Lepas ibu meninggaI, ayah lari, suruh aku yang jaga adik-adik. Aku baru 14 tahun, adik 3 orang. Ayah buat rumah macam hotel

Setiap hari ayah bagi aku duit RM15. Duit tu aku guna untuk belanja sekolah dan beli makanan. Aku pergi sekolah asyik pikir, nak bagi makan apa dekat adik – adik. Ayah makan dekat luar sorang – sorang tinggal kami dekat rumah..

#Foto sekadar hiasan. Aku anak sulung dan ada 3 orang adik. 2 orang adik perempuan kembar dan sorang lagi adik lelaki. Umur aku 14 tahun, ibu meninggaI dunia. Tinggal aku, adik dan ayah tinggal lah kami 5 orang keluarga.

Waktu ni segala tugas dalam rumah, jaga adik – adik, ayah aku serahkan 100% dia cuma kasi duit. Adik aku yang bongsu waktu ni baru darjah 2 dan yang kembar pula darjah 4. Selepas arw4h ibu meninggaI, aku memang tak ada life untuk keluar bermain ke apa sebab kena jaga dan tengok adik, kena masak, kena kemas barang sekolah diorang terus terang aku waktu ni agak bitter, cepat marah, melenting, membebel dekat adik – adik aku.

Bila aku cakap dengan ayah dia marah aku dia cakap, “apa guna kau jadi abang tapi tak boleh jaga adik kau”. Ayah aku kerja keluar pagi balik petang tapi petang tu dia balik sekejap mandi semua lepastu dia keluar. Makan kat luar, balik dah nak tengah malam.

Aku yang kena pergi kedai beli dan fikir nak masak apa. Setiap hari pula dia kasi 15 ringgit. Itu termasuk duit belanja sekolah dan belanja rumah. Setiap hari aku tak fokus nak pergi sekolah jumpa kawan atau belajar apa. Setiap hari aku nak kena fikir bangun nak masak apa. Nak kemas barang sekolah adik sebelum aku pergi sekolah.

Memang aku tak keluar rumah main ke apa sebab memang ayah aku buat rumah ni macam hotel singgah sekejap dan balik malam tak ada tanya aku okay ke tidak, adik – adik macam mana sekolah. Waktu report card pun dia tak datang ambik alasan malas.

Habis spm aku plan nak sambung belajar jauh tapi itulah aku bukan apa walaupun macam geram aku kena ambil alih tugas ayah aku tapi, aku risau adik – adik aku. Entah apa jadi kalau aku belajar jauh dengan ayah aku acuh tak acuh dekat rumah.

Aku end up apply dekat ipta paling dekat dan Alhamdulilah aku diterima. Naik motor dalam 45 minit sampai. Adik aku memang ye lah dah besar dah perlahan – lahan boleh tolong tapi aku risau tinggalkan diorang ni. Aku pun teruskan rutin macam biasa, pagi aku masakkan untuk diorang ni. Pergi balik diorang naik bas.

Sampai satu hari ni, hari jadi aku. Lepas dah berkumpul buat assignment semua nak balik. Jam tengok pukuI 9 aku pun singgah mcd (sebelum kovit). Terus terang cakap sebelum ni macam mcd kfc boleh kira berapa kali makan itu pun berkongsi dengan adik – adik jadi tak puas.

Aku beli mcd, beli kfc lepastu duduk lah dekat foodcourt yang kosong ni nak makan. Beli ayam yang set 3 ketul tu dengan big mac. Duit cuma ada dalam 100 ringgit. Waktu tu fikir nak kenyangkan perut makan sorang tapi bila nak makan ni dia punya sedih tu lain macam sebab teringat adik aku yang dekat rumah.

Aku pun pergi balik kfc dengan mcd beli lagi dan balik nak makan dengan adik – adik aku. Balik rumah tu adik – adik aku buat suprised punya harijadi. Siap ada buat yang macam rampaian selamat hari jadi along dan letak dekat dinding, diorang cakap “terima kasih along jaga kami”. Aku tahan je air mata sambil cakap terima kasih.

Diorang siap kumpul duit beli kek kecik yang harga 20 ringgit tu. Rasa bersalah pula sebelum tu aku punya nak makan sorang – sorang kenyangkan perut adik aku pula kat rumah tunggu nak celebrate harijadi. Sekarang ni ye lah adik aku dah besar panjang. Dah sambung belajar aku pun tahun depan nak jejak umur 30 tahun.

Ayah aku lagi lah, masa umur aku 22, dia cakap nak kerja jauh. Balik setahun sekali, bagi duit RM seribu tu sekali je lepastu dah tak bagi, setakat update dalam wasap. Dengan nak bayar rumah sewa lagi, akhirnya aku bawa adik aku semua pindah.

Last aku dapat tahu dia dah kahwin, hantar jemputan kahwin pakai wasap, “assalamualaikum anak – anak ayah, InshaAllah bulan depan ayah akan berkahwin dengan jemput datang”. Bila baca wasap tu rasa kelakar dan dalam masa yang sama agak sedih juga.

Untung anak sulung yang di luar sana kekal kuat, bak kata kendrick, “Life is hard, I know, the challenges always gon’ beat us home. Sometimes our parents make mistakes that affect us until we grown”. Aku tahu rasa burn out, rasa emosi asyik nak marah dan tak stabil senang sangat nak menangis.

Jujurnya, sampai sekarang aku rasa bersalah sebab marah, m4ki tengking adik – adik aku. Aku harap anak sulung yang luar sana jangan jadi macam aku. Kalau rasa nak marah duduk dan tarik nafas dalam – dalam. Aku setiap malam menyesal kenapa dulu aku pukuI adik aku, kenapa aku marah tengking diorang. Tarik nafas dalam dalam dan hembus. – Aziz (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Bear : Bapak dia sok kot dah tua duduk bawah jambatan aku harap dia buat ayat anak – anak tak pedulikkan dia. Good job dik. Tak semua orang ada pengalaman macam ni dan mampu jaga adik – adik sampai besar. Tak payah rasa bersalah. Kitrong yang mak bapak ni pon kadang marah dan pukuI anak gak. Tapi takdelah patah riuk. Kita ni manusia. Ade rase penat, letih, kecewa semua. Normal tu.

Syifaii Bisri : Subhanallah…. Ini spesis paling rare. Abang yang sangat baik. Sentiasa ingat adik – adik. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahm4ti awak Aziz. Sayang awak tak berbeIah bagi. Adik – adik awak pasti sangat – sangat menyayangi awak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.