Ke D jodoh aku? Patut lah aku dah nak tua bangka dia baru muncul.. Hahahahahahaha. Dia pun berhenti kerja dengan aku… Ya Allah aku rasa hidup aku macam tak bermaya, aku dah tak boleh tengok dia lagi dah, 5 bulan juga dia kerja kedai aku.
Aku tak ada mood pergi kedai, kalau aku di kedai aku terbayang D pernah duduk situ, D berdiri layan customer dekat situ, mana – mana di sudut kedai aku terbayang macam dia kerja dulu. Aku tahu aku dah jatuh cinta dengan staf aku tu. Aku rindu sangat dia.
Macam mana aku nak beritahu dia yang aku dah angau sangat dah dekat dia. Mesti dia tak boleh terima kalau aku cakap aku suka dia. Yelah aku dah berumur lagi sikit nak 40. Dia baru 21… Aku tak ada lah nampak tua, orang selalu kata aku muda dari umur sebenar.
Kawan – kawan kata aku muka jambu, dengan berkaca mata lagi menampakkan aku spesis cute kata mereka. Ada orang teka umur aku masih 20an padahal aku dah 36. Aku ada masalah uban, orang lain tumbuh uban lewat. Aku masa akhir 20an dah beruban.
Awal 30an uban aku dah banyak, ini dah nak akhir 30an lagi lah memutih kepala aku. Lagi menampakkan aku macam tua. Dia sudahlah badan kecil, macam budak sekolah dah gamaknya. Aku macam bapak orang dengan rambut beruban gini huhuhuhuhuuuuu…
Tinggi aku 180cm, berat aku 85kg. Dah macam gergasi dengan budak kecil hahahahahahaha “Sesuai ke aku dengan dia??” jangan nak kata kenapa aku tak w4rnakan rambut aku, aku suka rambut aku beruban putih, nampak sangat bergaya macam richard gere dalam pretty woman hahahahahahahaha.
Aku dah macam cacing kepanasan fikir macam mana aku nak confess perasaan aku, aku risau dia belajar sana takut dipik4t orang lain. Yelah dia dah lah comel giIa. Aku tekad, aku mesej dia aku ajak nak jumpa. Dia tak nak jumpa aku, dia kata mesej je kalau ada apa – apa nak beritahu.
Aku kata kena jumpa juga, senang nak cakap depan lagi. Dia tak nak juga.. Adehhh jemm, so aku pun terus confess dalam whatsapp. Dia baca tetapi berhari dia ignore mesej aku. Aku pm dia semula tanya kenapa dia senyap, esoknya baru dia baIas dia cakap,
“Saya tak tahu nak cakap macam mana dengan bos, bukan sebab saya dah ada boyfriend.. Saya memang tak ada boyfriend, saya tak pernah couple seumur hidup saya. Saya rasa bos tak boleh macam ni. Saya nak kejar cita – cita saya, saya tak sesuai dengan bos, bos memang baik sangat tetapi maaf saya tak boleh baIas perasaan bos”.
Aku cakap kat dia, yang aku bukan nak ajak dia kahwin segera. Dia boleh belajar lama mana dia nak, cuma berilah aku peluang tunggu dia. Bukan nak ajak couple ke apa. Dia tak baIas dah. Tak lama lepas tu dia block nombor aku… Aku pm dia dah 1 tick sampai ke sudah, gambar profile pun dah lesap.
Hahahahahahaha menangis tak berlagu. Memang aku menangis, keluar airmata jantan aku, aku kena reject. Aku memang jenis keras, tetapi kena reject dengan dia s4kit giIa. Tak pernah aku rasa ses4kit ini. Mandi tak basah tidur tak lena.
Walau pun aku dah berumur tapi aku tak ada rasa nak kahwin, sebab tu aku rilek je selama ni. Aku pun tak ada suka sesiapa selama ni, ada yang nak serius dengan aku, aku tak nak aku tak berminat. Siapa yang suka aku, aku cakap kita kawan je. Aku tak suka buat orang sedih.
Bagi aku, sayang seseorang tak salah.. So aku akan cakap kita berkawan je. Aku tahu s4kit kena reject, dulu masa form 5 aku kena reject sampai berkawan pun dah tak boleh. Segala kebaikan aku terus dia lupakan, dia anggap aku macam orang asing hanya kerana aku confess je.
S4kitnya terIuka tanpa d4rah ni. Jadi aku takkan buat orang macam tu. Aku juga takkan p4ksa diri aku terima orang. Aku sejenis orang yang susah nak sukakan orang. Kalau dah suka jadi macam ni lah. Hmmmm… Setahun berlalu sejak dia berhenti kerja, aku pun diam je.
Aku tahu rumah D. Nak je aku jumpa abah umi dia masuk meminang. Itulah, aku tak nak serbu macam tu. Aku nak D boleh terima aku dulu, baru aku buat step – step lain. Aku ada tanya orang sekampung dia tentang keluarga D.
Abah umi D orang yang berkerjaya, abah dia pensyarah, umi dia kerja kerajaan. Jarak rumah D dan aku hanya 20 minit je. Aku pernah terserempak dengan D masa dia cuti semester di mall dekat sini. Dia keluar dengan umi dia.
Aku tegur dia pun sebab aku terlalu dekat dengan mereka, dia terk3jut tengok aku. Aku pun terk3jut tengok dia, nak lari dah tak boleh sebab dah terlalu dekat jadi aku tegur je lah. Dia kenalkan aku bekas bos dia pada umi dia.
Aku masa tu, berpeluh – peluh. Ada tergagap sikit masa aku bercakap dengan dia dan umi dia. Mall yang sejuk tu tetiba je jadi panasssssss. Lepas je dia orang pergi, aku cepat – cepat blah cari nyawa.. Macam melayang nyawa aku dengan berpeluhnya.
Aku duduk dalam kereta dengan perasaan yang sangat terk3jut, ya Allah aku rindu giIa dia. Setahun baru jumpa dia. Aku perasan D pun gelabah tengok aku, dia pun siap tergagap – gagap lagi masa bercakap dengan aku. Apa kess.
Masa berlalu macam tu je, kami tak pernah jumpa lagi selepas tu. Kadang – kadang aku pergi mana – mana aku selalu intai – intai mana tahu ternampak dia. Aku pun tak pernah cuba contact dia. Aku tak nak dia fikir aku kacau dia.. Nanti lagi rumit hubungan kami.
Aku pun tak tahu dia dah unblocked whatsapp aku ke belum. Aku macam biasa, rasa rindu yang kuat dan rasa sayang amat tak pernah hilang pun. Hanya mampu doa je semoga dia dan aku dipertemukan semula dan ada jodoh.
Perit juga giIa bayang ni. Aku tahu akaun facebook, instagram dan tiktok dia. Yelah dia buat nama dia, senang aku jumpa. Aku tak nak follow dia, aku tak nak dia fikir aku stalk dia. Hanya kadang – kadang aku rindu aku search akaun – akaun medsoc dia tengok post, gambar dia.
Budak – budak sangat dia lagi, dia enjoy dengan life dia sebagai student dengan kawan – kawan dia. Happy je aku tengok dia. Dia pernah beritahu aku yang dia tak akan couple @ ada boyfriend. Dia tak nak buat d0sa bercinta sebelum nikah. Dia nak kahwin terus, bercinta selepas kahwin.
Aku pun tak kuasa nak bercinta, dengan umur aku dah lewat aka teruna tua kalau jumpa sesiapa yang aku berkenan aku nak ajak nikah terus. Mama aku pun dah bising nak menantu. Abang long, kak ngah, dan adik aku 2 orang lagi pun dah selamat semuanya ada keluarga masing – masing dan beranak pinak. Aku je yang masih single.