Kami kahwin tak sampai 2 tahun pun tapi suami dah nak kahwin lagi dengan kawan sekolah lama. Suami kesian sebab wanita tersebut sudah kematian suami dan tak pernah bahagia sepanjang perkahwinan.. Saya siasat…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt admin, sila sembunyikan Facebook saya ya. Saya ingin berkongsikan kisah mengenai diri saya, suami saya, dan bakal madu saya, iaitu seorang wanita yang baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca – pembaca yang sudi membaca dan saya ingin meminta pendapat dari semua untuk mendapatkan ketenangan jiwa pada masa akan datang.
Begini kisahnya. Dua minggu lepas, suami saya telah melakukan sesuatu yang meny4kitkan hati saya. Dia memberitahu secara bersemuka dengan saya bahawa dia ingin berkahwin lagi. Pada awalnya, dia asyik memberikan tanda – tanda ingin ber’kahwin’, tidak kira dengan bangsa apa pun, secara berseloroh.
Sehingga pada suatu hari, dia berbicara tentang poligami dengan nada serius. Dia menceritakan bahawa bakal madu saya ini setahun lebih tua dari saya dan sebaya umur dengan suami saya. Dahulunya, mereka adalah teman sekolah menengah dan bertemu kembali tiga bulan lalu.
Suami saya berasa kasihan kepada bakal madu saya selepas mendengar kisah hidupnya yang pahit, iaitu kehilangan suami akibat ser4ngan jantung. Bakal madu saya pernah mengalami kecurangan dari pasangan dahulu sehingga sekarang dia menjadi janda dan agak lama hidup sendiri kerana sukar nak mempercayai lelaki, terutama yang sudah beristeri.
Dia berasa selesa apabila berkawan dengan suami saya dan dari situlah, selepas beberapa kali pertemuan di tempat awam untuk bersarapan pagi, suami saya menyatakan hasrat ingin memperisterikan bakal madu saya ini. Pada masa itu, barulah suami saya berterus terang bahawa dia sudah berkahwin.
Bakal madu saya tiada niat untuk meny4kiti hati orang lain dan telah memaklumkan kepada suami agar mendapat restu dari saya. Pada awalnya, bakal madu saya juga terk3jut apabila mengetahui kawannya adalah suami orang, bukan duda ataupun bujang.
Maka, dia meletakkan syarat – syarat tertentu untuk menjaga hati masing – masing, terutama hati saya sebagai isteri. Pada asalnya, suami bercadang untuk merahsiakan perkara ini dan juga meminta nasihat daripada adik beradik serta bapanya tanpa pengetahuan saya tentang niatnya untuk bermadu.
Mereka juga merasa kasihan akan nasib saya (saya mengintip telefon suami ketika dia sedang tidur). Maka, saya adalah orang yang terakhir mengetahui segalanya. Saya perlu menerima hakik4t bahawa saya bakal dimadukan walaupun suami menginginkan saya berbaik dengan calon madu saya.
Sepatutnya, suami isteri tiada rahsia antara kedua – duanya. Saya tekad mencari tahu siapa sebenarnya wanita itu, dan saya pun “siasat” Facebook suami sewaktu dia tidak ada di rumah. Saya menjumpai gambar wanita tersebut di senarai rakan suami dan dengan naluri seorang isteri, saya mesej wanita itu melalui WhatsApp, setelah mendapatkan nombornya dari Facebook.
Pada hari suami memberitahu tentang keinginannya berpoligami, saya meng4muk, ketawa seperti orang giIa, murung, dan tertanya – tanya di mana silap atau kekurangan saya sehingga saya diperlakukan begini. Saya merasakan kehilangan separuh nyawa, terper4ngkap, dan dikhi4nati oleh orang yang saya amat cintai.
Saya sudah berbicara dan bertemu secara bersemuka dengan calon madu saya dan komunikasi antara kami berjalan dengan baik sekali. Setelah mendengar cara suami “tackle” hati calon madunya, saya rasa geram kerana dia tidak memikirkan perasaan saya sebagai isterinya.
Walaubagaimanapun, saya menerima bakal madu saya dengan baik dan bersyukur kerana ada keserasian antara mereka dari segi hobi. Bakal madu saya adalah seorang wanita baik yang ingin merasai kebahagiaan setelah lama berjuaang sendirian di perjalanan hidupnya yang pahit.
Dia tidak akan bersetuju untuk berpoligami sekiranya saya tidak merestui. Kini, saya merasa bad mood, ingin mengawal aktiviti harian suami kerana rasa tidak selamat yang menebal. Saya asyik teringat perbuatannya yang tidak jujur dari awal perkenalannya dengan wanita itu.
Saya juga tiada sesiapa di sisi kerana saya berasal dari seberang negeri, menyebabkan saya merasa terper4ngkap dan diperb0dohkan oleh suami dan kadangkala perasaan marah kembali mengh4ntui diri. Saya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa tanpa pendapatan sampingan.
Suami saya mampu berpoligami dari segi kewangan walaupun dia bukan jutawan. Saya masih mencintai suami saya dan dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Bagi saya, poligami adalah sesuatu yang amat sukar diterima memandangkan rumah tangga kami baru dibina, belum mencapai dua tahun pun.
Saya juga pernah memegang status janda selama 9 tahun sebelum ni, jadi kepercayaan terhadap lelaki memang sukar, lebih – lebih lagi setelah melalui pengalaman penceraian dengan bekas suami yang mengabaikan tanggungjawabnya selama 15 tahun.
Saya bertemu dengan suami saya yang sekarang melalui laman jodoh Facebook, di mana dia berusaha keras untuk memperisterikan saya. Dari sudut agama, suami saya melakukan perkara – perkara yang perlu dengan sempurna, menjaga maruah dan kehormatan saya sebagai seorang janda dan juga seorang mualaf.
Justeru, saya boleh menerima bakal madu saya kerana saya menghorm4ti perjalanan hidupnya yang penuh ujian. Saya juga menghorm4tinya sebagai seorang kakak kerana pemikirannya yang matang, kuat dari segi mental, dan berdikari.
Apa yang berlaku ini adalah perancangan Allah SWT. Kepercayaan saya terhadap suami tidak lagi sama seperti dahulu, dan saya diuji dari segi emosi dan mentaliti untuk terus taat kepada suami demi keredhaan Allah SWT.
Saya perlu menghadapi segala c4baran yang bakal tiba dalam rumah tangga. Saya perlu mengisi masa dengan perkara – perkara yang bermanfaat. Segala ujian dari-Nya adalah untuk menguji keimanan kita dan kesabaran kita untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
Setiap rumah tangga yang dibina, kita semua menginginkan kebahagiaan dan ketenangan jiwa untuk mencapai rumah tangga sakinah, mawaddah, w4rahmah. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan hati ini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.