Dari awal aku kenalkan Azie, keluarga semua tak setuju. Mereka kata dia perempuan tak baik, anak pungut sebab dijaga oleh pakcik. Kakak plan kenalkan aku dengan perempuan lain. Hanya menunggu hari nikah, aku putuskan hubungan. Tunang aku merayu tak nak tanggung malu..
#Foto sekadar hiasna. Salam min.. Inilah kisah aku, kisah benar yang telah aku alami sendiri. Mudah – mudahan ianya boleh dijadikan pengajaran. Sudah beberapa hari aku bertik4m lidah dengan Linda puncanya dia mengajak aku menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya.
Bagaimana hendak aku fahamkan dia bahawa ayah kepada rakannya itu amat aku kenal. Malas bertekak panjang akhirnya aku akur dengan kehendak Linda. Setibanya kami ke majlis perkahwinan rakan Linda, seperti yang aku jangka ayah rakan Linda terk3jut melihat aku.
Mungkin dia tidak pernah menjangkakan kehadiran aku. Setelah 10 tahun kami tidak pernah bersua muka. Dia yang aku panggil Paksu satu ketika dulu tetap tidak berubah tersenyum ramah dan mesra. Jujur aku tidak dapat menyembunyikan rasa bersalah walau aku tak mampu mengatakannya Paksu seolah dapat membaca dan menepuk perlahan bahu aku.
Ketika Linda sibuk melayan rakan – rakannya yang hadir. Aku hanyut dibuai perasaan dan kenangan lama. Aku terkenang kisah silam. Mata aku meliar mencari seseorang. Adakah dia juga hadir hari ini. Hingga kini rasa bersalah tidak pernah putus.
Penyesalan dan rasa berd0sa silih berganti. Hinggakan aku merasakan rumahtangga aku dengan isteri pertama tidak kekal lama mungkin kerana ani4ya yang pernah aku perlakukan terhadapnya. Hingga kini aku tak mampu mengungkap kata maaf kerana meninggaIkan dia hanya beberapa hari lagi majlis akan berlangsung.
Azie bekas tunangan aku yang aku pilih satu ketika dulu tanpa restu keluarga. Walau ibu, kakak dan abang melarang namun aku tetap dengan pendirian aku. Hinggakan Ayah akur dan meminta ibu saud4ra aku menemaninya meminang Azie untuk aku.
Kakak aku antara yang paling membantah pertunangan aku dengan Azie katanya Azie datang dari keluarga pecah beIah. Dikutip orang, dibesarkan oleh bapa saud4ranya. Tambahan pula Azie gadis kurang didikan agamanya dan tidak menutup aur4t.
Orang Pantai Timur seperti keluarga aku tidak mungkin menerima perempuan seperti Azie. Soal mereka berulang kali kepada aku apakah perempuan seperti Azie yang aku nak pilih sebagai isteri. Namun cinta aku pada Azie saat itu mengatasi segala – galanya.
Azie banyak berk0rban untuk aku. Semasa aku menjejakkan kaki di Penang dulu. Aku tidak punya apa – apa. Azie belikan aku motosikal supaya aku mudah berulang alik ke tempat kerja. Dari seorang budak pejabat aku dinaikkan pangkat menjadi Manager. Aku kira itu tuah Azie bersama aku.
Azie menyusun mimpi bahawa kami akan disatukan tidak lama lagi. Segala persiapan telah Azie buat. Catering, kad jemputan, pelamin hantaran dan hampir kesemuanya dibereskan hanya menunggu hari. Malah aku telah dapatkan sebuah rumah sewa untuk kami tinggal setelah berkahwin nanti.
Tinggal 3 bulan lagi kami bakal diijabkabulkan. Namun di pihak aku tiada langsung persediaan. Hinggalah satu hari aku dikenalkan dengan Ira oleh kakak aku. Kakak aku merahsiakan dari Ira bahawa aku tunangan orang.
Entah kenapa semenjak itu aku mula tawar hati kepada Azie. Bayangan Ira sentiasa bermain di mata aku. Namun melihat segala persiapan yang telah Azie buat, aku tidak mampu berterus terang. Malah ketika hari fitting baju perkahwinan aku sem4kin serba salah.
Akhirnya aku nekad untuk membatalkan perkahwinan kami saat – saat akhir atas alasan tiada restu dari keluarga aku. Bersorak kegembiraan keluarga aku dengan keputusan aku. Masih aku ingat Azie merayu seperti orang giIa agar teruskan perkahwinan kerana katanya bagaimana dia harus mengadap kawan – kawan dan orang kampung.
Pastinya Paksu akan merasa malu. Dia sanggup menelan apa jua namun dia tak sanggup melihat Paksu yang banyak berk0rban membesarkannya menanggung malu. Hinggakan katanya dia sanggup aku ceraikannya selepas berkahwin asal majlis tetap berlangsung.
Azie juga menghubungi Ira merayu agar tidak mer4mpas aku darinya. Kata Ira kepada Azie dia tidak tahu aku tunangan orang. Namun Ira tetap berkeras tidak sesekali akan melepaskan aku, dia tidak kisah sama ada aku tunang orang atau apa. Tambahan pula dia mendapat sokongan keluarga aku.
Akhirnya Azie aku tinggalkan begitu sahaja. Masih aku ingat Azie menangis teresak – esak merayu ketika aku bertemunya buat kali terakhir. Tiada wakil bagi pihak aku pergi berjumpa Paksu untuk memutus ik4tan. Ayah aku tidak sanggup mengadap keluarga Azie untuk memutuskan ik4tan di saat – saat akhir.
Tinggallah Azie dan Paksu menanggung beban malu yang aku tinggalkan. Setelah peristiwa itu Azie berhenti kerja kerana berasa malu dan tak mampu menghadap t0hmahan orang. Namun terkadang aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku terhadap Azie. Kerana bila berjauhan rasa rindu datang bertandang.
Aku sendiri keliru benarkah keputusan yang aku ambil. Tak lama selepas itu berkahwinlah aku dengan Ira. Tanpa rasa bersalah aku membawa Ira tinggal di rumah yang sepatutnya aku tinggal bersama Azie. Malah segala peralatan rumah yang Azie telah belikan sebagai persediaan aku tidak segan silu menggunakannya bersama Ira.
Namun sayangnya rumah tangga kami tidak tahan lama. Ira tidak seperti yang aku harapkan. Aku juga dibuang kerja atas sebuah krisis yang melanda di pejabat dan aku dituduh puncanya. Aku sentiasa dibayangi d0sa meninggaIkan Azie dulu.
Hinggalah Linda hadir dalam hidup aku. Malah walau kini aku berkahwin kali kedua aku tidak pernah bahagia. Isteri yang aku kahwini tidak seperti yang aku impikan. Aku sentiasa rindukan Azie, terkadang aku terfikir adakah betul dengan keputusan yang aku telah buat.
Ira tidak seperti Azie, walau Azie kekurangan dalam didikan agama tapi akhlaknya cukup baik dan mendengar kata malah tidak berkira wang ringgit. Sopan serta hormat kepada orang tua. Khabar yang aku dengar setelah aku tinggalkan Azie dia mula berubah mengenakan Hijab dan mula mempelajari tentang agama.
Jauh aku mengelamun. Tiba – tiba aku terdengar nama Azie dipanggil seseorang. Aku jadi tidak keruan. Satu suara lembut menyahut dan aku pasti itu suara Azie. Suara yang pernah saban malam menghiasi corong telinga aku di talian telephone satu tika dulu.
Saat aku menoleh terlihat susuk tubuh kecil bertudung litup berniqab. Siapakah itu suaranya persis sekali suara Azie. Apakah itu Azie? Ku renung sepasang mata milik perempuan berniqab itu. Ya tidak salah lagi itu memang Azie. Itulah sepasang mata yang pernah mencuri hati aku dulu.
Ya Tuhan sungguh aku terkedu hilang kata – kata. Inikah wanita yang pernah aku tinggalkan. Wanita yang keluarga aku h1na satu tika dulu. Tiba – tiba Azie menoleh memandang aku seketika mata kami bertembung dan Azie cepat – cepat melarikan matanya.
Seketika aku terpandang seorang budak lelaki berlari mendapatkan Azie. Dan Azie pun berlalu berjalan perlahan menuju ke arah seorang lelaki. Aku kira itu suaminya. Tiba – tiba perasaan berd0sa mengh4ntui aku. Selama ini aku tidak pernah memohon maaf atas d0sa meninggaIkannya dulu.
Pulang dari majlis aku m4kin tidak tentu arah. Kenangan demi kenangan aku bersama Azie bermain – main di fikiran. Azie yang tidak materialistik yang menolak seorang Jurutera hanya kerana cintanya kepada aku. Azie tidak punya sesiapa dunianya hanya aku dan Paksunya.
Walau dia masih punyai ibu dan ayah namun dia menjadi m4ngsa penceraian. Jiwa aku meronta – ronta ingin memohon maaf darinya. Aku tebalkan muka menghubungi Paksu untuk meminta nombor telephone Azie. Namun kata Paksu jangan diganggu Azie. Azie telah lama maafkan aku.
Kata Azie itu adalah takdir hidupnya dari Allah. Aku kecewa walau kata Paksu Azie telah maafkan aku namun aku masih berharap mendengar sendiri dari mulut Azie bahawa dia telah maafkan aku atau aku akan terus dih4ntui penyesalan hingga ke akhir hayat. Ternyata aku telah meninggaIkan permata dan memilih kaca.
Azie andai engkau ada terbaca coretan ini jika boleh Maafkanlah Aku. Aku kira engkau tidak mungkin lupa tarikh keramat itu seumur hidupmu yang telah tercetak di sekeping kad yang telah kita edarkan dulu.
Komen W4rganet :
Norzawani Wahidah : Maaf la ye, tiap bait yang awak tulis dalam naskah awk ni, saya hanya boleh bayangkan perasaan Azie. Remuk. Namun, bak kata Azie, semua itu dah ketentuan dari Allah untuk hidupnya. Dia redha.
Dan buat awak, awak juga patut redha. Yang berlalu, biarkan terus berlalu. Jadikan pengajaran, dan hargailah orang – orang yang muncul dalam hidup awak selepas ini. Jangan bandingkan si dia dengan sesiapa jua yang pernah wujud sebelum ni. Harap yang baik – baik saja muncul untuk awak selepas ni.
Nabilah Rahim : R3muknya hati. Aku rase dia da cukup rendah kan diri, waktu merayu kat kau dengan bekas isteri kau tu.. Pecah weh hati, lagi berapa hari je majlis.. hurmm… Betul la Tuhan ciptakan manusia berpasang pasangan.
Dan baik seseorang tu, baik la pasangannya.. macam tu la sebaliknya. Berdoa la selalu untuk tenangkan hati dan untuk dapat peluang untuk dengar sendiri kata – kata dia yang da maafkan kau. Yang baik baik je untuk kau.
Fieza Fizyanadeeb : Cantik susunan kata – kata ini. Seperti aku baca novel. Buat aku rasa nak baca sambungannya lagi. Tapi kalau ini luahan dari seseorang kesimpulannya aku rasa puas hati sebab azie telah move on dan dapat jodoh kalau itu ada lah benar jangkaan aku. Jadi minta tt move on lah jangan cari azie lagi seperti kata paksu. Mungkin yang tt rasa sekarang adalah kifarah jadi kisah lalu kamu berdua… Bimbingla isteri yang ada sekarang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.