Aku teruna tua tersuka dekat ‘budak’. 2-3 kali aku lalu depan rumah dia, tengok bumbung je. Terk3jut jumpa dengan abah dia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku punya berdebar tak tahu nak cakap…. Seram sejuk jadinya. Sekali kawan baik dia tanya aku, “Encik Asif boleh saya tahu umur encik Asif?” aku cakap aku dah 38 tahun ni. Dia orang terk3jut cakap “eh kenapa rambut encik dah beruban banyak? Umur tak ada la tua mana, muka pun muda lagi”.

Aku gelak je lah, aku cakap aku banyak fikir kot itu yang rambut aku cepat beruban. Memang ramai orang tanya pasal rambut aku, aku tetap dengan pendirian aku tak akan w4rnakan rambut aku, aku suka begini. Teringat abah umi D pon pernah tanya umur aku masa aku jumpa mereka dekat masjid dulu, sebab aku banyak uban kata mereka.

Abah D cakap muda sangat lagi, uban bukan masalah pun asal bukan peny4kit hahahahahahaha. Ok kembali kepada situasi dalam restoran tadi. Aku pun beritahu tujuan aku nak jumpa D hari ni. Aku memang ikhlas nak serius dengan dia, nak peristerikan dia.

Aku cakap aku dah lama tunggu dia sejak dia umur 21 lagi dan aku tak kisah dia nak belajar ke, nak kerja apa ke. Nak kejar cita – cita dia dan lain – lain aku takkan jadi penghalang semua tu. Aku hanya nak dia terima aku je sebagai suami dia.

Aku tengok D tenung ja air dalam gelas depan dia tu mungkin dia tengah berfikir nak hadam apa aku cakap.. Semua tekun dengar apa aku cakap dengan kawan – kawan dia sekali senyap.. Aku pun tanya boleh ke sambil pandang D.

Kawan – kawan dia termasuk aku semua tengok D… “D kau dengar tak encik Asif cakap?” D macam terk3jut, dia kata dengar. Dia kata dia tak ada masalah pun dengan aku. Umur aku dan lain – lain. Dulu masa dia tolak aku sebab dia memang terk3jut sebab yelah masa tu dia sangat muda lagi. Dia pun tak pernah terfikir nak nikah semuda tu.

Sekarang dia dah 24, nak tak nak kena juga fikir pasal jodoh katanya. Lagi pun tengah tahun depan nak habis belajar, nanti abah umi dia pasti carikan dia jodoh atau ada orang akan datang meminang dia. Lepas tu dia cakap dekat aku, boleh ke aku bercakap dengan abah umi dia pasal hal ni.

Kalau abah umi dia ok, dia setuju terima aku. Ya Allah gembira betul aku dengar… Aku kata insyallah aku akan jumpa dengan abah umi dia bercakap pasal ni nanti. Selepas sebulan dari hari kami jumpa, aku pm D minta izin nak datang rumah dia jumpa abah umi dia.

Masa tu D dah masuk belajar semula. Aku pergi seorang diri ke rumah D. Aku macam tak percaya aku dalam situasi sekarang, nak minta izin untuk peristerikan seorang gadis yang aku paling sayang daripada ibubapanya.

Berdebar tak tahu nak cakap, macam – macam doa aku baca supaya abah umi dia dapat terima aku. Abah dia sambut aku depan pintu rumah. “Jumpa lagi ya kita”, kata abah D. Aku tersengih – sengih macam kerang busuk.

Banyak kami borak petang tu, abah umi dia banyak bercerita pasal D masa kecil sampai lah besar sekarang. Tujuan aku datang petang tu pun aku belum beritahu, mungkin D dah cakap sebab tu abah umi dia bercerita pasal D je.

Sekali abah umi D tanya aku bila aku nak buat majlisnya. Terus aku terk3jut “Haaa, maknanya setujulah ni ya saya dengan D?”… “Saya belum beritahu tujuan saya datang lagi ni…. Pakcik makcik pun tak kenal saya lagi”.

Abah umi dia tersengih sambil cakap dia orang dah siasat aku siapa takkanlah dia nak jodohkan anak dia orang dekat orang tak kenal asal usul. Adehhh hahahahahahaha betul juga tu. Abah D tanya kenapa tak beritahu awal dulu niat aku.

Kalau ada orang datang nak minta anak mereka, mereka buat mudah – mudah je. Aku cakap masa tu awal sangat lagi, D pun muda sangat lagi masa tu. Aku rasa nak melompat, gembira tak tahu nak cerita. Tetiba aku rasa sebak, aku boleh termenangis depan abah umi dia, nasib baik lah masa tu abah umi dia je ada.

Umi dia cakap “Asif kenapa menangis? Ini kan berita gembira”… “Tak makcik.. Saya gembira sangat, saya menangis sebab dah lama saya tunggu dia”. Dengan abah umi dia sekali sebak petang tu hahahahahaha. Tunggu dia memang 3 tahun tapi sebelum tu aku membujang jadi teruna tua sebab dia juga, tunggu dia besar dulu… Lama kan. Hahahahahahahaha.

Aku pendekkan cerita. Aku malas nak buat part 2, cerita ni pun dah panjang betul. Sebenarnya aku dah nikah dengan D awal tahun baru ni, sudah hampir 5 bulan kami disatukan sebagai suami isteri. Pada hari aku jumpa abah umi D untuk minta izin nak peristerikan D, aku cakap aku nak buat majlis pernikahan kami segera boleh tak? Abah umi dia setuju je.

Selepas beberapa kali berbincang, kami dua buah keluarga sepakat aku dan D dinikahkan semasa D cuti semester sebelum ramadan hari tu. Sekarang ni akulah lelaki paling gembira, dapat hidup bersama dengan orang paling aku cintai.

Masa kami dah jadi suami isteri, aku tanya D kenapa dia terima aku…. Yelah aku dah berumur. D cakap masa kali pertama aku confess dekat dia, dia selalu teringatkan aku. Dia bukan suka aku pun awal tu, sebab aku dah berumur dia muda lagi tak pernah fikir nak kahwin awal tetapi dia tak pernah lupa aku.

Kami jumpa di mall, yang dia bersama dengan umi dia tu. Dia terk3jut sangat tengok aku tetiba ada depan dia. Jantung dia jadi berdebar, dia jadi gagap dan terketar – ketar. First time dia rasa macam tu, aku kata itu tanda jatuh cinta sayang.

Dia menafikan yang dia dah jatuh cinta dengan aku hahahahaha tak mahu mengaku konon. Dia cerita dia banyak buat solat sunat supaya kalau ada jodoh dengan sesiapa bagi Allah mudahkanlah urusan tu. Waktu umi minta nak pergi kedai aku, dia rasa tak sabar nak tengok aku, lama tak tengok aku katanya.

Bila sampai sana dan aku ada, dia rasa nak balik pula sebab terlalu berdebar. Lagi – lagi bila kami bertentang mata dan dia rasa lagi apa yang dia rasa macam jumpa aku dekat mall dulu. Ntah macam mana dia terdetik kalau aku pm dia lagi untuk peristerikan dia, dia akan bagi aku peluang.

Itu yang bila aku pm semula nak jumpa dia kata ok. Dia senang dengan semua hal tentang aku. Dulu waktu kerja dengan aku, dia anggap aku seorang abang je. Sekarang dia fikir dia patut bagi aku peluang. Dia tak nampak kekurangan aku yang boleh dia tolak aku.

Dia kata aku ada semua ciri – ciri suami yang dia nak. Aku pun cerita juga apa aku rasa terhadap dia dari mula. Dia kata kesian aku lama dia tolak aku, 3 tahun. Masalah sekarang ni bukan 3 tahun, 39 tahun aku cakap kat dia.

Dia cakap alaaa bukan lama pun kan hahahahahahaha. Lepas ni dia janji akan selalu ada dengan aku, jadi isteri yang solehah yang cantik yang comel.. Alahaiii sayang sangat. Kau orang tahu tak, aku tak pernah boleh nak bercakap hati ke hati macam ni dengan dia sebelum nikah.

Selepas dia setuju untuk jadi isteri aku pun kami tetap macam biasa, tak pernah ada luahan hati ke hati ke apa. Aku pun pm dia tanya hal babitkan perkahwinan kami je. Memang betul – betul kami bercinta selepas nikah. Aduhhh sweet giIaaa…

Aku bersyukur tak terhingga Allah kurniakan aku perempuan sebaik dia. Aku tak pernah terbayang aku akan nikah dengan orang yang aku sangat cinta sepenuh hati aku.

Di setiap malam sujudku
Aku berdoa dan meminta
Agar diriku selalu didekatkan
Dengan wanita pendamping hidupku
Tak henti henti ku meminta
Lebam hati menahan rasa
Aku pasrahkan segala inginku
Pelengkap genggaman jemariku

Sungguh indah sekali
Ciptaanmu yang sangat sempurna
Sehingga aku tergiIa – giIa
Ku menginginkannya
Tak pernah ku sangka
Ku akan menemukanmu
Pelita hati penglipur lara
Didalam hidupku

Ini bukan nukilan dari aku, ini lagu orang tau. Sekarang isteri aku yang comel giIa tu tengah exam final, ini semester last dia. Kau orang tolong doakan dia boleh jawab dengan baik dan lulus cemerlang. Aku malas dah nak taip ni…. Panjang giIa hahahahahahaha.

Aku rindu isteri aku sebenarnya, nak kacau dia… Dia tengah study. Jadi aku terfikir nak tulis kisah cinta aku ni. Doakan kami dapat zuriat cepat yang comel – comel macam kami berdua ya. Terima kasih sayang abang yang cantik, yang comel, yang manja sudi terima abang sebagai suami sayang.

Abang akan sentiasa mencintai sayang sehingga akhir hayat abang. Abang love sayang so much, my cinta hati D. Terima kasih sudi baca sampai habis. – Asif (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Nurul Mohd : Comel je. Beza 17 tahun ye? Saya dengan arw4h suami 20 tahun. Dan ye.. Lelaki berumur ni memang appreciative. Arw4h suami pun selalu ckp “thank you for marrying me”. Bila suami dah pergi, baru lah saya tahu.. Lama suami saya membujang (umur 50 baru kawin).. Suami cakap dengan kakak saya dan kakaknya; “Tak terasa nak kawin. Until i met her” Hmmmmm.

Afiq Danial : Ya Allah first time baca rada blushing teruk cemni hahaha. Macam baca novel. Saya doakan abang dan isteri diberkati perkahwinan korang selalu dan semoga mendapat zuriat dikemudian hari, aamiin.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.