Sehinggalah saat confession ini ditulis aku rasa berd0sa kepada Fiza kerana mempermainkannya. Aku sangat mencintainya. Yana aku anggap hanya seorang isteri yang sem4kin luntur kecantikannya, bukannya teman sejiwa aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih aku ucapkan kepada admin kerana sudi siarkan confession aku ni. Aku berharap sangat admin siarkan. Namaku Mael. Berasal dari utara Malaysia. Umur aku telah menjengah ke pertengahan 50-an, 2 tahun lagi bakal bersara.
Aku sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Baru menerima kehadiran menantu lepas raya haji haritu. Alhamdulillah. Cerita ini adalah cerita 20 tahun yang lepas. Tahun 2004. Masa tu umur aku dah berganjak ke usia 30.
Ramai kawan – kawan sudah mendirikan rumahtangga. Hanya aku sahaja yang belum. Masa tu aku bertugas sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarik4t pelantar minyak. Aku belum berkahwin sebab terlalu memilih paras rupa, padahal aku sedar aku pun bukanlah hensem sangat.
Ramai yang mahu jodohkan aku dengan orang tu orang ni tapi aku menolak sebab belum jumpa yang cantik persis bid4dari. Sebab itulah aku lambat bertemu jodoh. Di usia begitu Allah temukan aku dengan seorang gadis yang bekerja sebagai casher di sebuah pasaraya.
Namanya Fiza (bukan nama sebenar). Rupanya biasa sahaja, berkulit hitam manis jauh berbeza dengan kulit aku yang berw4rna kuning langsat. Al-kisahnya, sewaktu membayar barang di pasaraya tersebut dompet aku tercicir, si Fiza berlari – lari memanggil aku encik, encik untuk menyerahkan dompe aku.
Selepas menyerahkannya, Fiza mohon diri mahu kembali ke kaunter bayaran sebab ramai customer sedang menunggu. Aku meminta nombor telefonnya, aku katakan padanya bahawa aku akan menelefonnya kembali nanti.
Fiza menyebut nombornya dan aku menaipnya di telefon bimbit aku berjenama NOKIA pada masa itu. Selang beberapa hari kemudian aku telah menghubungi Fiza untuk ucapkan terima kasih. Fiza membaIasnya dengan ucapan sama – sama.
Selepas itu aku sering menghantar SMS kepada Fiza, bertanya khabar dan bertanya sudah makan ke belum. Mula – mula Fiza macam endah tak endah, bila aku katakan bahawa aku belum berkahwin dan bukan tunangan sesiapa dia akhirnya nampak lega.
Aku mengajak Fiza makan tengahari di restoren berdekatan dengan pasaraya tersebut. Fiza menceritakan latar belakang keluarganya. Menurut Fiza dia adalah anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak – anak yatim. Ibu dan bapanya meningggal sewaktu Fiza berusia 10 tahun, asbab kemaIangan jalan raya.
Keluarga kedua – dua bIlah pihak pula miskin dan tidak mampu untuk membelanya, akhirnya dia dihantar ke rumah anak – anak yatim tersebut sehingga dia tamat SPM. Selepas tamat SPM Fiza bekerja di pasaraya tersebut sehinggalah ke hari kami berjumpa tempoh hari.
Hampir setiap minggu kami berjumpa di restoren itu. Tempat kerja aku dengan Fiza tidaklah begitu jauh. Pernah sewaktu ulang tahun kelahirannya aku menyambutnya di restoren mewah. Aku beli kek dan berikan kad ucapan kepadanya. Fiza nampak teruja.
Setiap masa aku akan hantar SMS kepadanya. Sebelum tidur malam aku akan call ucap selamat malam. Jujur aku katakan, aku sebenarnya tidak punya apa – apa perasaan kepada Fiza. Aku hanya bosan dan sunyi. Ada je perempuan cantik yang minat pada aku tapi mereka semua ini amat membosankan, mengada – ngada, sering merajuk dan maintenance tinggi. Semua hadiah mesti mahal,
Tak macam Fiza, apa sahaja hadiah yang aku bagi semua dia terima tak kisah mahal atau murah. Aku layan Fiza sebab aku bosan, sunyi, tu je. Tak lebih dari tu. Aku selalu SMS Fiza. Saya cintakan awak. Saya rindukan awak.
Hati Fiza berbunga – bunga. Aku cakap kat Fiza aku nak meminangnya, padahal aku serabut sebab umur dah masuk 35 tahun tapi masih belum berbini. Fiza gembira. Disebabkan dia tiada ibu bapa, Umi dan Abi, pemilik rumah anak yatim itulah yang menjadi jurucakap.
Mak aku gembira kemain. Dia beli cincin paling mahal untuk Fiza. Aku je yang tak gembira dengan pertunangan ini. 2 bulan selepas bertunang, aku berjumpa dengan Yana (bukan nama sebenar), seorang guru matem4tik. Yana memang cantik, aku selalu keluar dengan Yana. Ya, aku sudah jatuh cinta dengan Yana.
Tidak berapa lama kemudian aku menghantar rombongan meminang sekaligus bertunang dengan Yana. Pada mulanya mak terk3jut. Aku katakan pada mak bahawa aku sudah putus dengan Fiza sebab tidak serasi. Mak hanya akur.
Pada hari tersebut kedua – dua beIah pihak juga telah bersepakat berkenaan tarikh majlis di kedua – dua beIah pihak. Fiza? Ya, waktu Yana sibuk dengan tugasan sekolahnya aku macam biasa keluar makan dengan Fiza, belikan dia hadiah dan SMS cakap rindu. Bila Yana free aku ignore Fiza.
Fiza mula mengajak aku mencari butik pengantin untuk buat tempahan. Aku selalu mengelak, aku katakan padanya aku sibuk. Ya, aku sibuk dengan urusan membuat persiapan kahwin dengan Yana. Pada suatu hari, sewaktu aku sedang asyik memilih baju pengantin di sebuah butik bersama Yana, Fiza tiba – tiba muncul.
Dengan tenang dia menegur aku. Bagai nak luruh jantung aku. Fiza bersalam dengan Yana sambil tersenyum. Seolah – olah tiada apa yang berlaku. Fiza bagitahu Yana bahawa aku ni kawan lama dia, kebetulan pada masa tu kata Fiza dia pun tengah usha baju pengantin cuma tunangnya sibuk tidak dapat hadir bersama.
Yana dengan spontan berbicara dengan Fiza seolah – olah mereka kenal lama. Aku rasa macam nak lari sahaja pada masa tu tapi kaki aku seolah – olah macam kena simen. Aku hanya diam membatu. Yana siap bagitahu Fiza tarikh majlis perkahwinan kami dan menghulurkan sekeping kad undangan perkahwinan.
Kata Yana kawan aku kawan dia jugak. Kata Yana jemputlah sekali tunang datang. Aku balik rumah dalam keadaan hati tidak tenteram. Lantas aku mohon cuti mengejut selama 3 hari. Aku pergi ke pasaraya tersebut namun aku tidak jumpa kelibat Fiza.
Aku mahu minta maaf kepadanya kerana telah meny4kiti hatinya. Menurut pekerja – pekerja di situ Fiza telah berhenti kerja 2 hari lepas. Ya Allah rasa berd0sanya aku. Aku cuba call Fiza beratus kali namun panggiIan aku tidak dijawab.
SMS yang aku hantar padanya juga tidak dibaIas. Aku mencari Fiza di rumah sewanya namun menurut teman serumahnya Fiza telah berpindah. Ke mana dia berpindah mereka tidak tahu. Aku tidak berputus asa. Kali ini aku ke rumah anak yatim tersebut namun Abi dan Umi sendiri tidak mahu memberikan kerjasama.
Kata mereka, mereka telah berjanji dengan Fiza untuk tidak memberitahu aku di mana dia berada. Pada masa itu aku rasa bagaikan nak giIa. Baru aku tahu sedar bahawa rupa – rupanya Fizalah cinta sejati aku. Aku mencintai Fiza, bukannya Yana.
Sehinggalah saat confession ini ditulis aku sangat rasa berd0sa kepada Fiza kerana mempermain – mainkannya. Aku sangat mencintainya. Yana aku anggap hanya seorang isteri yang sem4kin luntur kecantikannya, bukannya teman sejiwa aku.
Sebelum aku menutup mata aku teringin sekali berjumpa dengan Fiza. Aku sangat berd0sa kerana mempermain – mainkan perasaan seorang gadis yang naif. – Mael (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Mell Mariann : Fiza akhirnya sudah move on dan berkahwin dengan orang kaya dan berpindah ke luar negara. Sekarang tengah road tour dengan suami dia naik motor harley. Sekian ending dari saya.
Wani Wana : Bukan teman sejiwa sampai kluar 5 ketul, eh tkenangkan kisah lama zaman jaapar tonggek plak dah,udah – udah le mngimbau kisah lama, pakcik pun dah masuk fasa andropause dah, fiza dah dapat laki hensem muda dari pakcik, hadap je bini dan anak cucu tu, kena kerap solat jemaah dengan bini tu baru sedar dari lamunan panjang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.