Mak mertua pengotor, surirumah tapi tak buat apa. Kolah mandi bela ikan. Air yang ada n4jis ikan tu la dorang buat mandi

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak mertua aku ni lagi malas dari aku. Kalau cuci kain, boleh dicampurnya kain buruk yang buat lap kaki tu dengan kain baju kita yang pakai hari – hari. Tak ke malas namanya tu? Bila aku bagitahu, boleh mak mertua menjawab macam ni…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam uols. Aku dalam dilema nak post ke tak kisah aku ni. Nampak macam kecik jer tapi bagi aku, agak tertekan jugak lah. Aku baru jer kahwin nak masuk 4 tahun, suami aku satu negeri jer. Maknanya, kalau balik kampung tak payah nak berebut.

Rumah mertua lebih kurang 1 jam jer dari rumah mak ayah aku. Alkisahnya begini, mertua aku ni orang kampung, memang kampung yang amat lah. Aku tak kisah semua tu sebab aku pun asal kampung, bukannya orang bandar sangat pun.

Tapi yelah, rumah kampung, uols pepaham jelah. Mak mertua aku ni tak kerja dok rumah jer. Pak mertua ambil rumah menoreh getah. Korang bolehlah bayangkan macam mana hidup pak mertua aku ni. Suami aku adik beradik semua lelaki, ada 8 beradik dan suami aku anak no 4.

Masalah aku kat sini, rumah pak mertua aku tu cuma ada 1 bilik. Boleh tak uols bayangkan. Suami aku yang buat personal loan dan bina rumah untuk pak mertua. Masa nak buat rumah dulu, aku dah bagitau, buat lah 3 bilik sekurang – kurangnya.

Senang kalau adik beradik balik. Nak salin baju ke, nak letak barang – barang ke tapi pak mertua aku tak setuju. Dia cakap buat ape nak bilik banyak – banyak, bukan nak tidur dalam bilik pun. Aku memang tak kisah, tidur kat hall pun takpe tapi masalahnya skang ni, bab aurat, nak salin baju, nak letak barang.

Sampaikan kat hall tu kalau adik beradik semua balik, bersepah barang – barang sebab tak tau nak letak mana. Dalam bilik yang satu tu tak boleh nak letak barang banyak – banyak sebab ada katil kelamin dan meja solek. Ok, pasal bilik satu bab, yang satu lagi, aku tak tahan adalah KUCING.

Rumah pak mertua aku ni suka bebenor dengan kucing. Aku tak kisahlah sebab aku pun suka kucing tapi kalau nak manjakan kucing pun, biar lah berpada – pada. Ini tak, sambil makan pun nak riba kucing atas peha sebab kadang – kadang kat rumah pak mertua aku, makan bersila atas lantai. Tak ke kotor namanya tu.

Pastu boleh plak, kalau tak nak kucing ganggu masa makan, pak mertua aku ni serkupkan kucing – kucing tu dengan tudung saji yang tutup makanan tu. Lepas jer habis makan, ambil balik saji tu dan tutup makanan pulak. Ampunnn.

Kalau uols nak tau, kat rumah pak mertua, aku pakai selipar dalam rumah, jahat aku kan?? Nak tau nape? Sebab lantai rumah mak mertua tu memang kotor, tak pernah dimop. Terasa melekit jer kat tapak kaki. Sapu sampah pun kadang – kadang jer.

Kalau diorang makan kat hall beramai – ramai, tak pernah nak lapiknya tempat makan tu dengan kain alas ke, paper ke. Jadi kalau tumpah kuah ke apa, main lap gitu jer. Kemudian, sisa – sisa makanan macam tulang ikan, main campak jer atas lantai untuk bagi kucing makan.

Bukannya nak letak elok – elok dalam bekas untuk kucing – kucing tu. Nak suh aku tolong sapu, mopkan? Sori, aku takkan buat sebab kalau aku buat pun, bertahan kejap jer cucinya. Mak mertua aku ni bolehlah dik4takan pemalas jugak.

Aku rase aku ni dah malas yang amat tapi mak mertua aku ni lagi malas dari aku. Kalau cuci kain, boleh dicampurnya kain buruk yang buat lap kaki tu dengan kain baju kita yang nak dipakai hari – hari. Tak ke malas namanya tu?

Aku pernah bagitahulah, kain buruk dan kain yang kita pakai tak boleh dicampur kalau nak basuh tapi mak mertua aku baIas balik, “takpe, sama jer.” Hangin je aku dengar. Dalam bilik mandi dan toilet, tak payah cakap lah. Berlumut.

Padahal dia tak buat apa pun kat rumah. Tu yang aku tak paham. Dalam kolah siap ada bela ikan lagi. Pastu, air yang ada t4hi ikan tu boleh pulak buat mandi hari – hari. Aku balik kampung mertua 2 kali je sebulan. Bila balik tu asyik tengok kotor yang sama jer, takde perubahan.

Aku pernah lah tunjuk rajin kemas – kemas ape yang patut. Bila balik 2 minggu pastu, kembali kepada yang asal sebab tu aku dah malas nak kemas – kemas. Biar macam tu jer. Bukannya aku duk lama pun. Paling lama 2 malam aku akan tidur rumah mertua sepanjang aku kahwin ni.

Suami aku dah puas tunjuk ajar mak dia, dah bagitau macam – macam, tapi pesen tu jugak lah. Kalau kat rumah pak mertua, memang aku tak akan basuh baju aku, aku simpan dalam plastik untuk bawak balik. Mesin basuh baru 3 tahun beli dah jahanam sebab mak mertua aku dan dorang main sumbat jer semua kain baju dalam mesin basuh tu.

Tak kiralah dah overloaded pun, janji mesin basuh tu dapat pusing. Suami aku ada gak macam bersungut nak belikan mesin basuh baru. Apalagi, aku w4rning je suami aku. Aku cakap, “takyah lah semua benda kita yang nak belikan. Mak u tu bukannya tau guna barang.”

Yelah, dah anak – anak yang belikan, mana terasa susahnya nak cari duit. Satu lagi mak mertua aku ni amatttttttt lah boros. Tak tau langsung nak jimat cermat. Kadang – kadang aku kesian jugak dengan pak mertua aku. Setiap hari orang tua tu keluar menoreh, dapat uit bagi kat mak mertua aku, senang – senang jer mak mertua ni beli tu, beli ni.

Padahal benda yang takde pekdah pun. Pantang kalau ada mamat pakistan datang jual barang, mudah jer ambil sebab boleh bayar bulan – bulan. Tak fikir langsung kat laki dia ni yang susah – susah cari duit. Kalau anak – anak mintak nak beli makan, manjang jer takde duit. Ipar aku ada 2 orang lagi yang sekolah. Dok dengan pak mertua.

Satu tabiat aku yang memang aku tak boleh buang, kalau makan kat rumah pak mertua aku, memang aku akan basuh balik segala pinggan, sudu, gelas, apa jua lah yang aku dan suami nak guna. Sebabnya, mak mertua aku kalau basuh pinggan ke apa, jarang benor guna sabun basuh pinggan tu. Kadang – kadang bilas dengan air jer.

Lagi dasat, lepas basuh tu, bukannya nak taruk dan susun atas rak, dibiorkan aje atas lantai tepi dinding, buat tempat kucing melepak. Dulu waktu awal – awal kawin, sabun basuh pinggan selalu takde. Aku dengan jahatnya, memang tak basuh lah pinggan – pinggan tu semua.

Bior jer dalam sink. Aku bagitau suami aku, aku tak reti nak basuh pinggan tak bersabun sebab kat rumah parents aku, aku tak diajar macam tu. Sejak hari tu, kalau aku balik, memang mak mertua aku akan simpan stok axion  sebab memang aku akan membebel kalau axion takde.

Tu belum masuk bab siang ikan ke, ayam ke, belut ke, apa jelah yang seangkatan dengannya. Kalau tengah menyiang kat lantai dapur, tetiba ada je kucing – kucing yang menyondol, mak mertua aku dengan senang hati akan campak je kulit ayam, perut ikan dan sebagainya.

Bukannya nak lapik dengan kertas ke apa. Pastu lantai bekas perut ikan tu bukannya nak dibasuh pun, main lap jer dengan kain buruk. Haaaa kain buruk tu lah yang akan dibasuh sekali dengan baju – baju. Ipar duai pun macam hampeh, semua tak boleh harap.

Belajar tak tinggi mana pun, berlagak je lebih. Pinjam duit jer tau, gantinyer idak. Mentanglah aku ni laki bini kerja. Apa diorang ingat aku ni banyak duit sangat ke? Pak mertua aku plak, astik – asyik suami aku, sikit – sikit suami aku sebab tu aku tak brapa nak balik rumah pak mertua. Banyak sebenarnya aku nak cerita kat korang sebab macam dah tak tau nak luah kat siapa.. huhhuhuhu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.