Hidup aku melarat lepas mak meninggaI, ayah kahwin lain. Aku curi seluar dalam sepupu sebab tak mampu

Mula – mula ayah kahwin dengan mak tiri, dia layan kami baik. Tapi lama – lama dia mula catu makanan. Kami hanya makan betik goreng yang dipanaskan berkali – kali sampai habis. Aku nekad lari cari kerja. Bertahun aku tak tahu tentang adik – adik. Masa nak kahwin baru aku tahu adik aku meninggaI lepas kena halau..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku menulis dengan hati yang sebak. Kisahnya aku merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik. Arw4h mak meninggaI masa aku umur 10 tahun. Sejak tu ayahlah yang menjaga kami berselang seli dengan mak saud4ra yang kemudiannya kahwin.

Masa aku umur 13 tahun, ayah kahwin dengan janda anak 1. Sejak itu hidup aku berubah. Mula – mula sikap mak tiri ok je tapi lama – lama sikap dia berubah. Makan kami adik beradik kena catu. Kami makan betik goreng yang dipanaskan berulang – ulang, petang masak kemudian masuk fridge esok panaskan balik dan begitulah.

Kalau tak ada betik, dia tukar bendi pula. Semua tu yang ayah tanam keliling rumah. Ketika umur aku 15 tahun, aku mula kerja part time di kedai fujifilm untuk perbelanjaan diri dan bayar yuran sekolah. Ayah aku tak peduli pun.

Ayah aku merupakan pegawai kerajaan. Masa ada arw4h mak, ayah sangat penyayang dan hidup kami selesa dan bahagia. Tapi aku tak pasti kenapa hidup kami jadi begini lepas ada mak tiri. Kemudian aku dan adik lelaki aku dihantar ke asrama dan adik – adik aku yang lain di rumah.

Ada adik aku seorang ni dia suka jadi tali barut mak tiri demi kepentingan diri. Lepas SPM mak saud4ra aku dari utara datang dan mak tiri beriya – iya minta mereka ambil kami adik beradik (2 orang). Adik aku yang suka mengampu tu pun nak ikut jugak.

Sampai rumah mak saud4ra, aku tak ada seluar dalam sebab aku tak pernah ada yang baru pun sebab masa di asrama aku cuma diberikan duit yuran makan saja tiada perbelanjaan. Nak harap duit ayah dengan mak tiri memang takde. Duit hanya cukup – cukup je.

Tapi salah aku sebab aku ambil seluar dalam sepupu aku yang cantik dan pensil dia tanpa kebenaran dan adik aku plak mengadu kat makcik aku maka jadi g4duh besar kat rumah tu dan aku buat keputvsan untuk lari.

Berbekalkan cincin kahwin mak aku yang digadai aku cari kerja di Melaka. Tapi sebab aku rindu adik – adik aku di rumah bila dapat gaji aku balik. Mak tiri minta aku 300 sebulan untuk belanja rumah tapi rupanya dia guna duit tu beli pinggan.

Adik aku yang pengampu pun sama balik rumah mak tiri. Dia kerja di pasaraya yang dekat dengan rumah. Aku lepas tu setiap bulan balik akan beli biskut dan makanan berkotak – kotak untuk adik – adik tapi RM300 tetap bagi kat mak tiri.

Gaji aku termasuk ot ada la dalam RM800 masa tu. Bakinya guna untuk sewa bilik dan makan minum aku. Satu hari ada lelaki ni sama kerja tergiIa – giIakan aku sampai aku kena sembunyi dalam toilet kalau dia cari. Lelaki ni ada adik satu department dengan aku.

Nak dijadikan takdir, satu hari dia jumpa aku cakap adik dia ajak aku jumpa kat The Store. Tapi bila sampai adik dia tak ada pun, hanya dia yang ada. Dia kata adik dia tunggu tempat lain. Mula – mula aku tak nak ikut tapi akur juga sebab dia yakinkan aku.

Aku masa tu umur baru 18 tahun, b0doh nak m4mpus! Sampai satu tempat ni laser disk tak silap aku, macam tempat orang tengok wayang tapi sunyi. Masa tu lah dia buat perkara terkutuk dekat aku. Dia kata, ‘akhirnya aku dapat kau. Jangan risau aku akan bertanggungjawab.’

Sedih weh hidup aku. Murung giIa hidup. Aku kuat juga sebab fikir adik – adik aku. Selepas kejadian tu, lama aku tak balik rumah. Satu hari bila aku dah ada kekuatan balik tapi aku tak dibenarkan masuk. Aku tidur di tepi longkang malam tu. Sedih wei.

Dengan masalah yang aku tanggung, aku takde tempat nak mengadu. Pagi tu aku letak duit RM100 dekat almari, sebelum aku beredar. Kebetulan lepas tu aku dapat sambung belajar dekat politeknik pun aku tolak. Anak d4ra masa tu umpama bangkai kalau hilang d4ra.

Aku tak balik rumah lepas tu. Masa nak kahwin je aku balik. Rupanya lepas tu ayah aku kerap posting lain – lain tempat sebab nak lari dari adik beradik dia. Cuma aku pelik ayah aku sebenarnya rapat dengan adik beradik dia, kenapa nak lari?

Lepas kami kahwin walau aku benci dia tapi sebab nak jaga maru4h aku yang dah kotor ni, aku kahwin. Aku rindu adik – adik tapi aku diuji Allah dengan dugaan yang lagi berat. Masa aku ada 2 orang anak, aku dapat tahu adik perempuan yang no 4, ada kat Shah Alam.

Aku pergi cari dia, rupanya adik aku masuk pusat pemulihan akhlak. Aku pun tak tahu sangat tentang adik – adik sebab hidup aku lepas kahwin melarat menumpang rumah mertua kat hujung hutan. Aku men0reh getah selepas kahwin.

Bila anak dah 2 orang, barulah belajar berdikari sampai ke JB. Rupanya adik aku berd3ndam dengan aku. Ya Allah.. macam mana aku nak jelaskan. Masa adik aku menumpang kat rumah aku pada hari sabtu aku kerja OT, rupa – rupanya laki aku cuba nak buat benda tak elok dekat adik aku pulak. Ya Allah beratnya.

Antara adik dan suami serta anak – anak yang masih kecil baru umur 4 dan 6 tahun. Mana aku nak pilih?? Adik aku sendiri keluar rumah naik bas. Aku kejar dia sampai stesen bas. Aku nampak dia dalam bas. Aku menangis sekuatnya.

Tapi Alhamdulillah, selepas dekat 3 tahun adik aku datang balik selepas keluar dari pusat. Masa tu aku kat Kuala Lumpur dah. Dia ajak aku pergi celebrate birthday ayah aku. Waktu tu aku tengok keadaan ayah aku dah macam orang b0doh aku tengok. Diam. Buat hal sendiri. Lain dari ayah yang aku kenal.

Adik aku pun dah baik dengan mak tiri. Masa ni aku tak tahu nasib adik – adik aku yang lain. Tak ada yang buka cerita pun dekat aku dan aku pun malu nak tanya. Takut aku kena sembur sebab aku kakak yang gagal. Selama ni tak pernah nak ambil tahu sedangkan hidup aku susah sangat macam mana aku nak buat.

Aku rindu sangat dekat adik lelaki aku tapi aku malu. Masa tu zaman tak ada lagi hp walau 3310 pun tak ada. Masa aku nak bercerai aku balik rumah atok dan baru aku tahu sebenarnya adik lelaki aku dah meninggaI. Ya Allah, selama ni aku ingat adik aku baik – baik saja duduk rumah mak tiri.

Rupanya adik aku kena halau keluar rumah, masa tu bulan puasa nak raya. Ayah aku outstation dan adik aku kemaIangan dekat highway. Masa aku tahu, aku rasa macam berjalan tak jejak tanah. Lara hati aku sampai hari ni.

Sekarang dah 11 tahun aku bercerai. Anak – anak aku bela sendiri dan adik aku yang pengampu dulu pun dah minta maaf atas semua kesalahan dia. Cuma adik aku yang no. 4 tadi menjadi gunting dalam lipatan hingga hari ni kami adik beradik tak pernah bersatu.

Aku agak mungkin dia masih berd3ndam dan marah tentang kes bekas suami aku dulu. Masa arw4h ayah aku meninggaI dunia, Allah izinkan aku uruskan jen4zah ayah sampai pengebvmian. Tapi aku pelik adik no. 4 cakap, dia yang b0moh ayah sampai m4ti sebab ayah aku b0moh dia.

Dia kata mak tiri pernah nak jual dia kat tok b0moh. Cuma yang aku tak faham, sekarang dia rapat je dengan mak tiri. Dia kahwin pun tiri yang uruskan. Adik beradik ayah aku tak mahu datang kalau mak tiri aku ada. Harta faraid ayah aku, mula – mulanya aku tak dapat sesen pun.

Tiba – tiba adik aku datang serah RM3000 kata ni duit bahagian aku. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku anak beranak. Aku sekarang serah semua pada Allah saja. Macam – macam cerita adik no. 4 aku ni bawa ke sana sini. Tapi aku buat keputvsan untuk diam saja. Itu lebih baik. – DaliaZ (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Beeda Umar : Pincangnya sebuah keluarga bila mak dah tak ada. Besar ujian yang awak hadap. Saya bersimpati sangat dengan liku – liku perjalanan hidup awak wahai confessor. Awak seorang yang tabah. Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan awak di dunia dan akhir4t, insyaAllah amin.

Aini Mohamad : Kepincangan bermula apabila si ayah kahwin baru. Terabai terus anak – anak. Putvs silaturrahim dengan adik beradik sendiri. Anak – anak tiada arah tuju. Rosak masa depan anak – anak sendiri.

Allahukakhbar.. berat ujian tt dan adik – adik. Mari kita ambil iktibar. Usaha sedaya upaya jadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Tak kira kepada anak kandung atau tiri. Berat amanah Allah ni.. usaha sehabis baik. Hidup ini medan ujian.

Beza antara kita semua adalah apakah ujian tersebut. Ujian tt dan adik – adik sangat besar.. kena pula ketika diri masih kecil – kecil dan tentu sekali apalah sangat upaya tanpa tunjuk ajar. Di sinilah reflek kegagalan seorang ayah dan suami.

Gagal didik isteri, gagal didik anak – anak. Tt.. bangkit bantu adik – adik yang wajar dibantu. Yang lain..doakan. serah pada Allah. Moga Allah jaga tt, anak – anak dan adik – adik.

Kak Ain : Tahniah, dik. Perasaan kasih yang menebal terhadap adik beradik. Walau tak terungkap, tak sempat membantu mereka kerana kekangan hidup, tapi cinta itu hidup dan akan jadi pemberat timbangan amal juga insyaallah.

Wahidah Farah : Allahu.. terlara sungguh. Sabar ya.. ujian hebat tanda Allah sayang puan. Pasal adik beradik biarkan. Kita bukan tuhan untuk jaga semua. Serahkan segalanya pada Allah. Saya harap puan terus bahagiakn diri puan seadanya, bersama anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.