Dah 6 bulan kahwin tapi tak pernah honeymoon. Suami setiap minggu nak balik rumah mertua. Pergi bercuti pun check in sekali

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kenapa saya cakap masih tak puas berdua dengan suami? Lepas tu kalau check in hotel mesti dengan keluarga dia, melancong bersama keluarga dia juga. Saya rasakan cuti saya ni sesuatu yang memberikan str3ss.

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum hai semua, nama saya Rissa, berumur 28 tahun. Saya baru sahaja berkahwin pada tahun lepas. Suami saya bekerja sebagai seorang pegawai di dalam sektor kerajaan. Manakala saya pula berkerja di sektor swasta dan sedang menghabiskan ijazah.

Saya juga ada buat kerja part time kerja sebagai guru tuition. Ye, memang suami saya mampu untuk tanggung saya seorang tapi saya lebih senang berkerja dan mempunyai penghasilan sendiri. Di sini saya ingin meluahkan perasaan tentang suami saya yang lebih pentingkan keluarga dia dan game daripada saya.

Kami baru je nak masuk 6 bulan perkahwinan, belum puasa lagi spend time berdua bersama suami sebab kami berdua sibuk bekerja. Untuk pengetahuan semua, waktu hari berkerja kami tinggal di rumah keluarga saya dan waktu hujung minggu tinggal bersama keluarga suami.

Untuk berpindah dari rumah saya ke rumah keluarga suami, kami asing – asing kereta supaya senang nanti pergi kerja sebab tempat kerja dan masa kerja kami tak sama. Kenapa saya cakap masih tak puas berdua dengan suami?

Selepas balik daripada honeymoon lagi kami sudah ulang alik ke rumah keluarga dia setiap hari waktu tu. Lepas tu kalau check in hotel mesti dengan keluarga dia, melancong bersama keluarga dia juga. Sebab tu saya cakap belum cukup masa untuk kami berdua.

Bukanlah saya tak suka keluarga dia, cuma saya tak selesa. Saya perasan yang mak mertua lebihkan biras saya daripada saya. Dan saya tak suka diaturkan ketika bercuti. Tak seronok lah. Tapi hubungan saya dengan keluarga mertua baik – baik sahaja, cuma tak selesa sahaja.

Suami saya ni waktu spend time berdua bersama saya, dia suka buat hal. Ada je yang tak kena. Kadang – kadang dia tak ada mood, akan cari g4duh, rosakkan mood saya dan sebagainya. Sebab dia nak melekat je dengan family dia.

Pada waktu puasa, masatu kami plan nak berbuka berdua, masatu tinggal kat rumah family dia dan esoknya dia cuti tapi saya kerja. Sebelum tu saya dah bagitahu suruh dia hantar saya kerja sebab kereta saya kat rumah keluarga saya. Tahu tak dia cakap apa?

Dia kata yang dia tak nak hantar saya pergi kerja sebab nak  spend time dengan family dia. Jadi terp4ksa lah ambik kereta saya kat rumah keluarga saya. Bayangkan waktu tu tergesa – gesa, mana nak hadap jammed, tempat berbuka belum cari lagi kat mana, dengan nak ambil kereta lagi.

Jadi mula lah perg4duhan sebab kalau tak payah ambik kereta kat rumah keluarga saya kami dapat untuk book table tempat berbuka. Kenapa tak plan awal? Sebab dia sibuk main game. Jadi lepas berbuka kami balik terus rumah keluarga dia.

Waktu tu hujan lebat sangat. Saya takut nak bawa kereta. Kalau satu kereta kan senang. Sampai je rumah, saya tak tegur dia langsung. Sampai hati dia buat isteri dia macam tu. Lebih pentingkan keluarga dan game dari isteri.

Pada Hari Raya pertama, kami beraya kat rumah family saya dulu, kemudian baru pergi beraya kat rumah family dia. Tak sempat beraya kat rumah bapa saud4ra saya sebab berebut pergi rumah family dia. Yang saya tak suka masa Raya ialah beIah keluarga suami selalu cakap pasal kerja “gomen” tak apply ke apa ke.  Str3ss saya.

Ye lah saya kan kerja swasta. Apa lagi masa Raya lebih kepada Raya bersama beIah keluarga dia Sahaja. Sampai saya punya masa dengan family saya tak banyak. Yang meletihkan ialah pagi, petang dan malam beraya sahaja apa lagi esok kerja malamnya ada rumah terbuka.

Letih sangat tak de rehat langsung. Dan mak dia anggap open house ni adalah majlis wajib dan datang beraya kat rumah orang ni suatu yang wajib tanpa memikirkan letih orang. Ada lagi satu, pada waktu tu saya dan suami dah book slot untuk photoshoot Raya kami berdua.

Ikut plan kami, sebelum photosh00t, kami pergi beraya kat rumah biras saya. Tapi disebabkan keluarga dia, saya lambat bersiap, kami terp4ksa berebut photosh00t. Rugi lah kami tak lama photosh00t. Memang s4kit hati.

Bukan tu je, sejak  kebelakangan ni saya sibuk nak siapkan tugasan akhir untuk ijazah master, jadi keadaan mental health saya penat, letih. Saya perIukan rehat yang cukup. Kemudian kami pergi melancong 2 hari. Semasa melancong dia beritahu saya bahawa selepas pergi melancong ni, dia nak bawa saya check in hotel bersama keluarga dia sebab mak dia rasa tak seronok kalau tak complete. Terus hilang mood saya.

Selepas melancong balik malam, terus kelam kabut kemas barang nak pergi hotel. Saya rasakan cuti saya ni sesuatu yang memberikan str3ss. Mana lagi cuti tu suami nak cari point untuk g4duh. Saya str3ss sangat dengan masalah ni, suami lebih pentingkan keluarga dia daripada saya.

Bukan saya tak suka berkumpul dengan keluarga dia. Cuma tak selesa dan saya letih. Sampai ada suatu masa saya rasa lebih baik tak payah hidup daripada hadap semua ni. Yes berkumpul bagi saya tak aalah tapi ada masa suami isteri perIukan privacy.

Tapi suami saya tak faham. Itu sahaja luahan hati saya dan sayamMengucapkan terima kasih kerana sudi membaca luahan ini. Baik buruk Komen Saya terima Sahaja. – Rissa (bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.