Masa duit aku banyak, aku rasa aku ada kuasa. Aku abaikan isteri aku. Aku lupa diri. Duit banyak buat aku tamak. Aku mula main saham. Saham terakhir yang aku labur hilang terus. Aku report polis, rupanya..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Arman. Kalau nak ikutkan, dulu aku adalah lelaki yang orang lain pandang tinggi. Hidup aku mewah, kaya, dan penuh dengan pujian. Rumah aku besar, kereta aku bertukar setiap tahun, anak-anak aku masuk sekolah swasta, dan isteri aku tak pernah kurang apa-apa.
Tapi semua tu cuma cerita luar. Hakik4tnya, aku adalah lelaki yang tamak, tak bertanggungjawab, dan rosakkan hidup sendiri. Aku bermula sebagai kontraktor. Rezeki aku murah. Aku dapat banyak projek besar. Tapi aku tak dapat semua tu dengan cara bersih.
Aku biasa bagi ‘hadiah’ pada pihak-pihak tertentu untuk melicinkan urusan. Aku tak fikir panjang masa tu sebab projek tetap jalan, duit tetap masuk, dan hidup aku bertambah mewah. Aku lupa diri. Duit banyak buat aku tamak.
Aku mula main saham. Kali pertama aku cuba, aku untung besar. Aku rasa aku pandai. Aku labur lebih banyak, sebab aku fikir rezeki aku takkan pernah putus. Tapi itulah kesilapan besar aku. Saham terakhir yang aku labur hilang terus.
Bila aku buat laporan, polis kata itu kerja sc4mmer. Aku tak boleh buat apa-apa. Duit yang aku labur habis lesap. Aku panik. Tapi aku tak nak gaya hidup aku berubah. Aku mula pinjam duit dari kawan-kawan, saud4ra mara, dan siapa saja yang sudi.
Aku janji nak bayar balik cepat sebab aku yakin aku boleh bangkit. Tapi ternyata aku tak mampu. Satu lagi d0sa aku yang aku tak boleh lupa, aku curang. Masa duit aku banyak, aku rasa aku ada kuasa. Aku abaikan isteri aku, Mira, yang setia dari aku mula-mula susah dulu.
Duit aku habis pada perempuan-perempuan yang tak pernah peduli pasal aku. Mereka cuma peduli pada poket aku. Aku anggap Mira tak penting, walaupun dia ibu pada anak – anak aku. Masa tu aku fikir aku boleh ada segalanya – duit, perempuan, dan keluarga. Tapi aku lupa, semua benda ada batas.
Bila duit dah habis, aku mula rasa bahangnya. Projek dah tak jalan sebab aku tak mampu ‘melayan’ orang macam dulu. Hutang aku m4kin menimbun. Setiap kali aku keluar, aku rasa tak aman. Aku takut jumpa orang yang pernah bagi aku pinjam duit.
Aku malu. Aku hilang semua kawan yang dulu rapat dengan aku. Mira mula taw4r hati. Dia pernah cuba tegur aku dulu, tapi aku buat tak tahu. Aku lebih pentingkan keseronokan aku. Akhirnya, dia minta cerai. Anak-anak aku pun ikut dia sebab aku tak pernah peduli pasal mereka sebelum ni.
Rumah aku kosong. Barang – barang dalam rumah aku satu persatu aku jual untuk bayar hutang. Aku cuba cari kerja untuk teruskan hidup, tapi setiap kali aku dapat kerja, aku tak boleh bertahan lama. Bos-bos aku tak suka cara aku bekerja, sebab aku dah biasa hidup senang tanpa usaha.
Aku terp4ksa jadi pemandu e-hailing untuk dapat duit sikit – sikit. Anak – anak aku tak mahu jumpa aku. Bila aku call, mereka tak angkat. Bila aku cuba hubungi Mira, dia cuma baIas dengan satu mesej pendek: “Jangan cari kami lagi.”
Sekarang aku hidup dalam kesunyian. Hari – hari aku duduk di bilik kecil sewa aku, termenung fikir apa yang aku dah buat. Aku teringat masa – masa aku hidup mewah, tapi aku tak rasa bahagia. Semua tu cuma fatamorgana. Apa yang aku kejar akhirnya musn4hkan aku.
Aku menyesal, tapi penyesalan aku dah tak ada guna. Isteri aku dah bahagia dengan hidup dia sendiri. Anak – anak aku berjaya tanpa aku. Kawan – kawan aku hilang semua sebab aku khi4nati kepercayaan mereka. Aku cuma nak cakap satu perkara: kalau kau ada peluang, hargailah apa yang kau ada. Jangan tamak macam aku.
Jangan pentingkan diri sendiri sampai kau lupa orang-orang yang betul-betul sayang kau. Sebab bila semua tu hilang, kau akan sedar, tak ada apa-apa lagi yang tinggal. – Arman (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hidayah Salan : Kawan – kawan yang bagi pinjam duit jangan dilupakan, bang. Bayar balik duit mereka. Bayar sikit-sikit kalau tak mampu nak bayar banyak janji ada usaha nak bayar semula. Hutang tetap hutang. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Nurul Aini Ahmad : Alhamdulillah Allah baIas di dunia. Moga kesabaran kegigihan penyesalan menghadapi segalanya menjadi asbab tiket ke syurga. Beruntunglah orang mukmin. Diuji dia sabar dapat pahala
Akied Rahman : Kenapa kalau banyak duit mesti ada perempuan lain? Ramai – ramai perempuan tu untuk apa? Duit banyak patutnya boleh hidup tenang, ada saving dan boleh berikan parent, isteri / suami dan anak – anak kesenangan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.