Keluarga suami menyepi, mungkin takut saya menuntut. Satu – satu pihak bank datang tuntut hutang arw4h. Saya pergi AKPK, duit ASB saya habis bayar hutang suami. Anak – anak yang sebelum ni mewah sedih bila hari – hari perlu makan telur..
#Foto sekadar hiasan. Pengajaran pada sang suami. Aku seorang isteri, mempunyai 5 orang anak. Saya telah kem4tian suami setahun lalu. Arw4h suami bekerja offshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keluarga kami bahagia, mempunyai 5 anak kan.
Kami PJJ la sebab arw4h kerja offshore, g4duh sikit – sikit tu biasalah, mana ada rumahtangga yang sempurna. Saya juga bekerja sebagai Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Untuk hal perbelanjaan, kami suami isteri dah bincang, barang saya, saya beli sendiri kerana saya ada pendapatan sendiri.
Jadi sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. Suami ada bekalkan bayaran bulanan, cuma takde la memenuhi keperluan sebulan. Ibu – ibu mesti faham, banyak benda benda kecik yang kita beli sedar tak sedar untuk anak – anak.
Tapi, saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik – adiknya. Berbalik pada selepas kem4tian suami saya, tidak disangka, suami saya mewasi4tkan segala harta kepada anak dan ibunya. Untuk saya, isteri dapatlah simpanan arw4h yang tak sampai 10k.
Saya terdiam ketika menerima wasi4t. Saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu, cukup untuk membayar hutang suami telah memadai. Tak mungkin saya akan meminta dari ibu mertua. Satu – satu pihak bank datang, menyatakan hasrat mengutip hutang.
Mashaallah, barulah saya tahu hutang suami saya mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dan lain – lain). Dengan apa saya mahu bayar? Sedangkan insurans dan wasi4t suami, untuk anak, perlu tunggu sehingga mereka berumur 18 tahun.. Saya terduduk..
Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang – hutang arw4h dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak – anak. Akhirnya, saya cuba juga menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya, bukan tidak dibagi tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak – anak sekolah, makan minum apatah lagi hutang. Saya begitu sedih.
Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya, yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, tak disangka bersifat demikian. Dia tidak berlaku adil. Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua tak bekerja dan anak – anak yang masih sekolah (adik suami).
Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak – anak saya. Saya tak nak berg4duh, masam muka. Saya tak nak suami saya sedih di sana, kami yang masih hidup berebut harta tapi saya begitu sedih. Saya perlu hadap dengan anak – anak, sampai anak kecil saya terp4ksa putus susu.
Terp4ksa disekolahkan di sekolah biasa. Makan apa yang mampu.. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi, sudah tiada lagi disimpanan apatah lagi pada badan saya. Selepas kejadian, keluarga suami lebih menyepi, mungkin takut saya menuntut lebih, saya dah redha.
Saya percaya rezeki Allah itu pasti. Saya berserah pada Allah. Biarlah mereka yang bersalah terima baIasannya nanti. Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa – biasa. Tapi masa inilah, mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya.
Sedangkan ada tanggungjawab mereka ke atas anak – anak arw4h yang yatim piatu. Selepas saya kebuntuan dengan hutang – hutang yang banyak, saya menurut kata rakan – rakan sepejabat. Saya terp4ksa berdaftar ke AKPK, walau hakik4tnya hutang tu bukan dibuat oleh saya.
Simpanan ASB saya yang saya simpan khas untuk anak – anak bukan digunakan untuk mereka. Saya terp4ksa gunakan untuk membayar sepenuhnya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, bihoon, biskut, susu, pampers, telur.
Anak – anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari – hari perlu makan telur. Itu je saya mampu.. Mungkin pembaca boleh bayangkan, sebelum ni hidup kami mewah, tiba – tiba diuji dengan kehilangan tonggak utama keluarga, tambah maIang tiada yang membantu.
Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasi4tkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama, yang menjaga dan menguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahuIukan. apatah lagi waktu suami m4ti.
Jangan biarkan isteri menanggung hutang. Cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arw4h tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana. Saya tetap sayangkan arw4h suami saya. Itulah syurga saya. Mungkin masa hayatnya dia tidak terfikir jauh, ataupun arw4h tak sempat nak tukar nama, saya tak pasti.
Saya redha dan akan terus bekerja untuk berikan yang secukupnya untuk anak – anak. Semoga anak – anak juga mampu terima perubahan besar dalam hidup kami. Doakan saya dan anak – anak. -Puan N-
Komen W4rganet :
Shila Lanz : Lebih kurang sama cerita ni dengan sepupu saya, kem4tian suami tahun lepas. Mak mertua dan ipar – ipar semua menjauh dan tiba – tiba berubah tak suka. Padahal semasa suami dia masih hidup elok je family arw4h dengan dia.
Yang kesian anak – anak dia anak – anak yatim tak dapat hak yang sepatutnya. Sekarang dia kerja sendiri sara anak – anak dia 2 orang yang berumur 7 tahun dan 3 tahun. Sejak dari kes itu suami saya sendiri sedar dan ambil hibah untuk saya.
Yang paling kesian belum sebulan selepas kem4tian arw4h suami sepupu saya tu barang – barang rumah dan kain baju isteri arw4h pun mereka ambil semua. Taktau la apa jenis manusia yang takde prasaan kesian dengan seorang balu ada anak – anak kecil.
Nor Zira : Bagusnya puan. Syurga buat puan dengan dugaan sedemikian puan TERP4KSA HARUNGI. Family suami mungkin J4HIL hukvm hakam. Takpela, berdoa agar keluhan puan ini, akan ada sed4ra mara suami yang boleh “SULUHKAN” jalan bagi menerangi hati -hati family suami itu. Tahniah puan, dari penulisan pun dah tahu puan seoarang yang SABAR.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.