Mentanglah aku takde anak, aku yang kena jaga pak mertua dekat hospitaI. Mak mertua pagi lagi dah bising halau aku pergi hospitaI

Dari pukuI 2 aku jaga pak mertua sorang dekat hospitaI sampai tengah malam, aku tak sempat makan. Aku ikhlas. Tapi esoknya, mak mertua bising pagi – pagi p4ksa aku pergi hospitaI. Aku terus tak ikhlas. Korang tahu apa aku buat?

#Foto sekadar hiasan. Aku telah berkahwin, umur 35 tahun dan tanpa zuriat. Di usia 22 tahun aku menjadi isteri pada suami aku yang berusia 27 tahun anak yang ke 5 dari 6 beradik. Pada pandangan mata orang, suami aku memang handsome berbanding aku namun aku jenis yakin pada diri sendiri yang aku lebih lawa darinya…. Hahaha.

Dalam usia 2 tahun. Kami direzekikan dapat rumah sendiri walaupun suami aku jer yang kerja kerajaan. Aku… Aku ni suri rumah. Episod d3rita mula menjelma. Arw4h ayah mertua s4kit tiba – tiba.. Oleh kerana aku tiada kerja maka aku ke depan menolong menjaga pak mertua di hospitaI.

Aku ni jenis happy walaupun dari pukuI 2 petang sampai 11 malam perut keroncong. Lapar tapi suami aku adik beradik tak nampak batang hidung. Aku beranikan diri cari makanan. PukuI 12 malam baru suami aku datang ambik sebab abang ipar ganti tempat.

Malam tu aku tidur rumah mak mertua. Pagi mak mertua dah bising suruh aku teman pak mertua. Aku jenis happy terus diam dan dalam diam aku suruh suami aku hantar aku balik rumah. Senangkan… Bagi aku senang sebab aku ikhlas jaga pak mertua tapi bila mak mertua aku sikap macam ni aku tak respect kerana pak mertua tu suami dia.

Tindakan aku mula tak disukai adik beradik suami. Alasan mereka aku tak ada anak. Isteri mereka ada anak dan 2 anak perempuan pak mertua bekerja. Aku ni nampak jer happy tapi hati keras. Aku dengar pelbagai umpatan dan h1naan sehinggakan mata – mata yang memandang mula membenci aku.

Bagi aku h1naan tiada goyah kerana h1naan tu bukan untuk aku tapi untuk suami aku kerana 2 tahun perkahwinan aku dan suami dah jumpa pakar O&G. Pakar memberitahu suami aku problem dan aku normal. Kami berjanji simpan rahsia.

Ke mana aku pergi akan ada kata yang aku manduI.. Rugi tak ada anak hinggakan menyuruh suami buang aku sebab manduI. Wow!! Hebatkan manusia. Aku tetap aku, tiada undur untuk orang yang mengh1na. Aku berjalan ke depan… aku cantik, aku pandai dan aku lah isteri yang terbaik Hahaha.

Pernah kakak aku kata kat aku… Memang kamu ni keras hati. Macam aku kata selalu kata kat diri aku. Jika aku tak bersalah kenapa aku nak dengar kata orang. Allah tahu siapa aku. Bila pak mertua meninggaI, mak mertua pula ujian yang paling teruk.

Aku memang mengaku tak boleh jaga mak mertua dan aku carikan bibik. Bibik untuk jaga mak mertua memang baik orangnya. Aku kira upah bibik dapat dibayar oleh adik beradik suami aku dan mereka setuju. Aku ingatkan dah selesai masalah rupanya m4kin teruk ujian aku.

Hinggakan adik beradik suami aku nak datang ser4ng aku kerana 1 kali dalam hidup aku mempertahan diri aku sebagai menantu. Apa yang aku kata masa tu, “aku akan saman pada orang yang fitnah kat aku.” Orang aku maksudkan ialah biras perempuan aku. Menantu kesayangan… Hahaha.

Aku tunggu mereka datang. Aku buka aircon aku buka lampu kristal tauuu. Tunggu punya tunggu tak datang datang. Mereka ingat mereka ramai mereka menang. Mereka salah sebab aku ada bukti apa yang mereka buat. Dari mula hari tu aku m4kin cari kebahagiaan diri aku.

Aku tak berg4ntung dengan suami sebab pelbagai episod berlaku, suami aku sembunyikan dirinya yang handsome dan baik. Aku yakin Allah ada di sampingku. Hebatnya suami aku sebab dalam hebatnya diaa, hati aku h4ncur.

Dalam h4ncur aku masih lagi mahu melawa, hiaskan rumah cantik dan simpan duit. Aku pernah kata kat suami aku, aku tak pernah lihat handsome dia. Kenapa aku kata begitu sebab sebelum aku kahwin, aku selalu berdoa mahu jadi isteri yang solehah. Taat pada suami. Namun ujian aku hebat… Pada Allah aku berbisik.

Semasa aku mengelilingi Kaabah. Aku melihat kebesaranNya. Aku berdoa berdoa merintih kesedihanku… Tiada yang tahu betapa h4ncurnya hati aku. Bila aku merenung apa yang berlaku selama aku menjadi menantu hingga mak mertua aku meninggaI dunia.

Akulah manusia yang paling jahat di mata keluarga sanak saud4ra mertua aku. Aku cari bahagia aku sebab bahagia itu ada pada diri aku sendiri. Aku bertuah dapat jadi tetamu Allah.. Ya Allah besarnya Kasih Sayang Mu pada ku hinggakan aku dapat merasai kebahagiaan selama berada di sana. Terima kasih Allah.

Ketika aku taip ni terbayang di mata aku adik beradik suami datang rumah baru ni memohon kemaafan dari aku kerana mereka sudah ditimpa pelbagai peny4kit. Aku maafkan tapi lupa…. Tidak. Aku layan sebagaimana tetamu lain. Selebihnya aku jaga bahagia aku. Walaupun aku tiada zuriat aku akan bahagia dan bahagia aku hanya Allah yang tahu. Walaupun aku ada suami belum tentu aku bahagia. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hadeka Hadan : Confessions yang ni mok cik tabik hormat sebab tak kisah orang nak cakap apa yang penting jaga diri sendiri dan jaga maruah suami. Cuma yang mok cik tak setuju ialah punyalah nak jaga ego suami sanggupla dimanduIkan isteri. Kesian isteri terp4ksa tadah segala tomahan kerana suami punya ego. Mana taknya hati h4ncur berkecai. Keep f1ghting sis.

Chik Yong Cik Lan : Tahniah sis kerana mampu menjadi diri sendiri. Saya sekali orang kata saya ni hanya orang luar, sampai m4ti saya layan mereka seperti orang luar. Bahagia kita, kita yang tentukan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.