Suami tak pernah kerja. Apa saya beli untuk anak, dia nak. Saya letak aircond, heater untuk anak, suami merengek nak jugak

Saya janda kahwin dengan lelaki bujang. Sejak kahwin suami tak pernah kerja. Semua hutang bank, hutang ahlong suami saya bayar. Sekrang suami mengada nak aircond, nak heater.. Tak tahan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi pos kisah rumahtangga saya. Saya berkahwin dengan suami sekarang ni dah hampir 5 tahun. Saya bawa 2 orang anak dan saya mempunyai seorang anak lelaki bersama dia.

Dia lelaki bujang sebelum berkahwin dengan saya. Beza kami 9 tahun saya lebih tua dari diri dia. Saya ingin meminta pendapat kawan semua. Suami saya tidak bekerja dan sesekali tolong saya buat kek. Sebelum dia berkahwin dengan saya, dia bekerja di syarik4t kurier.

MaIangnya selepas 2 bulan kami bernikah dia dikenakan vss kerana pkp. Kami berkenalan tidak lama dan ambil keputusan untuk berkahwin. Selepas berkahwin baru saya tahu dia banyak hutang, termasuk dengan ah l0ng.

Saya settlekan semua hutang – hutang dia kecuali ASB kerana saya takut jika apa – apa berlaku saya dan anak – anak dalam keadaan bah4ya sebab sudah tentu ahlong tahu dia dah bernikah dengan saya. Selepas 4 bulan berkahwin saya mula menyedari, suami saya culas bekerja.

Dalam masa PKP orang berduit jadi rider grab dan shopee serta panda tapi dia lebih suka menghabiskan masa memeIuk saya di rumah. Mula – mula saya beranggapan dia ingin bermanja tapi bila dah sehari je pergi kerja, dua minggu tidak, saya mula berasakan dia memang pemalas.

Apa sahaja yang saya belikan untuk anak, dia juga akan minta. Contoh saya beli heater, dia minta heater juga alasannya sejuk sangat mandi di kuartest ni. Sedangkan kat rumah mak dia berpuluh tahun mandi air paip. Saya belikan aircond untuk anak – anak saya dan dia nak jugak.. Alasan panas.

Saya pula sedang mengandung, jadi saya beli la aircond untuk bilik kami. Sehinggalah nak makan, beli biskut, kasut, segala keperluan anak, dia minta juga. Perempuan yang lembut berubah jadi orang yang kuat marah dan m4ki hamun, itulah saya.

Dan suami tetap membisu bila saya marah dan hanya ketawa atau senyum. Tidak membangkang atau bengkeng mahupun pukuI atau men4mpar. Saya puas dah suruh dia ceraikan saya selepas bersalin tapi setiap kali saya nak bercerai untuk ke pejabat agama masa tu kereta rosak tengah jalan, s4kit teruk sehingga w4rded dan paling tak boleh blah kovit plak kena masa nak naik mahkamah… akhirnya saya akur, Allah tidak setuju saya bercerai.

Komitmen saya sangat tinggi dan alhamdulillah 2 orang anak saya, bapanya mahu menanggung makan pakai mereka walaupun tak seberapa. Masalah utama saya, 3 buah rumah saya kena cover. 1st, rumah saya yang dalam pembinaan, 2nd rumah sewa sekarang dan satu lagi rumah kuarters yang belum saya lepaskan memandangkan di kuarters la saya niaga buat kek sikit – sikit dapat la untung seringgit dua sehari.

Saya merupakan seorang penjawat awam berpangkat rendah dan gaji setelah tolak komitment hutang dalam slip gaji tinggal RM900. Luar slip gaji coway, tuisyen anak, sekolah anak yang kecil memang negatif. Maka sebab itulah saya niaga.

Rumah sewa baru kawasan pedalaman dan sukar untuk saya niaga secara online grabfood dan shopeefood. Rumah sewa saya yang sekarang saya perlu bayar hampir rm1k dan pada mulanya suami saya janji dia akan bayar sebab dia keje driver tetapi dia berhenti kerja dan tidak mencari kerja lain.

Saya terp4ksa menggunakan duit perniagaan dan duit anak – anak saya untuk tampung keperluan sekarang. Kasihan anak – anak duit tabungan kering kontang tanpa pengetahuan mereka. Suami saya seorang yang sangat malas bekerja, selalu pukuI anak kami yang masih kecil sehingga kadangkala naik kaki dan tangan. Sampai ada kesan.

Saya nak report dan menunggu bukti – bukti kukuh dia d3ra anak saya. Waktu pagi saya bekerja dia dan baby masih tido sehingga pukuI 10am. Dia bangun jika dia rajin nak buat grabfood atau nak buat kek. Yang peliknya suami saya sangat baik melayan saya, makan disuap, minum diambilkan, baju diiron, nak pergi kerja beg dah tersedia di dalam kereta.

Hanya dia menyampah dengan anak – anak termasuklah anak kami bersama. Setiap anak saya ada sahaja yang tidak kena di matanya.. Makan salah, sekolah salah, mandi salah. Anak – anak saya dengan suami yang dulu agak malas, memang saya akui.

Penat sangat saya melayan karenah anak – anak. Yang besar sekarang di universiti, bila balik rumah tak reti buat apa, main game je kerja. Yang kedua 0ku fizikal. Kakinya buang tulang sebeIah dan pastinya jalan terhencut –  hencut.

Anak saya pes4kit k4nser dulunya dan alhamdulillah dah sembuh tapi dia langsung tak nak kemas bilik dia. Situlah makan minum dan pinggan kotor tak diangkat. Anak – anak saya hanya giIa belajar dan hp sahaja. Yang kedua tu paling teruk, belajar sampai tak nak tido malam.

Mungkin sesetengah ibu bapa suka anak mereka pandai – pandai tapi untuk pengetahuan semua saya sangat – sangat penat. Kalau saya tak sapu sampah, basuh baju, buang sampah, masak dan segalanya memang takde orang yang buat.

Rumah sewa yang kami duduk adalah rumah mertua saya yang disewakan. Saya setuju untuk berpindah sebab saya nak keluarga mertua saya tahu per4ngai anak mereka yang malas. Dan alhamdulillah mereka tahu tapi maIangnya ipar – ipar saya menyampah dengan saya sekali dan anak – anak.

Seolah – olah saya yang menyebabkan adik beradik dia miskin. Sedangkan rumah yang saya sewa tu saya yang bayar full, hampir RM1000 sebulan. Kemuncak kepenatan saya apabila saya keguguran baru – baru ini. Saya kena kovit dan saya kehilangan bayi dalam kandungan saya Allahuakbar, saya benar – benar penat melihat drama dunia.

Anak – anak yang tak mahu membantu. Suami yang tak mahu puasa dan solat kadang – kadang, keluarga mertua yang tak memahami. Saya berpantang dah macam orang tak berpantang. Saya sangat – sangat berharap kalian berikan lah pendapat kalian.

Saya ingin bercerai tetapi suami saya selama ni banyak menguruskan urusan anak perempuan saya yang k4nser tu. Walaupun penat dengar dia mengadu itu ini tapi dia tolong juga bab – bab macam tu. Saya juga seringkali sa4kit – s4kit sebab terlalu penat bekerja di office dan berulang alik dari tempat kerja dan kadangkala sampai larut malam siapkan order kek.

Ada waktu suami nak tolong dia tolong adakalanya memang buat b0do je. Sudahnya saya bagi upah setiap kek yang digulungnya. Mana yang dia hantar delivery saya bagi kat dia. Suami saya tolong juga mengurut kaki, mencabut uban, tengok movie di rumah sama – sama dan dengar keluhan tentang kepenatan saya..

Tapi tu la, dia taknak cari kerja lain dan setiap bulan kewangan kami memang negatif. Saya jadi keliru, adakah jika saya bercerai saya akan terus – terusan s4kit sebab dari dulu saya kerap s4kit – s4kit tulang. Saya memang ada scoli0sis kr0nik.

Siapa pula nak uruskan anak – anak saya sedangkan bapa mereka tak mahu menjaga mereka. Jika saya teruskan, suami baru saya selesa sudah hidup begini, makan minum ditanggung. Mak mertua saya sesekali menjaga anak saya tetapi ipar asyik bising suruh cari orang lain sedangkan adik beradik mereka (suami saya) langsung tak nak bekerja.

Mereka mengeji dan mengh1na suami tapi suami pekakkan telinga je. Keluarga saya memang tak ambil pusing nasib saya dan anak – anak kerana mereka tak setuju saya dan suami lama bercerai. Saya tak ceritakan buruk punca penceraian kami dan keluarga saya kecewa kami tak bersama kembali.

Bekas suami sangat baik terhadap mak saya dan adik beradik tapi saya je tahu siapa dia dulu yang sebenarnya. Dia pon ada anak tiri yang ditanggungnya sekarang dan juga isteri baru. Bantu saya ye kawan – kawan. Tolong jangan kecam, kalian tak duduk di tempat saya.

Rasa seperti nak pergi psiki4tri dah ni tapi masih kuat di hati dan berpegang bahawa hanya Allah dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah.. Tolonglah doakan saya sihat, kaya dan dapat bersedekah kepada mereka yang memerIukan

Komen W4rganet :

Saba Seri Menanti : Pergi pejabat agama dan tuntut fasakh. S4kit jiwa tanggung biawak hidup. Memang dia layan kau baik sebab kau tanggung dia. Anak dengan suami pertama bagi dia jaga buat sementara waktu. Anak yang 0ku hantar kepada jkm untuk latihan 0ku. Kamu cari bilik sahaja untuk lebih jimat kos hidup. Setel masalah.

Aira Aisha Humaira : Pada saya puan bersabar dulu. Suami puan pun baik pada puan dan anak – anak. Cuma jangan pregnant dah. Cukup laa anak – anak yang dah ada. Baik puan pindah balik ke kuarter untuk jimatkn 1k. Puan ajar suami puan cara – cara nak buat kek atau set nasi. Biar dia handle bab kek 100%. Dah dia tak mahu buat kerja lain.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.