Aku teruna tua tersuka dekat ‘budak’. 2-3 kali aku lalu depan rumah dia, tengok bumbung je. Terk3jut jumpa dengan abah dia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku tahu mesti dia takut aku ajak nikah sebab aku dah berumur dia pula muda giIa lagi. Aduhhhh, sesak d4da aku ni, tak pernah aku suka orang begini sekali. Dulu aku bercinta dengan ex aku tak ada pula aku rasa berpeluh, terketar, tergagap… Aku sah positif terkena peny4kit angau, aku dah giIa bayang. Aku rindu dia sangattttttt.

Nak pm tak berani, aku tak tahu apa aku perlu buat, aku tak nak p4ksa dia suka aku. Aku risau kot – kot dari ada harapan sikit jadi tak ada harapan langsung. Jadi aku biarkan diri dia dengan harapan Allah jaga dia dari jantan – jantan lain…

“Tangis diri musn4hkan ku.. Sayu hati ku telah menanti.. Menanti kamu tiap waktu.. Ku sedar bukan kuasa ku.. Hanya tuhan yang bisa memberi.. Cinta dia maha indah.. Ditakdirkan bersamaaaa”. Awal tahun lepas, aku saja lalu area rumah dia, kata orang tengok bumbung pun jadilah.

Aku buat 2-3 kali juga lah per4ngai ni hahahahahaha. Yelah rindu punya pasal. Dia bukan ada pun, dia dekat universiti sana. Alang – alang dah masuk waktu solat aku singgah masjid berdekatan rumah dia. Aku jumpa abah dia datang solat.

Terk3jut aku, aku pernah tengok gambar keluarga D aku cam abah dia. Aku pergi salam dengan abah dia lepas dah selesai solat. Abah dia tanya aku orang mana tak pernah nampak pun sebelum ni. Yelah masa solat tadi sebaris pendek je makmum, bukan waktu solat maghrib ke apa, ini waktu asar.. Berapa kerat je orang kampung datang, semua orang tua.. Aku je yang muda.

Aku cakap aku lalu kawasan ni kebetulan dah masuk waktu aku singgah solat. Padahal aku pergi tengok rumah dia tadi hahahahahahaha maafkan saya pakcikkkkk… Tengah aku borak dengan abah dia sambil berjalan keluar pintu masjid, sekali tengok umi dia tengah tunggu abah D dekat tangga masjid.

Alamak m4ti aku. Mesti umi dia cam aku. Memang betul, umi D cam aku. Dia kata “Eh macam kenal, kawan D ke?” Aku gelabah biawak terus “Aah makcik, saya Asif kawan D”. “Ini abah D”, kata umi D…. “Laa abah D ke, kecil dunia ni boleh juga saya kenal abah umi D”

”D ada ke makcik dekat rumah?”… “D belum cuti semester lagi sekarang, nanti free datang la jalan – jalan ke rumah ya?”. Ya makcik, insyallah saya akan pergi rumah makcik bawa rombongan nanti. Dalam hati je lah mampu cakap hahahahahaha.

Aku rasa bahagia giIa boleh jumpa abah umi dia, patut lah D tu baik bagus per4ngainya, cakap pun sopan. Rupanya abah umi dia pun bagus. Rasa macam level harapan aku m4kin tinggi sikit lepas jumpa abah umi dia hahahahahaha.

3 tahun aku lemas dalam bayangan D tu. Yelah jumpa apa pun tak boleh, memang aku tergiIa dekat bayang je lah. Last aku jumpa dia dekat mall tu. Lepas tu tak pernah jumpa dah. 1 hari nak dijadikan cerita.. Masa tu aku duduk cek stok dekat belakang, staf aku panggil aku cakap ada orang nak jumpa.

Memang terk3jut rasa nak pengsan bila ternampak D. Rupanya umi dia suruh panggil aku, dia nak beli periuk elektrik. Umi dia lah suruh D bawa dia ke kedai aku. Mesti D tu tak mahu, tetapi dia tak boleh meIawan, dia kan anak yang baik kikikikikikikiki…

Aku terk3jut tengok D macam nak luruh jantung aku. Lama betul tak jumpa dia. Aku rindu giIa dekat dia, umur dia dah 24. Dia sangat lah cantik, dah tak ada rupa budak lagi dah. Sem4kin lawa orangnya… Apa lagi auto aku jadi gelabah berdebar berpeluh ketar – ketar gagap..

Cukup semua simptom peny4kit giIa anak d4ra orang datang serentak. Aku tak tahu muka aku masa tu macam mana, mesti muka aku merah tak pun pucat. Aku tengok D pun gelabah biawak juga tengok aku. Muka dia jadi merah bila aku pandang dia.

Aku tak pasti umi D dan staf aku perasan ke tak wajah kami berdua. Suasana tetiba jadi janggal amat. Aku rasa nak lari menyorok. Aku kuatkan hati melayan umi dia. D cuma diam je tengok aku melayan umi dia. Ada 1 moment aku tak boleh lupa, bila umi dia bayar dekat aku, resitnya umi dia suruh D ambil.

Aku tengok muka dia sambil hulur resit, sekali dia jeling aku t4jam. Mungkin dia geram dengan aku sebab merenyam sukakan dia hahahahahaha. Lepas hari dia datang kedai aku, aku tak boleh duduk diam. Macam mana aku nak buat dia sukakan aku?

Aku nak sangat jumpa dia, cakap dengan dia secara berdepan. Kalau dia reject aku, aku nak dia reject aku depan. Dia dah nampak matang sekarang, mungkin hati dia dah berubah boleh terima aku, apa salahnya aku tanya dia sekali lagi.

Aku penat tanggung rindu, sayang dekat dia bertahun macam tak ada kesudahan. Sebenarnya aku memang tunggu dia. Yelah mana lah tahu lepas dia habis belajar hati dia terbuka untuk aku. Aku cuba pm dia dekat whatsapp, dia dah tak block aku lah.

Mesej aku double tick. Aku pm dia, aku nak jumpa dia… Hari dan waktu dan kat mana aku bagi dia yang tetapkan, aku ok je. Dia baIas mesej aku beberapa jam lepas tu, dia kata ok, lusa jumpa dekat mall cuma dia nak bawa 2 orang kawan dia teman dia.

Aku setuju janji dia boleh jumpa aku. Sejak tu aku tak boleh nak tidur, jadi tak senang duduk semua ada. Aku takut dengan keputusan yang akan aku dengar dari dia. Sebenarnya aku takut nak terima kalau dia tolak aku. Aku dah terfikir kalau dia tolak aku, aku mungkin akan tunggu dia lagi sampai dia terbuka hati.

Teruk juga aku ni kan, memang teruk penangan cinta dia terhadap aku. Hari yang ditunggu dah tiba, aku awal lagi dah bertolak. D nak jumpa aku di restoran dalam mall tu. Aku masuk je restoran tu, dia dah ada dengan kawan – kawan dia rupanya.

3 orang kawan dia bawa, ramainyaaa. Bertambah gugup aku jadinya. Semua dah macam ustazah termasuk D. Aku tahu D memang perempuan muslimah, bertudung labuh kejap pakai bawal kejap pakai shawl. Kami semua duduk semeja.

Aku kata, “Assalamualaikum saya lewat ke?” “Waalaikumussalam eh tak, kami yang awal encik” kata mereka. Aku sarankan kami makan dulu sebelum bercakap hal yang serius. Selesai kami makan, aku pun mula bercakap…

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.