Isteri saya surirumah dan kuat main game PUBG. Dia main dari pagi sampai ke pagi esoknya, anak – anak kami terbiar. Dulu sebelum cerai, saya bagi nafkah beribu dekat isteri, lepas cerai dia asyik nak pinjam duit. Nak beli makanan, nak beli pad..
#Foto sekadar hiasan. Salam, nak tanya sikit. Saya dah bercerai setahun yang lalu sebab kes bini main dengan jantan lain kenal dari PUBG. Dia surirumah sepenuh masa, bosan kat rumah dia main PUBG. Hari – hari dia main dari pagi sampai ke pagi esoknya, anak – anak kami terbiar.
Seronok agaknya dilayan dan jadi perhatian kat dalam PUBG tu. Saya ni keluar pagi balik bila dah gelap mencari rezeki, masuk je pintu rumah anak – anak jadi tanggungjawab saya. Saya la mandikan, saya la bagi makan, saya la tidokan anak, dia menghadap PUBG je.
Saya ni jenis fokus kerja sebab nak bahagiakan anak bini. Semua ni bersebab sebab saya pernah hilang kerja dulu dan dekat setahun mer4na tak ada kerja. Saya ni jenis setia, tak ada pun pandang perempuan lain, tak ada pun fikir nak poIigami, keluar lepak dengan kawan – kawan pun tak, pergi kerja balik kerja je hari – hari. Tapi kenapa benda ni jadi ek? Apa salah saya? Apa salah anak – anak sampai terbiar macam tak ada mak?
Sambungan.. Salam, nak mintak pendapat pembaca semua. Saya dah bercerai dengan bekas isteri dah dekat setahun. sekarang anak – anak dengan saya sebab dia tak nak jaga. Kalau dulu pernah baca kisah bini curang dalam PUBG sampai ke katil tu cerita saya la tu.
Ada 2 post bahagian 1 dan 2, saya nak cari balik post tu tak jumpa dah. Tapi tak ape, saya pun malas nak pikir dah pasal kecurangan dia. Jadi kesimpulannya lepas dah kant0i semua dia dok main ngan jantan lain kitorang setuju nak bercerai cara baik. Jadi pergi la bercerai tapi saya ada beberapa masaIah sekarang ni..
Yang pertama, anak – anak kami yang masih kecil umur 6 tahun dan 3 tahun selalu tanya mana mak diorang. Alasan macam biasa mak pergi kerja tapi maknya pulak masih lagi Ialai dengan game PUBG dan jantan – jantan. Tak pedulikan langsung pasal anak – anak.
Nak suruh jumpa anak pun sampai berg4duh – g4duh baru nak jumpa, 2-3 bulan sekali baru la nak jumpa. Itu pun paling lama sehari je lepak dengan anak – anak, bila anak – anak rindu nak bercakap dengan maknya saya telefon la mak diorang tapi tak sampai 5 minit macam – macam alasan mak dia bagi, nak buat kerja la nak tidur la ada hal la.
Sedih saya pikir pasal anak – anak, diorang rindukan mak diorang tapi maknya layan tak layan je. Saya memang dah tak pikir nak baik balik atau rujuk ke untuk anak – anak sebab selepas ditimbang – timbang lagi banyak yang buruk dari yang baik.
Saya cuma mintak dia jadi mak yang baik untuk anak – anak walaupun selepas bercerai. Tolong doakan ye, sekurang – kurangnya dia habiskan masa untuk anak – anak dan cepat sedar dari lamunan dia tu sebelum terlambat.
Yang kedua sebab duit. Boleh dik4takan tiap – tiap bulan dia asyik message mintak duit. Alasan tak ade duit nak makan la apa la, nak beli pad la apa la. 10 kali dia mintak ada la sekali dua saya bagi tapi tu pun setakat 200-300 je.
Saya nak cerita balik tentang kisah saya, alhamdulillah saya ni dalam golongan T20. Dia surirumah sepenuh masa, saya bagi dia kereta yang harga 4 angka sebulan. Nafkah pun 4 angka sebulan saya bagi. Jadi sekarang ni saya tarik balik semua kiranya dia tak ada apa – apa.
Sekarang dah kerja rasanya tapi masih tak cukup. Kalau ikutkan hati memang nak tengok dia sengs4ra sebab dulu saya dah sediakan semua tapi dia gatal cari jantan kat luar. Jadi berbalik pasal duit, saya dari mula bercinta dengan dia 11 tahun lepas, selepas 5 tahun kami kahwin.
Dari hari pertama bercinta sampai la bercerai saya tanggung semua makan minum tempat tinggal dia. Bekas isteri memang tak bekerja dari dulu tapi dalam 3 tahun lepas Allah swt yang maha memberi tarik semua tu sekelip mata je.
Saya tersungkur sebab hilang kerja, memang betul – betul susah, hilang semua harta, rumah tergadai, kereta pun tergadai, barang – barang rumah yang ada semua jual, barang kemas dia apa yang ada semua jual. Duit simpanan dia termasuk mas kawin, simpanan saya semua habis.
Alhamdulillah sekarang saya dah bangun balik hidup saya dan murah rezeki masih dalam kalangan T20 lagi. Cuma sekarang bila dia tengok saya dah mula berduit balik ni, bila dia mintak duit saya tak bagi mula la ungkit duit mas kawin la emas la semua mintak saya ganti balik.
Perlu ke saya ganti balik semua tu sebab dulu time dia bagi jual dan guna duit – duit tu semua dia tak kisah tapi sebab sekarang dia tak ade duit semua tu auto jadi hutang katanya. Saya pun ungkit balik selama ni dari saya kenal dia segala duit yang saya belanjakan tu kira hutang jugak boleh?
Jadi berbalik pada soalan diatas, perlu ke ganti balik? Kalau dikira hutang saya nak selesaikan sebab saya tak nak dia jadi asbab saya terg4ntung tak masuk syurga nanti. Last sekali, saya penat dengan kerja dan jaga anak – anak tak sekolah masa pkpb haritu sebab sekolah tutup.
Sedih saya kenangkan hidup ni, saya sayang anak – anak saya sampai saya jadi marah dengan bekas isteri sebab pasal dia, anak – anak saya sekarang tak ada mak. Saya benci dia sampai kadang – kadang saya mintak dia m4ti je senang saya nak bagi tau anak – anak diorang tak ade mak supaya diorang tak berharap.
Saya tak kuat, tertekan, kadang – kadang mengalir air mata jantan saya sorang – sorang teringat nasib anak – anak tapi saya gagahkan jugak untuk anak – anak kesayangan saya ni. Saya nak tanya siapa duda – duda yang ada pengalaman macam saya ni, perIukah saya ambil pembantu rumah?
Boleh ke pembantu rumah tu duduk dengan saya dan anak – anak? Tak kena tangkap basah ke? Pasal pembantu rumah pulak, waktu kerja diorang selalunya pagi sampai maghrib (dari apa yang saya survey dari agency maid).
Saya nak cari maid yang boleh habiskan masa dengan anak – anak jadi diorang tak teringat sangat kat mak diorang. Mesti nanti ramai yang kata cari je mak baru untuk anak – anak. Cakap memang senang tapi nak cari yang mampu sayang anak – anak saya mcm anak sendiri tu mungkin 1 dalam 100.
Lagipun saya ni bukanla hensem sangat pun, umur pun dah dekat 40 tahun dan saya memang akan duIukan anak – anak saya sebab diorang la jantung hati saya. Buat masa ni saya tak terpikir nak kahwin lain, hidup saya hanya untuk anak – anak. Doakan saya kuat ye kengkawan. Kalau ada cadangan macam mana saya nak uruskan anak – anak saya mintak sangat kengkawan bagi nasihat..
Sambungan… Perkongsian saya Alhamdulillah dapat banyak komen – komen membina, 90% membina dan 10% kecaman. Saya terima semua dengan hati terbuka. Terima kasih luangkan masa anda baca perkongsian saya panjang – panjang dan berkongsi pandangan dan cadangan. Terima kasih juga untuk doa – doa anda semua.
Saya pun harap tuan – tuan dan puan – puan bahagia dengan hidup masing – masing dan dipermudahkan urusan. Semoga jasa tuan – tuan dan puan – puan dibaIas oleh Allah dengan sepatutnya, insha Allah. Saya hadam semua cadangan, yang baik dan sesuai saya akan guna pakai, yang tak sesuai dengan keadaan saya mungkin sesuai untuk yang lain.
Sama – sama boleh ambil iktibar dan cadangan – cadangan yang ada. Ada ramai yang pm, baik lelaki mahupun perempuan bagi semangat dan cadangan. Siap ada sorang perempuan ni bagi jadual dari la bangun pagi sampai malam dengan detail.
Cara jaga budak, cara nak didik anak, cara sediakan kelengkapan budak, cara macam mana nak asuh anak – anak supaya diorang berdikari dan secara tak langsung akan memudahkan urusan sehari2. A-Z cukup lengkap.
Banyak idea – idea yang saya tak pernah terpikir sebagai lelaki sebab biasalah lelaki ni selalu ambil mudah. Asalkan makan pakai terjaga dah kira okay dah tapi ternyata seorang ibu punya pandangan dan ketekunan dalam menjaga anak, MashaAllah begitu teliti dan menyeluruh, memang saya tabik spring golongan ibu dan perempuan!
Secara tak langsung terbuka mata saya kenapa perempuan ni kadang – kadang bersikap begini begitu. Memang detail pemikiran perempuan ni kaum lelaki/bapa sebab tu sekecil – kecil kuman salah lelaki dia ingat. Benda – benda macam ni tak pernah saya pernah dapat tau dari mak, kakak atau bekas isteri saya sendiri.
Bersyukur sangat kerana puan tu berkongsi. Terima kasih puan atas perkongsian. Kalau puan tu bagi lepas dia baca ni saya akan kongsikan cadangan seharian puan tu. Kaum suami/bapa kena baca! Baru tau apa yang ada dalam kepala isteri/ibu anda!
Ada yang DM siap offer anak sendiri untuk dijadikan calon isteri saya, masha Allah terharu saya. Dan beberapa yang DM offer diri sendiri untuk jadi isteri baru saya pun ada. Maaf ye buat masa ni saya belum terbuka lagi pintu hati untuk mencari pasangan baru.
Nak cakap direct saya tak sanggup sebab orang dah offer baik – baik macam agak kasar untuk saya tolak secara terus. Semoga puan – puan semua dikurniakan pasangan yang baik dengan izin-Nya. Saya nak ambil masa bertenang, betulkan hidup saya, sesuaikan keadaan dengan suasana baru untuk besarkan anak – anak.
Benda jadi bersebab buat masa ni saya kena muhasabah diri dan cari sebab tu dan belajar dari kesilapan supaya saya lebih bersedia di masa hadapan. Tak lupa juga pada bapa – bapa tunggal yang berkongsi pengalaman. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan.
Anda memang ‘world’ dan lelaki – lelaki yang hebat. Akan saya jadikan idola buat semangat dan secara tak langsung menbuktikan yang tiada yang must4hil. Anda hebat. Kalau boleh nak je tag semua tuan – tuan dan puan – puan yang membantu tapi banyak sangat.
Sekarang ni saya kena ubah mindset saya untuk jadi ibu dan ayah. Dalam menguruskan urusan sehari saya kene set otak yang detail macam ibu. Dalam mendidik saya kene set kepala saya tegas macam bapa. Benda yang baru bagi saya namun saya akan cuba aplikasikan, inshaAllah. Doakan saya rakan – rakan semua! Ada benda yang saya nak kongsikan sikit.
Mungkin anak saya nampak saya agak sedih sebelum ni. Semalam dia datang depan saya dengan tangan kat belakang macam sorokkan sesuatu. Dia bagitau saya dia ada hadiah untuk saya, saya tanya apa dia? Dia suruh saya tutup mata. Rupa – rupanya dia kalungkan medal sekolah tadika dia kat leher saya. Saya tanya hadiah untuk apa ni? Tau dia kata apa?
“This is a present for being the best dad in the world” MashaAllah, 6 tahun je dia, cuba nak gembirakan ayah dia. Saya peIuk dia lama tak pernah selama tu saya memeIuk dia sampai menitik setitik dua air mata. Terima kasih ya Allah, kurniakan anugerah yang tak ternilai.
Allahuakbar! Kau titikkan kesedar4n dan kau selitkan sedikit akal melalui anak ku untuk mengingatkan ku kepadaMu. Syukur alhamdulillah. Aku akan cuba sebaik mungkin mendidik anak – anak ni supaya menjadi h4mbaMu yang taat dan soleh. Permudahkan urusanku Ya Allah. Permudahkanlah juga urusan semua di sini yang meluangkan masa yang masing – masing membantu.
Komen W4rganet :
Rosmawati Mohamed : Alhamdulillah, bagus keputvsan encik. Semolek – moleknya gembirakanlah hati anak – anak dulu baru fikir hal sendiri. Bila dah jumpa jod0h nanti, jangan lupa solat istikarah dulu supaya perkara yang lama tidak berlaku lagi pada diri encik dan pastikan anak anak terjamin.