Dua kali cerai, rujuk tapi kami tak daftar sebab suami takde duit. Suami jual rantai anak, hadiah mertua, dia jual laptop pejabat aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami kuat meminjam, tak reti nak urus duit. Nama je belajar luar negara. Saud4ra mara call mengadu suami aku asyik meminjam sampai beribu. Tabung anak dia korek, jam tangan aku, rantai anak hadiah dari mertua, dia pergi gadai…

#Foto sekadar hiasan / AI. Macam ni, aku ni dah kahwin lama 15 tahun, umur awal 30-an, anak dua orang. Masalah aku ni, adalah tentang suami, bermasalah sungguh la dia. Suka sungguh berhenti kerja ikut suka hati. Dah banyak kali aku terp4ksa sokong dia sebab dia tidak kerja.

Duit r0kok, segala serba – serbi atas aku. Hal ni dah berlanjutan lapan tahun. Suami aku ni berpendidikan, belajar di luar negara, kerja di sana sebelum balik Malaysia. Aku kahwin muda dan ingatkan yang dia boleh jaga aku.

Tapi, dah terbalik… aku pula yang jaga dia. Rasanya aku dah buat macam – macam untuk bantu dia dan beri peluang kat dia supaya hidup kami lebih baik, tapi aku tetap tak dapat apa – apa.

Dia banyak kali menipu aku sampai aku dah tak boleh nak percaya lagi. Dia juga kuat meminjam duit dari saud4ra – mara aku, tak kira jauh atau dekat. Aku pun tak tahu sampai la diorang telefon cakap suami aku pinjam duit. Bukan sikit tau, ada yang ratus – ratus, ada yang ribu – ribu.

Bab malu usah cakap la, tapi nasib baik la adik beradik masih pertimbangkan untuk rahsiakan daripada ibu bapa aku. Nasib baik la yang saud4ra jauh tu dah selesai, itupun terp4ksa pinjam duit ibu mentua. Tapi, malu tu tetap kekal.

Untuk pengetahuan juga, aku ni dah dua kali cerai tapi tak daftar sebab… cerai pasal g4duh – g4duh sebab tak ada duit. Nak daftar macam mana kalau sah – sah kena denda, lagi la bermasalah nak korek duit kat mana, kan?

Jadi, rujuk pun sebab tempoh edah nak habis, dan sebab anak – anak yang agak rapat dengan suami. Tekanan aku ni memang tahap maksimum. Ye la, aku ni hutang keliling pinggang, terutama bab kad kredit.

Aku banyak habiskan duit untuk barangan dapur dan keperluan anak – anak. Sampai sekarang ni, semua kad kredit dah ala – ala menunggu ajaI je. Aku pun mampu bayar minimum je, dengan gaji sekarang ni memang habis bayar kad kredit je.

Suami aku memang ada membantu… sikit, boleh bayar duit kereta dan rumah je. Lain – lain, makan semua aku yang tanggung. Tapi, itu pun selalu sangkut. Macam sekarang ni, rumah dah masuk dua bulan tak bayar.

Anak umur 12 dan 6 tahun. Yang sulung tu UPSR dan banyak juga la nak bayar untuk tuisyen la, bengkel UPSR… dan macam – macam lagi. Dalam banyak – banyak benda, aku memang fed up bab dia menipu ni… macam – macam la.

Dah tak percaya lagi dah. Dia bab main perempuan memang tak ada la, tapi bab duit ni, memanjang tipu aku. Cakap ada kerja tapi gaji tak dapat. Tak pun dia cakap gaji dah masuk tapi bila cek, tak jelas – jelas. Lepas tu dia akan bagi macam – macam alasan.

Macam aku cakap la, alasan aku rujuk sebab anak – anak dan nak bagi peluang kat dia. Aku tak nak la pentingkan diri sendiri terus – terus ambil keputusan macam tu. Suami pun manusia juga, aku tak k3jam sangat sampai tak bagi peluang langsung.

Suami aku tak nak ceraikan aku sebab dia kata dia sayang aku lagi dan takut tak boleh rujuk walaupun aku memang tak berniat langsung. Aku dah cakap kalau dia sayang aku, dia tak buat aku macam ni.

Susah giIa (walaupun aku tahu ada orang lain yang lagi susah). Untuk pengetahuan la, keluarga aku tak tahu sangat hal aku ni kecuali adik perempuan aku. Dia la yang jadi akauntan aku kalau terdesak. Antara benda yang aku dah cakap / hadapi:

Dia korek tabung anak – anak sebab tak ada duit. Dia pernah gunakan senj4ta untuk ced3rakan aku sebab dia marah aku cakap pasal per4ngai dia dan aku minta cerai. Dia pernah jual laptop pejabat aku dan aku terp4ksa ganti dengan duit bonus.

Dia henyak aku depan anak sebab dia kata aku kurang ajar. Dia jual jam tangan yang mak aku beli (sampai sekarang mak aku tak tahu lagi). Dia jual rantai anak perempuan aku (ibu mertua aku yang bagi untuk hari lahir dia).

Ni aku sambung lagi ye. Bab peng0rbanan, rasanya dah banyak aku buat dan harap satu hari nanti keadaan akan jadi lebih baik. Aku masa mengandung anak kedua dulu, sanggup berjalan kaki pergi pejabat semata – mata nak jimatkan petrol.

Bukannya dekat, dah la masa tu 7 – 9 bulan mengandung. Tapi, aku cuba juga. Suami dulu memang baik, dia kalau marah pun sekejap sangat. Lepas tu dia mula buat per4ngai berhenti kerja. Tapi yang aku tak perasan tu, tiap – tiap pagi dia pakai macam nak pergi pejabat, tapi bila tiba hujung bulan, duit pun tak nampak. Lepas tu dia akan cakap la syarik4t tu ada masalah… bla bla…

Kalau ada yang ingat aku tak nak cerai sebab takut gersang, maaf la. Tu salah. Aku memang dah tidur asing sejak lapan tahun lalu. Kalau keluarga aku datang je, dia tidur dalam bilik dengan aku. Bab seks, aku memang layan juga tapi jarang la, aku cuba bagi alasan sebab aku pun dah tak ada apa – apa perasaan.

Memang aku tak patut, tapi kadang – kadang aku terbayang orang lain bila buat benda tu… macam Brad Pitt ke. So, maaf la, aku ni manusia biasa je. Bab nak bagitahu keluarga dia tu, memang ibu mentua aku dah tahu dan dia la yang banyak tolong aku, tapi anak dia yang tak nak sedar – sedar.

Dia pun dah nasihat macam – macam tapi empunya diri tu masih nak kekalkan gaya hidup dia… pemalas, penipu…Cuma bab nak bagitahu keluarga aku je, rasa berat mulut sikit. Atau aku rasa macam belum masa.

Ni aku tengah cuba fikir la macam mana nak rancang hidup dulu, jadi bila nak bagitahu keluarga, sekurang – kurangnya diorang tak p4ksa aku balik kampung. Untuk pengetahuan, keluarga aku bukan di Kuala Lumpur.

Sebenarnya aku pernah bincang dengan anak – anak tapi disebabkan diorang rapat, jadi anak tetap buat keputusan nak mummy dan daddy duduk sekali. Aku pernah juga terfikir nak lepaskan anak – anak, tapi rasa macam tak boleh la.

Dulu suami aku pernah la mengaku kat anak – anak pasal kesalahan dia tak kerja semua tu, tapi tu je la, perubahan tetap tak ada. Dia boleh pula salahkan aku sebab aku yang suruh dia mengaku kat anak – anak kesalahan dia, jadi anak – anak macam jauhkan diri dari dia.

Tapi anak – anak memang la, apa – apa bayaran kat sekolah semuanya minta kat aku. Aku cakap juga kat anak – anak supaya pergi minta dengan daddy, tapi tu la, bila tengok muka anak aku, kesian la pula.

Diorang pun tahu daddy tu kejap kerja, kejap tak, jadi sah – sah la tak ada duit. Kalau dia sayang, dia akan buat yang terbaik untuk bahagiakan kami sekeluarga.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.