Aku teruna tua tersuka dekat ‘budak’. 2-3 kali aku lalu depan rumah dia, tengok bumbung je. Terk3jut jumpa dengan abah dia

Aku rasa berpeluh, terketar, tergagap.. Aku sah positif terkena peny4kit angau, aku dah giIa bayang. Aku saja lalu area rumah dia, kata orang tengok bumbung pun jadilah. Terk3jut aku, ibu dia kenal aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Asif umur 39 tahun. Aku ada sebuah kedai jual barangan elektrik. Aku nak cerita aku jatuh hati pada staf aku, aku namakan dia D, umur 25 tahun, sekarang. Aku nak ingatkan, cerita sedikit panjang. Harap tak bosan baca kisah aku.

Beberapa tahun yang lepas, aku buka jawatan kosong. Masa tu aku nak cari 3 staf perempuan. Aku pun pilihlah 3 orang budak perempuan dalam ramai – ramai yang mohon, tak ada lah budak sekolah, maksud aku perempuan antara umur 20 – 23.

Aku kan dah berumur jadi bagi aku umur awal 20an tu masih budak. Macam biasa, aku suruh 2 orang budak perempuan yang aku dah pilih mula kerja minggu depannya. Satu hari, aku dapat mesej daripada seorang budak perempuan, nama dia D.

Aku tak kenal dia masa ni lagi. Dia tanya ada lagi ke kerja kosong, aku baIas kerja kosong dah tak ada, kami dah dapat staf baru. Aku minta maaf dan doakan dia dapat kerja lain yang lagi bagus. Setakat tu je kami whatsapp masa tu.

Pada hari pertama masuk kerja untuk staf baru kami 2 orang tu, salah seorang tak datang. Aku pm call semua tak baIas. Geram pula aku budak ni, tak serius betul nak kerja. Aku pun teringat D. Aku teringat dia sebab masa dia pm aku tanya kerja kosong, ayat dia sopan dan teratur betul.

Ada salam, ayat dia tersusun tak ada short form serabutkan mata dan last sekali pun bagi salam, siap doakan perniagaan aku bertambah maju. Dalam hati aku masa tu terdetik, mesti budak ni baik jarang orang nak baIas macam ni.

Aku tak sangka budak ni akan mengubah hidup aku lepas ni hahahahahaha. Aku pun pm D, aku tanya dia masih berminat lagi ke nak kerja sebab ada staf baru tak datang, rezeki awak kalau awak nak. D cakap dia masih mencari kerja lagi, dia setuju nak kerja dengan aku tetapi dia hanya boleh kerja sekejap je, kalau dia dapat sambung belajar dia nak berhenti. Dia beritahu aku siap – siap kalau aku setuju pasal hal ni.

Aku kata boleh, janji nak berhenti beritahu je nanti. Aku suruh dia masuk kerja esok terus, dia setuju lagi pun katanya dia bosan duduk rumah. Hari pertama jumpa D. Kecil, cute orangnya, rendah lebih kurang takat d4da aku je. Tinggi 150cm, berat dalam 45kg.

Pakaian dia simple, blaus panjang, skirt dan bertudung bawal labuh. Dia bekas budak sekolah agama. Dia berkulit putih macam aku, dia ada lesung pipit di pipi kiri. Muka ada mix sikit, cantik orangnya dengan penampilan gaya muslimah.

Pandangan pertama aku pada dia hanya sekadar seorang budak perempuan lagi walau pun dia cantik aku anggap dia adik – adik je, yelah dah lah badannya kecil, umur pun baru 21. Aku pula bukan muda lagi, adik lah bagi aku.

Dah masuk 3 bulan dia kerja dengan aku.. Kerja semua bagus, prestasi kerja, kehadiran semua tip top. Aku senang dengan dia, apa aku suruh cepat je dia buat. Ramai – ramai staf aku, dia antara staf paling bagus pernah kerja dengan aku.

Dia pun peramah orangnya, tetapi still jaga ikhtilat tak pernah pandang aku atau mana – mana lelaki betul – betul, dia selalu tundukkan pandangan bila bercakap. Kalau aku dan dia macam dekat, dia akan menjarakkan dirinya daripada aku.

Kalau staf lain tak ada, tinggal aku dan dia je dalam kedai dia akan duduk jauhhhhhh dari aku, cakap pun sepatah dua yang perlu je. Aku pun faham dia perempuan yang menjaga semua tu. Kalau masa ada staf lain, dia boleh cakap banyak dengan aku..

Kadang – kadang dia bergurau dengan aku “Bos bila nak kahwin? Jangan lama bos, bos bukan muda lagi”.. Aku gelak je. Masa ni aku belum jatuh cinta dengan dia. Ni part aku jatuh cinta dengan dia. Masa tu tinggal sebulan lagi dia nak berhenti kerja, alhamdulillah dia dapat sambung degree di universiti sebeIah utara tanah air.

Lepas dia beritahu aku yang dia nak berhenti kerja lagi sebulan, aku jadi tak keruan. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Aku rasa sedih weiiiiii.. Tak pernah pernah aku rasa sedih staf – staf aku berhenti sebelum ni, tetiba tang budak seketul ni aku sedih pilu apa semua.

Aku dah kena sifir ke apa ni dengan budak ni? Hahahahahahaha. Aku banyak soal diri aku, hati aku kenapa aku rasa macam ni.. “Kau sayang dekat dia ke Asif?”… “Budak tuuu, kau sedar ke dia budak?”… Ya budak tu buat aku rasa tak aman, tak selesa semua ada.

Kedai aku yang beraircond pun aku boleh jadi berpeluh kalau D tu ada. Sejak dari tu aku dah tak fokus. Hari – hari yang tinggal tu aku rasa aku macam meratap dia akan pergi… Dalam hati je, takkanlah aku nak meratap real. Yang paling sadis, aku tak tahu kenapa aku jadi tergagap bila bercakap dengan dia.

Dia pernah tegur aku “Bos, kenapa bos tergagap?” malunyaaa akuuuu.. Aku tergagap sebab kau lah budak, nak je aku cakap begitu. Ada tu aku nak bagi dia buku jualan. Sekali tangan aku terketar – ketar. Dia pandang aku pelik je. Jemmmm hidup aku, memang sah aku dah giIa teruk, aku giIakan D tu.

Dia masa tu belum nampak ciri – ciri kewanitaan, yelah baru umur 21. Macam budak lagi, gaya budak sekolah agama. Gitu lah dia, tak bergaya langsung. Tetapi aku tak tahu kenapa hati aku jadi begitu berdebar – debar dengan dia sejak kebelakangan ni.

Ada je kawan – kawan perempuan aku yang sebaya aku yang begitu feminine bergaya dan lain – lain tak ada pula aku tertarik dengan mereka. Kali terakhir aku suka seseorang, masa aku umur awal 20an dulu, masa aku belajar di universiti. Cinta monyet je..

Sempatlah aku couple dengan si monyet tu 2 tahun sebelum dia curang. Aku tak kahwin sampai sekarang bukan sebab ex aku ya, tak kuasa aku fikir ex aku lama – lama. Ntah jodoh aku tak tahu sesat ke mana, dah hampir nak jadi teruna tua dah aku tunggu.