Saya bagi izin suami kahwin lain, tapi rupanya dia nak ceraikan saya. Saya nekad bercerai, tapi akhirnya saya dan bekas suami terlanjur..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya seorang ibu tunggal yang sudah lebih setahun bercerai dan mempunyai seorang anak. Perjalanan ini bermula apabila bekas suami saya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi setelah kami mempunyai seorang anak. Pada masa itu, anak kami belum pun mencapai usia setahun.
Sejujurnya, keputusan untuk memberi ‘greenlight’ kepada hasrat suami bukanlah sesuatu yang mudah. Kepercayaan saya terhadapnya telah lama tergugat, kerana sebelum berkahwin, dia telah berkali – kali berlaku curang.
Namun, demi menjaga keharmonian rumah tangga dan untuk memberi peluang kepada anak kami membesar dalam keluarga yang lengkap, saya memberinya peluang dengan beberapa syarat tertentu. Namun, apa yang menyedihkan, ketika dia menyatakan niat untuk berkahwin lagi, dia sebenarnya belum mempunyai calon.
Selepas saya memberi keizinan, dia dengan cepat mula mencari calon. Dan akhirnya, dia kantoi bersama seorang perempuan di dalam kereta. Walaupun kecewa dan marah, dia berjanji untuk tidak mengulanginya. Saya cuba bertahan dan memberikan peluang sekali lagi.
Namun, keadaan menjadi sem4kin sukar apabila perempuan tersebut datang kepada saya dan memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan suami saya selepas kami bercerai. Ini benar – benar mencetuskan kemarahan dalam diri saya.
Walaupun saya memberi keizinan kepada suami, dia tidak memenuhi satu pun syarat yang saya tetapkan. Lebih teruk lagi, dia menipu saya. Selepas beberapa bulan cuba bertahan, akhirnya saya tidak lagi sanggup berhadapan dengan per4ngai curang suami yang seolah – olah tidak berkesudahan.
Meskipun kami sudah mempunyai anak, sikapnya tidak berubah. Akhirnya, kami bercerai, dan saya memulakan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Kini, lebih setahun selepas perpisahan itu, saya mendapat tahu bahawa perempuan yang menyebabkan penceraian kami telah kehilangan pekerjaannya.
Walaupun perasaan marah terhadapnya masih ada, saya tidak dapat lari daripada merasa kasihan. Pada masa yang sama, setiap kali melihat anak saya, hati ini h4ncur kerana saya tahu dia merindui ayahnya. Setiap hari, dia bertanya di mana ayahnya.
Hubungan saya dengan bekas suami ketika ini agak baik, kami berhubung hanya untuk urusan anak. Kami kerap melakukan panggiIan video untuk menunjukkan keadaan anak kepada bekas suami. Sehingga suatu hari, bekas suami tiba – tiba menunjukkan minat untuk kembali bersama saya.
Pada mulanya, saya terk3jut, tetapi akhirnya saya menerimanya. Namun, tidak lama selepas itu, kami terlanjur. Tidak lama selepas kejadian tersebut, saya mendapat tahu bahawa bekas suami masih berhubungan dengan perempuan yang menyebabkan perpisahan kami.
Ini membuatkan saya keliru dan kecewa. Dia menyatakan ingin kembali bersama saya, tetapi masih berhubungan dengan perempuan lain. Saya marah, tetapi kemudian saya memikirkannya semula. Sejak hubungan kami kembali baik, bekas suami banyak membantu saya dalam urusan rumah tangga dan keperluan anak.
Hidup sebagai ibu tunggal tidak mudah, apatah lagi dengan seorang anak yang baru berusia dua tahun. Seperti ibu – ibu tunggal yang lain, saya memahami betapa sukarnya menjaga anak seorang diri, terutamanya apabila anak jatuh s4kit atau meragam.
Ada kalanya anak saya akan mencari ayahnya, terutama ketika dia tidak sihat. Ketika kami bercerai, anak saya masih terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Tetapi sekarang, pada usia dua tahun, dia sudah boleh menunjukkan betapa gembiranya dia setiap kali melihat kami bersama.
Dia kelihatan sangat bahagia apabila dapat melihat ibu dan ayahnya tidur bersama, menghantarnya ke taska bersama – sama, dan bangun pagi bersama – sama. Kehadiran ayahnya benar – benar memudahkan tugas saya sebagai ibu.
Namun, dalam masa yang sama, saya tahu bahawa bekas suami masih bercinta dengan perempuan itu. Saya mendesaknya untuk membuat keputusan, tetapi dia meminta lebih masa. Saya juga memintanya untuk jujur dengan perempuan tersebut mengenai apa yang berlaku antara saya dan dia.
Walaupun pada mulanya perempuan tersebut tidak dapat menerima, kini mereka berdua kembali seperti biasa. Keadaan ini membuatkan saya geram. Jika benar dia menyayangi saya dan anak, dia sepatutnya boleh membuat pilihan dengan jelas.
Tetapi hakik4tnya, dia kelihatan selesa dengan situasi sekarang, di mana dia mempunyai dua perempuan dalam hidupnya. Namun, pada masa yang sama, saya tidak boleh memutuskan hubungan dengannya. Kad bank bekas suami berada dengan saya, dan saya menggunakannya untuk membeli barang keperluan anak dan diri saya sendiri.
Saya keliru dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapi situasi ini. Setiap hari, apabila melihat anak saya, hati ini h4ncur. Kadang – kadang, dia akan bangun pagi dan bertanya di mana ayahnya. Dia juga sering pulang dari taska dan berkata bahawa ayahnya tiada. Walaupun kecil, dia sangat kuat dalam menghadapi situasi ini.
Saya tertanya – tanya, adakah sesiapa di luar sana yang melalui situasi seperti saya? Atau mungkin ada yang mengalami perceraian ibu bapa sejak kecil, bagaimana perasaan anda apabila membesar? Saya kasihan melihat anak saya, dan saya benar – benar tidak tahu apa yang terbaik untuk masa depannya. – Janda Pend0sa (Bukan Nama Sebenar)
Komen W4rganet :
Amira Ismail : Puan Nikah balik dengan bekas husband.. Dengan perempuan lagi 1 tu minta suami nikah juga. Selesai masalah. Yang penting sama – sama ikhlas bermadu. Benda pun dah jadi.. baik halalkan hubungan kedua – duanya.. bila dah bermadu kalau rasa sedih atau sunyi buat confession lagi 1 cerita kat kami balik. Nanti kami bagi cadangan lain pulak sebab hidup sendiri pun puan tak boleh nak buat keputusan.
Nur Amira : Kalau gini better dari awal takyah nak bercerai sis. Tak pun rujuk je balik senang. Pastu sis buat hal sis, dia buat hal dia. Anggap je laa terp4ksa berbaik demi anak. Daripada duk buat d0sa, kesian anak. Nanti dia besar sure dia pun faham mak ayah dia buat benda tak elok.
Nora Noraini : Macam takde penyesalan weh… Serius dunia dah tenat. Aku lebih risaukan berz1na dari hal lain dalam cerita ni.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.