Untuk pengetahuan, saya dan suami sebenarnya pergi sekolah rendah kebangsaan yang sama. Saya darjah 5 dan suami darjah 6. Kami juga sekolah agama yang sama. Tapi tak pernah jumpa. Sehinggalah masa saya darjah 6, saya terkesima..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya dah berkahwin dan mempunyai anak – anak. Alhamdulillah kami bahagia saja. Cerita saya sedikit panjang, harap korang tabah membacanya, hehe. Saya nak cerita macam mana saya boleh berjodoh dengan suami saya.
Betullah orang cakap, kadang – kadang jodoh kita itu betul – betul pernah ada depan mata kita. Masa sekolah rendah, setiap 2 tahun saya bertukar sekolah sebab ikut kerjaya ayah sebagai pegawai kerajaan. Jadi masa darjah 5 – 6, saya bersekolah di negeri selatan. Negeri selatan ada sekolah agama atau sogame (ringkasan nama).
Jadi sesi petang saya akan pergi sogame dan waktu itu, sogame akan bercampur dengan senior, pelajar sekolah menengah. Sebab dorang ni ada yang masuk darjah Khas (final year) atau masih belajar darjah biasa (bila gagal dalam exam sogame tak boleh naik darjah seterusnya sampailah kena lulus exam).
Seingat saya, momen ni berlaku masa saya darjah 6. Masa tu saya terjumpa seorang budak lelaki pakai baju Melayu putih dengan sampin merah (uniform pengawas sekolah agama). Saya tak kenal budak lelaki tu tapi saya betul – betul terkesima tengok dia.
Seolah – olah masa berhenti bila kami bertentang mata. Budak lelaki tu kulitnya cerah, hidung mancung, memang ada rupa. Tapi yelah momen tu hanya beberapa saat je jadi masing – masing pun berlalu pergi saje. 10 tahun kemudian, ketika saya berumur 22 tahun.
Saya tengah intern di suatu syarik4t minyak & gas di KL. Saya dapat tahu melalui staff syarik4t, ada senior universiti sama dengan saya pernah intern di syarik4t yang sama. Entah macam mana, saya terjumpa CV seorang senior lelaki ni jadi saya bukalah sebab alang – alang nak ambil no.telefon dia dan boleh minta report internship dia untuk buat rujukan.
Bila saya buka je CV tu dan tengok gambar ukuran passport dia, hati saya terus berdebar. Fikiran saya macam terbayang – bayang pernah nampak lelaki ni tapi tak tahu kat mana. Saya tengok alamat rumah dia, nama kampung dia macam saya pernah dengar.
Ahh saya abaikan perasaan tu sebab saya niat nak SMS dan email saje dia minta report internship untuk buat rujukan. Zaman tu smartphone belum wujud ye. Keadaan berjalan macam biasa. Saya dah dapat report dari senior, ucap terima kasih pastu saya senyap jelah haha.
Sampailah senior lelaki tu tiba – tiba je SMS saya masa saya start final year (saya dah habis intern dan dah masuk uni semula). Text dari senior yang sekadar tanya saya apa khabar, jaga kesihatan baik – baik akhirnya bertukar jadi kisah cinta kami hehe.
FYI, masa ni suami saya tak pernah tengok muka saya. Saya je yang pernah tengok muka dia melalui gambar CV dia. Kami jumpa buat pertama kali masa dia datang convo lepas dinner convo. Malam tu, saya ajak dia datang bawah blok asrama saya.
Suami saya cerita, dia memang berdebar – debar nak jumpa saya malam tu haha. Saya pula overexcited nak tengok dia depan – depan!! Bila kitorang saling bertentang mata tu kan, terus perasaan tu berbunga – bunga ye sebiji dalam movie romcom haha.
First impression suami terhadap saya, dia kata saya cute sangat dan loveable. Saya pula bila nampak je dia, dalam fikiran dan hati saya terus terdetik “I’m so gonna marry this guy!” Serius wehhh. Perasaan yang takkan saya lupa sampai bila – bila.
Hubungan kami berjalan sangat lancar dan akhirnya disatukan secara sah lepas berkawan selama 2 tahun. Selama proses berkawan ni lah baru kami sedar, rupanya saya dan suami betul – betul ditakdirkan untuk bersama akhirnya. Kenapa akhirnya? Sebab awalnya kami langsung tidak dipertemukan, hehe.
Babak kehidupan saya dan suami pada zaman remaja sampailah ke alam universiti ala – ala filem Turn Left Turn Right. Siapa tahu movie romcom ni? Popular tau cerita ni dulu sebab hero dia Takeshi Kaneshiro. Ok balik pada cerita saya, plot kisah saya dan suami lebih kurang storyline movie tu. Bila ingat balik rasa kelakar sangat momen tidak dipertemukan ni.
Masa saya form 1 sampai form 5, saya masuk SBP di Zon Selatan. Suami saya pula masuk MRSM di Zon Utara. Masing – masing berada di negeri paling Selatan dan paling Utara, menjalani kehidupan alam remaja yang menyeronokkan. Ibubapa suami memang duduk di negeri Selatan.
Ibubapa saya pula asal negeri Selatan tapi pada waktu saya masuk alam sekolah menengah, dorang telah berpindah ke negeri Pantai Timur. Keluar result SPM, saya dapat masuk asasi sains di universiti awam di Kuala Lumpur.
Pada tahun yang sama, suami rupanya telah menolak taw4ran persediaan ke Jepun di universiti awam, tempat saya belajar asasi. Maksudnya, kalau kata suami ambil taw4ran tersebut, mungkin kami akan terjumpa di situ sebab kolej asasi saya hanya bersebelahan saje dengan kolej persediaan ke Jepun.
Dan laluan saya pergi kuliyah asasi memang akan selisih dengan kuliyah pelajar persediaan ke Jepun. Ketika saya belajar asasi ni, suami telah menyambung pelajarannya di universiti swasta di Perak. Bila saya tamat belajar asasi, saya dapat taw4ran sambung degree di universiti yang sama dengan asasi.
Pada waktu itu, saya juga dapat taw4ran degree di universiti swasta di Perak. Akhirnya saya pilih meneruskan pengajian di universiti swasta di Perak, tempat yang sama suami saya belajar. Masa ni saya tak tahu pun jodoh saya belajar di universiti tersebut.
Saya main pilih je sebab teringin nak masuk universiti budak – budak pandai haha. Selama 4 tahun belajar di universiti, tak pernah sekalipun saya terjumpa suami saya. Dia tak pernah nampak saya dan saya pun langsung tak nampak dia.
Yang peliknya, kawan – kawan suami di universiti, boleh pula saya kenal. Sekurangnya, saya pernah nampak lah sorang dua kawan dia sebab kami ni sebenarnya belajar course kejuruteraan yang sama. Suami saya ni cuma senior setahun je.
Boleh pula sampai dia dah habis belajar dia tak nampak saya?? Haha. Masalahnya saya pun tak nampak dia juga!!! Bila suami saya pergi internship, saya masih ada di universiti tahun kedua. Bila suami saya dah balik dari internship (started his final year at university), saya pula yang pergi internship!
Boleh pula kan kitorang pergi intern kat syarik4t yang sama? Dia keluar, saya pula masuk. Bila saya dah masuk universiti semula, dia pula yang keluar sebab dah habis belajar. Haha hadoiiii lah. Memang timeline kami untuk berjumpa tak pernah kena. Sebiji dalam movie kan? Hehe.
Hanya disebabkan saya buka CV dia masa saya intern, baru saya dapat kenal jodoh saya. Dan hanya sebab dia sengaja hantar satu text ringkas pada saya, dia dapat kenal surihati dia. Akhirnya, kami dipertemukan jua dalam satu waktu yang tepat.
Kiranya universiti kami ni jadi final destination untuk kami bertentang mata setelah sekian lama terpisah haha. Untuk pengetahuan, kami pun sebenarnya pergi sekolah rendah kebangsaan yang sama. Saya darjah 5 manakala suami darjah 6. Korang dah boleh agak, kami memang tak pernah jumpa satu sama lain!
Dan bila kami dah kahwin, saya ada tanya suami saya, dia pernah tak pakai sampin merah masa sekolah agama? Dia jawab pernah. Masa tu mungkin dia form 1 sebab dia pun pergi sekolah agama, sekolah yang sama dengan saya.
Jauh di sudut hati saya mengiyakan budak sampin merah itu ialah suami saya. Begitulah cerita kami umpama filem Turn Left Turn Right versi tempatan hehe. Alhamdulillah syukur berjodoh juga kami akhirnya. Walaupun perwatakan kami berbeza macam langit dan bumi, tapi kami boleh rasa perasaan saling mencintai dan menyayangi tu sampai bila – bila. Doakan kami berdua sentiasa berkasih hingga ke hujung nyawa. Terima kasih kerana membaca. The end. – Muffincake (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sherry Na : Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Kisah saya tidaklah sedram4tik tt tapi suami saya ni pun asalnya dah depan mata tapi waktu tu saya dah bertunang dengan orang lain. Bila saya putus tunang, ada kawan office ajak keluar minum petang beramai (geng single). Start dari hari tu kami berkawan dan tak sampai setahun bertunang dan bernikah. Now dah 15 years in marriage and blessed with 3 kids. Alhamdulillah
Yusofa Yusof : Tersenyum baca cerita ni.. sangat sweet.. comel sangat dua – dua ni.. semoga kekal bahagia sampai bila – bila ya.. nanti akak nak cari jugak movie ni.. terima kasih dik berkongsi kisah yang manis ini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.