Ibu ayah aku bercerai. Masing – masing dah kahwin lain. Sekarang aku kesian tengok ayah terima kifarah dan ibu m4kin bahagia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Memang besar kuasa tuhan. Rumah ayah tidak terurus, makan pakai ayah juga tidak terurus. Ayah sentiasa duduk sendirian di rumah. Inilah kifarah untuk ayah. Dulu ayah sia – siakan keluarga yang setia..

#Foto sekadar hiasan / AI. Nama aku Melur (bukan nama sebenar). Aku ni tidak lah pandai bercerita tapi aku cuma mahu meluahkan rasa yang telah lama terbuku di hati ni. Ibu ayah dah lama bercerai sejak aku kecil lagi. Aku percaya punca penceraian tersebut berpunca dari diri mereka sendiri.

Ibu aku ni jenis yang kuat berleter. Ayah aku pula jenis yang lambat matang. Waktu aku kecil ayah selalu tinggalkan keluarga di rumah. Kalau tak disebabkan kerja, dia akan pergi lepak, buat aktiviti sendiri atau keluar dengan kawan – kawan. Aku sejak kecil memang rapat dengan ayah.

Aku sayang sangat – sangat pada ayah. Tapi aku selalu rasa ayah pinggirkan aku. Lepas je ibu dan ayah bercerai, aku sentiasa dahaga kan kasih dari seorang ayah. Ayah tak pernah ada masa untuk aku. Masa, tenaga dan wang yang dia ada hanyalah untuk kehidupannya sendiri.

Nafkah yang wajib diberi tiap bulan pun dia berkira – kira sampaikan ibu selalu kena dahuIukan duit dia untuk cover semua keperluan dan pelajaran aku. Ibu banyak berk0rban untuk aku sejak dari kecil lagi. Ibu seorang yang kuat.

Walaupun mulutnya lancang, tapi dia sentiasa kerja keras untuk menyara kami dan mendidik kami. Apa yang aku ada pada hari ini semuanya hasil titik peluh ibu. Bila ibu minta duit pada ayah, ayah akan ingat ibu cuma fikir duit saja.

Sedangkan ayah tak tahu yang ibu lebih banyak keluarkan duit untuk tanggung aku. Yang ayah mahu dan nampak anak – anaknya belajar tinggi dan berjaya. Tetapi, siapa yang mendidik dan membesarkan kalau bukan ibu? Sebenarnya aku kurang minat dalam pelajaran.

Aku ada impian yang aku ingin capai dalam hidup aku. Impian dan cita – cita tu aku inginkan dari aku kecil lagi. Tapi setiap kali aku bagitau ayah, ayah tak pernah setuju. Katanya benda tu semua aku boleh belajar nanti. Tapi bagi aku itu saja yang aku mahu. Aku tetap ada rasa hormat pada ayah.

Bagi aku restu ayah juga penting. Tapi sekarang aku tak nampak jalan aku dalam bidang yang aku ambil. Aku seakan – akan sesat dalam perjuaangan ini. Semuanya rasa kosong dan sia – sia. Ibu dan ayah sudah ada pasangan masing – masing. Jujur aku kata, memang besar kuasa tuhan.

Pasangan ayah adalah cerminan dirinya sendiri. Isteri ayah jarang berada di rumah dan kurang pandai menguruskan hal di rumah. Tak seperti ibu yang sentiasa melayan suaminya seperti raja. Ibu sentiasa kemas rumah dan masak meskipun dia sibuk bekerja dan penat. Tetapi, isteri ayah sebaliknya. Sekarang ayah hidup seperti bujang.

Rumahnya tidak terurus, makan pakainya juga tidak terurus. Ayah sentiasa duduk sendirian di rumah. Kadang – kadang aku kesian juga pada ayah. Makan sendiri, tidur sendiri, balik kerja tak ada orang sambut, buat kerja rumah sendiri.

Tapi hati aku ni entah kenapa tak pernah terbuka untuk duduk dengan ayah. Aku tahu aku akan menyesal satu hari nanti bila ayah pergi. Masa dia ada aku biarkan dia kesunyian. Tapi aku juga rasa inilah kifarah untuk ayah.

Dulu, ayah tak pernah ada masa untuk keluarga. Sekarang, keluarga tak pernah ada masa untuk ayah. Tuhan itu adil. Dulu ayah sia – siakan keluarga yang setia tunggu di rumah menanti kepulangan ayah. Tapi Ayah tak pernah sedar dan dia lebih mementingkan rakan – rakan.

Sekarang tiada siapa lagi menanti kepulangan ayah. Aku pun tak tahu ayah sedar atau tidak perkara ni semua. Jika tidak, aku berharap ayah akan sedar suatu hari nanti. Baru – baru ni ayah ada pergi ke tanah suci. Tapi ayah tak beritahu ibu pun.

Kepada ayah, ayah tahu tak dalam banyak – banyak orang di dalam dunia ni ayah perlu minta maaf pada ibu? Kenapa? Sebab ibu banyak memikul tanggungjawab ayah sejak dulu lagi. Meskipun ayah masih ada, dialah ibu, dialah ayah.

Dia terp4ksa berpura – pura kuat walaupun tiada yang menyokong dari belakang. Waktu itu tiada siapa yang bertanya tentang keadaan ibu. Cukup lah sampai sini aku bercerita tentang ibu dan ayah. Walau apa yang berlaku, ibu dan ayah adalah jiwa aku.

Hilang mereka dari dunia ni, maka hilang lah jiwa aku di dalam dunia ni. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka. Bagi aku kejayaan dalam hidup ni bukan lah dari segi wang dan harta. Cukup aku dapat penuhi permintaan ibu dan ayah, aku dah rasa itu kejayaan dan kepuasan terbesar aku dalam dunia ni. Aku sayang ibu. Aku sayang ayah. – Melur (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Marcella Edora : Kepada TT, beberapa hari yang lepas, i ada dengar SinarFM segmen luahan rasa. Ada sorang caller ni nangis – nangis luah perasaan menyesal tak sempat minta maaf kat bapak dia. Dia marah kat pak tu after bercerai dengan mak dia.

Dia rasa tak dipedulikan, rasa terabai. Tapi d ihujung usia pak tu, pak tu pernah datang rumah minta duit sebab lapar tapi dia marah. Dia susah nak maafkan pak tu. Sampai la satu hari, hospitaI call bagitau pak dia s4kit. Tu pon dia masih ada rasa ego tak nak maafkan pak tu.

Dan akhirnya, pak tu meninggaI akhirnya. Dan caller ni baru rasa menyesal sebab dia tak sempat minta maaf. Sampai sekarang dia hidup dengan rasa bersalah. Nangis – nangis dia bercerita sampai DJ Angah dan Jep pon sedih. I yang mendengar pon nangis sama. Ambil la iktibar dari kisah ni dik. Semoga diberi ketenangan hendaknya.

Nuriah Abdrazak : Confession nii boleh dijadikan iktibar.. Selalunya yang pertama adalah yang terbaik dah tapi tu laa, manusia nii tak pernah puas.. Tak nak bersyukur, tamak.. U such a good daughter, U dan cuba untuk seadilnya. It’s ok. Jadikan panduan dalam kehidupan, yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh – jauh.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.