
Saya benci ayah sebab dia yang anggap dia beli beras, gula, tepung, minyak, bagi duit RM200 seminggu tu sudah cukup. Ayah hantar adik saya 5 orang pergi sekolah tanpa cakap tak ada duit dan tinggal adik – adik macam tu je…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Saya terdetik nak kongsikan pengalaman saya dengan PTPTN yang menyebabkan saya terp4ksa tanggung hutang lebih RM30,000. Saya berasal dari keluarga yang sangat susah. Umi ayah PJJ dari saya kecil hingga saya umur 17 tahun.
Umi saya menjaga saya dan 8 adik beradik yang lain seorang diri. Tambahan pula, salah sorang adik saya adalah pes4kit Cerebral Palsy, terlantar, tak boleh bangun dan perlu diuruskan semuanya oleh umi saya. Bayangkan saya membesar dengan melihat kesusahan umi saya menjaga kami semua yang masih kecil seorang diri, memasak, kemas rumah, uruskan pakaian sekolah anak – anak.
Pernah jalan kaki balik sekolah sebab basikal rosak, macam – macam lagi. Saya bertekad, saya nak belajar pandai – pandai nak tolong umi saya. Ayah saya? Sekarang dah kahwin dua. Pada tahun yang sama adik 0KU saya meninggaI dunia.
Dan ya, saya benci ayah saya sebab dia yang anggap dia beli beras, gula, tepung, minyak dan bagi duit RM200 seminggu tu sudah cukup bertanggungjawab. Sem4kin kuat azam saya nak belajar pandai – pandai dan kerja untuk senangkan umi saya.
Ditakdirkan Allah juga, saya dikurniakan kebolehan dalam pelajaran. Result saya semua straight A dari UPSR, PMR dan SPM. Lepas SPM, saya juga diterima masuk ke sebuah pondok untuk hafal Quran. Sememangnya hajat saya untuk menghafal Quran sebelum meneruskan pengajian ke UIAM.
Banyak taw4ran biasiswa saya tolak kerana saya yakin ada rezeki lain yang Allah sediakan untuk saya. Jadi, dengan harapan akan masih ada taw4ran lain setelah masuk ke UIAM adalah silap besar buat saya. Masa zaman saya, asasi di UIAM masih lagi 2 tahun.
Jadi, banyak taw4ran biasiswa saya sudah terlepas kerana lebih had umur. Disebabkan ayah tak mampu nak tanggung yuran pengajian, saya terp4ksa ambil pinjaman PTPTN dulu buat sementara waktu. Dan ditakdirkan juga, semua taw4ran biasiswa saya ditolak, tiada rezeki.
Tak apa, masih ada cara lain, iaitu dengan dapat pointer 3.50 ke atas, dapat first class dan boleh apply Pengecualian Bayaran PTPTN. Mula dari tahun kedua, saya mula cari kerja part time. Duit PTPTN tak cukup nak tampung belanja seharian.
Rezeki Allah mudahkan saya dapat kerja sebagai tutor mengajar Al-Quran dan guru tahfiz. Saya terus plan jadual kelas saya dan jadual untuk mengajar. Pagi kelas, petang dan malam saya mengajar. Pernah saya balik dalam hujan lebat, sambil menangis sebab penat sangat kehidupan yang macam tu, balik mahallah, demam, ubat tak ada, menggeletar dan menangis sorang – sorang lagi dalam bilik. Macam ni je ke nasib aku?
Saya penat.. saya penat kena jadi kuat. Tapi saya yakin Allah ada, Allah akan tolong. Allah ada simpankan rezeki lain untuk saya. Tak mampu juga nak call parents sebab parents tak faham keadaan saya. Maka saya pilih untuk diam dan teruskan hidup saya macam biasa.
Saya juga ada hulurkan duit belanja juga dekat umi sebab ayah saya banyak lepas tangan. Bayangkan disebabkan tak ada duit, dia hantar adik saya 5 orang pergi sekolah tanpa cakap tak ada duit dan tinggal adik – adik macam tu je.
Saya menangis lagi sebab ayah dah tahu saya dah ada duit, jadi umi akan minta duit dengan saya. Duit untuk belanja harian saya sem4kin sikit. Masuk tahun ketiga, kovit pun melanda. Dipendekkan cerita lepas habis MCO, saya dah nak masuk intern. Alhamdulillah dapat company besar dan bagus untuk saya develop skill saya.
Sepatutnya saya mula intership saya bulan Jun. Tapi pensyarah saya cakap Graduation Audit saya tak complete. Padahal saya dah fulfill semua niche dan subjek. Pensyarah cakap sebab saya tak ambil usrah budi. Terus terpaku saya.
Sebab kalau saya tak ambik internship bulan Jun, saya kena ambil pada next semester which is dah exceed 8 semester. Waktu ni saya cuak, tapi saya rasa PTPTN ok kut since surat taw4ran yang diberi kepada saya ialah selama 10 Semester.
Dan ya, saya tak tahu 10 semester tu adalah untuk 2 semester bagi yang kena ambil EPT. Jadi PTPTN hanya terima Pengecualian Bayaran Balik jika habis pengajian dengan transcript 8 Semester sahaja. Saya maklum pada pensyarah saya, saya dah habiskan Tahfiz (niche sama dengan usrah budi) sebanyak 6 semester disebabkan oleh seorang staff yang suruh saya untuk teruskan ambil tahfiz waktu manual pre-registration untuk Usrah Budi.
Saya merayu untuk benarkan saya teruskan internship saya bulan Jun sebab dah ada company yang reach saya dan company tu adalah company GLC. Tapi rayuan saya ditolak. Saya merayu lagi untuk benarkan saya ambil usrah budi at the same time as my internship, masih ditolak atas alasan internship kena ambil setelah habiskan semua subjek. Tak tau nak mengadu pada siapa, saya terima saja dulu.
Masih yakin, PTPTN mungkin akan terima transcript saya sebab masih bawah 10 semester. Jadi saya diam, dan ikut saja keputusan UIA. Habis internship, then fast forw4rd to dah kerja, then dah convo – dapat offical transcript, saya apply untuk Pengecualian Bayaran PTPTN sebab saya dapat first class.
After 8 months, saya dapat keputusan PTPTN reject permohonan saya sebab saya habis dengan 9 semester. Allahhh.. macam ni ke nasib aku? I have done my best, usaha untuk dapat result cemerlang, belajar dalam keadaan keluarga br0ken, kena jaga adik – adik masa MCO, kena kerja sendiri untuk cari duit belanja sendiri while orang lain mudah dapat biasiswa, mak ayah bagi duit belanja bulan – bulan. Macam ni je ke nasib aku?
Bila dapat result tu, memang dunia rasa gelap. Saya tak pernah keluar jalan – jalan atau makan – makan dengan kawan sebab duit tak banyak. Cukup untuk makan, nak bagi umi dan adik – adik lagi. Nak simpan sikit jugak untuk duit kec3masan. Rasa dah tak nak hidup pun ada masa tu.
Rasa macam tak berguna sebab bukan salah saya. Saya dah pergi untuk register Usrah Budi, tapi staff di kaunter tu suruh saya teruskan add subjek Tahfiz secara online. Mungkin sebab ramai sangat beratur dan kelas tak banyak. But still, it’s not my fault.
Dan ya, sekarang pun rasa nak tamatkan riwayat sendiri. Saya depr3ss teruk sebab ujian menimpa saya bertubi – tubi (saya tak cerita di sini sebab bukan fokus utama saya). Dan ya, tekanan yang teruk, tambah pula saya kena tanggung hutang yang besar memang buatkan saya rasa dah tak nak hidup.
Maaf, tapi jangan judge saya, saya orang susah, family br0ken, saya kerja tanpa mengira kesenangan diri, saya belajar betul – betul untuk bebaskan diri saya dari hutang. Tapi.. Mungkin ada sesetengah yang akan judge saya ‘Alah relax ah, RM30,000 je pun, bayar je lah’. This is a big matter to me!
Saya tak nak tanggung hutang ni : Satu, sebab bukan salah saya. Dua, saya tak main – main masa saya belajar. Susah tau saya belajar siang malam, cari duit lagi. U might come from a blessed family with monthly allowance and have a nice life.
Please don’t compare with me. Saya betul – betul sangat susah. Saya pernah tak makan sebab duit ada 50 sen saja. Saya tunggu elaun mengajar masuk, baru saya dapat beli makanan. Saya orang susah, saya nak simpan duit, tapi saya kena tanggung family dan kena bayar PTPTN yang hutangnya bertambah tiap tahun. Padahal duit tu saya boleh simpan dan pergi Umrah atau lain – lain.
Saya jumpa balik pensyarah saya, she asked me to email kulliyah to get support. But kulliyyah only can write support letter which is completely not strong enough according to PTPTN. Tiap – tiap bulan masuk notification dari PTPTN buatkan saya masih rasa str3ss, tak nak hidup.
Bukan salah saya ya Allah.. kenapa Kau uji aku macam ni. Aku baru nak start hidup, baru nak rasa sedikit senang. Saya dah kerja sekarang, tapi tetap rasa terkilan sebab saya tak ada strong connection untuk bantu saya salurkan problem ni (whats the next step, to appeal to whom), tak ada umi ayah yang faham atau tau macam mana nak selesaikan benda ni.
They even told me ‘bayar je lah, kau dah kerja kan?’. Its not about me dah start kerja. Its about that whole money akan bertambah by years sebab interest. Bayangkan I have tried my best to study well in the midst of all this hardship, tapi disebabkan staff tu salah inform saya, saya kena tanggung hutang lebih RM30,000. Ke memang salah saya?
Saya dah jumpa Dean Academic, there’s nothing can do right now since transcript saya terik4t dengan Graduation Endorsement Date. Dah appeal banyak kali pada PTPTN sebab bukan salah saya kena extend sem. Kenapa tak alert dengan usrah budi?
Saya dah alert dan dah beratur untuk pre-reg manual right before kovit. Dan staff situ inform saya untuk teruskan tahfiz regardless asking my batch session mana. Kesimpulannya, ‘if you don’t have a strong connection dekat dunia ni, u will always be ignored’. Poor will always be poor, while the rich become richer.
Doakan saya moga masih ada pihak yang boleh bantu saya untuk masalah fee exemption ni. RM30,000 is totally a big amount. And I have to bear with it until I reach 45 y/o. This is not life.. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Mazy Musa : Sabar tt. Ada hikmah tu. Jangan asyik pikir pasal nak tamatkan hidup. Kawan saya ramai guna kwsp akaun kedua untuk langsaikan ptptn. Ada yang pi uni swasta belajar plak sains 45k ptptn dia. Banyakkan berdoa dan solat malam. Tt dah lama sangat berk0rban tu yang rasa str3ss tu. semoga tt sihat dan dipermudahkan urusan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.