Aku dapat panggiIan dari saud4ra aku mengatakan mak dah meninggaI dunia. Mereka suruh aku balik tapi aku teringat kat mak. Kalau dia m4ti pun, aku dih4ramkan balik. Aku keraskan hati. Aku langsung tak balik. Hidup aku aman..
#Foto sekadar hisan. Semuanya bermula pada tahun 2019.. Serba sedikit tentang aku, seorang perempuan berumur 18 tahun ketika itu. Aku dengan suami dah berkenalan dari tahun 2016 dan bertunang pada 2018. Di tahun 2019 itu kami merancang nak nikah pada bulan 9.
Bulan April itu terjadilah kisahnya, dalam hal perkahwinan aku, satu hal pun bukan pilihan aku sendiri. Bilik pengantin aku, mak yang pilihkan w4rna, katil aku mak nak bagi lapik w4rna dia. Jadi aku pun cakaplah yang aku nak baju sanding aku berw4rna “cyan” itu je yang aku nak.
Selepas beberapa hari aku tanya mak, w4rna baju pilihan aku sudah ada ke tak? Mak cakap balas, “dah cari – cari tapi tak ada.” Lepas tu dia suruh pakai w4rna pilihan dia je. Aku pun hairan la dan aku ada baIas, “eh kenapa perkahwinan saya ini semua nak ikut pilihan mak? Takde pun pilihan saya?”.
Mak aku terus je sentap, dia cakap, “apa lagi yang kau nak? Semunya aku dah bagi. Duit aku pun dah beratus keluar untuk kau nikah!”. Jadi aku pun jawablah, sebelum ni aku diam je, aku tak menjawab. Aku tak menengking langsung hanya berlembut suara je, “kami hanya nak perkahwinan yang sederhana, kami tak mintak pun yang besar – besaran.”
Dia marah lagi terus cakap “Tak pe, pergiIah kau. Pergi nikah di rumah tunang kau. Sekali kau langkah keluar rumah ni jangan kau balik – balik lagi ke mari!” Dalam kami bertekak tu dia ada cakap, “kau nampak ni pis4u ni? Aku bvnvh diri aku nanti biar kau yang kena tangkap.”
Mak aku selalu buat macam tu dari aku kecil lagi, dia nak buat aku rasa bersalah supaya aku ikut cakap dia. Tapi sekarang aku dah besar, aku dah tak larat dengar ugvtan dia tu. Aku c4bar dia buat, “ok buat… Saya nak tengok”.
Aku memang dari kecil dah di buat macam tu asalkan aku buat apa mak aku nak walaupun nak bagi aku rasa bersalah ke apa ke yang penting aku buat apa dia cakap. Aku sebenarnya anak angkat. Mak aku ada seorang je anak kandung, perempuan yang sudah berkahwin dan sudah mempunyai 3 orang anak.
Aku ni dari umur 5 tahun dah di suruh menjaga anak – anak kakak aku. Kalau cucu ni menangis, mak aku akan membela cucu dia. Mak pernah menyumpah aku anak derh4ka hanya kerana cucu dia menangis. Selepas pentengk4ran itu. Aku pun tanya lagi, “betul mak nak aku kahwin lari?” 3 kali aku tanya untuk kepastian.
Mak hanya jawab, “YA! PERGI LAH KAU. JANGAN KAU DATANG LAGI KE RUMAH INI. AKU H4RAMKAN KAU DATANG WALAUPUN AKU M4TI!”. Aku pun call tunang aku, aku kemas barang – barang, baju dan barang – barang penting saja.
Masa tunang aku sampai, mak aku suruh tunang aku masuk, katanya ada perkara nak dibincang tapi aku halang. Aku kata takde apa – apa lagi nak cakap. Aku terus keluar, sempat dengar mak aku jerti, “Jangan balik lagi ke mari!”
Selepas 3 hari di rumah tunang aku, mak tunang aku suruh balik semula untuk menyelesaikan semuanya. Jadi aku pun balik semula ke rumah dengan tunang aku. Aku hanya nak dengar mak aku minta maaf dekat aku tapi tak, tak ada.
Ketika tunang aku bercakap dengan mak bapak aku (bapak aku hanya diam kerana dia pun takut dengan isteri dia), tunang aku hanya bertanya “betulkah mak dah tak nak kan dia lagi? Kalau betul dah tak nak akan saya bawa dia dan nikahi dia, saya tak akan bagi dia balik semula ke mari.”
Mak aku pun cakap, “kau ambillah dia. Jaga dia. Aku dah tak nak dia lagi dah.” Macam – macam lagi yang mak cakap tentang aku dekat tunang aku. Aku hanya mampu diam saja, aku tahu aku tak bersalah. Mak aku cuba minta simpati dengan tangisannya sepanjang perbincangan.
Sesudah memastikan dia tak nak aku lagi, tunang aku suruh aku kemaskan lagi barang – barang yang aku tidak sempat bawa 3 hari lalu. Untuk pengetahuan para pembaca, ketika ini mak aku tak menengking, tak bercakap kasar atau menyumpah.
Kami menikah pada bulan May 2019, selepas beberapa hari, aku tak tau macamana mak aku tahu aku menikah, dia call aku. Pada awalnya dia menangis suruh aku balik semula ke rumah tapi aku tak nak dah, aku jawab “Mak dah ludah takkan nak jilat semula!”
Ayat ini ayat yang mak selalu katakan, ulang kali dekat aku. Jadi selepas dia dengar aku guna ayat dia, terus dia sentap. Suara tadi yang merayu suruh aku balik boleh bertukar semula ke suara dia yang sebenar, “tak guna. Anak tak sedar diri! Kacang lupakan kulit! kau anak derh4ka!”
Aku hanya menahan kepahitan dan kesedihan yang aku rasa. Aku cakap “kalau mak nak kacau aku lagi, aku buat report polis,” lagi dia membara. Mak datang ke tempat aku kerja membuat kecoh di sana dan aku pun terp4ksa membuat laporan polis atas ‘gangguan awam’.
Sebenarnya, sehari sebelum kami bernikah, kami balik ke rumah mak sebab aku nakkan bapak aku jadi saksi pernikahan kami, kami cuba menjemput mereka datang untuk mengenangkan mereka tapi ketika suami aku sampai, dia terus dihalau oleh mak aku.
Mak cakap pada bapak aku, “Kau jangan sign apa – apa kertas yang diorang bagi! Pergi kamu, kami tak nak sign apa – apa pun!” Mak aku fikir aku tak akan dapat bernikah tanpa tandatangan bapak aku tapi dia lupa aku anak angkat.
Aku tak perIukan bapak untuk jadi wali. Aku hanya nak bapak jadi saksi sebagai tanda ‘penghargaan’ dia jaga aku selama ni. Jadi masa mak aku datang ke tempat aku dan suami bekerja, dia pun kecoh cakap dekat suami aku, “kau penipu. Kau tipu kami, pernikahan kamu tidak sah. Kami akan beritahu kepada hakim!”.
Aku dan suami pun terus lah pergi ke polis membuat laporan, takut mak membuat kacau lagi di tempat kami bekerja atau pun di rumah kami. Selepas itu di tahun 2020 aku dapat panggiIan dari saud4ra aku mengatakan mak aku dah meninggaI dunia mereka menyuruh aku balik ziarah tapi mengingatkan kembali kata – katanya. Mak h4ramkan aku datang walaupun dia m4ti, jadi aku tak akan balik!
Keluarga aku yang lain terus bercakap buruk kerana aku tidak balik tengok jen4zah mak buat kali yang terakhir. Aku pun dah malas dengar apa yang org cakap, diorang tidak tau apa yang aku rasa. “Sesudah berludah takkan dijilat lagi”.
Selepas mak meninggaI baru lah hidup aku sem4kin aman, tiada lagi hidup dalam rasa ketakutan. Sekarang kami dah berkahwin selama 5 tahun. Keluarga sebeIah mak aku melihat aku lah yang salah tetapi keluarga sebeIah bapak aku tahu per4ngai mak yang sebenar dan mereka rasa simpati kepada aku.