Mertua p4ksa tukar nama rumah suami kepada adik ipar. Masa suami takde mereka datang minta geran. Aku call polis, lawyer

Satu hari aku balik rumah tanpa inform siapa – siapa. Masuk je rumah aku dah naik h4ntu. Rumah aku, adik ipar buat macam hak dia. Bawak awek duduk sekali tidur dalam bilik aku. Aku halau keluar, minta kunci tapi adik ipar tak nak bagi..

#Foto sekadar hiasan. Berkira – kira jugak lah aku nak bercerita kisah hidup aku, tapi aku nak share kejahatan family in law aku ni biar masyarakat tahu. Keluarga t0ksik ni WUJUD. Nama samaran yang aku gelar buat diri aku adalah Lily.

Aku kahwin muda. Muda sangat, Lepas je aku habis SPM, aku kerja part-time dua tahun, kumpul duit kahwin dan selamat jalan la hidup bujang aku. Kahwin awal bukan sebab gatal tapi sebab waktu tu boyfriend aku pun dah berumur. Kami kawan sejak aku form 3 lagi.

Kini, Umur aku di awal 30-an, mempunyai 3 orang cahaya mata yang dah bersekolah. Dan kebanyakannya hal rumah tangga kami, aku yang urus dari A-Z sebab suami aku kerja offshore. 3-4 bulan baru balik d4rat. Suami aku memang tak ada masalah langsung bab nafkah, in fact memang suami aku mewahkan aku dengan apa je barang yang aku nak.

Minggu – minggu aku shopping habiskan duit dia. Aku surirumah dan sekarang tengah menyambung Master dan tugas aku jaga anak je. Belajar buat – buat isi masa lapang. Kejar ilmu selagi nyawa di kandung badan. Kalau suami aku balik, memang dia je uruskan aku goyang kaki.

Nampak macam bahagia betul ye kehidupan rumah tangga aku? Tapi dalam bahagia aku. Ada yang berdoa agar rumah tangga aku h4ncur berkecai dan paling luluh sekali, keluarga dia sendiri. Bermula ketika aku di awal kehamilan, aku baru berusia 20 tahun, aku selalu balik rumah parents aku sebab ye lah, suami naik kapal.

Aku m4buk, alahan mengandung yang sangat teruk sehingga perIukan pemantauan dari DR. Kena warded dan masuk air tu dah macam bestfriend dah. Rumah parent aku pulak di Penang. Rumah aku dan suami, dan rumah Family in Law di Selangor.

Tapi family beIah sana sibuk cakap aku mengada – ngada. Tak boleh surv1ve sorang. Btw rumah aku dengan Family In Law jarak lebih kurang 30KM sahaja sebab kami masih dalam area Selangor. Aku serah kunci pendua rumah aku kepada adik suami aku untuk tugasan pembersihan rumah kalau aku tak ada.

Suami juga setuju untuk bayar urusan pembersihan sepanjang aku m4buk alahan mengandung kepada adik dia. Berbulan – bulan jugak la aku tak balik rumah sendiri. Satu hari, aku balik meng3jut sebab ada hal yang perlu diselesaikan berkaitan dengan pregnancy aku,

Aku balik je rumah tu tanpa inform siapa – siapa, Masuk je rumah aku dah naik h4ntu. Bayangkan lah rumah aku tu dah jadi rumah bujang? Aku rasa rumah bujang elok lagi. Dengan baju selerak, pinggan tak cuci, dan yang paling aku marah, ada perempuan ye duduk dalam rumah tu which is girlfriend adik suami aku.

Duduk pula di Master bedroom ye, tempat tidur aku dengan suami aku. Wah – wah sedap banyak mereka berdua ni. Aku tak cakap banyak, aku mintak perempuan tu packed baju dia and keluar. Cara aku sangat sopan. Tutur kata masih mampu aku kawal.

Dah jadi hal pulak aku yang kena mengemas satu rumah dan yang paling aku marah. Plastik k0ndom bersepah dalam toilet tu. MashaAllah.. Aku upah orang untuk kemas dan aku beli tilam yang baru. Tak sanggup nak tidur atas bekas orang bermaksi4t di atas syurga buat aku dan suami.

Kunci pendua aku mintak pulangkan. Adik dia berkeras ye. Berg4duh jugak kami tapi sebab aku ugvt nak bagitau mak dia pasal hubungan terlarang dia tu, baru dia nak pulang kunci pendua rumah aku. Itu red flag yang pertama aku nampak dalam family suami aku.

Keadaan sem4kin memburuk bila anak – anak dan menjangkau usia sekolah rendah. Adik – adik perempuan suami aku selalu mintak duit dekat abangnya iaitu suami aku. Dan bila tak bagi, katanya pula itu tanggungjawab abang untuk adik – adik. Wah – wah kau nak borak tanggungjawab?

Bapak engkorang tu hidup lagi diknon. Mintak la duit kat bapak engkorang. Engkorang pun dah besar panjang dah. Kahwin pun dengan suami yang kerja pun tak tetap. Asyik tukar – tukar kerja. Jenis tak ada commitment dalam hidup.

Yang paling aku hangin sekali, adik – adik perempuan husband aku ni suka menghasut sekali mak nya. Laki aku beli gelang emas harga ribu riban pun engkorang kalut nak jugak ya? Kenapa? Suami tak mampu kan. Bila aku datang rumah, nak melawat mak bapak suami aku, kemain masing – masing dengan lagak sombongnya. Sampai sanggup makan dalam bilik. Punya tak nak jumpa aku ni.

Lucunya, bila aku ada dalam rumah tu, semua kuIikan aku ya? Sikit pun aku tak berkira ya aku tolong. Tapi per4ngai masing – masing sangat biadap. Tapi bab solat, bab agama, menutup aur4t, ikut satu persatu. Tak tinggal. Alhamdulillah, Allah suruh layan tetamu kerana tetamu pembawa rezeki.

Korang layan aku macam bibik korang ye. Bertahun aku diam dan telan sebab hormatkan keluarga mertua. Kemuncak kemarahan aku dan aku mula start meIawan sejak kes rumah suami kedua aku telah siap dibina dan tiba – tiba mak bapak suami aku nak sewa.

Suami bagi sewa. Bertahun suami bagi sewa dan tiba – tiba, mak nya nak tukar nama suami aku kepada adik perempuan dia yang dah berkahwin dan masih tak ada rumah? Wah senang banyak, Habis laki engko jadi apa?

Part ni aku dah merentan. Aku pergi rumah family in law aku sorang – sorang sebab suami aku naik kapal. Aku ajak bincang elok – elok tapi semua cakap aku ni tak sedar dek untung sebab suami aku ni ada duit, boleh bela aku.

Kahwin dengan ahli keluarga diorang, dimanjakan dengan duit dan tiba – tiba jadi kurang ajar macam ni. Aku jem otak aku. Aku cakap lah nak menyewa tu sewa jelah kenapa sampai nak tukar nama rumah. Tak ye. Masing – masing tunjuk taring.

Berbulan lama aku diam dan kes rumah kedua suami aku m4kin hangat disebut. Family suami aku memang kaw – kaw pujuk laki aku nak kan rumah tu untuk anak perempuan diorang. Aku pulak bertegas supaya suami aku tu sedar diri yang dia tu ada anak lelaki. Anak kami.

Harta tak banyak, lagi nak jadi dermawan untuk family sendiri. Family sana pulak pandai. Time laki aku naik kapal baru korang nak t0rture mentaI aku. Time laki aku balik semua tunjuk baik. Satu hari, mak bapak suami aku dan adik perempuan dia yang konon – konon berharap rumah tu akan jadi miliknya, datang rumah aku dan mintak geran rumah kedua laki aku dengan alasan nak photostat je.

Aku tak bagi, aku cakap nanti tunggu suami balik. Tapi masih berdegil dan siap tunjal kepala aku. Oh silap besar, aku ugvt kalau tak nak balik aku nak call polis. Mereka balik, Aku capai phone, call lawyer, dan lawyer aku buat kerja tak sampai 2 hari pun.

Halau adik perempuan dia yang duduk rumah laki aku. Dari tengah hari sampai ke malam, phone aku tak berhenti berdering ye. Aku dengan anak – anak? Pergi Langkawi naik Cruise minum air orange fefeling Kim Kardashian gitu, plan aku ni semua dipersetujui oleh suami aku sebab macam – macam lagi suami aku kena.

Awalnya aku rasa aku k3jam, tapi bila fikirkan balik. Padan muka korang, Silap besar lah, aku ni kelulusan Degree walau kahwin muda. Aku bukan perempuan b0doh ye. Kalau ada rezeki, aku share lagi pasal apa yang family in law ni buat kat laki aku dan aku sampai kami jadi heartless gini. Siap kait dengan anak – anak kami ye. Takat sini saja semua! – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Afiza Nur : Tolong pasang CCTV.. tu ja nak cakap. Pasang ja dulu, luar atau dalam rumah. Mungkin sekarang rasa tak perlu, tapi mungkin berguna kemudian hari. Dalam kepala ni asyik terbayang yang bukan – bukan, takut dorang buat. Dan jangan lupa suruh suami buat hibah juga sebab awak kena tahu aliran harta ke mana kalau tiba – tiba jadi apa – apa nanti.. Nauzubillah.

Dilla EizMaira : Keluarga mertua dari ner4ka ni jadi mudah nak handle kalau dapat suami yang tak memihak pada dorang. Maksudnya bijak la menilai situasi dan keadaan. Kalau dapat suami yang asyik salahkn isteri, yang apa apa hal tala ke isteri.

Kebanyakannya lelaki ni, ahli keluarga sendiri nak tegur dan nasihat langsung tak berani tapi dengan isteri kemain jadi ustaz dan pakar motivasi. Yang jenis telan bulat – bulat tuduhan dan hasutan family sendiri terhadap pasangan, memang d3rita la.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.