Lama suami aku tak balik, sehinggalah dia balik rumah bawak perempuan tu. Suami balik nak ambik barang – barang dia. Perempuan tu berdiri cekak pinggang. , “Lepas kena cerai ni, kau nak duduk di mana?” Autom4tik tangan aku naik..
#Foto sekadar hiasan. Aku kenal abah Khadija masa tahun akhir dekat universiti. Bagaimana kenal? Macam drama ya, beg duit aku tercicir, dia jumpa dan beri balik kepada aku. Aku lihat duit dalam itu tidak terusik. Aku rasa dia orang yang jujur. Kami bertukar nombor telefon dan terus bercinta.
Tapi abah Khadija tidak suka kawan-kawan aku sebab dia rasa dipersendakan dan dipandang rendah. Aku tidak rasa begitu, tetapi kerana aku sangat sayangkan dia, aku pun jauhkan diri daripada kawan-kawan. Abah Khadija tinggal di Seting Garden, sedangkan kawan – kawan aku pula sama seperti keluarga aku.
Pendapatan sederhana, hidup selesa, mampu memberi elaun RM600 sebulan kepada anak- anak. Zaman itu RM600 ini umpama nilai gaji bulanan ya. Habis belajar, abah Khadija ajak aku kahwin. Ibu bapa aku tidak setuju.
Drama juga masa itu. Aku pula baru bekerja enam bulan, terus buat pinjaman untuk kahwin. Kononnya itu duit daripada abah Khadija. Huru – hara juga keluarga aku dengan keluarga dia. Dah kahwin, sebab ibu bapa tidak setuju, aku seakan merajuk.
Aku jauhkan diri daripada keluarga. Kami menyewa flat di Setiawangsa. Sewa dengan kawan dia sebab nak jimat. Aku yang rambut blonde kepok-kepok ini… dah kahwin tak kisah ya turun naik bas pergi kerja. Makan mana yang ada sahaja.
Pergi kerja bawa bekal. Dulu di rumah ada dua orang pembantu rumah. Masa belajar, elaun bulanan RM600, belum masuk pinjaman pendidikan. Bayangkan, aku tidak tahu memasak? Memang tidak lah… tapi aku belajar masak.
Setiap hari aku buat bekal. Nasi goreng mentah lah, hangit lah, macam-macam. Kami hadap berdua sampai aku jadi pandai masak. Ada masa tidak cukup duit, kami kumpul syiling yang ada di lantai semata-mata nak buat tambang pergi kerja esok.
Aku teringat masa aku teringin nak makan durian. Masa itu aku mengandung. Kami pinjam motosikal rakan serumah kami, kemudian pergi Chow Kit beli durian. Aku tampung durian atas paha. Beli banyak juga masa itu. Bila abah Khadija Ianggar lubang, aduh… t4jam duri durian itu tusuk ke paha. Sakit. Haha.
Pernah aku demam teruk. Teruk sangat. Makan tidak lalu. Nak pergi klinik pula tiada duit. Aku dengar abah Khadija telefon bapanya nak pinjam duit, tetapi bapanya jawab dia pun sama tiada duit. Aku ingat lagi masa itu dia baring sebeIah aku, tuam kepala dengan tuala basah. Menangis dia rasa tidak berguna.
Makan roti tamat tempoh? Itu biasa sangat. Aku ingat lagi masa balik rumah ibu bapa. Baju aku koyak dan lusuh. Ibu aku perhati sahaja tetapi tidak cakap apa-apa. Masa aku nak balik, ibu cakap dia ada banyak baju tidak muat, nak buang sayang. Ambillah. Sampai rumah menangis aku, kenapa macam ini pula hidup aku.
Belum lagi cerita naik bas tidak cukup tambang. Pemandu bas itu perasan dan dia turunkan kami di tengah jalan. Jauh juga menapak masa itu. Bayangkan, dua jam kami berjalan kaki nak sampai ke rumah. Masa mula kahwin, abah Khadija suka dukung aku.
Satu hari nak dukung aku yang tengah mengandung, tangan dia boleh terlepas. Terus dia tampung dengan tangan dia supaya aku tidak jatuh ke lantai. Tangan dia terkena bucu meja. Koyak. Mengalir d4rah banyak sangat. Kena jahit juga.
Selalu kalau aku usap parut itu, dia akan usik cakap, “Ini bukti, sanggup mati untuk awak.” Mengekek aku ketawa bahagia masa itu. Semuanya berubah bila satu hari abah Khadija dapat taw4ran jadi eksekutif di sebuah syarik4t multinasional.
Aku la orang paling gembira masa itu. Dah berangan nak makan sedap, boleh beli kereta, boleh sewa rumah sendiri. Aku memang puji abah Khadija. Dia memang rajin dan bersemangat tentang kerjanya. Selalu balik lambat.
Aku pun tiada benda nak komplen sebab kehidupan m4kin selesa masa itu. Tapi sampai satu masa, dia jadi pendiam. Tiap hari balik lewat. Sampai aku kena naik teksi balik hampir setiap hari. Pergi kerja pun dia tidak mahu hantar.
Nasib baik pengasuh anak duduk tingkat bawah sahaja. Lepas hantar anak, aku pergi ke hentian bas tunggu bas. Masa ini kami mula kerap bergaduh. Tiap hari aku salahkan diri. Mesti sebab aku ada anak awal sangat… mesti sebab pagi tadi aku tidak ucap selamat pagi dengan lembut, mesti sebab semalam aku tidak senyum… suami aku berubah sebab salah aku ini.
Tertanya – tanya kenapa dia tiba – tiba berhenti bercakap dengan aku. Siksanya layanan senyap ini. Hari itu dia tidak balik lagi… anak aku tidur… aku buka komputer. Tergerak hati nak buka emel kerja dia. Semua ok… tapi ada satu emel itu subjek: Pangkor.
Aku buka… nak terputus nafas aku lihat gambar dia berpeluk dengan seorang perempuan. Video dia bergurau gigit leher perempuan itu, video perempuan itu suap dia makan, gambar mereka bercuti… selfie dalam bilik air. Perempuan itu berdiri dekat depan sambil pegang telefon, abah Khadija peluk perempuan itu dari belakang. Banyak sangat gambar tidak senonoh mereka berdua. Aku sampai tidak boleh menangis masa itu.
Bila aku menangis? Esoknya… masa aku tahu semuanya sudah terlambat. Aku tidak berjaya menyelamatkan keluarga aku. Tapi siapa perempuan ini? Mana aku nak cari? Sampai satu hari, aku dapat WhatsApp dari kawan sekerja aku.
Dia tanya aku sudah pindah dekat Cheras ke, sebab nampak kereta abah Khadija setiap hari parkir di situ. Duduk blok mana? Masa ini aku memang mencari kembali kawan-kawan zaman jahiliah aku. Mereka inilah yang banyak membantu aku.
Akhirnya, aku dapat tahu perempuan itu budak praktikal di tempat kerjanya. Umurnya baru 19 tahun masa itu. Bila abah Khadija balik rumah, aku bersemuka dengannya. Dia jawab tidak mungkin dia nak meIukakan hati perempuan itu.
Aku suruh dia memilih antara aku dan Khadija atau perempuan itu. Sebab aku panggil teman wanitanya itu “sundal,” aku teruk kena belasah malam itu di hadapan Khadija. Bukan sekali dua, tetapi banyak kali dia naik tangan.
Lepas itu, dia hilang lama. Bila dia balik, aku merayu supaya dia jangan tinggalkan aku. Paling tidak boleh lupa, aku melutut memintanya supaya jangan tinggalkan aku. Apa yang dia buat? Dia rentap rambut aku, kemudian seret aku ke depan cermin. Dia berkata, “Kau tengok muka kau yang b0doh ini… kau ini b0doh tahu tak?”
Masa itu aku sudah rasa tidak ada harga diri langsung. Dengan comot menangis, hingus mengalir, muka Iebam kena pen4mpar. H1na sangat. Bagaimana aku boleh rapat dengan Jebat? Semuanya bermula masa dalam lif. Jebat bertanya kenapa tangan aku Iebam.
Aku tidak menjawab, tetapi selepas itu kami sering bertembung. Dari situ, dia mula ajak aku makan tengah hari. Ada satu hari, selepas lama tidak balik, abah Khadija balik rumah. Faham tak perasaan teruja itu bila suami balik?
Aku masih berharap dia sudah sedar bahawa aku ini isterinya. Tetapi masa itu aku perasan dia datang dengan perempuan itu. Mereka datang untuk mengambil barang abah Khadija. Dengan cekak pinggang, perempuan itu tanya aku, “Lepas kena cerai ini, kau nak duduk di mana?” Memang aku t4mpar terus perempuan itu.
Hasilnya, abah Khadija menend4ng aku dari belakang dan meIudah aku. Masa itu aku peIuk kaki dia. Dia tepis dan tolak aku. Masa dia tolak itu, aku terpandang parut di tangan dia. Sedihnya masa itu… terus terimbas kembali dia pernah berkata, “Ini bukti, sanggup m4ti untuk awak.”
Masa itu aku sudah betul – betul hilang punca. Aku persoalkan kenapa Allah tarik kebahagiaan aku. Masa itu aku mula mencuri – curi pergi ke gereja tiap Ahad. Di situlah kawan bekas teman lelaki aku, seorang doktor, nampak aku.
Dia menelefon doktor itu dan memberitahu bahawa dia nampak aku di gereja. Kami dulu sama – sama kaki berpesta. Aku putus dengan dia sebab abah Khadija. Masa itu aku persoalkan sampai bila aku nak hidup seperti itu.
Abah Khadija ini baik, dia tidak minum. Tetapi orang yang aku pernah anggap jahat inilah yang menggembirakan aku semula. Perlahan – lahan aku mula kembali kepada-Nya. Dalam masa yang sama, Waleed mula menghubungi aku semula, bertanya khabar.
Ini jangan salah faham ya… Waleed memang berkenan dengan aku sejak zaman kami belajar cuma aku tidak perasan. Aku berkahwin, kami masih berhubung tetapi tidak rapat seperti masa muda. Sekadar berbalas ucapan selamat hari raya setahun sekali.
Bila dia tahu aku sudah bercerai, kebetulan sehari sebelum aku habis eddah, dia bertanya sama ada aku sudi atau tidak berkahwin dengannya. Masa itu aku betul-betul hilang minat dalam hidup. Aku fikir, bercinta lama-lama pun akhirnya boleh bercerai juga. Jadi, baiklah aku berkahwin dengan orang yang aku tidak cinta. Apa-apa yang terjadi, aku tidak akan terlalu patah hati.
Tetapi sekarang ini alhamdulillah, aku sudah mula menyayangi dia. Aku ada anak berumur 9 tahun. Ini adalah perkahwinan kedua aku. Mak mertua berasal dari kampung… sangat baik. Seumur hidupnya dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada keluarga.
Dia tidak pernah keluar bekerja. Kawan-kawan dia hanya adik-beradik, geng surau, dan jiran tetangga terdekat sahaja. Jenis kalau bertandang ke rumah anak menantu, masa masuk mata jadi buta, telinga jadi pekak… bila keluar pula mulut jadi bisu. Tidak tahu memandu, tidak pandai menulis, tetapi tahu membaca sedikit-sedikit.
Dia suka menelefon kami, anak menantu. Setiap hari telefon. Kadang-kadang telefon tidak bercakap apa-apa pun… dia diam, aku pun diam. Kadang-kadang telefon hanya untuk bertanya sama ada aku sudah makan atau belum.
Tidak dinafikan, kadang – kadang aku rasa sedikit rimas sebab aku ini jenis telefon hanya bila perlu sahaja. Tambahan lagi, sekarang ada WhatsApp… apa-apa pun hanya perlu chat sahaja. Kalau sibuk macam mana pun, nanti boleh periksa WhatsApp. Tidaklah kerja kita terganggu.
Semalam mertua telefon lagi. Aku tidak jawab sebab sedang memasak. Kebetulan anak aku tengah menyusun meja. Jadi aku cakap, “Opah ini selalu telefon… tidak ada benda penting pun telefon.” Anak aku diam sekejap kemudian dia membalas, “Ibu, layanlah saja… opah sunyi itu. Ada mertua baik itu kira untunglah… dulu dah pernah dapat mertua tak baik, kan? Ini Allah ganti yang baik… ibu layanlah saja.”
Sumpah… aku terdiam. Aku dengan abah dia bercerai masa dia berumur 6 tahun. Habis eddah aku terus berkahwin dengan Waleed dia. Tiga perkara yang aku belajar: Anak ini memerhati semua perkara. Budak kecil ini bercakap tanpa tapis, terus dari hati. Kita perlu lebih menghargai mertua.
Kalau nak tahu cerita aku bercinta selepas berkahwin ini… ia mungkin memerIukan lebih daripada 200 patah perkataan untuk aku ceritakan. Bahagian ini lebih menarik untuk pihak suami tahu… apa rasanya apabila diterima dalam keadaan tidak diterima.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.