saya terus menghukvm anak – anak saya dengan r0tan. Tetapi apabila melihat mereka seolah – olah suka saya mer0tan anak – anak, saya tidak melakukannya lagi. Dalam hal makan pula, anak – anak saya akan dijeling setiap kali hendak mengambil lauk di atas meja.

Saya pernah berg4duh dengan kakak ipar kerana mempert4hankan anak – anak saya dan kami berg4duh di depan semua orang. Sejak itu, bapa mertua saya sudah tidak suka lagi pada saya. Perkara ni dapat dilihat dari perbuatannya, lebih – lebih lagi kerana saya berg4duh dengan anak kesayangannya.

Semua yang saya buat dianggap salah. Contohnya, apabila saya mencuci lumut di tandas, saya dik4takan sebagai penyebab tiles (jubin) retak. Suami yang menyampaikan perkara ini kepada saya. Untuk mengurangkan ketegangan, saya membeli dapur kecil dan memasak di tepi rumah yang ada bumbung, walaupun terdapat sedikit nyamuk.

Suami pula suka mem4ki hamun anak – anak saya, selalu menyebut mereka seperti ‘t0yol’, ‘peIesit’, ‘tidak berguna seperti bekas suami saya’, dan sebagainya. Semalam, kakak ipar mengadu bahawa anak – anak saya mengotorkan ruang tamu dan suami ingin marah mereka.

Dia mengambil barang di dapur sambil marah, “Aku dah lama tak r0dok orang, nanti korang jadi m4ngsa aku. Asyik menyusahkan hidup aku saja!” Anak – anak saya hanya mampu memandang ketakutan. Melihat kemarahan suami yang begitu melampau, saya memasukkan pakaian anak – anak ke dalam beg besar dan pulang ke rumah flat saya yang telah lama saya tinggalkan. Pada pandangan anda, adakah tindakan saya ini betul? Berd0sakah saya sekiranya bercadang untuk hanya pulang ke rumah itu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja?

Sambungan… Assalamualaikum dan selamat pagi. Maaf sangat-sangat kerana sudah lama tidak memberi perkembangan. Banyak perkara yang telah saya fikirkan. Sudah tiga minggu saya membawa anak – anak tinggal di rumah sewa saya.

Ya hanya kami bertiga. Suami tidak ingin ikut, tetapi tidak mengapa asalkan dia izinkan saya bersama anak – anak. Seperti yang saya jangka, selepas saya pergi, keluarga mertua sem4kin galak mencucuk suami, mengatakan bahawa saya isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab zahir dan batin terhadapnya dan menyarankan agar suami hidup bujang.

Suami pula sering menyindir saya, mengatakan bahawa jika saya terus tinggal sendiri, dia akan mendapat “adik baru,” maksudnya madu. Saya hanya pulang ke rumah mertua dan bertemu suami pada petang Jumaat sehingga hari Ahad.

Setelah menimbang baik buruknya, demi kebaikan anak – anak, saya telah berpindah ke rumah saya sendiri. Tidak mengapalah walaupun rumah flat ini kecil, kami tiga beranak sudah bersyukur sangat. Suami tidak mahu ikut saya dan tinggal dengan mertua.

Setiap Sabtu dan Ahad, saya akan pulang ke rumah mertua. Namun, dalam setahun ini, kawan baik suami dari Kedah datang ke rumah mertua dan terus menetap di sana, di sebeIah bilik kami. Kawan suami turut bekerja bersama suami, jadi mereka sentiasa melakukan aktiviti bersama selama 24 jam.

Saya sangkakan apabila berpindah, suami akan berfikir tentang perkahwinan kami, tetapi lain pula jadinya. Suami lebih selesa hidup seperti orang bujang, malah sudah biasa melepak di kedai mamak hingga balik pagi. Apabila saya pulang pada hari Sabtu dan Ahad, dia hanya berbual dengan saya sekejap dan kemudian meneruskan perbualan dengan kawannya.

Saya meminta suami meluangkan masa dengan saya kerana kami hanya berjumpa sebentar sahaja, sedangkan dia bertemu kawannya setiap hari, namun dia hanya diam dan mengatakan saya ‘merepek’. Saya sebenarnya memikirkan pelbagai perkara.

Saya takut akan kesunyian dan melalui zaman tua berseorangan tanpa teman. Saya tidak sanggup menerima hakik4t untuk bercerai kali kedua, kerana hidup sebagai seorang janda bukanlah mudah. Penceraian pertama sahaja sudah menyebabkan saya dipandang serong leh orang sekeliling, apatah lagi menjadi janda buat kali kedua yang pastinya mengundang h1naan.

Mungkin saya tidak boleh melupakan suami kerana dia tidak pernah tinggal solat, cuma bab melayan anak – anak saya yang menjadi masalah. Pada awal perkahwinan, dia nampak menyayangi anak – anak saya sebab itulah saya terbuka hati untuk terima dia tetapi kini hendak berbicara sepatah pun tiada keinginan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.