Saya mula berasa jelik dengan sikap adik beradik lelaki, abang dan adik saya yang rasakan akan jatuh ego jika sama – sama bantu buat kerja rumah. Itu semua kerja perempuan!
#Foto sekadar hiasan. Bismillah dan assalamualaikum khususnya buat pembaca setia page ini. Pertama sekali ucapan jutaan terima kasih ini ditujukan khas buat admin kerana sudi berkongsi coretan ini buat pembaca di luar sana.
Karya ini dihasilkan kerana saya ada terbaca mengenai kisah atau tip mengajar suami saling bantu membantu dalam rumahtangga serta satu lagi kisah luahan rasa seorang pembaca mengenai sikap adik beradik lelakinya yang terlalu dimanja oleh ibu mereka.
Dek kerana kisah mereka juga sedikit sebanyak ada terkena dalam kisah hidup saya, jadi kali ini saya juga ingin berkongsi pengalaman saya sendiri yang dilahirkan dalam keluarga yang ‘merajakan’ anak lelaki. Jika dilihat dari tajuk cerita ini sendiri yang boleh mengundang ala – ala kontroversi barangkali, pasti pelbagai pandangan yang boleh kita olahkan tetapi niat jari jemari saya terpanggil untuk menaip perihal ini adalah tidak lain tidak bukan supaya yang tidak baik kita sama – sama perbaiki dan dapat jadikan tauladan serta yang baik kita jadikan sempadan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Maaf agak panjang mukadimah cerita ini. So, diteruskan cerita, saya perkenalkan diri saya sebagai Puan X.
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan mempunyai ramai adik beradik. Tetapi bilangan adik beradik lelaki lebih ramai berbanding adik beradik perempuan. Dulu saya tidak sedar akan perihal ini sehinggalah sekarang baru saya sedar yang sikap ‘merajakan’ anak lelaki sebenarnya banyak kesan yang tidak baik berbanding yang baik. Saya tidak menyalahkan ibu saya juga kerana kejadian ini terjadi dari asuhan nenek saya lagi.
Dulu, ketika saya masih kecil, saya melihat yang nenek dan mak saud4ra saya serta sepupu perempuan saya termasuk mak saya akan melakukan segala tugas-tugas yang akan kita kaitkan dengan orang perempuan seperti mengemas rumah, uruskan pakaian, memasak dan banyak lagi.
Waktu diusia itu, saya hanya banyak bermain bersama sepupu seusia dengan saya sahaja tetapi apa yang masih segar dalam ingatan saya, setelah siap memasak, nenek saya akan panggil kami semua termasuk bapa saud4ra saya untuk makan.
Arw4h datuk saya telah meninggaI dunia ketika itu. Setelah makan, bapa saud4ra saya terus cuci tangan dan pinggannya hanya tinggal di tempat yang mereka makan. Kemudian selesai makan, kaum perempuan inilah yang akan kemaskan tempat makan tersebut.
Kejadian ini dilakukan sama oleh ibu saya yang tidak langsung mengajar terutama adik beradik lelaki saya untuk sama – sama membantu dalam menguruskan kerja – kerja rumah. Bila saya menginjak dewasa, saya dan kakak saya yang akan membuat semua kerja rumah ini.
Bila saya mula bekerja, saya menjadi bertambah penat kerana harus menyelesaikan tugasan rumah dan berdepan juga dengan tugasan di tempat kerja. Seikhlas dan sejujurnya, saya bukannya ingin berdengki dengan adik beradik lelaki saya malah saya tahu, insan yang saya tolong ni adalah insan mulia iaitu kedua ibu bapa saya.
Tetapi saya mula berasa jelik dengan sikap adik beradik lelaki tidak kira abang mahupun adik saya yang merasakan akan jatuh egonya jika dia sama – sama membantu melakukan kerja rumah dan mereka berpendapat bahawa lelaki tidak perlu melakukan semua kerja rumah.
Mereka hanya perlu bekerja mencari duit dan perihal menguruskan rumahtangga adalah 100% tugas orang perempuan. Walhal perkara ini langsung tidak benar dan tidak tepat kerana saya juga bekerja mecari rezeki dan kaum perempuan di rumah saya menjadi extravaganza penat dek kerana kami perlu bekerja dan tiada muafakat dan sikap saling membantu dalam meyelesaikan perihal rumah juga.
Kesan dari situasi ini, saya menjadi seorang yang cepat str3ss, garang, emosional dan cepat marah. Saya setuju jika terbaca yang seorang isteri juga boleh berubah perwatakan ke arah yang lebih tidak baik jika mereka dipikul dengan pelbagai bebanan dan tugasan.
Sekarang saya telah berumahtangga dan tinggal berasingan. Alhamdulilllah kerana sudah terbiasa melakukan kerja – kerja rumah dan menjaga adik ketika saya masih kecil lagi, saya tidak kekok dan boleh dik4takan agak cekap dalam menguruskan hal anak – anak dan kerja rumah.
Tetapi kitaran str3ss ini mula dirasai oleh adik – adik perempuan saya yang juga mempunyai banyak komitmen lain tetapi terp4ksa membuat semua kerja – kerja rumah sedangkan adik beradik lelaki hanya menjadi penghuni rumah yang tidak perlu berbuat apa – apa.
Kenapa saya cakap hidup ‘merajakan’ anak lelaki ini boleh jadi b4rah kerana ia boleh merebak. Dari asuhan nenek saya sehingga asuhan emak saya, per4ngai anak lelaki sama sahaja iaitu tiada usaha saling membantu dan tidak tahu membuat apa – apa.
Adik lelaki saya juga sudah berumahtangga dan hasilnya segala perihal menguruskan rumah dan anak – anak diserahkan bulat – bulat kepada sang isteri. Jika mereka terp4ksa tinggal di rumah orang lain juga mereka sangat tidak pandai menyesuaikan diri dan sikap tidak membantu telah sebati menjadi tabiat dalam diri mereka.
Sejujurnya, saya sedih melihat situasi ini. Saya tidak menyalahkan ibu saya kerana dia juga dilahirkan dari keluarga yang ‘merajakan’ lelaki. Cuma apa yang saya boleh ubah sekarang, saya perbaiki dan perbetul kesilapan arw4h nenek dan ibu kesayangan saya supaya kesilapan tidak terus berulang dan barah ini tidak menjadi lebih teruk lagi.
Saya mendidik anak lelaki saya untuk sama – sama membantu dalam melakukan kerja – kerja rumah. Walaupun usianya masih kanak – kanak, saya sudah mula mengajarnya kerja – kerja yang basic dan simple tetapi berharap agar menjadi habit buat dirinya nanti.
Contohnya, selepas bangun, kemas tempat tidur. Balik sekolah, letak beg sekolah di tempat yang disediakan. Sidai tuala dan letak baju kotor di tempat sepatutnya. Selesai makan, sama – sama membantu saya mengemas dapur. Sama – sama angkat dan jemur pakaian. Tolong adik – adik dan lain lagi.
Niat saya bukanlah seperti yang diura – ura oleh segelintir pihak bahawa mengajar anak melakukan pelbagai perkara seakan seperti mengh4mbakan atau mengani4ya anak tetapi nawaitu saya agar jika dia berada di rumah orang, dia dapat menyesuaikan diri dan menyenangkan hati tuan rumah serta tahu apa yang patut dia tolong dan lakukan.
Sekiranya dia berumahtangga kelak, dia tidak kekok untuk membantu isteri dan menguruskan anaknya. Kita juga tidak dapat menjangka apa yang berlaku apada masa akan datang. Jadi sekiranya saya juga diuji masalah kesihatan atau umur tidak panjang, anak – anak saya sudah banyak belajar pelbagai perkara khususnya dalam melakukan tugasan – tugasan di dalam rumah.
Mohon doakan agar saya dapat mendidik anak – anak saya menjadi insan yang berguna dan bermanfaat ye. Sejujurnya saya juga kagum dengan mereka yang sudah mula memupuk nilai – nilai murni tanpa mengira jantina dan usia serta saya juga percaya pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Buat pembaca di luar sana, siapa pun ada, berusahalah untuk berniat menjadi yang lebih baik. Sekiranya anda adalah seorang suami, ringan – ringankanlah membantu isteri anda kerana senyuman manis pasti akan terukir dibibir sang isteri anda jika sebahagian kerja rumah dapat dilakukan bersama – sama.
Begitu juga jika anda sebagai seorang anak, tidak rugi atau jatuh ego mahupun saham anda sekiranya membantu ibu anda melakukan kerja – kerja rumah malah diharapkan ganjaran syurga dan pahala buat anda kerana sentiasa berusaha menyenangkan dan membahagiakan kedua ibu bapa anda.
Saya tahu setiap kita punya ukuran kasut atau ujian yang berbeza. Saya berkongsi kisah ini bukan meminta dilemparkan komen yang tidak baik terutamanya pandangan buat insan mulia kesayangan saya iaitu ibu saya dan juga untuk membuka aib keluarga saya tetapi nawaitu saya berkongsi kisah saya ini untuk kita sama – sama tidak ‘merajakan’ anak lelaki kerana kesan kepada diri mereka juga banyak yang negatif berbanding yang positif.
Jika anda sayangkan anak anda bukan dengan melakukan semua perkara untuk anak anda tetapi sama – sama membantu anak anda belajar menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi kerana kelak jika anda terp4ksa melepaskan genggaman tangan anak kesayangan anda, mereka boleh berdikari, bangkit sendiri dan menjadi insan hebat dan berguna suatu hari nanti.
Jom ubah dan sama – sama kita pupuk bahawa tidak jatuh ego lelaki membantu melakukan kerja rumah dan jom sama – sama saling amalkan budaya bantu membantu supaya semua orang dapat sama – sama mengukir sebuah senyuman kebahagiaan. Ikhlas dan salam sayang dari, – I. A (pend0sa yang ingin ke syurga, bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Antaasya Al-Mawaddah : Saya tak merasai situasi tersebut sebab masa saya kecil, abang – abang semua dah dewasa. Ayah, walaupun dia tak tolong buat kerja rumah tapi, setiap kali makan dia akan basuh pinggan sendiri. Bila saya berkahwin, dapat suami yang tak pandai tolong buat kerja rumah sebab masa kecil dia hanya disuruh belajar.
Parent in law pegawai tinggi dalam askar, dapat pembantu rumah sampai 2 – 3 orang. Saya memang struggle jugak la mula – mula tu nak minta suami sama – sama buat kerja rumah. Alhamdulillah, lama – lama ok la. Tak dapat buat banyak, buat sikit – sikit pun dah syukur.
Saya pekakkan je telinga bila ada yang kata saya queen control. Anak – anak saya memang dah diajar dari kecil untuk bantu uruskan rumah. Tiada diskriminasi antara lelaki dan perempuan, malah yang lelaki kena buat lebih dari yang perempuan. Buang sampah, sidai kain, jaga adik, masak, kemas bilik… memang dia tak kekok dah (bukan apa, saya tak nak nanti menantu saya persalahkan saya sebab tak ajar anak lelaki buat kerja rumah).
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.